18/12/2020
TUDM Bakal menerima Pesawat Tempur Ringan (LCA), yang manakah dijangka menjadi pilihan? ayuh kita join poll..
Tentera Udara Diraja Malaysia on Twitter
“TUDM bakal menerima Pesawat Tempur Ringan (LCA), yang manakah dijangka menjadi pilihan? ”
12/11/2020
KPTUDM mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Kor Polis Tentera Diraja ke-67
06/11/2020
PBOU TAWAU LAKSANAKAN PROGRAM KIT TINDAK RAKYAT TAWAU (KTRT) BANTU KOMUNITI SETEMPAT
Pusat Bantuan Operasi TUDM (PBOU) Tawau dengan kerjasama Detasmen PASKAU menerusi program Civilian-Military Cooperation (CIMIC) yang dijenamakan sebagai Kit Tindak Rakyat Tawau (KTRT) telah menghantar bantuan kepada 280 keluarga di Tawau. Penerima bantuan adalah terdiri dari mereka yang terjejas punca pendapatan akibat PKP dan seterusnya terputus bekalan makanan.
Usaha murni ini dilaksanakan melibatkan Ketua Penempatan PBOU Tawau, Kapt Mohd Dhany bin Mohamad Sarip TUDM bersama anggotanya untuk membantu masyarakat di Tawau tanpa mengabaikan tugas utama membabitkan operasi pesawat. Komitmen dan kesungguhan anggota PBOU Tawau walaupun bekerja pada hari cuti sewajarnya dipuji demi membina jalinan kerjasama yang erat di antara tentera dan rakyat.
Dalam menjayakan projek ini, PBOU TUDM menerima sumbangan dari orang ramai dan seterusnya menguruskan setiap sumbangan diterima dengan sistematik, efektif dan optimum. Wang yang diterima digunakan untuk membeli barang keperluan asas lalu diserahkan kepada wakil keluarga yang berkelayakan.
Usaha PBOU TUDM ini berjaya dilancarkan hasil kerjasama dan keyakinan para penyumbang serta turut mendapat sokongan Markas Wilayah Udara 2, Pangkalan Udara Labuan dan seluruh warga Tentera Udara Diraja Malaysia serta Angkatan Tentera Malaysia. PBOU TUDM turut menzahirkan terima kasih dan penghargaan kepada semua penyumbang dan akan terus memberikan khidmat kepada komuniti setempat sebagai tanda keperihatinan terutama kepada golongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
05/11/2020
Kepada Warga PU Subang, bertabahlah, patuhi SOP, semoga dipermudahkan segala urusan.
COVID-19: Perintah Kawalan Pangkalan Diperketat di Pangkalan Udara Subang tengah malam ini
SUBANG, 5 Nov – Pangkalan Udara Subang dikenakan Perintah Kawalan Pangkalan Diperketat (PKPD) bermula tengah malam ini. Menurut sumber, PKPD dikenakan di pangkalan tersebut berikut terdapat kes jan…
01/11/2020
Hari Ini Dalam Sejarah - Sejak daripada awal kemerdekaan lagi, proses ke arah melatih kakitangan rakyat negara ini dari bawahan hinggalah yang tertinggi untuk mengambilalih tugas Inggeris dijalankan oleh pihak Kerajaan. Salah satu bidang yang cukup penting ialah lapangan ketenteraan. Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) amat bertuah sekali, apabila buat pertama kali pada 1 November 1967, seorang rakyat Malaysia dilantik ke jawatan Ketua Turus Tentera Udara iaitu Marsyal Muda Udara Dato’ Sulaiman bin Sujak. Beliau mengambilalih jawatan daripada Air Chief Marsyal Sir Alasdair Steedman. Beliau merupakan anak watan yang pertama menjawat jawatan tersebut dan merupakan orang yang keenam pada usia 33 tahun. Beliau bermula di dalam angkatan tentera sejak daripada bangku sekolah lagi bermula dengan memasuki Malay Auxiliary Air Force pada tahun 1952, kemudian pada 1955 beliau dipilih memasuki RAF College Cranwell. Beliau seterusnya menambah pengalaman dengan memasuki Skuadron 43 yang membawa beliau bertugas di Scotland, Libya dan Cyprus. Pada bulan September 1965 Sarjan Leader Sulaiman Sujak kembali ke Kuala Lumpur, beliau seterusnya menyandang jawatan pertama dalam perkhidmatan TUDM sebagai Komandan Latihan Penerbangan di TUDM Alor Star, Kedah. Pada 1 Januari 1967, dilantik p**a sebagai Pegawai Memerintah TUDM Labuan di mana pada masa yang sama beliau dinaikan pangkat sebagai Wing Commander. Pada bulan September beliau dipanggil ke Kementerian Pertahanan untuk mempelajari bidang tugas Ketua Turus Tentera Udara. Seterusnya dilantik ke jawatan Ketua Turus Tentera Udara pada 1 November 1967. Peranan dan tanggungjawab Kerajaan serta usaha-usaha gigih individu telah berjaya mewujudkan pentadbiran negara yang sepenuhnya dikuasai oleh rakyat tempatan.
24/10/2020
Montaj Eksesais PARADISE 7/20 oleh TUDM
Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) telah berjaya melaksanakan Eksesais PARADISE 7/20 bermula 12 Okt 20 dengan hanya melibatkan elemen TUDM (Single Service) tanpa sebarang penglibatan Elemen Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berikutan mengelakkan risiko penularan pandemik COVID-19. Namun begitu, eksesais yang dilaksanakan di dalam skala yang kecil adalah satu keperluan bagi memastikan pertahanan negara sentiasa bersiapsiaga walaupun ketika suasana krisis mahupun aman.
Video Credit: Official Malaysia Defense Portal Air Times News Network
Eksesais Paradrop, Air Defense, Insertion, Strike, Search & Rescue Extraction (PARADISE) 7/20
EKSESAIS PARADISE 7/20 MENGUJI KESIAGAAN DAN KOMPETENSI TUDM KETIKA NEGARA MENDEPANI CABARAN KRISIS KESIHATAN GLOBAL Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) tel...
21/10/2020
Cybertrooper Pinoy claim 5000-9000 tenteranya dah serang Sabah.
Hello tak malu ke.. Dah tu elok Hospital Medan ATM baru setup dekat Tawau tu apa kebenda p**a? Tawau tu dekat Langkawi ke?
Cybertrooper cikai mana lah "dia" bayar.. Sedih, pedih, sayu, pilu..
Ayuh semua rakyat Malaysia, takkan kita nak biarkan sahaja mereka ini dengan dakyah bodoh mereka? Bangkit bersama dan bersatu teguh demi mempertahankan kedaulatan negara kita Malaysia!!
13/10/2020
Latihan CDS (Contaoner Delivery System) dan LCLA (Low Cost Low Altitude) melibatkan dua pesawat C140H dan sebuah pesawat CN235.
Latihan ini dilakukan dalam Ex Paradise 7/20. Latihan ini bertujuan untuk mengkoodinasikan elemen penghantaran logistik antaranya bekalan makanan, perubatan, persenjataan dan juga elemen penyusupan pasukan ke lokasi operasi melalui udara.
05/10/2020
Upacara Angkat sumpah dan serah terima Perajurit Muda Udara siri 63/20 di Akademi Tentera Udara, Ipoh Perak.
Tahniah dan berusahalah bersungguh-sungguh demi Agama, Negara dan Bangsa.
23/09/2020
Ucapan Panglima Angkatan Tentera sempena perbarisan Hari Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia ke-87
Tentera Benteng Pertahanan Negara
https://www.youtube.com/watch?v=HDVbjMSznq0
Video Credit: Air Times News Network YouTube
Ucapan Panglima ATM sempena Hari Ulang Tahun ATM ke-87
Ucapan penuh Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Dato' Sri Affendi Buang TUDM, sempena perbarisan Hari Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia k...
21/09/2020
Walaupun dihina dan dicaci sampai ada yang begitu biadap kata pengorbanan sahabat-sahabat kami sebagai sandiwara - kami akan tetap menggalas dan memikul tugas kami.
Biarlah Tuhan menentukan akan amalan kami. Sesungguhnya tugas mempertahankan negara adalah amanah.