Aspirasi Prihatin Malaysia

Aspirasi Prihatin Malaysia

Share

Misi Sukarelawan & Khidmat Masyarakat

11/03/2024

SALAM RAMADHAN KAREEM •1445H/2024•

Dalam keheningan bulan Ramadhan, mari kita menghayati erti makna yang lebih mendalam.. Setiap detik adalah kesempatan untuk lebih dekat dengan-Nya.. Doa dan harapan mengiringi setiap langkah kita.. Eratkan hubungan dengan Allah dan lapangkan hati dalam mencari ketenangan.. Selamat menyambut Ramadhan, semoga segala amalan yang kita lakukan di bulan yang mulia ini mendapat keberkatan Allah SWT..

Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan 1445H/2024 & Semoga Ramadhan membentuk Jiwa Kehambaan Dalam Ketaatan..

Ikhlas Daripada ; Aspirasi Prihatin Malaysia

"Memperkasa Kemanusiaan & Menyemarak Komuniti"







Photos from Aspirasi Prihatin Malaysia's post 23/10/2023

Baru-baru ini telah berlangsung "MISI PRIHATIN PASCA BANJIR", Kampung Hangus, Kupang, Baling Kedah dan penyerahan sumbangan barangan keperluan asas kepada penerima dari golongan yang terjejas banjir serta golongan yang memerlukan Anjuran bersama IMPACT MALAYSIA, Pertubuhan Aspirasi Prihatin Malaysia, Kelab Kebajikan Joggers Perlis & Kelab Komuniti Syukur Malaysia.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan.Hashimah Ismail.(Penggerak Aspirasi Prihatin Malaysia, Negeri Perlis), UniMAP Volunteer Club.(UVoC), En.Ahmad Muadz Nazari.(UniMAP) Wang Ulu Perlis, Tuan Ashraf.(MAJ), Ustazah Baderiah Wahab.(SALIMAH) serta Ahli-ahli Jawatankuasa diatas sumbangan serta kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan Misi Prihatin Pasca Banjir & penyampaian sumbangan ini..

"Memperkasa Kemanusiaan & Menyemarak Komuniti"








22/10/2023

https://www.facebook.com/100067172753430/posts/661781452737607/?mibextid=rS40aB7S9Ucbxw6v

Misi Prihatin Pasca Banjir di Baling disertai 70 sukarelawan sebagai keprihatinan akan nasib keluarga yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda kawasan sekitar daerah itu..

Tumpuan utama misi kali ini ialah di Kampung Hangus, Kupang, antara lokasi yang teruk terjejas.

Bagi Penggerak Pertubuhan Aspirasi Prihatin Malaysia Negeri Perlis, Hashimah Ismail, sukarelawan yang turut serta dalam misi kali ini cukup terharu melihat kesan akibat banjir yang melanda sekitar kampung berkenaan.

Dalam misi itu, sukarelawan membersihkan beberapa kediaman penduduk terlibat dengan kerjasama lebih 100 penduduk kampung yang turut serta berganding bahu membantu keluarga terjejas.

'Yang sahih di Berita RTM'

27/09/2023

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1445H/2023M

Sempena Bulan RabiulAwal, sambutan Maulidur Rasul merupakan antara amalan yang lazim diraikan sebagai salah satu usaha untuk mendidik dan mengingati Rasulullah SAW.

Demi cinta kita kepada Nabi SAW, marilah kita mempelajari riwayat hidup Baginda SAW dan sirahnya serta berselawat kepada Nabi SAW.

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا

Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim (384)]

Tema sambutan Maulidur Rasul 1444H/2023M Peringkat Kebangsaan ialah “Perpaduan Teras Malaysia Madani”

Ikhlas daripada Aspirasi Prihatin Malaysia

"Memperkasa Kemanusiaan & Menyemarak Komuniti"








23/07/2023

PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI 2023/2024

Jom Daftar anak anda di Maahad Tahfiz Teduhan kasih.

Kepada ibu/bapa atau penjaga yang berminat untuk menghantar anak-anak dalam bidang Tahfiz, daftar tempat anak anda sekarang untuk memudahkan pihak kami memberi maklumat lanjut mengenai Temuduga Kemasukan tersebut.

Boleh hubungi nombor dibawah :

📱Ustazah Atikah
http://www.wasap.my/60196358412/nakdafartahfiz

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Platinum Walk
Kuala Lumpur
53300