31/05/2026
Selamat menyambut Hari Gawai Dayak 2026. Gayu Guru Gerai Nyamai Lantang Senang Nguan Menua.
Laman ini dibina untuk memberikan sokongan kepada tugas-tugas Pertahanan Awam secara info santai.
31/05/2026
Selamat menyambut Hari Gawai Dayak 2026. Gayu Guru Gerai Nyamai Lantang Senang Nguan Menua.
31/05/2026
Dirgahayu Tuanku.
Sembah takzim dan setinggi-tinggi ucapan tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Tuanku.
Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan serta kebijaksanaan dalam memayungi rakyat dan negara yang dicintai.
Daulat Tuanku.
Ikhlas daripada Friends of MCDF
30/05/2026
Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua penganut ugama Buddha.
30/05/2026
Selamat Hari Pesta Kaamatan......
30 Mei 2026
26/05/2026
Selamat Hari Raya Aidil Adha 1447H kepada semua anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia khususnya dan rakyat Malaysia yang berugama Islam.
21/05/2026
Perjumpaan veteran Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kuala Lumpur yang telah melalui zaman baju kelabu hingga zaman baju biru di Restoran NZ Wangsa Maju pada 21 Mei 2021.
Perjumpaan ini telah dirancang kerana ingin bertemu dengan veteran yang telah meninggalkan ibukota untuk bermastautin di Kelantan.
Semoga para veteran sihat sentiasa dan dirahmati Allah.
18/05/2026
Dilarang panik. Hubungi talian kecemasan NG MERS 999.
Panik adalah musuh kepada tindakan yang tepat. Di zaman serba moden ini, bantuan kecemasan hanya di hujung jari anda.
Tarik nafas dan kekal bertenang dalam apa jua situasi cemas. Kerana minda yang tenang, kita mampu membuat satu keputusan yang bijak.
-Oyen PROPA-
17/05/2026
Innalillahiwainnailaihirojiun
Dukacita dimaklumkan bahawa Sarjan (PA) Kamaliah binti Ghazali, veteran Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Daerah Kinta (Ipoh) telah pulang kerahmatullah pada 17 Mei 2026.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Aamiin.
Alfatihah.
15/05/2026
Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua yang digelar guru, cikgu, pendidik, pengajar, pensyarah.
Guru Bitara, Nadi Negara
16 Mei 2026