Pas Cawangan Taman Bkt Anggerik

Pas Cawangan Taman Bkt Anggerik

Share

Pas Parti Berkebajikan Kepada Rakyat

Photos from Pas Cawangan Taman Bkt Anggerik's post 13/05/2015

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.

Tazkirah Hari Rabu
25 Rajab 1436h
13 May 2015m

Sesungguhnya Allah swt melarang orang orang beriman agar tidak dilalaikan oleh harta benda dan anak pinak kamu daripada mengingat Allah dan menjalankan perintahnya.
Seperti firman Allah dalam surah Al -Munafiqun ayat 9 sampai 11......
📒📒📒📌📌📌💚💚💚🌹🌹🌹👇👇👇

Surah Al-Munafiqoon, ayat 9:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

Surah Al-Munafiqoon, ayat 10:
وَأَنفِقُوا مِن مَّا رَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ الصَّالِحِينَ

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat p**a aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".

Surah Al-Munafiqoon, ayat 11:
وَلَن يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.

AGAMA ADALAH NASIHAT: QS. Al- Munafiqun : 9-11 (Segera Beramal Sebelum Datang Kematian)
http://agamaadalahnasihat.blogspot.com/2010/08/qs-al-munafiqun-9-11-segera-beramal.html?m=1
📢📢📢🔊🔊🔊
Disiarkan Tanbihul Ghaafilin Lujnah Penerangan &Multimedia Pas Kawasan Bandar Tun Razak KL...
Semoga ada manfaatnya kepada semua.
📒📒📒💚💚💚📌📌📌👆👆👆🌹🌹🌹

Photos from Penerangan Pas Kawasan Bandar Tun Razak.'s post 13/05/2015
Mobile uploads 10/05/2015

Carta Organisasi Pas Cawangan Taman Bkt Anggerik Kawasan Bandar Tun Razak.

Ket Cawangan.. Hj Jalius bin Khalid
Naib KC..Hj Rosman Mohd Nur
Setiausaha... Sdr Abdullah Mustafa
Bendahari... Sdr Rosli Mohd Roslan
Ket Pemuda.. Sdr Mohd Shahir Mohd Soad.
Ket Muslim.. Hjh Dr Salmah Ahmad
Ket Penerangan.. Sdr Asmadi Hasan
AJK.
Hj Saleh Husain
Sdr Abd Hadi Badri
Ir Hj Mohd Najib Ahmad
Sdr Haris Mat Isa
Sdr Adnan Ahmad
Sdr Wan Abibidin
Sdr Wan Zaladi
Sdr Ibrahim Mat Shah
Puan Zahariah
Puan Hj Dalilah Zakaria
Puan Sabariah
Juru Oudit
Hj Ismail Harun
Sdr Ibrahim Abdullah.

Photos from Pas Cawangan Taman Bkt Anggerik's post 08/05/2015

Tabung Haji p**a jadi Hero Penyelamat 1 MDB..?

1. Sejak semalam tersebar pendedahan sebuah blog, The Benchmark0 mengenai wang Tabung Haji digunakan untuk membail-out 1 MDB, syarikat milik kerajaan Malaysia.

2. Blog tersebut mendedahkan kertas cadangan berstatus sulit mengenai cadangan Tabung Haji untuk membeli 2 plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) kepunyaan 1 MDB dengan jumlah keseluruhan nilai itu RM 772 Juta.

3. Harga tanah dijual oleh 1 MDB kepada Tabung Haji ialah;
Plot 1: RM2860/squarefeet, = RM194 Juta
Plot 2: RM3,900/squarefeet = RM578 Juta

4. Dulu, 1 MDB membeli tanah tersebut daripada kerajaan dengan harga yang jauh lebih murah;
Plot 1: RM4 Juta
Plot 2: RM8.9 Juta
Mengapa p**a kini Tabung Haji membelinya dengan harga sehingga 48-65 kali ganda..?
Plot 1, dulu RM 4 Juta, sekarang RM 194 Juta
Plot 2, dulu RM 8.9 Juta, sekarang RM 578 Juta

5. Walaupun semalam Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Azeez Rahim telah menafikan pendedahan tersebut dan meminta pihak pengurusan Tabung Haji membuat penjelasan tetapi kenyataan rasmi Tabung Haji tengah hari tadi secara tidak langsung telah mengesahkan mengenai pembelian tanah Plot 1.
Plot 1 tersebut masih diteruskan pembeliannya dengan harga diskaun iaitu RM 188.5 Juta yang akan digunakan untuk projek pembinaan apartment 40 tingkat.
Pihak Tabung Haji hanya menafikan pembelian Plot 2 kerana kertas cadangan yang bocor itu bukanlah keputusan muktamad kata mereka.

6. Jikalau benar pendedahan blog tersebut, amatlah malang dan menyedihkan bagi pendeposit Tabung Haji kerana wang mereka digunakan sewenangnya demi menyelamatkan 1 MDB yang sudah hampir karam itu. Kononnya 1 MDB itu telah mendapat keuntungan pelaburan di Cayman Island, wang berbillion Ringgit sudah dibawa p**ang dan disimpan di Singapura sedangkan wang tersebut hilang entah ke mana.
Hutang 1 MDB ini bukan sedikit, bukan Juta, tetapi mencecah RM 42 Billion..!
1 Malaysia Development Berhad ini adalah syarikat pembangunan strategik kepunyaan Kementerian Kewangan yang mana Pengerusi Lembaga Penasihatnya ialah PM Najib.

7. Maka, usahlah kita hairan mengapa Mantan PM, Tun Dr Mahathir begitu lantang mengkritik dan menggasak PM Najib berkenaan 1 MDB ini. Adakah ekonomi Malaysia dan kewangan kerajaan akan stabil jika terus membela dan mempertahankan syarikat bermasalah ini.
Jikalau orang sepintar Tun Mahathir sudah bersuara menegur kesilapan kerajaan dalam hal ini, takkanlah kita rakyat biasa masih memandang enteng hal ini.

8. Sudahlah rakyat tertekan dengan bebanan GST., pada masa sama wang rakyat terus dibelanjakan dengan senang hati oleh kerajaan untuk menutup kegagalan mereka menguruskan 1 MDB.
Gelombang dan arus perubahan sudah mula tampak terzahir dalam kalangan Pengundi Felda dan generasi muda pada PRK Rompin, semoga ia terus bersemarak dan kekal berterusan sehinggalah ke PRU 14 yang akan datang..

Catatan oleh,
Syed Ahmad Fadhli
Penyelidik di Pusat Penyelidikan PAS (PPP)

Disediakan oleh :

Mohd Shahir Abu Hassan
Ketua Penerangan PAS Titiwangsa

Photos from Pas Cawangan Taman Bkt Anggerik's post 07/05/2015

[8-5 7:17 PM] Ust Sihabuddin Muhaimin: السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.
(Shah Alam, Jumaat 8 Mei 2015).

8 KUNCI SYURGA DALAM RUMAH TANGGA

Allah SWT telah mempersatukan dua hati insan yang berlainan sifat dan karakternya, maka pasangan tersebut menjadi saling melengkapi, saling menutupi kekurangan, bersedia berkorban untuk kebahagiaan, memahami tugas dan tanggung jawab masing-masing.

Bekerja sama secara sinergi menjadikan rumah laksana syurga yang indah, hangat, tentram, tempat berteduh, bertukar pikiran, beribadah dan berbagi rasa dengan pondasi ketaqwaan kepada-NYA.

Allah SWT berfirman dalam Al-Qur'an Surah Ar-Rum, ayat 21:

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Ertinya:
“ Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tentram kepadaNya, dan dijadikanNya diantara rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” (QS. Ar Ruum:21)

Ketika dua jiwa dipersatukan dalam maghligai perkawinan dua keluarga akan menjadi satu keluarga baru. Perasaan terhadap keluarganya, akan menjadi bagian dari perasaan masing-masing baik istri maupun suami. Karena suami dan istri adalah satu.

Firman-Allah SWT untuk direnungkan tentang hakikat suami dan istri yang dipertemukan oleh Allah SWT atas nama pernikahan.

Allah SWT berfirman salam Surah An-Nisa, ayat 1:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

Ertinya:
"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya, dan dari pada keduanya Allah kembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu". (QS. An Nissa:1)

Seorang suami adalah pemimpin bagi istri. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas membangun iman, dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tujuan nafsu semata-mata.

Memberikan nafkah lahir dan batin kepada istri, mendidik, membina akhlaq keluarganya, senantiasa melaksanakan tanggung jawab sebagai pemimpin keluarga dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan, semoga kita akan menjadi salah satu dari pada jamaah yang akan menuju syurga.

Keluarga sakinah, mawaddah, warohmah merupakan dambaan setiap insan yang menjalani bahtera rumah tangga. Keindahan surga rumah tangga tersebut dapat diwujudkan dengan upaya bersama buah dari caring dan sharing antara suami dan istri. Yang satu tidak menjadi beban bagi yang lainnya, tapi sebaliknya saling memperkuat antara satu sama lain.

Beberapa faktor penting yang mesti ada pada kehidupan suami istri diantaranya:

1. IMAN & TAQWA.

keluarga sakinah tidak akan pernah dicapai tanpa ketaqwaan kepada Allah SWT. Ketaqwaan adalah hubungan kasih sayang yang menimbulkan keikhlasan untuk mengerjakan apa yang diperintahkanNya dan menjauhi apa yang dilarangNya.

2. HARTA.

Harta mutlak ada dalam kehidupan rumah tangga. Harta membuatkan kita memiliki kebebasan sesuai dengan ketentuan Allah SWT, untuk mencukupi keperluan dan mewujudkan keinginan kita.

Tapi perlu diingat bahwa kebahagiaan bukan dari banyak nya harta akan tetapi dari hati yang penuh rasa syukur atas setiap rezeki yang telah diupayakan dengan baik, halal, mempunyai nilai manfaat bagi diri, keluarga dan sesama dan ikhlas hanya berharap ridhoaNya.

3. SABAR.

hakikat dari sabar dalam rumah tangga adalah menahan sehingga melahirkan ketenangan dan kedamaian memaknai setiap cobaan dengan saling bergandengan tangan bersama dan mengambil hikmah dalam setiap goncangan-goncangan yang terjadi dalam perkawinan.

4. IKHLAS.

Dalam berumah tangga keikhlasan hakikatnya adalah menerima. Sifat ikhlas akan tercermin dari aura yang terpancar keluar dari dalam diri kita.

Wajah yang masih tersenyum walaupun sedang dirundung masalah, perkataan yang tetap terjaga dalam kondisi bagaimanapun, rela berkorban demi kebahagiaan keluarga.

5. MENEGAKKAN KEBENARAN.

Rumah tangga yang sakinah harus dibangun di atas kejujuran antar masing-masing pasangan. Tanpa kejujuran rumah tangga akan kehilangan salah satu pilarnya yaitu “ saling mempercayai”.

6. ADIL.

Adil bukan sama rasa dan sama rata tapi meletakkan sesuatu pada tempat dan kadarnya. Dalam Rumah tangga perlu menanamkan prinsip keadilan.

7. SYUKUR.

Hakikat syukur adalah menampakkan nikmat yang diberikan Allah SWT dari apa yang didapati. Salah satunya adalah dengan jalan sedekah, infak dan zakat.

8. DOA.

Salah satu diantara keharmonian rumah tangga adalah dengan Perbanyakkan doa. Salah satu do’a yang diajarkan langsung oleh Allah SWT kepada suami dan istri dalam menjalani kehidupan rumah tangga. Ialah yang di sebutkan Allah SWT Surah Al-Furqan, ayat 74:

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.
(QS. al-Furqan : 74).

Ya Allah jadikanisteri kami dan anak-anak kami penyejuk hati kami serta berilah ketenangan dalam kami menjalani kehidupan di dunia yang fana ini. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).

Catatan:
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
Sila KONGSIKAN Dengan Sesama SAUDARA KITA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!

Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
http://www.facebook.com:
USM - Sihabuddin Muhaemin.

TERIMA KASIH.
(Shah Alam, Jumaat 19 Rejab 1436 H).
[8-5 11:26 PM] +60 19-231 9872: السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.457) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Jumaat, 19 Rejab 1436H. MATI SYAHID KERANA MYVI?

Hati yang berhati-hati,
Hati yang teguh pada tauhid
Mati yang disisi Allah tidak mati,
Adalah orang yang mati Syahid.

Tentunya kita semua sudah tahu bahawa mati syahid itu terbahagi kepada tiga :
1. Syahid Dunia dan Akhirat, iaitu orang yang meninggal dunia dalam peperangan membela agama Allah SWT.
2. Syahid Dunia, Iaitu orang yang berperang melawan musuh Islam kerana mengharap sesuatu seperti harta rampasan perang.
3. Syahid Akhirat, iaitu orang yang meninggal dunia bukan dalam peperangan, namun mereka mendapatkan pahala syahid disisi Allah. Orang yang dapat Syahid Akhirat tetap dimandi dan dikafankan seperti orang lain.

CERAH-CERAHKAN :
Syahid Akhirat berdasarkan hadis sahih Baginda Rasulullah SAW :
“Apa yg anggap sebagai syahid?” Para sahabat menjawab: “Ya Rasulullah orang yang mati dijalan Allah adalah syahid." Nabi membalas : "Kalau begitu tentulah sedikit syahid dikalangan umatku.” Para sahabat berkata : "Siapa lagi Ya Rasulullah?” Nabi SAW menjawab : “Orang yang mati dijalan Allah adalah syahid, orang yang mati dijalan Allah adalah syahid, orang yg mati kerana Taun adalah syahid, orang yang mati kerana sakit perut adalah syahid dan orang yang tenggelam adalah syahid.” (HR : Muslim)

Jenis-jenis syahid akhirat antaranya adalah :
1. Orang yang menuntut mati syahid

قال رسول الله (ص) : من سأل الله الشهادة بصدق بلغه الله منازل الشهداء وإن مات على فراشه

“Siapa yang meminta kepada Allah SWT dengan ikhlas Allah akan meletakkannya di kedudukan orang yang syahid sekalipun dia mati atas katilnya.” (HR : Muslim)

2. Sesiapa yang mati kerana penyakit Taun.
“ Penyakit taun adalah syahid bagi setiap muslim." (HR : Bukhari)

3. Mati kerana sakit perut.
“Sesiapa yang mati kerana perutnya sakit, maka dia syahid.” (HR : Muslim)

4. Mati kerana tenggelam @ lemas.
5. Mati kerana kebakaran.
6. Wanita mati melahirkan anak.
7. Mati mempertahankan hartanya dari dirampas.
8. Mati mempertahankan diri dari kezaliman.
9. Mati kerana runtuhan.
10. Mati kerana ketumbuhan atau kanser.
11. Mati kerana penyakit Tibi.
12. Mati mempertahankan diri.
13. Mati mempertahankan ahli keluarga.
14. Mati kerana dibunuh oleh pemimpin zalim.
15. Mati kemalangan kenderaan.

روى الطبراني من حديث عقبة بن عامر قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من صرع من دابته فهو شهيد

“ Sesiapa yang jatuh dari binatang yang ditunggangnya adalah syahid.” (HR : Tabrani)

SIMPUL-SIMPULKAN :
Jelaslah, orang yang mati akibat kemalangan jalanraya boleh mendapat mati Syahid Akhirat. Tetapi antara syaratnya ialah perjalanan tersebut adalah perjalanan yang syari'e (bukan ke tempat maksiat), dipandu dengan hati-hati dan seumpamanya.
Wallahu a'lam - Apatah lagi kalau dilanggar orang. Contoh, kena langgar dengan kereta 'Myvi'... (Ukay's 0192319872)

Photos from Pas Cawangan Taman Bkt Anggerik's post 07/05/2015

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Tazkirah Pagi Khamis
19 Rajab 1436h
07 May 2015m

Sesungguhnya Allah swt memerintahkan orang orang yang beriman supaya menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Seperti firman Allah dalam surah Al -Imran ayat 104 sampai 107........


Surah Aal-e-Imran, ayat 104:
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Surah Aal-e-Imran, ayat 105:
وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ تَفَرَّقُوا وَاخْتَلَفُوا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ وَأُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.

Surah Aal-e-Imran, ayat 106:
يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ فَأَمَّا الَّذِينَ اسْوَدَّتْ وُجُوهُهُمْ أَكَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ تَكْفُرُونَ

(Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): "Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu".

Surah Aal-e-Imran, ayat 107:
وَأَمَّا الَّذِينَ ابْيَضَّتْ وُجُوهُهُمْ فَفِي رَحْمَةِ اللَّهِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Adapun orang-orang yang telah putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam limpah rahmat Allah (Syurga), mereka kekal di dalamnya.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم : Tafsir Quran Surah Ali-Imran, ayat 104-107, MTDM 27.12.2013 - http://keranakasihnabi.blogspot.com/2014/01/tafsir-
quran-surah-ali-imran-ayat-104.html?m=1

Disiarkan oleh Tanbihul Ghaafilin Lujnah Penerangan &Multimedia Pas Kawasan Bandar Tun Razak KL.......
Semoga dapat sama sama kita ambil pengajaran........

Photos from Pas Cawangan Taman Bkt Anggerik's post 07/05/2015
Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Kuala Lumpur
56000