Malaysian Timber Industry Board

Call Directions Website Contact the organization

Malaysian Timber Industry Board Malaysian Timber Industry Board MTIB was established in 1973 by an Act of Parliament.

The Malaysian Timber Industry Board (MTIB) is a statutory body accredited to the Ministry of Plantation Industries and Commodities. The main objective is to promote and coordinate the overall development of the timber industry.

𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐊𝐎𝐊𝐎 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐋𝐊𝐌)Seluruh warga kerja Lembaga Perindustr...
20/10/2026

𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐊𝐎𝐊𝐎 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐋𝐊𝐌)

Seluruh warga kerja Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia (LKM) yang baharu berkuat kuasa pada 19 Oktober 2026.

MTIB mendoakan agar YBhg. Datuk sentiasa diberikan kebijaksanaan dan kekuatan dalam menggalas amanah serta tanggungjawab yang diberikan, seterusnya menerajui LKM ke arah kecemerlangan dan memperkukuh pembangunan industri koko negara.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih gemilang serta memperkukuh kerjasama strategik antara agensi dalam memartabatkan sektor komoditi Malaysia.

Selamat menjalankan amanah dan maju jaya




20/10/2026

The CE mark is a product label within the EU and a product that carries the CE mark may be sold and accepted by European countries as well as Southeast Asia. The CE mark on a product shows that the manufacturer has complied with the basic requirements set out in the EU.

For further understanding, get your copy of Technical Guide Route to CE Mark at www.mtib.gov.my or contact us at +603-92822235 or drop us an email at [email protected].









14–15 OKTOBER 2026 | KUCHINGLAWATAN PENANDA ARAS PEMERKASAAN DATA WOOD ID KE SARAWAKLembaga Perindustrian Kayu Malaysia ...
20/10/2026

14–15 OKTOBER 2026 | KUCHING

LAWATAN PENANDA ARAS PEMERKASAAN DATA WOOD ID KE SARAWAK

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) melalui Pusat Biokomposit dan Gentian (FIDEC) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras bagi Pemerkasaan Data Wood ID ke Jabatan Hutan Sarawak (Jabatan Hutan Sarawak), Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC), dan Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA).

Delegasi MTIB diketuai oleh Pn. Syafinaz Abd Rashad, Timbalan Pengarah FIDEC bersama tiga (3) lagi pegawai FIDEC. Tujuan lawatan penanda aras ini diadakan adalah:

🔹 Meningkatkan ilmu dan kepakaran* dalam bidang sains kayu, pengurusan Xylarium serta teknik pengecaman anatomi kayu.
🔹 Menambahbaik pengoperasian serta amalan kerja sedia ada dan merangsang inovasi agar sentiasa relevan dengan perkembangan industri.
🔹 Membina dan mengukuhkan jalinan kerjasama serta membuka ruang kepada perkongsian sumber, kepakaran teknikal dalam bidang perkayuan di masa akan datang

Delegasi MTIB turut diberi peluang untuk melawat muzium perkayuan serta galeri kayu bagi melihat dengan lebih dekat kemudahan penyelidikan dan kepelbagaian spesimen kayu yang terdapat di Sarawak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Puan Annie Ting (Ketua Pegawai Eksekutif, STA), YBhg. Datu Haji Zainal Abidin Haji Abdullah (Pengurus Besar, STIDC) serta YBrs. Puan Siti Hanim Sahari (Ketua Seksyen Pembangunan - Program Sains Kayu, Jabatan Hutan Sarawak) di atas peluang dan perkongsian maklumat yang amat bernilai sepanjang sesi lawatan.

Kerjasama ini diharapkan dapat membuka ruang ke arah pengukuhan data pengecaman kayu, sekali gus memberi faedah secara berterusan kepada kemajuan industri perkayuan negara.





𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐓𝐘𝐓 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀📍 17 Oktober 2026 | Istana MelakaYB Datuk Seri Dr. Noraini Ah...
17/10/2026

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐓𝐘𝐓 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀

📍 17 Oktober 2026 | Istana Melaka

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi, telah mengadakan kunjungan hormat menghadap Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, di Istana Melaka, hari ini.

Dalam sesi menghadap tersebut, YB Menteri berkongsi perkembangan semasa sektor agrikomoditi serta membincangkan potensi kerjasama dalam pembangunan industri serta peluang pengembangan produk hiliran yang berpotensi memberikan manfaat kepada usahawan dan masyarakat setempat.

Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), YBrs. TGr. Saiful Bahri bin Salleh, turut hadir bersama ketua-ketua agensi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bagi menyokong usaha memperkukuh pembangunan sektor agrikomoditi negara.

MTIB komited untuk terus menyokong agenda pembangunan industri perkayuan negara melalui pengukuhan kerjasama strategik, penerokaan peluang baharu serta usaha memperkasa industri berasaskan kayu bagi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Kayu Malaysia: Kelestarian Teras Keunggulan

17/10/2026
17/10/2026

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

WISDEC sedang melaksanakan *Kajian Keperluan Latihan _(Training Need Analysis)_* bagi memperolehi informasi dan maklum balas terkini berkaitan latihan kemahiran untuk industri perkayuan negara. Kajian ini adalah untuk memastikan kursus-kursus yang ditawarkan adalah releven dan menepati keperluan semasa industri.

Sehubungan dengan itu, dilampirkan pautan *Kaji Selidik Keperluan Latihan Tahun 2027* untuk maklum balas dari tuan/puan:

https://bit.ly/WISDEC2027TNA

Pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Unit Latihan Industri WISDEC di talian 03-31491743 sambungan 118/122/123.

Pihak WISDEC mengucapkan jutaan Terima kasih atas kesudian tuan/puan menyertai kajian yg dijalankan ini.

Sekian.




#КРК





MALAYSIAN COCOA AFFAIR 2026: MENYERLAHKAN POTENSI KOKO DAN GAHARU MALAYSIA16–18 Oktober 2026 | Mahkota Parade, MelakaLem...
17/10/2026

MALAYSIAN COCOA AFFAIR 2026: MENYERLAHKAN POTENSI KOKO DAN GAHARU MALAYSIA

16–18 Oktober 2026 | Mahkota Parade, Melaka

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) telah menyertai A Malaysian Cocoa Affair 2026 yang berlangsung pada 16 hingga 18 Oktober 2026 di Mahkota Parade, Melaka. Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi, pada 17 Oktober 2026.

Program ini menghimpunkan pemain industri koko serta usahawan daripada pelbagai sektor komoditi, termasuk usahawan gaharu, bagi mengetengahkan kepelbagaian produk, keunikan serta potensi komoditi tempatan Malaysia.

Penyertaan MTIB dalam program ini turut membuka ruang untuk memperkenalkan potensi industri perkayuan dan gaharu, di samping mempromosikan produk berasaskan sumber hutan serta menggalakkan penerokaan peluang perniagaan dan kerjasama strategik antara pemain industri.

Penglibatan MTIB bersama usahawan gaharu dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam memperkasa usahawan, memperluas akses pasaran serta meningkatkan nilai tambah produk berasaskan kayu dan gaharu tempatan.

Usaha ini selaras dengan aspirasi Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) untuk memperkukuh pembangunan sektor agrikomoditi negara melalui sinergi antara agensi, usahawan dan pemain industri ke arah pertumbuhan industri yang berdaya saing dan mampan.

MTIB terus komited memperkasa industri perkayuan dan gaharu Malaysia ke arah peluang pasaran yang lebih luas.

15 OKTOBER 2026 | JELI, KELANTANMTIB SERTAI PAMERAN AGX 2026 ANJURAN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)Lembaga Perindust...
15/10/2026

15 OKTOBER 2026 | JELI, KELANTAN

MTIB SERTAI PAMERAN AGX 2026 ANJURAN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) telah menyertai Pameran AGX 2026 anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang berlangsung pada 14 hingga 15 Oktober 2026.

Penyertaan MTIB dalam pameran ini bertujuan untuk memperkenalkan potensi dan keunikan industri perkayuan Malaysia kepada mahasiswa dan orang awam, khususnya dalam aspek kepelbagaian produk berasaskan kayu, nilai tambah hasil hutan serta peluang pembangunan kemahiran dalam industri perkayuan.

Antara aktiviti dan pengisian menarik yang diketengahkan oleh MTIB sepanjang pameran termasuk:

i. Pengenalan Gaharu – Perkongsian maklumat mengenai gaharu serta potensi penggunaannya dalam pelbagai produk bernilai tinggi.

ii. Pembuatan Minyak Wangi – Pendedahan kepada proses penghasilan minyak wangi, termasuk potensi gaharu sebagai bahan bernilai dalam industri wangian.

iii. Permainan Berasaskan Kayu – Pameran permainan yang dihasilkan daripada kayu bagi mengetengahkan kreativiti, keunikan dan kepelbagaian produk berasaskan kayu.

iv. Aktiviti DIY Pembuatan Pemegang Kunci (Key Holder) – Aktiviti interaktif yang memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali dan mencuba sendiri penghasilan produk kraf berasaskan kayu.

v. Penerangan Latihan WISDEC – Perkongsian maklumat mengenai program latihan yang ditawarkan oleh Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Kayu (WISDEC) bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi dalam industri perkayuan.

Melalui penyertaan ini, MTIB berharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya golongan pelajar dan generasi muda, terhadap potensi industri perkayuan serta menggalakkan minat terhadap bidang kemahiran, inovasi dan keusahawanan berasaskan kayu.

MTIB komited untuk terus memperkasa industri perkayuan negara melalui promosi, pembangunan kemahiran dan penghasilan produk bernilai tambah yang berdaya saing.

Kayu Malaysia: Kelestarian Teras Keunggulan

15/10/2026

SOROTAN VIDEO MTIB DI AGX '26 🎥✨

Terima kasih UMK Kampus Jeli atas sambutan yang luar biasa! 🙌

Sepanjang 14 & 15 Oktober 2026, penyertaan MTIB di AGX '26 telah dimeriahkan dengan sokongan padu daripada anda semua. Kunjungan dan penyertaan anda sepanjang 2 hari ini amat kami hargai.

Semoga ilmu serta pendedahan mengenai sektor kayu tempatan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Terima kasih dan jumpa lagi di pameran seterusnya!







13 OKTOBER 2026 | KELANTANPROGRAM SANTUNI MADANI: PROMOSI TVET PERKAYUANLembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) telah...
14/10/2026

13 OKTOBER 2026 | KELANTAN

PROGRAM SANTUNI MADANI: PROMOSI TVET PERKAYUAN

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) telah mengadakan Program Santuni MADANI: Promosi TVET Perkayuan yang menyaksikan penyerahan produk hasil latihan kursus WISDEC kepada pihak masjid sebagai simbolik penutup kursus “TRAIN & PLACE” – INSTALLER BUILT-IN CABINET, hasil kerjasama MTIB dengan MK Maju Furniture.

Selain penyerahan produk berupa rak untuk kegunaan masjid, program ini turut menampilkan pameran dan demonstrasi minyak wangi berasaskan gaharu serta pameran DIY produk kayu oleh WISDEC. Pengisian ini disokong dengan ceramah agama oleh ustaz daripada komuniti setempat, sekali gus menggabungkan perkongsian ilmu, pengenalan produk industri perkayuan dan penglibatan masyarakat.

Program ini dihadiri oleh TGr. Saiful Bahri bin Salleh, Ketua Pengarah MTIB; Ts. Muhammad Faizul bin Razilah, Pengarah WISDEC; dan pegawai-pegawai MTIB. Manakala, pihak Masjid telah diwakili oleh Encik Nik Fitree Nazmee bin Nik Azman, Imam Masjid Ar-Rahman; pegawai2 masjid; dan penduduk setempat.

Penganjuran program ini mencerminkan usaha MTIB dalam mengetengahkan potensi industri perkayuan, memperluas pendedahan terhadap latihan kemahiran TVET dan mengeratkan hubungan dengan komuniti melalui pendekatan yang memberi manfaat kepada masyarakat.





Address

MALAYSIAN TIMBER INDUSTRY BOARD Level 13-17, Menara PGRM, No. 8, Jalan Pudu Ulu, Cheras, Cheras
Kuala Lumpur
56100

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+60392822235

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysian Timber Industry Board posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Malaysian Timber Industry Board:

Shortcuts

Share