Jumpa video ni dekat tiktok..terima kasih review hasil kerja kami & siap promote page kami sekali. Appreciate it! Sedikit informasi kami kini beroperasi dengan nama baru, Razali Piano Service.
adalah seorang Producer dan juga Bassist, follow page dia untuk content yang menarik.
Razali Piano Service
Piano tuning, repair, restoration, refinishing, buy & sell used pianos. Piano moving coordination available with experienced movers.
Serving Kuala Lumpur & Selangor. Piano tuning, repair, restoration, refinishing services.buy & sell used pianos.
Malam bulan di pagar bintang,
Makin indah bila di pandang,
Bagai gadis beri senyuman,
Pada bujang idaman...
Lagu yang sangat indah menjadi pilihan daripada pengantin untuk mengiringi mereka ke pelamin.Thumbs up buat Hailme Iswa dengan sentuhan yang ummppp!
Piano yang di gunakan adalah jenama Weinbach..
Kami menyediakan khidmat sewaan piano untuk menambah seri majlis anda.bagi yang memerlukan,boleh hubungi kami untuk sebarang pertanyaan.
05/03/2026
πΉ Bilakah Kali Terakhir Piano Anda Dituning?
Ramai pemilik piano tidak sedar bahawa piano perlu di tuning secara berkala bagi mengekalkan kualiti bunyinya. Perubahan suhu, kelembapan serta penggunaan harian boleh menyebabkan nada piano berubah sedikit demi sedikit.
Sepanjang pengalaman kami tuning pelbagai jenis piano β daripada upright piano di rumah, grand piano di studio, hinggalah piano di dewan persembahan β setiap piano memerlukan ketelitian dan kepakaran bagi memastikan setiap nada kembali tepat dan seimbang.
Apabila piano dituning dengan betul:
β Bunyi jadi lebih jelas
β Nada lebih seimbang
β Lebih selesa dan seronok untuk dimainkan
Kami menyediakan service Piano Tuning untuk Upright Piano dan Grand Piano, sama ada di rumah, studio muzik, sekolah atau dewan persembahan.
π© Hubungi / Whatsapp kami untuk tempahan atau pertanyaan.
Let your piano sound its best again. πΉ
03/03/2026
πΉ Piano kat rumah dah nampak kusam? Banyak calar?
Kadang-kadang bukan rosak punβ¦ cuma dah lama tak βberseriβ π
Sayang nak tukar baru sebab bunyi masih sedap.
Kami buat service :
β¨ Spray semula piano (full body)
β¨ Spray bahagian tertentu sahaja (partial spray)
β¨ Repair calar & kesan pudar
β¨ Tukar warna kalau nak bagi nampak fresh
Ramai owner ingat kena spray satu badan penuh.
Sebenarnya kalau rosak kat bahagian top,front panel,lower panel,fallboard & key slip β kita boleh buat partial spray sahaja.
β Lebih jimat
β Lebih cepat siap
β Nampak kemas semula
Piano lama pun boleh nampak macam baru balik.
Kalau tak pasti kena buat full atau partial, tak apa.
Hantar gambar dulu, saya tengok dan cadangkan option paling sesuai ikut bajet π
π© PM untuk tanya apa-apa.
πΉ Piano Anda Dah Lama Tak Tune?
Bunyi piano dah lari pitch? Key berat atau tak sekata?
Kami menyediakan servis:
β
Piano Tuning
β
Repair & Adjustment
β
Cleaning & Basic Maintenance
Sesuai untuk:
β Rumah
β Sekolah
β Studio muzik
π Servis area : KL & Selangor
π© WhatsApp sekarang untuk booking slot.
Overhaul Action,Regulation,Tuning completed.Zimmermann Grandpiano dah boleh di gunakan semula oleh owner baru.
Proses pindah piano dari taman seputeh ke bukit jelutong juga di uruskan oleh pihak kami.
11/07/2024
Selesai overhaul action piano Kallmann,kerja repair paling jauh setakat ini.
Tak berkesempatan untuk rasa dagaing salai sebab grobok salai tutup pada hari isnin.pada penggemar masakkan salai boleh la datang untuk menikmati makanan dan juga iringin muzik live yang santai di sini.
25/06/2024
Overhaul action Kawai Upright Piano model KS1,tahun pengeluaran adalah 1967,condition piano masih berfungsi dengan baik walaupun usia menghampiri 60 tahun.
Selepas overhaul action hanya perlu lakukan tuning sekurang-kurangnya 1 tahun sekali untuk penjagaan Piano.
Tuning C. Steinbert Concert Grand Piano untuk program muzik showcase.
18/04/2024
Cuti Hari Raya Aidilfitri dah habis..Kembali bekerja :)
Kedudukan piano yang berhampiran dengan indoor pool menghasilkan karat yang tebal pada bahagian treble & middle strings,kandungan chlorine di udara buatkan semua plain wires oxidized.
Sebelum mula tuning kena bersihkan karat dahulu,hanya 50-60% sahaja karat berjaya di bersihkan.nasib baik tiada strings yang putus masa tuning.
Ini kali ke-3 jumpa condition piano yang strings berkarat sangat tebal.semuanya mempunyai persamaan iaitu kedudukan piano berhampiran dengan indoor pool.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Contact the business
Telephone
Website
Address
No 43, Jalan Bunga Melati 1, Taman Maju Jaya, Cheras
Kuala Lumpur
56100
