Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Share

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

JKM WPKL ditubuhkan pada tahun 1974 dan bertujuan mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang, memberi perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan kebajikan dan pembangunan sosial yang profesional serta perkongsian tanggungjawab yang strategik.

31/05/2026
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

14/05/2026

PENCARIAN WARIS

NAMA KANAK-KANAK: SARVES
UMUR: 10 TAHUN 9 BULAN
NAMA IBU KANDUNG / PENJAGA: SARASSWATHY A/P P. KOBAL
NAMA BAPA KANDUNG / PENJAGA: TIADA
NAMA PEGAWAI PELINDUNG: NUR HANUM AMANINA BINTI MOHD ASRI

RINGKASAN KES:

Jabatan telah menerima rujukan kes daripada Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS) berkenaan seorang kanak-kanak lelaki yang telah diserahkan oleh ibu kandung kepada OYLS sejak kanak-kanak berusia 5 hari tanpa dokumen penyerahan yang sah kerana masalah kewangan. Keluarga sebelah ibu kandung juga tidak berkemampuan untuk memberikan penjagaan kepada kanak-kanak. Dimaklumkan bahawa anak lelaki OYLS adalah merupakan bapa biologi kepada kanak-kanak dan telah meninggal dunia pada 4 Mac 2021. Laporan polis telah dibuat oleh OYLS pada 7 Disember 2023 dengan no. Repot tampoi/018143/23.

Memandangkan kanak-kanak masih memerlukan pemeliharaan dan pelindungan di bawah seksyen 17 Akta Kanak-Kanak 2001, kanak-kanak telah diletakkan sementara dalam jagaan OYLS mulai 16 April 2026 hingga 16 Jun 2026 untuk siasatan Pelindung selanjutnya.

Sehubungan itu, Jabatan mohon kerjasama ibu kandung atau waris hadir ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Aras 18, Menara Teo Chew, No. 1, Jalan Lumut, Pekeliling, 50400 Kuala Lumpur atau menghubungi Pelindung kes ini iaitu Puan Nur Hanum Amanina binti Mohd Asri melalui talian 03-4010 4159 atau e-mel [email protected] agar dapat membantu Mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak.

Disediakan oleh: Nur Hanum Amanina binti Mohd Asri
Bahagian Kanak-Kanak dan Perintah Khidmat Masyarakat,
Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tarikh: 12 Mei 2026

09/05/2026

PENCARIAN WARIS

NAMA KANAK-KANAK: SITI AISYAH
UMUR: 10 TAHUN
NAMA IBU KANDUNG / PENJAGA: SUPRIYATI
NAMA BAPA KANDUNG / PENJAGA: KASTONO

NAMA PEGAWAI PELINDUNG: FATIN SHUHAILA BINTI MOHD THOWILA

RINGKASAN KES:

Jabatan telah menerima rujukan kes kanak-kanak daripada Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS) pada 7 Oktober 2025 berkenaan kanak-kanak yang telah ditinggalkan oleh ibu kandung ke dalam jagaan OYLS sejak lahir tanpa dokumen serahan yang sah. Ibu kandung dikenali sebagai Supriyatin dan merupakan warganegara Indonesia. OYLS memaklumkan ibu kandung pernah berjanji akan mengambil semula kanak-kanak namun sehingga kini ibu kandung tidak pernah hadir berjumpa dengan OYLS.

Memandangkan kanak-kanak ini memerlukan pemeliharaan dan pelindungan di bawah Seksyen 17 Akta Kanak-Kanak 2001, kanak-kanak telah diletakkan di bawah pemeliharaan OYLS bagi tempoh sementara mulai 8 Januari 2026 hingga 20 Mei 2026 untuk siasatan Pelindung selanjutnya.

Sehubungan itu, Jabatan mohon kerjasama ibu kandung atau waris kanak-kanak hadir ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Aras 18, Menara Teo Chew, No. 1, Jalan Lumut, Pekeliling) atau menghubungi Pelindung kes, Puan Fatin Shuhaila binti Mohd Thowila di talian 03-4041 4000 (samb. 4157) atau e-mel [email protected]. Maklumat daripada waris amat diperlukan bagi membantu Mahkamah membuat keputusan terbaik demi kebajikan dan penempatan kekal kanak-kanak tersebut.

Disediakan oleh:
Bahagian Kanak-Kanak dan Perintah Khidmat Masyarakat,
Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tarikh: 8 Mei 2026

07/05/2026

๐Ÿ“ขโœจ PROGRAM BUNGKUSAN MAKANAN AMAL โ€œREZEKI IKHLASโ€ โœจ๐Ÿฑ

Bersempena sambutan Hari Ibu ๐Ÿ’, program kebajikan โ€œRezeki Ikhlas ยท Free Meal To The Needyโ€ kembali lagi sebagai tanda kasih sayang dan keprihatinan terhadap masyarakat yang memerlukan โค๏ธ๐Ÿค
Program ini merupakan kerjasama antara
Bahagian Wanita Persatuan Teo Chew Selangor dan Kuala Lumpur dan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur (JKMWPKL) ๐ŸŒธโœจ
๐Ÿ“… Tarikh๏ผš21 Mei 2026 (Khamis)
โฐ Masa๏ผš11.00 pagi
๐Ÿ“ Tempat๏ผšLobi Menara Teo Chew
๐Ÿฑ Makanan percuma disediakan
๐Ÿฝ๏ธ Halal
โš ๏ธ Selagi stok masih ada
๐Ÿ‘ค 1 set bagi setiap orang
Semoga usaha kecil ini dapat membawa sedikit kegembiraan, kehangatan dan harapan kepada mereka yang memerlukan ๐Ÿ’•๐ŸŒˆ
๐Ÿ“ข Orang ramai dialu-alukan untuk berkongsi hebahan ini agar lebih ramai yang mendapat manfaat daripada program kebajikan ini ๐Ÿคฒโœจ
โ˜Ž๏ธ Sebarang pertanyaan, sila hubungi
Bahagian Wanita Persatuan Teo Chew Selangor dan Kuala Lumpur di talian:
03-2703 0737 / 03-2703 0738( En.Adrian Tay)

#้›ช้š†ๆฝฎๅทžไผš้ฆ† #้›ช้š†ๆฝฎๅทžไผš้ฆ†ๅฆ‡ๅฅณ็ป„ ๐Ÿ’–

30/04/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2026

29/04/2026

๐๐„๐๐€๐…๐ˆ๐€๐ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ
JKM ingin menafikan penyebaran poster berkaitan โ€œBantuan Pakaian Seragam Pasukan Badan Beruniform (BPSB)โ€ yang tular di media sosial dan mengandungi kenyataan bahawa orang ramai perlu hadir ke pejabat JKM berhampiran untuk membuat permohonan atau pendaftaran eKasih.
Untuk makluman, kenyataan tersebut adalah ๐๐€๐‹๐’๐” dan tidak benar. JKM tidak terlibat dalam urusan permohonan bantuan seperti yang dinyatakan dalam poster berkenaan.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih serta sentiasa merujuk kepada saluran rasmi kementerian atau agensi berkaitan bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini.
Sebarang hebahan rasmi JKM hanya akan dibuat melalui:
* Laman web rasmi JKM
* Media sosial rasmi JKM
* Kenyataan media rasmi JKM
*
Kerjasama semua pihak dalam memastikan penyebaran maklumat yang tepat amat dihargai.
TAK PASTI JANGAN KONGSI

JPWPKL menafikan pengeluaran poster berkenaan. Maklumat seperti poster tersebut adalah ๐๐€๐‹๐’๐”.

Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.

TIDAK PASTI, JANGAN KONGSI!

27/04/2026

PENCARIAN WARIS

NAMA KANAK-KANAK: FEBIAN ALFARIZI RAIHAN UMUR: 8 TAHUN
NAMA IBU KANDUNG / PENJAGA: WHINTI SRI NINGSIH
NAMA BAPA KANDUNG / PENJAGA: SUKAMTO
NAMA PEGAWAI PELINDUNG: NURHAMIMI SYAHIRAH BINTI ROSLI

RINGKASAN KES:
Jabatan telah menerima rujukan kes daripada penjaga pada 20 November 2026 berkenaan ibu kandung yang telah menghilangkan diri. Menurut penjaga, ibu kandung telah menyerahkan kanak-kanak kepada penjaga di kedai makan 'Nadirah Tomyam' Brickfields sejak 2020. Penjaga tidak mempunyai hubungan namun ibu kandung kerap mengunjungi kedai makannya menyebabkan hubungan mereka menjadi rapat. Pada tahun 2020, ibu kandung menyatakan ingin pulang sebentar ke Indonesia namun kemudian gagal dihubungi.

Memandangkan kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan perlindungan di bawah Seksyen 17(1)(d) Akta Kanak-Kanak 2001, kanak-kanak telah ditempatkan dalam jagaan sementara Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS) di bawah perenggan 25(2)(b) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sehubungan itu, Jabatan mohon kerjasama bapa atau waris kanak-kanak hadir ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Aras 18, Menara Teo Chew, No. 1, Jalan Lumut, Pekeliling, 50400 Kuala Lumpur atau menghubungi Pelindung kes ini iaitu Puan Nurhamimi Syahirah binti Rosli melalui talian 03-40414000 atau e-mel [email protected] agar dapat membantu Mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak.

Disediakan oleh:
Bahagian Kanak-Kanak dan Perintah Khidmat Masyarakat,
Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tarikh: 16 April 2026

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Aras Bawah, 16/18, Menara Teo Chew, No 1. Jalan Lumut, Pekeliling
Kuala Lumpur
50400