12/03/2021
Didalam keadaan kecelaruan kepimpinan politik terutama pihak kerajaan hari ini yang dikatakan lemah maka bertalu-talu cerita kepincangan kerajaan yang cuba di lindungi dan setiap pelindungan mesti melibatkan UMNO.
Kenapa UMNO? Mereka kata UMNO lemah tapi siang malam berzikir pasal UMNO, kalau dah siang malam berzikir pasal UMNO lemah kah UMNO? atau yang berzikir nama UMNO ini yang lemah.
Ada p**a yang mengatakan akar umbi UMNO kini dalam resah kerana khuatir UMNO akan terkubur jika tidak bekerja sama dengan Bersatu, mereka mengatakan UMNO kini lemah dan perlukan parti Bersatu.
Yang mengatakan UMNO ini lemah tanpa Bersatu adalah puak yang melompat dari parti UMNO dan yang sedang merancang untuk melompat kerana tawaran yang lumayan atau di berikan jawatan, paling tidak pun yang telah terima habuan dari Kerajaan Bersatu.
Politik Pelbagai Seni
Sudah kedengaran dari akar umbi UMNO bahawa Presiden mereka sedang menjalinkan hubungan dengan Presiden PKR dan bekas Pengerusi Bersatu mula berbaik dengan bekas Presiden UMNO, perancangannya hanya mereka berempat yang tahu serta Allah S.W.T.
Maklumat mengatakan perkara perhubungan ini sangat jelas dan harus di percayai.
Soalannya mengapa harus dipercaya ini? di era teknologi berkelajuan tinggi dimana hari ini jari lebih laju menaip dari akal yang berfikir, adakah kita sebagai pendokong perjuangan parti UMNO ini mahu menerima sogokkan berita walaupun di katakan benar dari sumber yang boleh percayai?
Nanti dahulu sahabat, tak nampak cerdik tak apa, asal jangan jadi bebal, didalam politik ini ada pelbagai seni dan sepak terajang nya, jadi berhati-hati bila menerima perkhabaran dari orang politik ini.
Dalam politik juga terkandung pelbagai strategi untuk sentiasa berada dihadapan sahingga adakalanya terpaksa menyinggung kaki lawan agar lawan tersungkur dan tidak sempat sampai ke garisan penamat, ini biasa dalam sukan politik.
Yang tak biasanya ialah pengikut boleh menonong percaya apa sembang pemain politik, kalau yang menjadi peneraju tidak mengapa tetapi ini peringkat mahacai sahaja, tah berapa lah dia di sogok untuk mereka cipta berita dan cerita dengan tujuan mengucar kacirkan kubu lawan.
Didalam keadaan kecelaruan kepimpinan politik terutama pihak kerajaan hari ini yang dikatakan lemah maka bertalu-talu cerita kepincangan kerajaan yang cuba di lindungi dan setiap pelindungan mesti melibatkan UMNO.
Kenapa UMNO? Mereka kata UMNO lemah tapi siang malam berzikir pasal UMNO, kalau dah siang malam berzikir pasal UMNO lemah kah UMNO? atau yang berzikir nama UMNO ini yang lemah.
Ada p**a yang mengatakan akar umbi UMNO kini dalam resah kerana khuatir UMNO akan terkubur jika tidak bekerja sama dengan Bersatu, mereka mengatakan UMNO kini lemah dan perlukan parti Bersatu.
Yang mengatakan UMNO ini lemah tanpa Bersatu adalah puak yang melompat dari parti UMNO dan yang sedang merancang untuk melompat kerana tawaran yang lumayan atau di berikan jawatan, paling tidak pun yang telah terima habuan dari Kerajaan Bersatu.
Sedangkan secara nyatanya, kepimpinan UMNO mempunyai strategi tersendiri untuk berhadapan dengan musuh politik mereka bukan dengan rakyat, dimana rakyat hari ini telah melihat bagaimana lemahnya kepimpinan kerajaan mengharungi kemelut dan kepayahan rakyat.
UMNO boleh tersenyum setelah rakyat mula sedar akan kesilapan mereka bila mahu mencuba-cuba kerajaan baru yang sahingga hari ini rakyat terpana dengan kepayahan yang mereka tempa sendiri.
Ada juga yang bebalnya setaraf bontot keretapi yang mengekor sahaja tanpa bertanya betul atau tidak hala tujunya, menonong jer perginya dari belakang, kalau ke gaung, gaunglah nampaknya, mereka tidak menyiasat atau melihat dengan mata akal dan hati.
Yang paling menarik adalah kisah dongeng kononnya Datuk Seri Najib mendesak Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar membuat tawaran dengan Anwar Ibrahim dan menyokong beliau untuk menjadi Perdana Menteri, tah mana ribut tah mana kapal karam beria-ia mereka menyampai maklumat ini sebagai kekuatan untuk memberi gambaran bahawa UMNO ini terlalu tamak untuk berkuasa.
Politik itu ada seninya, maka kita pun sedar bahawa cerita sedemikian timbul bila mana kerajaan Bersatu sudah mula goyang dan goyah, rakyat sudah mula meluat dengan politik 24 jam mereka untuk terus berkuasa sedangkan rakyat marhaen semakin terdesak untuk meneruskan kehidupan harian.
Oleh itu sebagai ahli UMNO yang berakal tidak perlulah kita panjang memanjangkan berita yang bukan datangnya dari UMNO sendiri, walaupun datang dari UMNO kenalah kita melihat adakah bayang-bayangnya juga UMNO, kot-kot tertukar jadi Bersatu ini kena hati-hati sebab bayang-bayang boleh berubah bentuk rupa dan arah gerakkan bergantung kepada cahaya yang menyuluh.
Yang paling penting kita sebagai ahli UMNO harus belajar mengenal diantara rumput dan lalang, ini penting agar diri kita tidak terkait dengan liuk lentok lalang yang tidak tegap berdiri.
Kita harus menjadi semakin kukuh apa tah lagi sudah 75 tahun UMNO berakar umbi, kenapa kita gusar sangat dengan musuh yang baru nak menyemai, tunas pun memanjang terkucil kena gesel.
Kita bukanlah baik sangat tetapi jika sering di perbodohkan oleh parti tunas kita pun tak akan nak biarkan sahingga memijak kepala.
Mereka kata orang UMNO tak bijak takpe tapi janganlah nampak bangang, tak apalah tak bijak dari puak yang nampak bijak tapi semua kelongkang.
Hidup jangan sombong Bro.
Hj.Ob
*Sekiranya Sahabat menyukai kandungan ini, sila pertimbangkan untuk menyumbang RM10.00 ke - 164119044389 MAY BANK - Zanuddin Salleh.
*Kepada penyumbang melebihi RM50.00 ke atas sila hubungi saya (PM) untuk saya berikan senaskah buku 'Dari Makkah Ke Penjara Kajang" (selagi stok masih ada)
Terima kasih atas sokongan sahabat sekelian!
09/03/2021
Tidak dinafikan bahawa media sosial adalah merupakan salah satu bentuk kemajuan yang mana ia mampu mempengaruhi corak pemikiran dan gaya kehidupan, sanggup menyembunyikan kebenaran demi menampakkan kehebatan si penguna media sosial seperti menjual ubat 'kuat'.
Oleh itu setiap pemain media sosial perlu di didik dengan kesedaran integriti dan nilai murni kehidupan bagi disesuaikan dengan cara hidup rakyat di negara ini yang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan, yang menjadi penyebab rakyat Malaysia (penguna media sosial) mudah di tipu atau diperolokkan.
Malaysia Bermaruah
Media sosial yang hari ini dijadikan tempat berinteraksi, berkongsi maklumat, beriklan atau bertukar pendapat di kalangan pengguna, sering disalahgunakan keujudannya ekoran tuntutan semasa yang mahukan berlaku cepat dan mudah.
Malah ada yang mengambil kesempatan dengan menjadikan platform ini untuk melakukan aktiviti jenayah, dari media sosial membawa kepada dunia nyata seperti mana yang sering kita dengar kes-kes melibatkan hubungan dari cyber.
Dari penipuan scammer, penjualan barang terlarang sahingga penipuan yang melibatkan keruntuhan rumah tangga akibat hubungan sulit terlarang di media sosial yang terdedah.
Tidak dinafikan bahawa media sosial adalah merupakan salah satu bentuk kemajuan yang mana ia mampu mempengaruhi corak pemikiran dan gaya kehidupan, sanggup menyembunyikan kebenaran demi menampakkan kehebatan si penguna media sosial seperti menjual ubat 'kuat'.
Oleh itu setiap pemain media sosial perlu di didik dengan kesedaran integriti dan nilai murni kehidupan bagi disesuaikan dengan cara hidup rakyat di negara ini yang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan, yang menjadi penyebab rakyat Malaysia (penguna media sosial) mudah di tipu atau diperolokkan.
Kepesatan dan perkembangan budaya baharu dalam kalangan rakyat dunia khususnya Malaysia hari ini telah banyak membawa perubahan didalam penerimaan dan penyampaian berita, malah banyak medium penyampai berita seperti akhbar telah beralih kepada medium altenatif seperti Instagram, Facebook, Twitter, e-Mail, link dan sebagainya untuk menyampaikan maklumat dan berita.
Kita pun sedia maklum banyak syarikat akhbar dahulunya pop**ar kini terpaksa mengecilkan atau menutup terus operasi mereka dan mengantikannya dengan media internet ia ini media sosial.
Walaubagaimana pun di dalam meletakkan media sosial sebagai salah satu saluran penyampaian maklumat, setiap individu pemain media sosial perlu beratika didalam menyalurkan maklumat, memastikan tiada unsur fitnah dan penipuan serta mencari perhatian dengan penipuan bergambar.
Contohnya kisah siasatan jenayah rasuah tetapi gambarnya ialah gambar Najib seorang yang tiada kena mengena dengan cerita siasatan berkenaan, cuma Najib sedang hangat kisahnya di media sosial dan mendapat perhatian ramai, tujuannya adalah untuk melariskan atau menarik ramai pembaca.
Pernah penulis di maklumkan oleh seorang rakan wartawan bahawa ramai penulis atau wartawan tidak akan menulis kisah yang orang tak akan baca kecuali di olah cerita itu supaya menarik dan kelihatan seperti benar walaupun cerita itu palsu.
Dari contoh kisah di atas kita dapat mengetahui mengapa akhbar cetakkan atau media utama hari ini kurang mendapat sokongan dari pembaca, mereka dianggap tidak melaksanakan tugas dengan baik seperti melaporkan sesuatu dengan menyembunyikan fakta sebenar akibat di kawal oleh sesaorang atau organisasi atau orang berpengaruh dalam politik.
Akibat dari penggunaan media sosial, masyarakat yang bijak tidak lagi mahu membaca akhbar yang tidak bercerita atau menulis hal yang benar demi menjaga 'boss' yang mengajikan dan menyokong syarikat mereka bekerja.
Kita lihat kebelakang dalam isu Anwar dahulu dimana mulanya sejarah rakyat menolak media utama dan mencari media alternatif sekadar mahu mencari maklumat yang lebih berkeyakinan, walaupun kebanyakkan media alternatif ketika itu tidak juga menyampaikan perkara yang benar.
Cuma rakyat ketika itu tidak mahu terikat dengan medium perdana kerana dikatakan terlalu memihak, sehingga pelbagai fakta dikatakan dimanip**asikan demi untuk meninggikan graff jualan akhbar mereka, sifat tamak sebeginilah yang menyebabkan syarikat akhbar menerima padah dan terpaksa beralih kepada media internet untuk meneruskan kelansungan.
Hari ini ketika jualan akhbar bercetak semakin merosot dengan peningkatan pengunaan media sosial, sikap penguna masih tidak berubah dan tidak berintegriti, masih ada lagi yang mengunakan platform media sosial ini untuk menabur fitnah terutama kepada parti UMNO dan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Oleh itu jika UMNO kembali berkuasa maka mereka perlu memperkuatkan peraturan dan memperkenalkan pemantapan nilai integriti secara menyeluruh tanpa mengira parti, kaum dan agama.
Dengan pengkukuhan integriti diharap akan dapat menjadikan rakyat Malaysia lebih berkualiti dan menjadi pemangkin kepada pembangunan negara maju yang bertamadun.
Hj.Ob
*Sekiranya anda menyukai kandungan ini, sila pertimbangkan untuk menyumbang RM10.00 ke - 164119044389 MAY BANK - Zanuddin Salleh.
Terima kasih atas sokongan sahabat sekelian!
27/02/2021
Maritim-Mereka Tidak Menghormati Kita
Perairan negara kita sering menjadi kawasan pencerobohan oleh nelayan asing yang bukan sahaja mengaut hasil negara tetapi menjadi agen penyeludupan barang terlarang.
Berita penangkapan bot nelayan asing hampir setiap hari di dedahkan di dada akhbar juga melalui portal berita APMM, jika tiada ketegasan dan kecekapan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta pasukan keselamatan lain yang terlibat, mungkin isu penyeludupan dan pencerobohan ini akan menjadi semakin berleluasa.
Dalam keadaan ketegasan pihak APMM melaksanakan tugas pun pihak penceroboh masih melakukan jenayah di laut dan tidak memperdulikan serta menghormati undang-undang negara.
Untuk makluman jenayah laut maritim negara memperuntukkan undang-undang di bawah seksyen 15(1) (A) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran dan sekyen 6 (1) (A) Akta Imigresen 1959/63 memasuki Malaysia tanpa permit masuk yang sah serta seksyen 6 (1) (C) kerana memasuki Malaysia tanpa memiliki dokumen yang sah.
Para penceroboh perairan negara seolah tidak begitu ambil peduli dengan undang-undang perairan negara menjadikan mereka semakin berani menceroboh, mungkin denda yang diberikan terlalu lemah atau ringan yang mana setiap denda yang dikenakan mereka mampu melunaskannya.
Maka kerajaan hari ini harus mengubal semula undang-undang dan denda bagi setiap kesalahan maritim ini agar ianya sesuai dengan keadaan semasa, dimana nilai tangkapan hasil laut negara sangat memberikan keuntungan kepada penceroboh warga asing, menjadikan mereka memilih perairan Malaysia untuk mengaut hasil negara.
Sementara itu negara Australia telah mengiktiraf pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan sangat komited untuk memberi kerjasama serta memperkukuhkan aspek keselamatan maritim kedua negara.
Perbincangan berkenaan perhubungan kerjasama dua hala telah dilakukan melalui sidang video di antara Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil Mat Som bersama Komander Maritim Border Command, Laksamana Muda Mark Hill, CSC, RAN.
Perbincangan ini berkaitan dengan pengumuman Perdana Menteri Australia bulan lepas yang menarafkan status hubungan Malaysia-Australia kepada Rakan Strategik Komprehensif.
Tahniah kepada pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana telah meletakkan perairan negara di dalam keadaan yang selamat dan terkawal dari anasir pencerobohan, dalam usia muda menjangkau 16 tahun pencapaian ini sangat memberangsangkan.
Selamat menyambut ulang tahun ke 16, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Hj.Ob
*Sekiranya anda menyukai kandungan ini, sila pertimbangkan untuk menyumbang RM10.00 ke - 164119044389 MAY BANK - Zanuddin Salleh.
Terima kasih atas sokongan sahabat sekelian!
25/02/2021
UMNO belum lagi ranap bersama kejatuhan kerajaan Barisan Nasional, malah UMNO kini semakin kuat dan sedang memperbaiki segala lompong yang terdapat setelah kekalahan pada tahun 2018 itu dan hari ini belum ada lagi cawangan atau bahagian UMNO yang lumpuh atau terkejang walaupun kewangan UMNO dibekukan.
UMNO Tetap Dominan
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu juga dikenali sebagai UMNO ialah sebuah parti politik di Malaysia yang hari ini dipimpin oleh Presiden, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengantikan Datuk Seri najib Tun Razak, setelah Barisan Nasional tewas pada Pilihan Raya ke 14 yang lalu.
UMNO boleh dikatakan sebagai sebuah parti nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu, menurut perlembagaan parti ini, asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa Melayu, agama Islam dan negara Malaysia, ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.
Setelah lebih 60 tahun UMNO meneraju negara melalui parti gabungan Barisan Nasional, rakyat Malaysia telah terbiasa dengan dominasi gabungan parti politik Barisan Nasional, namun keputusan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018 telah meruntuhkan kekuasaan Barisan Nasional / UMNO dalam politik negara.
Namun sahingga hari ini UMNO masih lagi menjadi parti dominan yang pada bila-bila masa boleh sahaja kembali menerajui negara dalam situasi semasa yang sedang dialami rakyat negara ini, kecelaruan politik dan kelemahan di dalam pengurusan kerajaan Perikatan Nasional.
Dakwaan bahawa UMNO bukan lagi 'Abang Besar' dan tidak lagi berkuasa dalam landskap politik tanah air adalah dakwaan yang sangat menjengkelkan, hakikatnya UMNO kini semakin kuat dan mendapat sokongan penuh daripada akar umbi serta rakyat atas pagar.
Mereka dapat melihat dan mengalami sendiri pengalaman pengurusan kerajaan Barisan Nasional / UMNO dengan kerajaan Pakatan Harapan yang di naungi oleh lain-lain parti yang dahulunya adalah parti pembangkang di dalam hal ehwal menguruskan negara.
Kenyataan kepimpinan parti Bersatu yang menjadi teraju kerajaan hari ini bahawa kekuatan UMNO telah berakhir, sepatutnya melihat pada cermin dahulu atau bercakap dihadapan cermin dan kemudian lihat di alam nyata adakah UMNO sudah berkubur setelah tewas pada Pilihan Raya ke 14 yang lalu.
UMNO belum lagi ranap bersama kejatuhan kerajaan Barisan Nasional, malah UMNO kini semakin kuat dan sedang memperbaiki segala lompong yang terdapat setelah kekalahan pada tahun 2018 itu dan hari ini belum ada lagi cawangan atau bahagian UMNO yang lumpuh atau terkejang walaupun kewangan UMNO dibekukan.
Pemimpin muda parti Bersatu ini mungkin masih berkhayal dengan jawatan yang diberikan sahingga terlupa bahawa UMNO masih lagi mendominasi parti yang mendapat sokongan orang Melayu, jika berlaku pilihan raya terkejut, maka rakyat mempunyai 2 pilihan sama ada memilih Barisan Nasional atau Pakatan Harapan, kerana jentera parti Bersatu tidak sehebat kedua gabungan parti yang disebut.
Pemimpin muda ini mungkin juga terlupa bahawa UMNO masih menjadi pembela yang memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu, jika dibandingkan dengan parti orang muda dan Bersatu.
Melihat akan serangan demi serangan terhadap kepimpinan UMNO baik dari dalam mahu pun luar parti menunjukkan bahawa UMNO masih lagi memegang kuasa dan mendominasi parti politik orang Melayu.
Akibat tidak berkesannya serangan dari luar maka mereka terpaksa mengunakan jentera dalaman parti yang mahu berpatah arang untuk mensabotaj parti UMNO dari dalam dengan harapan UMNO akan runtuh dan ranap sama sekali, dari alasan ini maka jelaslah bahawa UMNO masih menjadi kuasa besar dalam politik tanah air.
Dilihat p**a dari kesudian parti kerajaan hari ini masih berharap agar UMNO menyertai parti Bersatu juga memberi gambaran bahawa UMNO masih kuat dan relevan, jika tidak mengapa UMNO di rayu sedemikian rupa.
Pemimpin ini harus sedar dan buka mata serta minda bahawa kerajaan Perikatan Nasional yang menaunginya telah gagal menguruskan negara dengan baik, menjadikan jelek di mata rakyat yang kini berada didalam kehidupan dan keadaan yang sangat kepayahan.
Cerminlah diri dan parti sendiri sebelum mengukur kekuatan UMNO dan menghebahkan dengan harapan untuk melemahkannya, jika mahu bermain gempak, UMNO telah masak dengan sepak terajang serta gempak-menggempak dalam politik ini.
Hj.Ob
*Sekiranya anda menyukai kandungan ini, sila pertimbangkan untuk menyumbang RM10.00 ke - 164119044389 MAY BANK - Zanuddin Salleh.
Terima kasih atas sokongan sahabat sekelian!
24/02/2021
Perkara ini lah yang sedang bergerak lancar pada ketika ini bila mana pop**ariti Datuk Seri Najib di lihat semakin menaik dan mendapat perhatian rakyat kebanyakkan.
Agama 'Najib'
Islam dianggap sebagai satu-satunya agama yang diterima oleh manusia Melayu yang menjadi kebanggaan yang harus dipertahankan, sebagai contohnya, ditahun-tahun 1990an, telah muncul cubaan di atas nama kebebasan individu yang seolah-olah membenarkan orang Melayu untuk menganut agama lain selain daripada Islam, fenomena memurtadkan ini berlaku lagi hari ini di kalangan orang politik yang ketaksuban.
Banyak fahaman agama baru ujud sejak sekian lama, walaupun berjaya dibenteras namun keujudan puak pelampau ini, sering hidup dan timbul pada masa-masa tertentu, seperti hari ini dimana dikatakan ujud p**a fahaman atau anutan agama Najib.
Apa yang menghairankan adalah kebanyakan orang Melayu yang terlampau atau taksub berpolitik telah menunjukkan respon terhadap semua perkembangan ini, yang dijelmakan dalam pelbagai bentuk tindakan, seperti tindakan musuh politik yang memburukkan pemimpin yang kini bukan lagi menjadi idola mereka.
Ketika pemimpin ini mempunyai kedudukan dan kuasa hampir semua yang mengelilinginya tidak pernah terasa apa pun bahawa pemimpin yang mereka sanjung dahulu memiliki satu aura yang mampu menarik ramai pengikut walaupun ketika tidak memiliki apa-apa kuasa dan harta.
Anutan fahaman agama 'Najib' di timbulkan bila mana ketika ini kesefahaman sudah tidak ujud lagi dan didalam diri mereka sudah mula menampakkan kekecewaan bila manusia sanjungan mereka diperlekehkan dan demi menegakkan benang yang basah mempertahankan 'Boss' mereka maka di ujudkan satu persepsi, dengan tujuan orang ini di benci oleh pengikutnya.
Yang tertanya apakah agama 'Najib' yang di maksudkan sebagai agama baru ini, tidak lain adalah keperibadian Datuk Seri Najib Tun Razak bekas Perdana Menteri dan juga bekas Presiden UMNO.
Namun apa yang pasti timbulnya ugama baru 'Najib' adalah bukan isu benar, tetapi sekadar sengaja mahu meluahkan apa yang terbuku di hati, sudah menjadi sifat kemelayuan yang begitu rupa, mengakibatkan tindakan serangan dibuat terhadap pemimpin yang kini menjadi idola rakyat yang dahagakan kepimpinan beliau.
Serangan yang dibuat terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib adalah bertujuan agar beliau di halang dari kembali ke persada kepimpinan negara kerana pada asasnya hari ini kelihatan bahawa beliau mempunyai sokongan yang kuat untuk kembali ke persada kepimpinan negara dan parti UMNO, oleh itu sesuatu perlu di lakukan bagi mengekang kemunculan kembali Datuk Seri Najib.
Musuh-musuh politik Datuk Seri Najib sudah mencongak bahawa fitnah yang mereka taburkan selama ini bakal terdedah dan terurai, maka satu jalan baru mesti dilakukan untuk menghalang kemaraan Datuk Seri Najib, jadi mereka memunculkan cerita agama baru 'Najib' dan ia adalah cubaan awal musuh Datuk Seri Najib bagi menghalang kemaraannya.
Permainan minda mengunakan ugama menjadi 'substance' asas paling berkesan dalam mempermainkan pemikiran orang Melayu yang mudah terkesan dalam isu-isu yang membawa kepada perkara berkait akidah terutama yang boleh membawa kepada murtad.
Seronok rasanya bila dapat mempersendakan orang ramai terutama penyokong Datuk Seri Najib dengan tuduhan sebagai pentadsub agama baru 'Najib', sedangkan tanpa disedari mereka telah mendekatkan diri kepada perkara fitnah.
Mungkin perkara mencipta isu-isu yang sedikit sebanyak akan berkait dengan tokok tambah yang akhirnya menjadi satu fitnah atau bila mahu dilembutkan bahasanya atau dipolitikan disebut sebagai propaganda ia ini satu aktiviti yang akan membentuk persepsi yang akhirnya dapat mempengaruhi minda mereka yang menerima bulat-bulat maklumat berkenaan.
Perkara ini lah yang sedang bergerak lancar pada ketika ini bila mana pop**ariti Datuk Seri Najib di lihat semakin menaik dan mendapat perhatian rakyat kebanyakkan.
Mereka yakin sesuatu perkara yang tidak benar sekali pun jika di ulang-ulang sebut atau di sebut berkali-kali besar kemungkinan orang akan mempercayaai cerita itu walaupun ianya merupakan satu pembohongan, jadi musuh politik Datuk Seri Najib mula bermain dengan isu ciptaan baru mereka ugama 'Najib'.
Dengan harapan orang ramai akan terpedaya atau terpengaruh dengan pembohongan itu.
Jadi isunya disini tiada agama 'Najib' seperti yang di hebohkan cuma pemikiran musuh politik Najib dan UMNO yang mencipta propaganda bagi mengelirukan sahaja.
Apa yang berlaku hari ini adalah lemparan fitnah kerana sakit hati dengan kejayaan dan kemaraan Datuk Seri Najib, musuh politik hanya mahukan Najib dan UMNO terkubur sahaja namum Allah S.W.T. lebih mengetahuinya.
Hj.Ob.
*Sekiranya anda menyukai kandungan ini, sila pertimbangkan untuk menyumbang RM10.00 ke - 164119044389 MAY BANK - Zanuddin Salleh.
Terima kasih atas sokongan sahabat sekelian!
23/02/2021
Pencipta Dalil Yang Gila Kuasa
Menuduh ini ada kalanya bole menjadi penyebab atau setidaknya dapat melepaskan geram dan dendam, kerana ada perkara terbuku yang tidak dapat dilunaskan, maka perlu dicipta sesuatu agar musuh mendapat bahananya, dan kemudian bolehlah mereka bersuka ria kerana musuh sudah terkena termasuk dengan memasang jerat 30 dalil.
Ciptaan 30 dalil ini ada lah kerja-kerja musuh kepada Presiden UMNO, mereka sentiasa mencari jalan bagaimana mahu memperlihatkan bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ini seolah-olah benar terlibat dengan pecah amanah dan sedang berusaha membebaskan diri dari didakwa di mahkamah.
Kini setelah Presiden UMNO ini menolak semua cadangan dan menafikan perkara yang menjadi mainan mulut puak dan penyokong parti lawan, mereka mula menghebah dan mengwar-warkan bahawa Presiden UMNO ini sangat gila berkuasa.
Masih ada yang kurang jelas apa yang sebenarnya berlaku di peringkat atasan kepimpinan UMNO sama ada mahu meneruskan bersama Bersatu atau memutuskan hubungan tersebut setelah lebih 110 bahagian UMNO menolak hubungan kurang enak ini.
Sebenarnya buat masa ini, UMNO akan teruskan kerjasama dengan parti Bunga sahingga menjelangnya pilihan raya ke 15 nanti, dimana pada ketika itu kepimpinan UMNO yang menjadi sebahagian didalam kerajaan Perikatan Nasional akan menamatkan kerjasama tersebut dan satu keputusan baru akan dibuat sama ada meneruskan atau memutuskan.
Buat masa ini kerjasama ini hanya sekadar mahu memberi kestabilan setelah kerajaan Pakatan Harapan di tumbangkan, Pakatan Harapan tumbang kerana kesilapan mereka sendiri bukan kerana Pilihan Raya, puncanya adalah kerana kerakusan mereka sendiri.
Penghinaan kepada Presiden UMNO kononnya terlalu gilakan pangkat dan mengidam jawatan Timbalan Perdana Menteri yang menjadi buah mulut pentaksub parti musuh adalah tidak benar sama sekali sebaliknya Datuk Seri Zahid lebih berminat untuk memberi tumpuan memperkuatkan parti UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Ke 15 nanti.
Zahid tidak pun menerima sebarang jawatan didalam kerajaan dan tidak juga mengambil kesempatan dari kelumpuhan kerajaan Pakatan Harapan agar kes tuduhannya yang sedang dibicarakan di mahkamah di lupuskan, tidak sama kali.
Berbeza dengan kepimpinan di dalam kerajaan Pakatan Harapan yang sewenag-wenangnya melenyap dan menghapuskan kes-kes pemimpin mereka walau pun ada kes yang sedang didalam perbicaraan.
Berbeza dengan Datuk Seri Ahmad Zahid yang mahu dan meneruskan perbicaran dan akan menjawab segala pertuduhan secara jantan dan berani, kerana beliau yakin dan berpegang pada berani kerana benar.
Benar kelemahan Datuk Seri Zahid ialah beliau tidak pandai berpura-pura di hadapan kaca tv, tidak gelojoh menjadi imam dengan membaca doa, tidak pandai menyogok penyokongnya mengunakan media sosial untuk mengangkat dirinya.
Zahid naik dengan keberaniannya tersendiri, bukan menumpang pop**ariti UMNO, malah beliau sentiasa mendengar suara akar umbi demi mempertahankan maruah UMNO.
Hari ini siang malam kita dapat melihat sendiri bagai mana Presiden UMNO di keji di hina bukan sahaja dari kalangan penyokong parti musuh malahan dari kalangan ahli parti sendiri, mungkin ada habuan yang sedang menanti agaknya.
Syabas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berani berhadapan dengan musuh politik UMNO di ketika UMNO serba kekurangan dan kekuatan, cuma semangat dan sokong dari akar umbi yang menjadi penaik semangat beliau untuk terus memancu UMNO.
Semoga UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia.
Hj.Ob
*Sekiranya anda menyukai kandungan ini, sila pertimbangkan untuk menyumbang RM10.00 ke - 164119044389 MAY BANK - Zanuddin Salleh.
Terima kasih atas sokongan sahabat sekelian!
22/02/2021
Sakit Menimpa Sesal Terlewat
Islam merupakan suatu sistem hidup yang syumul yang dikenali sebagai al-Din yang telah disusun atur oleh Allah S.W.T untuk memandu manusia dalam segala aspek kehidupan sama ada berkaitan dengan aspek kepercayaan atau tingkah laku dan amalan dalam segenap segi.
Islam yang lengkap merupakan suatu peradapan penyerahan diri kepada Allah S.W.T ianya bukan sekadar dalam soal ibadah asas sahaja tetapi merangkumi semua aspek kehidupan termasuklah peraturan yang berkaitan dengan ekonomi, politik, undang-undang dan sebagainya.
Islam kekal relevan dari masa ke semasa dan semenjak Barisan Nasional / UMNO menjadi kerajaan di Malaysia lebih 60 tahun, Islam terus berkembang dengan baik dan sempurna dari segala segi melalui sistem yang tunduk dan patuh kepada syariah Allah S.W.T.
Walaupun terdapat tentangan dari parti-parti tertentu yang menyifatkan Islam di Malaysia ini di pengaruhi oleh Islam sekular berdasarkan andaian-andaian puak-puak tertentu semata, sedangkan kerajaan pemerintah ketika itu (UMNO/ Barisan Nasional) mengekalkan tradisi dan fahaman ilmu Islam itu sendiri iaitu melalui al-Quran dan al-Sunnah.
Kemudian datangnya hari dimana negara telah melalui fasa pertukaran kerajaan dari kerajaan Barisan Nasional kepada kerajaan Pakatan Harapan yang di dominasi oleh parti DAP, Amanah dan Bersatu, di mana fahaman liberal semakin menjadi-jadi dan agama Islam mula diperkotak-katikkan.
Negara mula diresapi dengan fahaman liberal, kita mula disogokan dengan pandangan Islam yang kabur dan membingungkan dari fahaman yang selama ini kita anuti ia ini fahaman 'ahlil sunah wal jamaah'
Dengan berkembangnya pelbagai pemikiran rasionalism yang melampau telah menyebabkan kita hidup didalam kegelisahan, bila ada pihak yang bukan dari kalangan beragama mula bercakap soal Islam dan fahaman-fahaman isi kandung Al Quran dan Hadis atas nama intelektual Islam moden.
Kesucian agama Islam mula dipermainkan dan kerajaan ketika itu tidak melakukan apa tindakkan sahingga keceluparan pihak-pihak tertentu berani mempergunakan ayat-ayat alquran namun mereka sendiri tidak beriman dengannya.
Atas dasar dan kefahaman bahawa semua agama itu sama kerajaan Pakatan Harapan telah cuba meletakkan Islam sebaris dengan agama lain yang tidak tertulis pun didalam Perlembagaan Persekutuan dan cuba meletakkan agama lain sebaris dengan kemuliaan Islam.
Apabila LGBT di benarkan, menyamakan kesucian Islam dengan agama selainnya sahingga taraf pondan dinaikkan haknya sama seperti jantina lelaki dan perempuan, perpaduan Islam semakin berkecai, umat islam mula berpecah belah dan mudah dipesong, kerana lemahnya diri umat islam dari memahami dan mematuhi Alquran dan sunnah.
Mereka dengan mudah diserapkan dengan fahaman liberal yang dikutip dari Barat yang memisahkan agama dan kenegaraan dan mula mahu meresapkan kepada setiap warganegara bahawa kita bebas beragama.
Namun Allah tidak mahu perkara ini terjadi di bumi Malaysia, Allah tunjukkan bagaimana kesesatan yang cuba mereka semaikan, mereka tidak menjaga Islam dengan cara sebenarnya cuma mengikut kehendak dan nafsu mereka sahaja.
Allah tunjukkan mereka perbezaan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional / UMNO dengan kerajaan Pakatan Harapan dan kini Allah tunjukkan juga kepincangan kerajaan Perikatan Nasional.
Setelah 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan memperlihatkan kegelojohan dan cuba memporak perandakan ajaran Islam akhirnya Allah ranapkan kerajaan Pakatan Harapan, kerajaan bertukar tangan, tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan yang langsung tidak boleh diharap untuk menjaga kebajikan dan kemuliaan agama Islam.
Namun sahingga hari ini, mereka yang terdidik dengan fahaman liberal masih berkeliaran di bumi Malaysia ini, tanpa menghiraukan akan keluhuran undang-undang, mereka masih berani menghina agama Islam.
Kita pun tidak faham mengapa mereka harus memusuhi Islam, sedangkan agama Islam tidak mengajar umatnya untuk menghina atau memusuhi agama mereka ( selagi mereka tidak menggugat agama Islam), jika mereka tidak selesa untuk hidup bermasyarakat dengan kita penganut agama Islam di Malaysia maka elok sahaja mereka pergi ke negara yang mereka rasa boleh menerima kehadiran agama dan perangai huduh mereka.
Inilah kesannya di dalam percubaan rakyat Malaysia yang mahu mencuba-cuba mengubah kepimpinan negara, natijahnya kita sentiasa dirundung malang yang tidak berkesudahan.
Seperti pepatah bila sakit menimpa sesal sudah terlambat ia ini perbuatan yang terlanjur dan tidak dapat diubah lagi.
Bertabahlah rakyat Malaysia.
Hj.Ob
*Sekiranya anda menyukai kandungan ini, sila pertimbangkan untuk menyumbang RM10.00 ke - 164119044389 MAY BANK - Zanuddin Salleh.
Terima kasih atas sokongan sahabat sekelian!