15/05/2026
KENYATAAN MEDIA PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH
Kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Menumpaskan Kumpulan Jenayah Terancang (Op Pusak Merah).
Tindakan ini adalah penting demi keselamatan diri pemberi maklumat dan menjamin keselamatan maklumat itu sendiri.
POLISI FACEBOOK RASMI PDRM
PDRM mengalu-alukan sebarang maklum balas daripada pengunjung dan menghormati hak asasi bagi setiap individu untuk kebebasan berfikir, kebebasan memberi pendapat dan berekspresi sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagi memastikan facebook rasmi PDRM mencapai objektifnya sebagai satu platform interaksi yang dapat memberi kesedaran mengenai p
15/05/2026
KENYATAAN MEDIA PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH
Kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Menumpaskan Kumpulan Jenayah Terancang (Op Pusak Merah).
15/05/2026
STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2026
Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 14 Mei 2026 (Khamis).
Sebanyak 1,851 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 16 kematian. Terdapat peningkatan kes sebanyak 11 kes kemalangan dan empat kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM
VIDEO PILIHAN: PERSIDANGAN PJP/KP/KOMANDER DAN KOMANDAN PERKUKUH KEPIMPINAN DAN KESIAPSIAGAAN PASUKAN
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail mempengerusikan Persidangan Pesuruhjaya Polis (PJP)/Ketua Polis (KP)/Komander dan Komandan Bilangan 1 Tahun 2026 di Dewan Sultan Hj. Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur bagi memperkukuh kepimpinan, profesionalisme dan kesiapsiagaan pasukan dalam mendepani cabaran keselamatan semasa.
Tidak ketinggalan turut diadakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia kali ke-54 bagi tahun 2026 yang dihadiri oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose.
Pautan TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSxdK9ens/
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: Lans Koperal Muhammad Adzha Ahmad Zulkopli
LIVE: MAJLIS PEMAKAIAN LENCANA PANGKAT DAN SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH JABATAN KDNKA, JPJKK SERTA SUPM
Kini sedang berlangsungnya Majlis Pemakaian Lencana Pangkat dan Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dan Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.
Majlis disaksikan oleh Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail.
#15052026
14/05/2026
PERSIDANGAN PJP/KP/KOMANDER DAN KOMANDAN PERKUKUH KEPIMPINAN DAN KESIAPSIAGAAN PASUKAN
Kuala Lumpur, 14 Mei 2026 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menegaskan bahawa pemantapan kepimpinan, profesionalisme dan kesiapsiagaan pasukan perlu terus diperkukuh bagi memastikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kekal relevan dalam mendepani cabaran keselamatan semasa.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat sempena Persidangan Pesuruhjaya Polis (PJP)/Ketua Polis (KP)/Komander dan Komandan Bilangan 1 Tahun 2026 yang dihadiri oleh seluruh pucuk pimpinan peringkat jabatan, negeri, formasi dan institusi latihan dalam Pasukan.
Dalam amanatnya di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur (KL), hari ini, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid berkata, kepimpinan PDRM kini berteraskan tiga fokus utama iaitu pengoptimuman teknologi Kecerdasan Buatan (AI), pemerkasaan integriti dan pemantapan kesejahteraan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Usaha memperkukuh profesionalisme, integriti dan keupayaan pasukan terus diperkasa menerusi pelaksanaan 10 Agenda Transformasi PDRM 2026 bagi menghadapi cabaran keselamatan moden.
Beliau berkata, Pelan Tindakan Perancangan Strategik PDRM 2026-2030 yang sedang dimuktamadkan perlu dijadikan panduan utama di setiap peringkat jabatan dan kontinjen supaya segala inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan secara holistik serta memberi impak kepada rakyat.
Persidangan tersebut turut memberi fokus terhadap usaha memperkasa kepimpinan dan kesiapsiagaan pasukan dalam mendepani ancaman keselamatan moden termasuk jenayah siber, penipuan dalam talian, penyebaran berita palsu, isu sensitif melibatkan elemen agama, institusi diraja dan kaum (3R) serta kegiatan jenayah terancang yang berpotensi menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Justeru, seluruh jabatan dan formasi PDRM diarahkan memperkukuh keupayaan penguatkuasaan, meningkatkan kompetensi pegawai selaras perkembangan teknologi semasa serta memperhebat pemantauan dan tindakan pencegahan bagi memastikan keselamatan awam terus terpelihara.
Dalam persidangan yang diadakan turut membentangkan beberapa perkara dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat iaitu Pengoperasian Next Generation MERS 999 (NG MERS 999): Isu dan Cabaran yang disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Kawalan dan Pematuhan Kementerian Komunikasi, Tuan Kamarudin Abdul Rani dan Pengurus Besar Government Specialised Services Telekom Malaysia, Tuan Hj. Anuar Mat Alim. Selain itu, pembentangan mengenai Strategi Pembanterasan Rasuah PDRM 2026 -2030 yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah (Integriti) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, DCP Thaipul Bahri Mokhtar turut menjadi tumpuan oleh para hadirin.
Tidak ketinggalan juga, pembentangan mengenai Kajian-Kajian Empirikal Di Bawah Institut Keselamatan Awam Malaysia, Kementerian Dalam Negeri berkaitan PDRM telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Eksekutif (Keselamatan) Institut Keselamatan Awam Malaysia, SAC Dr. Shazrin Azlin Ruslan dan pembentangan bertajuk Menilai Impak Konflik Asia Barat Terhadap Keselamatan Negara oleh Timbalan Pengarah Cawangan Khas I, CP Dato’ Azman Abdul Razak.
Seusai itu, KPN berkesempatan melawat asrama peserta kursus yang sedang dalam proses pengubahsuaian bersama Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Redzuan Abd Hamid, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Abdul Rahman Kassim dan Komandan Maktab PDRM KL, DCP Dr. Che Ghazalie Che Awang.
Terdahulu, KPN berbesar hati menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia kali ke-54 bagi tahun 2026 yang turut dihadiri oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose.
Jurugambar: Lans Koperal Khairunisa Ibrahim dan Lans Koperal Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi
14/05/2026
SIRI SANTAPAN ROHANI #201
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/
Sumber: Buku Wanita Bangkit
#14052026
14/05/2026
POSTING PILIHAN: PENGHARGAAN ORANG AWAM KEPADA PDRM
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dizahirkan kepada pemilik akaun Thread rfhnhrz atas penghargaan yang diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya kepada pegawai dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Inspektor Muhammad Hanif Ghazali.
Menerusi perkongsian tersebut, Inspektor Muhammad Hanif yang dalam perjalanan pulang telah tampil membantu menunda motosikal milik lelaki tersebut yang mengalami kerosakan di Lebuhraya MEX menghala ke Putrajaya, semalam.
Tindakan mulia yang dipamerkan mencerminkan nilai keprihatinan, tanggungjawab dan komitmen tinggi warga PDRM dalam melaksanakan amanah kepada masyarakat tanpa mengira waktu dan keadaan.
Sumber: Thread rfhnhrz
14/05/2026
KERATAN AKHBAR PILIHAN: SCAM-PROOFING THE PUBLIC MINDSET
Scam prevention has long been framed as a technological arms race better cybersecurity systems, tighter regulations and stronger laws.
While these are undeniably important, they are not sufficient. The uncomfortable truth is that scams persist not merely because of gaps in systems but because they exploit something far more predictable and universal human psychology.
If we are serious about reducing scam victimisation, we must move beyond a purely institutional response and invest in scam literacy programmes that deeply integrate the psychology of scams to drive real behavioural change.
At its core, a scam is not just a technical deception, it is a psychological manipulation. Scammers do not randomly target vulnerabilities in software alone, they also target vulnerabilities in people.
Fear, urgency, trust, greed, loneliness, authority and hope are the real entry points. Whether it is a phone call claiming to be from a bank, a message about a loved one in distress or an investment promising unusually high returns, the tactics are carefully designed to override rational thinking and trigger emotional responses.
Read further on the The Sun's article attached, written by Deputy President of the Federation of Malaysian Consumers Associations, Dr. Paul Selva Raj.
14/05/2026
KERATAN AKHBAR PILIHAN: WILDLIFE TRAFFICKING SCOURGE BECOMING MORE PREVALENT
Kuala Lumpur, 14th May 2026 - Wildlife trafficking syndicates are exploiting regional demand and porous cross-border networks while law enforcement efforts continue to net mainly low-level operatives instead of the masterminds orchestrating the trade.
Conservation experts warned that virtually no species is spared, with traffickers targeting everything from Malayan tigers and primates to exotic tortoises smuggled in from overseas to feed an expanding illegal wildlife market.
Director of Traffic Southeast Asia, Kanitha Krishnasamy said, Malaysia remains both a source and transit hub for trafficked wildlife, with syndicates operating across borders and adapting quickly to shifting consumer demand.
"We have native species such as our tigers being poached, also birds, turtles and primates such as gibbons and siamangs."
She was speaking after the Wildlife Illegal Poaching and Trade session of a forum held here yesterday.
Read futher on The Sun's article attached.
14/05/2026
[KERATAN AKHBAR PILIHAN] TRAGEDI FRU: SOP PENUGAGAN TERMASUK KONVOI BERSKALA BESAR DIPERKEMAS
Kuala Lumpur, 14 Mei 2026 - Prosedur operasi standard (SOP) penugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya melibatkan konvoi berskala besar akan terus diperkemas bagi memastikan tahap keselamatan pegawai dan anggota sentiasa berada pada tahap terbaik.
Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berkata, pelbagai penambahbaikan terhadap aspek logistik dan kelengkapan anggota terus dilaksanakan dari semasa ke semasa termasuk penggunaan aset serta kenderaan baharu.
Katanya, peningkatan SOP dan peraturan yang ditetapkan diharap mengurangkan kemalangan bukan sahaja ketika bertugas tetapi juga semasa berada di jalan raya.
"Kita mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. Kerajaan juga telah menyalurkan peruntukan untuk mempertingkatkan peralatan serta logistik termasuk kenderaan baharu yang saya percaya mampu memberi semangat lebih tinggi kepada semua petugas PDRM," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penutup Dialog Khas PDRM V 2026 di sini semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.
14/05/2026
POSTING PILIHAN: PENGARAH JSJ SEMPURNAKAN MAJLIS PENUTUPAN "NATIONAL WEAPONS TRAINING: COUNTERING WEAPONS SMUGGLING IN SOUTH EAST ASIA"
Kuala Lumpur, 14 Mei 2026 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' M. Kumar S. Muthuvelu telah hadir menyempurnakan Majlis Penutupan "National Weapons Training: Countering Weapons Smuggling in South East Asia" di Hotel Double Tree, Jalan Tun Razak, di sini, semalam.
Program anjuran INTERPOL dengan kerjasama Jabatan Tenaga Amerika Syarikat itu bertujuan memperkukuh usaha membanteras penyeludupan senjata api di rantau Asia Tenggara dan Asia Pasifik, di samping mempertingkat keupayaan penguatkuasaan dalam menangani jenayah rentas sempadan.
Program tersebut turut melibatkan penyertaan beberapa agensi berkaitan antaranya Jabatan Peguam Negara Malaysia, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Dato' M. Kumar dalam ucapannya menekankan kepentingan kerjasama strategik dan perkongsian kepakaran antara agensi penguat kuasa dalam memperkukuhkan keselamatan negara, sekali gus melumpuhkan aktiviti penyeludupan senjata api serta jenayah rentas sempadan.
Turut hadir, Penasihat Kanan Pejabat Pengesanan dan Pencegahan Penyeludupan Nuklear Amerika Syarikat, Mr. Aaron Mosby, Pegawai Pakar Senjata Api INTERPOL, Ms. Line Haidar, barisan Timbalan Pengarah JSJ Bukit Aman dan para pegawai kanan JSJ Bukit Aman.
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah - JSJ PDRM