04/01/2026
POKOK TUMBANG
TARIKH : 04 JAN 2026 (AHAD)
MASA : 22:50 MALAM
LOKASI : JALAN CHAN CHIN MOOI, KUALA LUMPUR (TAMAN TASIK TITIWANGSA)
Sebatang dahan dari Pokok Hiasan di bahu jalan telah tumbang dan menutupi keseluruhan laluan utama dilokasi. SPDBKL yang tiba telah memotong keseluruhan dahan yang tumbang dan sisa potongan diletakkan dibahu jalan. Pembersihan sepenuhnya akan dilakukan oleh Kontraktor Pembersihan lantikan DBKL (ALAM FLORA). Laluan kembali dibuka untuk kegunaan awam.
Agensi Dilokasi : SPDBKL
Jabatan Wilayah Persekutuan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
03/01/2026
MANGSA HANYUT & LEMAS
TARIKH : 03 JAN 2026 (SABTU)
MASA : 09:40 PAGI
LOKASI : SUNGAI BATU (Berhampiran Masjid Abu Hurairah, Jalan Sultan Azlan Shah (Jln Ipoh)
Mangsa Wanita Dewasa berumur sekitar 50an berjaya ditemui sejauh 1.9km dari mangsa dilaporkan terjun sekitar jam 14.20 petang. Maklumat yang diterima dari saksi awam mengatakan mangsa telah terjun dengan sendirinya dari jambatan yang berhampiran sekitar jam 09.30 pagi.
Mangsa diserahkan kepada pihak PDRM untuk urusan forensik. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 14.45 petang.
Agensi Dilokasi : PDRM, BOMBA & PENYELAMAT & SPDBKL
Jabatan Wilayah Persekutuan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
26/12/2025
KEBAKARAN PREMIS KEDIAMAN
TARIKH : 26 DIS 2025 (JUMAAT)
MASA : 08.30 PAGI
LOKASI : PANGSAPURI SENTUL UTAMA, KUALA LUMPUR
Kebakaran melibatkan sebuah bilik didalam premis di tingkat 9. Kejadian berlaku sekitar jam 07.30 pagi. Mengorbankan 2 orang penghuni (Warga Emas Wanita (82 thn) & Lelaki Dewasa (58 thn) yang ditemui jasadnya didalam tandas. Kematian disahkan oleh Petugas Perubatan KKM. Api berjaya dikawal sepenuhnya sekitar jam 08.30 pg. Mangsa diserahkan kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya.
Dimaklumkan tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diaktifkan setakat ini.
Agensi Dilokasi : PDRM, BOMBA & PENYELAMAT, SPDBKL, AMBULANS KKM, Unit Tanah Kerajaan (JPK) DBKL dan Pejabat Cawangan DBKL Parlimen Batu
Jabatan Wilayah Persekutuan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
24/12/2025
KEMALANGAN JALANRAYA
TARIKH : 22 DIS 2025 (ISNIN)
MASA : 15.20 PETANG
LOKASI : TEROWONG JALAN YAACOB LATIFF, CHERAS, KUALA LUMPUR
Kemalangan melibatkan sebuah motorsikal yang terbabas dan melanggar dinding terowong. Mangsa "Lelaki Dewasa" mengalami kecederaan dibahagian tangan, muka dan kaki. Rawatan awal diberikan dilokasi dan membawa mangsa terus ke Unit Kecemasan (ED) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk rawatan selanjutnya.
Agensi Dilokasi : PDRM, SPDBKL & Warden Trafik DBKL
Jabatan Wilayah Persekutuan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
18/12/2025
LATIHAN SELAM SKUBA
TARIKH : 18 DIS 2025 (KHAMIS)
MASA : 10.00 PAGI
LOKASI : TAMAN TASIK TITIWANGSA, KUALA LUMPUR
Melibatkan latihan mencari dan mengangkat struktur didalam air dan dibawa naik ke permukaan dengan menggunakan "Lifting Bag". Turut diterapkan sistem operasi dan prosedur sistematik sewaktu operasi. Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BOMBA & PENYELAMAT KUALA LUMPUR turut bersama.
Jabatan Wilayah Persekutuan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
11/12/2025
LATIHAN PENGOPERASIAN KENDERAAN JENIS MEDIUM DUTY RESCUE TENDER
TARIKH : 10 - 11 DIS 2025 (RABU - KHAMIS)
MASA : 09.00 PAGI
LOKASI : SKUAD PENYELAMAT DBKL
Latihan dikendalikan oleh pihak pembekal iaitu VOLVO MALAYSIA bagi pengurusan enjin dan ROSENBAUER INTERNATIONAL yang berpengkalan di Singapura bagi pengurusan & pengendalian bahagian jentera. Latihan dibawah seliaan & pemantauan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal & Elekrikal (JKME) DBKL.
Dalam sedikit masa jentera akan mula berkhidmat untuk wargakota.
Jabatan Wilayah Persekutuan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
09/12/2025
LATIHAN BERSAMA AGENSI - SELAM SKUBA
TARIKH : 09 DIS 2025 (SELASA)
MASA : 09.00 PAGI
LOKASI : TAMAN TASIK TITIWANGSA
Objektif latihan bagi membentuk keyakinan berserta kecekapan kemahiran sewaktu aktiviti selam skuba. Latihan melibatkan pegawai dan anggota dari Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bomba & Penyelamat Kuala Lumpur dan anggota Skuad Penyelamat.
Agensi Bersama : BOMBA & PENYELAMAT (PPDA) & SPDBKL
Jabatan Wilayah Persekutuan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
06/12/2025
POKOK TUMBANG
TARIKH : 06 DIS 2025 (SABTU)
MASA : 14.10 PETANG
LOKASI : JALAN SRI PERMAISURI 6, BANDAR SRI PERMAISURI, KUALA LUMPUR
Sebatang pokok hiasan telah tumbang dan menutupi keseluruhan laluan dilokasi. Pemotongan & pembersihan dilakukan bersama antara SPDBKL & Unit Kecemasan (JKAS) DBKL.
Laluan dibuka sepenuhnya apabila semua kerja-kerja pembersihan selesai. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Agensi Dilokasi : PDRM, SPDBKL, Unit Kecemasan (JKAS) DBKL & KLC3 (Ranger)
Jabatan Wilayah Persekutuan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
05/12/2025
POKOK TUMBANG
TARIKH : 05 DIS 2025 (JUMAAT)
MASA : 16.40 PETANG
LOKASI : WISMA ZELAN, JALAN TASIK PERMAISURI, KUALA LUMPUR
Sebatang pokok telah tumbang dan menutupi laluan keluar Wisma untuk ke jalan utama. Turut menimpa beberapa buah motorsikal yang diparkir berhampiran. Dengan bantuan orang awam dilokasi 2 buah motorsikal berjaya dibawa keluar.
Pemotongan & pembersihan dilaksanakan bersama antara SPDBKL & Unit Kecemasan (JKAS) DBKL. Sebuah motorsikal mengalami kerosakan yang agak teruk, dapat dikeluarkan dari timbuhan dahan yang menimpa. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan sewaktu insiden.
Agensi Dilokasi : SPDBKL, Unit Kecemasan (JKAS) DBKL, Pej. Cawangan Cheras
Jabatan Wilayah Persekutuan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur