NUTP Malaysia

NUTP Malaysia

Share

NUTP merupakan kesatuan sekerja terbesar di Malaysia dengan keahlian 230,000 orang. Tel: 03-62510621

Photos from NUTP Malaysia's post 12/05/2026

MESYUARAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN BERSAMA KESATUAN/PERSATUAN PERKHIDMATAN PERGURUAN BIL.1 TAHUN 2026

Tarikh : 12 Mei 2026 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Seri Baiduri, Aras 5, Blok E12, Kementerian Pendidikan Malaysia

Pihak Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) telah hadir ke Mesyuarat Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan bersama Kesatuan/Persatuan Perkhidmatan Perguruan Bil. 1 Tahun 2026.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dato' Indera Ikmalrudin bin Ishak, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

NUTP amat menghargai komitmen serta keterbukaan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam mengadakan sesi perbincangan bersama NUTP secara berterusan.

NUTP percaya bahawa hubungan kerjasama yang erat serta komunikasi dua hala seperti ini mampu memperkukuhkan usaha dalam menjaga kebajikan, kepentingan dan kesejahteraan warga pendidik

11/05/2026

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Wan Hashim bin Wan Rahim atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan cemerlang demi memperkukuhkan sistem pendidikan negara serta membawa kecemerlangan berterusan kepada warga pendidikan Malaysia.

NUTP turut mendoakan agar YBhg. Dato’ terus dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan dan kebijaksanaan dalam menerajui pentadbiran pendidikan negara ke arah yang lebih gemilang.

09/05/2026

MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim atas segala jasa, kepimpinan, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang menerajui Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Ketua Setiausaha.

Segala usaha, dedikasi dan khidmat bakti yang telah diberikan amat bermakna dalam memperkukuhkan kecemerlangan pendidikan negara serta memberi impak besar kepada warga pendidik dan seluruh ekosistem pendidikan Malaysia.

Semoga segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan menjadi legasi yang terus dikenang dan dihargai oleh seluruh warga pendidikan negara.

“Sekalung Budi, Selamanya Dikenang.”

08/05/2026

NUTP Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd. Nor bin Md. Daud, Ahli Majlis Eksekutif NUTP Malaysia dan juga merupakan Naib Pengerusi NUTP Cawangan Kedah.

Photos from NUTP Malaysia's post 08/05/2026

8 MEI 2026

SESI PERKONGSIAN BERSAMA-SAMA KESATUAN PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN (NUTP) BERKAITAN PROGRAM PEMBENTUKAN KARAKTER KURIKULUM PERSEKOLAHAN 2027

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) telah menghadiri Sesi Perkongsian Berkaitan Program Pembentukan Karakter Kurikulum Persekolahan 2027.

Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Hajah Nooraini binti Kamaruddin, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

NUTP amat menghargai peluang penglibatan ini sebagai medium kerjasama strategik dalam memastikan suara dan pandangan warga pendidik terus diberi perhatian dalam pembangunan dasar pendidikan negara.

Photos from NUTP Malaysia's post 01/05/2026

SAMBUTAN HARI PEKERJA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026

Tarikh : 1 Mei 2026
Tempat : Unifi Arena, 57700, Kuala Lumpur

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) memenuhi undangan Kementerian Sumber Manusia untuk menghadiri Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan Tahun 2026.

Peserta terdiri daripada barisan Kepimpinan Tertinggi NUTP dan Ahli Majlis Eksekutif.

"PEKERJA MADANI, KESUMA BANGSA"

30/04/2026

SELAMAT HARI PEKERJA 2026

Setiap usaha, setiap keringat dan setiap pengorbanan para pekerja merupakan tunjang utama kepada pembangunan dan kemajuan negara yang kita cintai. Di sebalik setiap kejayaan, pasti ada dedikasi dan komitmen tinggi daripada seluruh warga kerja yang terus berbakti tanpa mengenal lelah.

NUTP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga pendidik khususnya, serta semua golongan pekerja di Malaysia yang sentiasa memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat berilmu, berdaya saing dan berintegriti.

Semoga segala jasa dan pengorbanan ini terus dihargai serta menjadi inspirasi dalam membina masa depan negara yang lebih gemilang.

“Pekerja MADANI, Kesuma Bangsa”

Terima kasih atas segala usaha dan sumbangan anda.

Photos from NUTP Malaysia's post 29/04/2026

ZIARAH KASIH NUTP IBU PEJABAT KE SETIAUSAHA AGUNG DI KPJ PAHANG

Staf NUTP Ibu Pejabat telah berkesempatan menziarahi Setiausaha Agung NUTP, Sdr. Fouzi bin Singon yang sedang menerima rawatan di KPJ Pahang Specialist Hospital.

Turut hadir bersama adalah Pengarang NUTP, Sdr. Mohd Fadzil bin Mat Tahar

Semoga Sdr. Setiausaha Agung mendapat kesembuhan yang segera dan diberi kekuatan.

26/04/2026

SANGAT MUDAH UNTUK DAFTAR SEBAGAI AHLI NUTP

TEKAN SAHAJA LINK DIBAWAH :
https://mynutp.org.my/Daftar_Ahli_baharu.aspx
✅Isi maklumat-maklumat yang diperlukan
✅Upload salinan kad pengenalan
✅ Upload salinan slip gaji yang mengandungi cetakan QR Kod (sebaik-baiknya format pdf e-Penyata Gaji) di tempat bertugas semasa (slip gaji yang mengandungi cetakan QR Kod tersebut boleh dimuat turun di Portal gaji dibahagian "Penyata Untuk Pinjaman") Sila sahkan slip gaji terlebih dahulu dengan majikan terlebih dahulu.
✅Tekan HANTAR
(Untuk Kategori Keahlian - pilih KEAHLIAN BIASA) Untuk pengisian secara Manual (borang) sila hubungi pejabat NUTP Cawangan di negeri masing-masing bagi mendapatkan borang.

Photos from NUTP Malaysia's post 25/04/2026

MAJLIS RUMAH TERBUKA ANDALUSIA

Tarikh : 25 April 2026
Tempat : Darul Muttaqin Home, 55000 Kuala Lumpur

NUTP telah menghadiri jemputan ke Majlis Rumah Terbuka Andalusia yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan harmoni.

Datang memenuhi jemputan adalah Sdr. Hj. Aminuddin bin Awang, Presiden NUTP, Hj. Fouzi bin Singon, Setiausaha Agung NUTP dan Sdr. Azmi bin Ahmad Sapian, Bendahari Agung NUTP.

Pihak NUTP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Hajah Ida Riswana binti Hj. Idris, Pengarah merangkap Penasihat Undang-Undang, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. atas jemputan serta layanan yang amat baik, mesra dan penuh penghormatan.

Semoga jalinan hubungan baik ini terus diperkukuhkan demi manfaat bersama pada masa akan datang.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia 13 & 15, Jalan Murai Dua, Kompleks Batu, Off Jalan Sultan Azlan Shah (Jalan Ipoh)
Kuala Lumpur
51100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 12:45