11/05/2026
π PENGUMUMAN PESERTA ROKET AIR MRCC 2026 π
Tahniah kepada semua pasukan yang berjaya terpilih sebagai peserta kategori Roket Air bagi Malaysia Rocket CanSat Competition (MRCC) 2026!
Kesungguhan, kreativiti dan semangat anda untuk meneroka dunia aeroangkasa amat membanggakan. Kini tiba masanya untuk anda bersedia menghadapi cabaran sebenar di zon pertandingan nanti.
π Semak nama pasukan dan zon pertandingan anda pada poster yang disediakan.
π₯ Bersedia untuk mencipta pengalaman yang luar biasa dalam MRCC 2026!
Pihak penganjur akan menghubungi guru penasihat atau wakil pasukan bagi mendapatkan maklumat lanjut untuk penyelarasan pertandingan.
07/05/2026
National Space Challenge 2026 telah melabuhkan tirainya. Pertandingan ini telah menyuntik semangat, kreativiti dan menjadi satu persaingan yang hebat π
Tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen terbaik sepanjang pertandingan berlangsung. Setiap idea, usaha dan kerjasama yang diberikan membuktikan potensi generasi muda dalam bidang sains dan teknologi angkasa.
β¨ Senarai Pemenang NSC 2026 β¨
π₯ JOHAN
SK Kuala Berang, Terengganu
* Ahmad Rayyan Ahmad Ridhuan
* Muhammad Mikael bin Khairul Azmi
π₯ NAIB JOHAN
SK Long Boh, Perlis
* Nur Qaireen Amani Binti Mahazir
* Ainul Afiqah Binti Yusmaizi Azril
π₯ TEMPAT KETIGA
SJKC Foon Yew 2, Johor
* Hiew Hau Chen
* Oo Wei Ler
π
TEMPAT KEEMPAT
SK Kubang Kerian 3, Kelantan
* Muhammad Rayyan bin Mohd Hazwan
* Saif Ad Deen bin Mohamed Afiq Muizz
π
TEMPAT KELIMA
SK Tambalang, Sabah
* Fathiyah Al-Zuhairah Binti Awang Nazrul
* Amirul Faza Bin Azwan
Terima kasih kepada semua guru pembimbing, urusetia dan peserta yang telah menjayakan National Space Challenge 2026
07/05/2026
Tahniah kepada semua peserta yang berjaya terpilih menyertai Astro Sparkz: Bermalam di Planetarium Negara!
Terima kasih atas sambutan yang sangat menggalakkan daripada semua peserta dan ibu bapa.
Peserta yang berjaya akan dihubungi dalam masa terdekat melalui emel / WhatsApp bagi urusan pengesahan penyertaan dan maklumat lanjut program.
Pastikan nombor telefon dan emel sentiasa aktif bagi mengelakkan sebarang maklumat penting terlepas.
Jumpa anda di Astro Sparkz 2026!
01/05/2026
Selamat Hari Pekerja 2026!
Setiap usaha, setiap idea, dan setiap langkah anda adalah pemacu kepada kemajuan negara. Sama ada di bumi atau meneroka angkasa, anda adalah inspirasi masa depan.
Terus melangkah, terus menyinar.
Pekerja Madani, Kesuma Bangsa.
01/05/2026
14 NEGERI... 1 GELARAN... MEREBUT GELARAN JUARA! π
Tirai saingan kini dibuka π₯ π₯ π₯
Dari Perlis hingga ke Sabah, semua juara di setiap negeri berkumpul di satu gelanggang untuk menentukan siapa yang layak memegang gelaran JUARA KEBANGSAAN.π₯Kini debaran kian terasa untuk kemuncak
PERTANDINGAN NATIONAL SPACE CHALLENGE 2026 (NSC2026) π
π Lokasi: Planetarium Negara, Kuala Lumpur
π
Tarikh: 5 hingga 6 Mei 2026
READY FOR THE ULTIMATE CHALLENGE? π₯ π₯
β‘οΈ Space Maneuver
β‘οΈEnergy Saver
β‘οΈMission Control
β‘οΈSpace Algorithm
β‘οΈSpace Navigation
30/04/2026
π’ Pengumuman Penyertaan Astro Sparkzπ’
Sambutan yang diterima memang luar jangka β terima kasih semua! π₯
Senarai peserta yang berjaya akan diumumkan tidak lama lagi.
Pastikan anda sentiasa mengikuti platform rasmi kami untuk sebarang makluman terkini.
β³ Nantikan pengumuman rasmi!
29/04/2026
π SAVE THE DATE!
Adakah anda sudah bersedia untuk melancarkan roket anda?
Ini dia tarikh terkini Zon Pertandingan MRCC 2026!
β³ Pendaftaran akan ditutup tidak lama lagi β hanya beberapa hari sahaja lagi!
π₯ Lebih 100 pasukan telah pun mendaftar untuk Malaysia Rocket CanSat Competition (MRCC) 2026, satu pertandingan yang menghimpunkan bakat muda dalam bidang aeroangkasa dan STEM.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman luar biasa ini.
π Daftar sekarang:
https://tinyurl.com/MRCC2026
29/04/2026
28 April 2026 (Selasa)- KUNJUNG HORMAT PLANETARIUM NEGARA KE ATAS BALAI CERAP TELUK KEMANG, NEGERI SEMBILAN (BCNS) BAGI KERJASAMA PROGRAM PEMBUDAYAAN ASTRONOMI DAN SAINS ANGKASA
Delagasi Planetarium Negara, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang diketuai oleh Puan Mismah binti Jimbun, Ketua Penolong Pengarah (Kanan) telah mengunjungi Balai Cerap Teluk Kemang, Negeri Sembilan (BCNS) bagi meneroka peluang kerjasama yang berpotensi dalam program pembudayaan berkaitan Astronomi dan Sains Angkasa.
Perbincangan berkaitan kerjasama dalam program-program yang melibatkan fenomena Astronomi serta Astro Pelancongan menjadi intipati utama dalam perbincangan tersebut. Perbincangan ini turut dihadiri oleh pegawai BCNS iaitu Puan Sarah binti Nordin (Ketua Kompleks BCNS), En. Muzamir bin Mazlan (Penolong Pegawai Kanan BCNS) dan Muhammad Multazam bin Mohd Yazid (Penolong Pegawai BCNS).
Delegasi dari Planetarium Negara yang turut hadir ialah Puan Norulaswad binti Sulaiman (Ketua Penolong Pengarah), Encik Muhammad Nur Adli bin Roslan (Penolong Pengarah), Encik Amirul bin Azri (Personal MySTEP), Encik Danial bin Damanhuri (Personal MySTEP) dan Encik Naimmullah bin Hasbullah (Personal MySTEP).