PAS Tumpat

Directions

PAS Tumpat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PAS Tumpat, Political organisation, Kuala Lumpur.

14/09/2026

🪷𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 : 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐄𝐑𝐀 𝐌𝐎𝐃𝐄𝐍 : 𝐂𝐀𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐁𝐔 𝐁𝐀𝐏𝐀

Ibu-ibu, para wanita dan bakal ibu, jom luangkan masa untuk menambah ilmu dan berkongsi pengalaman dalam program Bicara Wanita yang dekat dengan kehidupan kita sebagai ibu bapa. ❤️

😎 Dunia anak-anak hari ini semakin mencabar. Media sosial, teknologi dan perubahan persekitaran banyak mempengaruhi cara anak-anak membesar.

🤔 Jadi, bagaimana kita sebagai ibu bapa nak mendidik, membimbing dan memahami mereka dengan pendekatan yang tepat ? Butiran program sebagaimana berikut :

🎙️ 𝐏𝐞𝐧𝐜𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐡: 𝐃𝐫. 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐢𝐦𝐢𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐌𝐮𝐬𝐭𝐚𝐩𝐡𝐚
🗓️ 𝟗 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭)
🕰️ 𝟖.𝟑𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 – 𝟏𝟐.𝟎𝟎 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝐡𝐚𝐫𝐢
🏢 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐒𝐫𝐢 𝐑𝐞𝐣𝐮𝐧𝐚, 𝐓𝐮𝐦𝐩𝐚𝐭

📲 Untuk pendaftaran awal boleh terus daftar di link yang tertera di bawah :

https://forms.gle/qnGucXVT8spEpq5b8

✨ Bukan sekadar bicara, tetapi ruang untuk kita belajar, bermuhasabah dan mencari pendekatan terbaik dalam membentuk anak-anak.

🌸 Jom hadir beramai-ramai! E-sijil disediakan 📄

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ (Dr.) Haji Ahmad bin Yakob, S.J.M.K., D.J.M....
12/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ (Dr.) Haji Ahmad bin Yakob, S.J.M.K., D.J.M.K., S.M.K., J.P. atas penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Pengajian Islam sempena Istiadat Konvokesyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Kali Ke-26.

Penganugerahan ini merupakan satu penghormatan yang amat bermakna, sekali gus mengiktiraf sumbangan dan jasa besar beliau dalam bidang kepimpinan, pentadbiran serta pembangunan Islam dan pendidikan di negeri Kelantan.

Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan masyarakat untuk terus memperkukuh ilmu, amal serta khidmat kepada agama, negeri dan ummah.

Tahniah dan syabas, YB Dato’ Bentara Kanan. Semoga terus dikurniakan kesihatan, kekuatan dan keberkatan dalam setiap khidmat dan perjuangan.


Hari Ke2 Muktamar Pas Pusat ke 72
05/09/2026

Hari Ke2 Muktamar Pas Pusat ke 72

Lensa Majlis Perasmian Muktamar dan Muktamar Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kali Ke-72.
04/09/2026

Lensa Majlis Perasmian Muktamar dan Muktamar Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kali Ke-72.



🎓 TAHNIAH YB Dato Ustaz Wan Roslan Wan Hamat YDP PAS Kawasan Tumpat ATAS KEJAYAAN VIVA THESIS DBA! 🎓Setinggi-tinggi tahn...
03/09/2026

🎓 TAHNIAH YB Dato Ustaz Wan Roslan Wan Hamat YDP PAS Kawasan Tumpat ATAS KEJAYAAN VIVA THESIS DBA! 🎓

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas kejayaan menduduki Viva Voce Thesis DBA, Doktor.

Walaupun sibuk dengan urusan kerajaan dan parti terus berusaha menyiapkan tesis ini.

Semoga dipermudahkan dalam melengkapkan pengajian dan berjaya menggenggam gelaran Doktor lepas Convocation nanti 😅

Tahniah dan syabas! 👏🎓

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada @⁨all⁩ kita semua.

بارك الله في علمكم ونجاحكم 🤲

🌿 SELAMAT DATANG SEMUA PERWAKILAN 🌿🇲🇾 KEMUKTAMAR TAHUNAN PAS KALI KE-72Selamat datang dan selamat bermuktamar diucapkan ...
01/09/2026

🌿 SELAMAT DATANG SEMUA PERWAKILAN 🌿
🇲🇾 KEMUKTAMAR TAHUNAN PAS KALI KE-72
Selamat datang dan selamat bermuktamar diucapkan kepada seluruh perwakilan PAS dari seluruh negara yang akan menghadiri Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72.
Semoga muktamar ini menjadi medan memperkukuh ukhuwah, kesatuan dan istiqamah perjuangan, demi meneruskan agenda Islam serta membawa kesejahteraan kepada rakyat dan negara.
🤲 Semoga segala urusan dipermudahkan dan muktamar berlangsung dengan penuh keberkatan.
“Kembali Kepada Penyelesaian Islam”

Ikhlas daripada
AJK PAS Kawasan Tumpat





Selamat Datang kepada Semua Muktamirin dan Muktamirat ke Muktamar Pas Pusat kali ke 72 ..
29/08/2026

Selamat Datang kepada Semua Muktamirin dan Muktamirat ke Muktamar Pas Pusat kali ke 72 ..



📣JOM MERIAHKAN JELAJAH KALA 2026!🎉“Warisan Perkampungan Nelayan”Bersempena sambutan kemerdekaan, ayuh bersama keluarga d...
22/08/2026

📣JOM MERIAHKAN JELAJAH KALA 2026!🎉
“Warisan Perkampungan Nelayan”

Bersempena sambutan kemerdekaan, ayuh bersama keluarga dan rakan-rakan memeriahkan Jelajah KALA 2026 yang akan berlangsung.

✨ Pelbagai aktiviti menarik menanti anda. Antaranya ialah
✅ Forum Perdana bersama penceramah tersohor
✅ Family Fun Walk bertemakan Warisan Perkampungan Nelayan
✅ Konvoi Merdeka
✅ E-Sport Mobile Legends
✅ Demo Masakan Tradisional
✅ Kursus TikTok & AI untuk usahawan
✅ Pertandingan Kanak-kanak
✅ Persembahan Kebudayaan & Kesenian Warisan
✅ Pelbagai Cabutan Bertuah

🎊 Tiga hari penuh aktiviti, ilmu, hiburan dan semangat patriotisme untuk seisi keluarga!
📍 *Pantai Sri Tujoh, Tumpat*
📅 *27 - 29 Ogos 2026*
🕑 *9:00 pagi - 11:30 malam*

Jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada kemeriahan *Jelajah KALA 2026!*

21/08/2026

https://www.facebook.com/share/v/19Ab4WfQzm/

📢 LIVE CERAMAH ISU SEMASA & RUU KESALAHAN SYARIAH (KELANTAN) 2026 PERINGKAT PARLIMEN TUMPAT

📍 BERTEMPAT DI PERKARANGAN PADANG SMU (A) MEHELIAH GETING, TUMPAT




📢 HEBAHAN | CERAMAH ISU SEMASA & RUU KESALAHAN SYARIAH (KELANTAN) 2026Jom hadir beramai-ramai ke Ceramah Isu Semasa dan ...
19/08/2026

📢 HEBAHAN | CERAMAH ISU SEMASA & RUU KESALAHAN SYARIAH (KELANTAN) 2026

Jom hadir beramai-ramai ke Ceramah Isu Semasa dan RUU Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 peringkat Parlimen Tumpat.

📅 Jumaat, 21 Ogos 2026
🕌 08 Rabiulawal 1448H
⏰ 9.00 malam
📍 Pekarangan Padang SMU (A) Meheliah Geting

Satu pengisian penting untuk memahami isu semasa dan perkembangan berkaitan perundangan Syariah di Kelantan.

Semua dijemput hadir!
Ayuh kita meriahkan bersama-sama.

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Tumpat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share