11/03/2026
โMaaf, andai aku pun terlukaโฆโ
Pintaku hanya peluang kedua rasa cinta darimu~โ ๐ถโ
Bila Min dengar lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali, Min terfikir sesuatuโฆ
โAda orang, masa mula bekerja dulu, niat memang nak bayar balik pinjaman. Tapi hidup tak selalu ikut perancangan. Gaji pertama habis bantu keluarga. Masuk bulan seterusnya, komitmen makin banyak. Lama-lama, bayaran yang nak dibuat tu pun tertangguh.
Bukan sebab tak peduli, cuma pernah tersilap langkah. Sebab tu PTPTN wujudkan peluang kedua. Kalau kalian ada tunggakan pinjaman sebelum ini, sekarang ada cara untuk mulakan semula.
Bayaran boleh dibuat menggunakan Akaun 2 KWSP kalian juga tau! Tak perlu tunggu โnantiโ. Hari ni pun boleh mula perbaiki langkah yang pernah tersasar.
Mohon pengeluaran Akaun 2 terus melalui aplikasi i-Akaun KWSP. Log masuk di sini:
https://iakaun.kwsp.gov.my/portal/member/login
Kadang yang kita perlukan dalam hidup, bukan kesempurnaan, cuma peluang kedua untuk betulkan keadaan. Betul tak?
โ
โ
11/03/2026
Kadang-kadang Min terfikirโฆ Bila tengok anak-anak membesar depan mata, mesti terlintas di fikiran.
โNanti bila mereka besar, cukup ke persediaan kita untuk masa depan mereka?โ
Bila fikir tentang pendidikan anak-anak, hati memang nak buat yang terbaik untuk mereka. Sebab itu Min rasa ramai yang patut tahu perkara niโฆ
Sebenarnya, menerusi peluasan Inisiatif Geran Padanan Ihsan (GAPAI), PTPTN kini menyantuni keluarga berpendapatan RM4,001 hingga RM6,000 sebulan. Pastikan kalian membuat simpanan di Simpan SSPN Prime untuk peluang menikmati manfaat geran padanan bernilai sehingga RM5,000 sekeluarga.
Bila Min tahu tentang peluang ni, Min terus terfikir, kalau kita mula simpan dari sekarang, sedikit demi sedikit, rupanya ada manfaat tambahan yang boleh bantu masa depan mereka juga.
Tak perlu tunggu sempurna. Kadang-kadang langkah kecil ibu ayah hari ini boleh jadi pintu besar untuk impian anak-anak nanti.
Jadi, jom kita mula menabung di Simpan SSPN dari sekarang. Demi masa depan mereka yang kita sayang.
09/03/2026
Tak mahu percutian impian terhenti di pintu sempadan? ๐
Min faham situasi ni memang mendebarkan. Jadi, jom buat persiapan awal dengan 3 langkah prosedur rundingan PTPTN. Semak status kalian hari ini juga untuk perjalanan yang lebih lancar dan tenang. ๐๏ธ
Kami sentiasa di sini untuk memudahkan urusan kalian. ๐ค
๐ Careline: 03-2193 3000
๐ Semak: https://sspi.imi.gov.my/sspi
09/03/2026
MAJLIS PROGRAM IMARAH RAMADAN PTPTN (IMRAN) TAHUN 2026 @ UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
8 Mac 2026 โ PTPTN meneruskan Program Imarah Ramadan (IMRAN) di lokasi seterusnya di Zon Borneo iaitu di Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS). Program ini bermula pada sesi pagi dengan aktiviti memasak yang dijalankan secara bergotong-royong melibatkan kerjasama di antara PTPTN, kakitangan dan pelajar UPMS bagi penyediaan juadah berbuka puasa.
Program ini turut dihadiri oleh YBrs. Puan Mastura Mohd Khalid, Ketua Pegawai Operasi PTPTN, YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah Universiti Putra Malaysia Sarawak, YBrs. Prof Madya Dr. Norasmah Saupi, Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan UPMS, YBrs. Prof Madya Dr. Wong Tze Jin, Dekan Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains UPMS, Encik Ainuddin Ramdan Ab Rashid, Pengurus Besar PTPTN, Encik Mohd Sharom Yusoff, Pengurus Besar PTPTN, dan Encik Yussuf Chik, Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri Sarawak.
Melalui program ini, Bantuan Lestari Siswa MADANI telah disampaikan kepada 5 orang pelajar Universiti Putra Malaysia Sarawak yang terpilih dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM2,500.
Semoga program seperti ini dapat memupuk nilai kebersamaan di samping mendapat keberkatan bulan Ramadan dengan aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat kepada semua.
09/03/2026
PROGRAM JOM KEJUT SAHUR DI POLITEKNIK NILAI, NEGERI SEMBILAN
6 Mac 2026 (Jumaat) โ PTPTN terus memeriahkan bulan Ramadan dengan melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama para pelajar IPT sebagai usaha membantu meringankan beban kewangan mereka di samping berkongsi rezeki. Pada tahun ini, PTPTN sekali lagi meneruskan Program Jom Kejut Sahur buat kali ketiga yang diadakan di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan.
Program ini telah diadakan di Pusat Islam Politeknik Nilai. PTPTN telah menyediakan bungkusan makanan bersahur untuk diagihkan kepada semua pelajar sebagai juadah bersahur dan juga agihan dari pintu ke pintu di kediaman pelajar.
Program ini telah dihadiri oleh YBrs. Puan Mastura Mohd Khalid, Ketua Pegawai Operasi PTPTN, YBrs. Dr. Siti Noridah Ali, Pengarah Politeknik Nilai, Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan PTPTN, Puan Puan Che Anishah Aziz, Pengurus Besar PTPTN dan Puan Yushanaliza Hamdan, Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri Sembilan.
Semoga program yang diadakan ini dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara PTPTN dengan kakitangan Politeknik dan para pelajar sekali gus meningkatkan imej positif PTPTN, Politeknik dan KPT.
08/03/2026
Selamat Menyambut Hari Wanita Antarabangsa 2026 kepada semua wanita yang menjadi inspirasi di sekeliling kita. ๐ธ
Terima kasih atas kekuatan, ketabahan dan pengorbanan yang sentiasa memberi makna dalam keluarga, masyarakat dan negara. Setiap langkah wanita hari ini adalah pemacu kepada masa depan yang lebih gemilang.
Bersama kita memartabatkan wanita, memperkukuh negara.
Ikhlas daripada seluruh warga PTPTN.
06/03/2026
Salam Nuzul Al-Quran 2026M/1447H ๐๐โโ
17 Ramadan, malam penuh berkat yang memperingati turunnya Al-Quran, panduan hidup yang menjadi cahaya buat seluruh umat. Mari kita terus mendekati kalam Allah ini, hayati maknanya dan jadikan ia pegangan dalam setiap langkah kehidupan.โโ
Moga Al-Quran terus menyuburkan jiwa dan membimbing kita menuju jalan yang diredai.โ
Ikhlas daripada Warga PTPTN.
05/03/2026
๐๐๐! ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Puan Mastura Mohd Khalid, Ketua Pegawai Operasi PTPTN akan bersiaran secara langsung menerusi slot Jendela Fikir di Bernama Radio bagi membincangkan tajuk WOW! Menabung Sambil Menang Dengan Cabutan Simpan SSPN 2026.
Maklumat siaran adalah seperti berikut:
๐ ๐๐๐ซ๐ข๐ค๐ก & ๐๐๐ซ๐ข : ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐ฎ๐ฆ๐๐๐ญ)
โฐ ๐๐๐ฌ๐ : ๐.๐๐ ๐๐๐ ๐ข
๐ป๐๐๐ฅ๐ฎ๐ซ๐๐ง ๐
๐ซ๐๐ค๐ฎ๐๐ง๐ฌ๐ข - ๐๐.๐ ๐
๐ (๐๐๐ฆ๐๐๐ก ๐๐ฅ๐๐ง๐ ), ๐๐๐.๐ ๐
๐ (๐๐จ๐ก๐จ๐ซ ๐๐๐ก๐ซ๐ฎ), ๐๐๐.๐ ๐
๐ (๐๐ฎ๐๐ก๐ข๐ง๐ ), ๐๐๐.๐ ๐
๐ (๐๐จ๐ญ๐ ๐๐ข๐ง๐๐๐๐ฅ๐ฎ)
๐ป ๐
๐๐๐๐๐จ๐จ๐ค : https://www.facebook.com/bernamaradio
๐ป ๐๐๐๐ : ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ https://www.mana2.my/
Jom semua! Jangan lupa untuk ikuti program ini.
05/03/2026
MAJLIS PROGRAM IMARAH RAMADAN PTPTN (IMRAN) TAHUN 2026 @ POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN (P*S) PASIR GUDANG, JOHOR
4 Mac 2026 โ Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) diteruskan ke lokasi keempat di Zon Selatan iaitu di Politeknik Ibrahim Sultan (P*S) Pasir Gudang, Johor. Pada sesi pagi, program dimulakan dengan penyediaan juadah berbuka puasa melalui aktiviti gotong-royong yang melibatkan kakitangan PTPTN serta kakitangan dan pelajar P*S. Juadah tersebut seterusnya diagihkan pada sebelah petang kepada warga P*S untuk berbuka puasa.
Program ini turut dihadiri YBhg. Datoโ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN, YB Puan Hajah Hasrunizah Hassan, ADUN Pulau Sebatang, YBrs. Tuan Hai Ulaimi Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti KPT, YM Tengku Nadzion Tengku Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Ibrahim Sultan, YBrs. Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan PTPTN, YBhg. Puan Hajah Haryani Ismail, Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Pasir Gudang Zon Scientex 1, Puan Umikalsom Yusoh, Pengurus Besar Kanan PTPTN dan Puan Mazni Ruslan, Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri Johor.
Melalui program ini, Bantuan Lestari Siswa MADANI telah disampaikan kepada 23 orang pelajar terpilih Politeknik Ibrahim Sultan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM11,500. Di samping itu, Sumbangan Kit Kasih PTPTN berupa kotak makanan turut diberikan kepada 20 orang kakitangan politeknik yang memerlukan sebagai tanda keprihatinan dalam membantu meringankan beban mereka sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.
Semoga dengan adanya program ini dapat mengimarahkan lagi suasana bulan Ramadan dengan konsep bantu membantu dan bekerjasama serta meningkatkan ukhwah silaturahim di antara PTPTN dengan pengurusan IPT dan pelajar.