CyberGuide Cspdmy

CyberGuide Cspdmy

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from CyberGuide Cspdmy, Law enforcement agency, Kuala Lumpur.

09/05/2025

'Scammer' sasar pesara, profesional, kerugian hampir RM9 juta di Kelantan

KOTA BHARU: Kes jenayah penipuan dalam talian atau scam di Kelantan menunjukkan peningkatan berikutan kejadian yang berlaku hampir setiap hari, dengan nilai kerugian mencecah RM8.79 juta, terutama membabitkan pesara dan golongan profesional.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata statistik suku pertama tahun ini dari Januari hingga Mac merekodkan peningkatan sebanyak 33.3 peratus atau 89 kes berbanding tempoh sama pada tahun lepas.
"Kes penipuan semakin ketara di negeri ini, dengan beberapa mangsa terdiri daripada pesara dan golongan profesional sanggup membayar sejumlah wang besar kepada scammer ataupun penipu walaupun pada awalnya hanya berhasrat membuat pinjaman kecil," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Isnin.

Mohd Yusoff berkata terdapat mangsa yang mengalami kerugian melebihi RM200,000, sedangkan pada mulanya mereka hanya berniat untuk meminjam RM100,000 sahaja.
"Data menunjukkan jenayah komersial tertinggi tahun ini melibatkan phone scam (Macau scam) dengan 113 kes, diikuti penipuan e-dagang sebanyak 74 kes," katanya.
Beliau berkata kes e-dagang itu kebanyakannya melibatkan pembelian kenderaan dan permohonan pinjaman wang dalam talian, khususnya dalam kalangan pesara dan golongan profesional.
"Mereka mudah terpedaya dengan permintaan pemanggil scammer walaupun berpendidikan tinggi. Antara modus operandi yang digunakan ialah tawaran pinjaman palsu, pembelian barangan, seperti kenderaan serta pelaburan emas secara dalam talian," katanya.
Menurut Mohd Yusoff, scammer kini semakin licik menggunakan pelbagai teknik memperdaya mangsa manakala mangsa p**a mudah terperdaya dengan tawaran yang kelihatan mudah dan menguntungkan.
Sementara itu, beliau berkata pergerakan rakyat Malaysia merentas sempadan melalui pangkalan haram Malaysia-Thailand menurun secara mendadak selepas penguatkuasaan larangan sejak 1 Disember tahun lepas.
Beliau berkata pergerakan dari Malaysia ke Thailand yang sebelum ini mencecah kira-kira 400 hingga 500 orang sehari, kini tidak sampai 20 orang sehari.
"Penutupan pangkalan haram itu juga turut meningkatkan hasil kerajaan berikutan rakyat mematuhi peraturan dengan menggunakan pas sempadan.
"Ia hasil penguatkuasaan ketat selepas pengisytiharan penutupan sempadan, selain kawalan di semua laluan tikus," katanya.
Beliau berkata berikutan tindakan itu, rampasan dadah di sempadan Kelantan-Thailand turut menurun sebanyak 60 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.
Bagaimanapun, Mohd Yusoff berkata untuk menaikkan lagi peratusan penurunan rampasan dadah ke tahap maksimum mungkin sukar dicapai disebabkan kekangan keanggotaan pihak berkuasa dalam mengawal sempadan sepanjang 136.4 kilometer.
"Namun, kita tetap berusaha ke arah itu dan yang lebih penting ialah kesedaran masyarakat bahawa kita tegas dalam penguatkuasaan Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) yang dilaksanakan," katanya.

07/05/2025

Polis Melaka tumpaskan sindiket proses kad debit klon untuk pasaran Jepun

MELAKA: Polis Melaka menumpaskan sindiket memproses kad debit bank dengan penahanan seorang lelaki warga Singapura di sebuah kondominium di Tengkera, di sini pada 23 April lepas.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata lelaki berumur 42 tahun itu ditahan bersama 227 kad visa debit Joint Development Bank berpangkalan di Laos dan pelbagai peralatan digunakan untuk memproses kad debit klon berkenaan, antaranya mesin pemotong laser, heat gun blower dan mesin pengimbas kad debit, dalam serbuan pada 1.15 tengah hari itu.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kesemua kad debit berkenaan dicetak dengan nama warganegara Jepun dan kad terbabit dipercayai dijual ke pasaran negara itu.
"Siasatan awal mendapati suspek menyewa kondominium itu sejak Januari tahun ini dan menjadikan premis berkenaan sebagai tempat memproses kad debit klon.
"Suspek didapati menerima bekalan kad debit Joint Development Bank daripada pihak tertentu melalui kurier dan kemudiannya akan meniru data daripada kad debit bank berkenaan serta membuat cetakan kepada kad klon kosong menggunakan mesin laser," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata kad klon yang dicetak itu kemudiannya akan ditampal dengan cip dan jalur magnetik sebelum menukar kategori kad itu sama ada kepada premium atau platinum.
Katanya, suspek kemudian akan menguji kad debit klon yang baharu menggunakan mesin pengimbas dan mesin terminal untuk memastikan kad itu boleh digunakan.
Dzulkhairi berkata kesemua kad yang telah siap diproses akan dihantar kepada pemilik baharu menggunakan kurier dan suspek akan menerima bayaran bulanan sebanyak SDG3,800.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Seksyen 424 A Kanun Keseksaan kerana memiliki instrumen pembayaran atau akaun di institusi kewangan tanpa kuasa sah atau maksud sah selain Peraturan 39B Akta Imigresen 1959/63 kerana melanggar syarat pas, permit atau pas sempadan.
Suspek katanya, direman lima hari hingga hari ini dan permohonan tambahan tempoh reman akan dibuat bagi menjalankan siasatan lanjut.
Dalam perkembangan lain, Dzulkhairi berkata lima lelaki warga tempatan berumur 21 hingga 32 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan tawaran pekerjaan tidak wujud melibatkan kerugian kira-kira RM1.82 juta.
Beliau berkata kesemua suspek yang berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan bagi aktiviti penipuan itu ditahan di dua unit kondominium di Ayer Keroh, di sini yang dijadikan sebagai pusat panggilan sejak empat bulan lepas dan menyasarkan rakyat tempatan dengan menawarkan pekerjaan tidak wujud menerusi platform media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram.
"Setakat ini, kita menerima 14 laporan, dan mangsa antaranya dari Melaka, Perak, Kedah, Selangor, Pahang dan Pulau Pinang dengan tawaran gaji bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000.
"Pada mulanya, mangsa dijanjikan dengan tawaran pekerjaan sambilan dalam talian melalui laman sesawang mata wang kripto deribittrade dan mangsa juga ditawarkan komisen 10 peratus bagi setiap pelaburan mata wang kripto yang disertai," katanya.
Dzulkhairi berkata pelbagai peralatan komputer dan 64 telefon bimbit dipercayai digunakan untuk memperdaya mangsa turut dirampas.
Beliau berkata semakan lanjut mendapati seorang daripada lima suspek berkenaan mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan dadah dan pengurungan salah, serta kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

04/05/2025

Jurutera rugi lebih RM1.1 juta angkara pelaburan tidak wujud

KUANTAN: Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung tahun lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman dalam kenyataan hari ini berkata mangsa berusia 36 tahun, mula melabur pada 3 Dis tahun lepas dan telah melakukan 19 transaksi pemindahan wang ke tujuh akaun.
"Mangsa menggunakan wang simpanan dan meminjam daripada keluarga serta rakan untuk melabur.

"Namun, c
Yahaya berkata mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam.

04/05/2025

Melaka catat 666 kes penipuan dalam talian babitkan kerugian RM19.52 juta

ALOR GAJAH: Sebanyak 666 kes penipuan dalam talian membabitkan kerugian RM19.52 juta dilaporkan di Melaka dalam tempoh 1 Jan hingga semalam (Ahad).
Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan berkata daripada jumlah itu, sebanyak 157 kes direkodkan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) manakala 509 direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau berkata penipuan berkenaan melibatkan pelbagai modus operandi antaranya jual beli dalam talian, penipuan cinta atau love scam dan pelaburan tidak wujud dengan mangsa melibatkan pelbagai kategori seperti ibu tunggal, penjawat awam dan pekerja swasta.
"Dalam tempoh sama, sebanyak 399 tangkapan dilakukan manakala 231 pertuduhan telah dibuat berdasarkan laporan yang dibuat oleh mangsa.
"Kebanyakan mangsa ditipu sindiket ialah golongan berusia 25 hingga 40 tahun manakala wanita paling ramai ditipu sindiket love scam dan pembelian dalam talian sementara golongan lelaki paling ramai ditipu menerusi sindiket pelaburan tidak wujud," katanya ketiak ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Rembia yang dihadiri lebih 5,000 pengunjung.

Fairul Nizam berkata sindiket penipuan itu aktif menjalankan kegiatan mereka menerusi pelbagai modus operandi dan semalam sahaja, polis menerima lapan laporan kes penipuan di Melaka Tengah dan satu di Alor Gajah membabitkan kerugian lebih RM400,000.
Beliau berkata kes yang dilaporkan melibatkan penipuan tawaran khidmat bersih rumah, penyaman udara dan pembelian kereta tidak wujud di Facebook dan tawaran kerja menerusi WhatsApp.
"Antara kes yang dilaporkan, kerugian tertinggi direkodkan ialah berjumlah RM245,570 iaitu melibatkan satu kes penipuan pelaburan tidak wujud dalam talian," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri memandang serius kes penipuan dalam talian dengan melaksanakan pelbagai usaha termasuk ceramah, pameran dan menubuhkan 'Task Force Judi Online, Fraud dan Jenayah Cyber' untuk meningkatkan kesedaran rakyat agar tidak mudah terperdaya dengan sebarang modus operasi sindiket terbabit.

03/05/2025

Pesara rugi hampir RM400,000 akibat penipuan dalam talian

SIBU: Seorang pesara kerugian RM371,199 selepas terperdaya dengan tawaran p**angan lumayan daripada perniagaan dalam talian yang tidak wujud sejak bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata lelaki berusia lingkungan 60-an itu membuka akaun perniagaan dalam talian menerusi aplikasi Amazon dan TikTok setelah diperkenalkan oleh seorang individu melalui aplikasi WhatsApp pada 26 Feb lepas.
"Mangsa telah dimaklumkan oleh pihak khidmat pelanggan bahawa dengan menyertai perniagaan itu, dia akan memperoleh keuntungan lumayan iaitu 50 peratus bagi akaun Amazon dan akan dinaik taraf ke lima bintang, manakala 25 peratus bagi akaun TikTok," katanya dalam satu kenyataan media.

Tertarik dengan tawaran berkenaan, mangsa telah membuat pemindahan wang bagi tujuan memproses pesanan pelanggan.
Sebanyak 20 transaksi pemindahan wang telah dilakukan antara 11 hingga 17 Mac ke dalam lapan akaun bank tempatan yang berlainan, melibatkan jumlah keseluruhan RM371,199.
Beliau berkata selepas beroperasi dua minggu, mangsa mendapati dirinya tidak dapat memproses pesanan pelanggan kerana baki wang dalam kedua-dua akaun yang didaftarkan tidak mencukupi menyebabkan mangsa tidak dapat mengakses akaun terbabit.
Zulkipli berkata mangsa kemudian diarahkan membuat pemindahan sejumlah wang ke dalam e-dompet akaun berkenaan bagi mengaktifkan semula akaunnya.
"Mangsa menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan dan membuat laporan polis semalam," katanya menambah kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

01/05/2025

Eksekutif jualan rugi hampir RM50,000 diperdaya sindiket tawaran kerja sampingan

KUALA TERENGGANU: Seorang eksekutif jualan kerugian sebanyak RM48,530 selepas diperdaya sindiket tawaran kerja tidak wujud di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada 12 April lalu mangsa seorang wanita berusia 52 tahun melihat iklan tawaran kerja yang menarik di laman sosial Facebook.
Beliau berkata mangsa yang berminat telah menghubungi suspek melalui aplikasi WhatsApp untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan peluang kerja berkenaan.

"Mangsa diterangkan dengan cara kerja iaitu perlu menempah bilik hotel bagi meningkatkan rating hotel berkenaan.
"Tetapi mangsa perlu membuat bayaran tempahan menggunakan wang sendiri terlebih dahulu dalam masa 10 minit sebelum wang itu dikembalikan beserta komisen yang tinggi," katanya ketika dihubungi hari ini.
Bagaimanapun, Azli berkata, suspek kemudian menghubungi mangsa dan memintanya memasukkan sejumlah wang ke akaun bank yang diarahkan bagi mendapatkan komisen dengan alasan mangsa lambat membuat pembayaran hotel.
Mangsa yang panik dan terdesak telah membuat sembilan transaksi ke empat akaun berbeza berjumlah RM48,530 menggunakan wang simpanan namun masih gagal mendapatkan bayaran komisen yang dijanjikan.
"Mangsa menyedari ditipu setelah diminta membuat beberapa lagi bayaran dengan pelbagai alasan.
"Dia kemudian membuat laporan polis pada 7.35 petang semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

29/04/2025

Eksekutif jualan rugi lebih RM100,000 diperdaya kenalan aplikasi

SIBU: Bermula dengan jatuh hati menerusi aplikasi janji temu pop**ar, namun berkesudahan dengan kekecewaan kewangan bagi seorang wanita apabila menjadi mangsa penipuan dalam talian yang menyebabkan kerugian lebih RM100,000.

Mangsa, seorang eksekutif jualan dan pemasaran dilaporkan bertemu dengan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai "Lucian Hee Hao Yu", kononnya seorang jurutera di aplikasi berkenaan pada awal tahun ini.
Percintaan maya mereka kian mekar, beralih daripada aplikasi berkenaan ke WhatsApp dengan rasa percaya semakin mendalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata tidak lama kemudian, suspek memperkenalkan wanita itu kepada apa yang dia dakwa sebagai "peluang menguntungkan" - satu skim pelaburan eksklusif yang menjanjikan p**angan lumayan dalam masa singkat.
Beliau berkata di bawah arahan 'Lucian', mangsa dipujuk untuk mendaftar di sebuah laman web yang kelihatan profesional dan diarahkan untuk berkongsi maklumat peribadinya.
"Mangsa seterusnya membuat 12 transaksi berjumlah RM102,992.40 ke tiga akaun antara 6 Feb hingga 6 Mac. Lebih membimbangkan, mangsa juga mengambil pinjaman bank untuk membiayai pelaburan berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zulkipli berkata namun, p**angan yang dijanjikan tidak pernah diperoleh dan setelah beberapa minggu, mangsa mula sedar yang dia telah ditipu dan memutuskan untuk membuat laporan polis semalam.
Beliau berkata siasatan telah dimulakan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu dan orang ramai diminta sentiasa berwaspada apabila ditawarkan peluang pelaburan, terutamanya daripada individu yang tidak dikenali dalam talian.
"Orang ramai diseru membuat semakan pengesahan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) atau semakan menerusi aplikasi Investment Checker.
"Selain itu, orang ramai boleh menyemak akaun bank atau nombor telefon yang mencurigakan melalui portal Semak Mule di http://ccid.rmp.gov.my/semakmule atau menghubungi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997 untuk mendapatkan bantuan," katanya.

26/04/2025

Jurutera rugi lebih RM1.1 juta angkara pelaburan tidak wujud

KUANTAN: Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung tahun lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman dalam kenyataan hari ini berkata mangsa berusia 36 tahun, mula melabur pada 3 Dis tahun lepas dan telah melakukan 19 transaksi pemindahan wang ke tujuh akaun.
"Mangsa menggunakan wang simpanan dan meminjam daripada keluarga serta rakan untuk melabur.

Yahaya berkata mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam.

25/04/2025

Polis tahan tujuh individu geng pecah rumah di Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Polis berjaya menumpaskan geng kes pecah rumah selepas menahan tujuh individu termasuk seorang wanita dalam serbuan di sekitar Pulau Pinang semalam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata enam lelaki dan seorang wanita yang kesemuanya berusia sekitar 20-an hingga 30-an itu ditahan dalam operasi khas yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Timur Laut dan Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Bayan Lepas.
"Penahanan ini ekoran kejadian pecah rumah seorang mangsa berusia 24 tahun di Urban Suite di sini pada awal pagi semalam dan pelbagai barangan hilang antaranya komputer riba, telefon bimbit dan dokumen penting.

"Berdasarkan siasatan, polis melancarkan operasi dan menahan semua suspek secara berasingan di beberapa lokasi antaranya Bayan Lepas, Bukit Mertajam dan Butterworth," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Sazalee berkata susulan penahanan mereka, polis merampas komputer riba, telefon bimbit dan kamera dipercayai hasil kegiatan pecah rumah dan kenderaan dengan nombor pendaftaran palsu yang disyaki digunakan untuk jenayah itu serta senjata tajam.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati tujuh suspek warga tempatan itu mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

24/04/2025

Myanmar Serahkan 3 Gembong Penipuan Online ke China

Naypyitaw - Aparat Myanmar menyerahkan tiga gembong penipuan asal China ke Beijing. Orang-orang ini disebut menyelundupkan ribuan warga asing yang kemudian dipaksa menjalankan bisnis penipuan online.
Ketiga individu itu adalah Bai Suocheng, Wei Chaoren dan Liu Zhengxiang - mereka memimpin tiga dari empat keluarga yang "menguasai" Kota Laukkaing - seperti film Godfather.

Laukkaing sendiri terletak di perbatasan timur laut Myanmar dengan China.

Tentara Myanmar - yang terjebak dalam kebuntuan sejak merebut kekuasaan pada awal 2021 - kini menderita kekalahan dalam pertempurannya melawan pasukan-pasukan etnis di lebih dari satu front.

Jenderal Min Aung Hlaing dikenal menyokong mafia China di Laukkaing. Selama bertahun-tahun, pemerintah China menekan rezim Min Aung Hlaing untuk mengontrol pusat-pusat bisnis penipuan online.

Banyak orang diketahui terjebak di tempat-tempat ini dan dipaksa menjalankan penipuan via telepon dan daring yang menyasar korban di berbagai tempat.

Ketidaknyamanan China atas apa yang terjadi Laukkaing mendorong tiga kelompok pemberontak untuk melancarkan serangan terkoordinasi terhadap militer pada akhir Oktober tahun lalu.

Hal ini mempercepat kejatuhan para keluarga mafia.

Baca juga:

Keruntuhan mafia China di pusat bisnis penipuan online di Myanmar
WNI korban 'sindikat penipuan online' di Laos, Kemlu Indonesia bebaskan 37 WNI - 'delapan WNI masih belum dapat keluar'
Keempat keluarga 'Godfather' mengendalikan Laukkaing sejak 2009. Liu Guoxi, yang memimpin keluarga keempat, meninggal dunia tahun 2020.

Di bawah kekuasaan keluarga-keluarga mafia ini, Laukkaing bertransformasi dari kota perbatasan nan miskin menjadi sarang kriminalitas - terutama bisnis penipuan online yang uangnya menggiurkan.

PBB memperkirakan ratusan ribu orang di Asia Tenggara menjadi korban perdagangan manusia dan "disalurkan" ke pusat-pusat bisnis ini.

"Selama ini, kelompok-kelompok kriminal di Myanmar utara secara terbuka mengorganisir geng penipuan bersenjata dan melakukan penipuan terhadap warga negara China," ujar Kementerian Keamanan Publik China pada Selasa (30/01)

Kementerian juga menuduh kelompok-kelompok ini melakukan "berbagai kejahatan kekerasan yang berat," seperti pembunuhan, penyiksaan, dan penahanan ilegal.

Pada Desember silam, Beijing mengumumkan imbalan kepada siapapun yang bisa menangkap para pelaku dan jaringan mereka yang disebut sebagai "biang keladi". Beijing juga mengirim tim ke Myanmar untuk bekerja sama dengan pihak berwenang setempat.

19/04/2025

[POSTING PILIHAN] SCAM ALERT: WASPADA DENGAN PENIPUAN “MACAU SCAM”
Sentiasa berwaspada apabila menerima panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali lebih-lebih lagi panggilan dibuat oleh sindiket penipuan “Macau Scam” yang menggunakan kaedah "Caller ID Spoofing" (meniru nombor telefon orang atau agensi) dan panggilan secara "Voice over Internet Protocol" (VoIP) bagi memperdayakan mangsa.
Dapatkan tips pencegahan jenayah penipuan yang disediakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil sebagai panduan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM

18/04/2025

[POSTING PILIHAN] SCAM ALERT: AWAS PENIPUAN "JOB SCAM"
Berikut merupakan contoh iklan penipuan pekerjaan yang sering muncul dalam media, sehingga menyebabkan ramai terpedaya dan menjadi mangsa.
Ikuti tip dan nasihat yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil agar masyarakat dapat menghindari diri daripada terjerat dengan sindiket penipuan. Beringat sebelum terkena!
Sumber: Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kuala Lumpur