29/09/2015
Penerangan Pas Kawasan Bandar Tun Razak.
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Penerangan Pas Kawasan Bandar Tun Razak., Political organisation, Desa Tun Razak, Kuala Lumpur.
29/09/2015
13/05/2015
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.
Tazkirah Hari Rabu
25 Rajab 1436h
13 May 2015m
Sesungguhnya Allah swt melarang orang orang beriman agar tidak dilalaikan oleh harta benda dan anak pinak kamu daripada mengingat Allah dan menjalankan perintahnya.
Seperti firman Allah dalam surah Al -Munafiqun ayat 9 sampai 11......
📒📒📒📌📌📌💚💚💚🌹🌹🌹👇👇👇
Surah Al-Munafiqoon, ayat 9:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
Surah Al-Munafiqoon, ayat 10:
وَأَنفِقُوا مِن مَّا رَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ الصَّالِحِينَ
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat p**a aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".
Surah Al-Munafiqoon, ayat 11:
وَلَن يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.
AGAMA ADALAH NASIHAT: QS. Al- Munafiqun : 9-11 (Segera Beramal Sebelum Datang Kematian)
http://agamaadalahnasihat.blogspot.com/2010/08/qs-al-munafiqun-9-11-segera-beramal.html?m=1
📢📢📢🔊🔊🔊
Disiarkan Tanbihul Ghaafilin Lujnah Penerangan &Multimedia Pas Kawasan Bandar Tun Razak KL...
Semoga ada manfaatnya kepada semua.
📒📒📒💚💚💚📌📌📌👆👆👆🌹🌹🌹
13/05/2015
[12-5 3:00 PM] Jalius bin Khalid: السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (Bil.461) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Selasa, 23 Rejab 1436H. "JIN KALEWA JIN KALAK"
Mambang Putih mambang Merah,
Mambang bukan sebarang mambang,
Makanya jangan s**a marah-marah,
Kerana marah-marah itu dis**ai mambang.
Atas permintaan ramai, Ust. Kay sambung balik tazkirah Bab Jin. Ibn Abid-Dunya di dalam kitabnya “ مكائد الشيطان “ menyebut mengenai pembahagian jin ini dengan merujuk kepada sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abi Darda’ r.a : "Allah SWT menciptakan jin kepada tiga bahagian, satu bahagian ular, kala dan binatang melata di bumi, sebahagian yang lain akan dikenakan hisab dan diseksa.”
الجِنُّ على ثَلَاثَةِ أَصْنَافٍ صِنْفٌ لَهُمْ أَجْنِحَةٌ يَطِيرُونَ في الهَوَاءِ وَصِنْفٌ حَيَّاتٌ وَكِلَابٌ وَصِنْفٌ يَحِلُّوْنَ وَيَظْعَنُوْنَ
“Jin itu ada tiga golongan. Satu golongan yang mempunyai kepak yang terbang ke sana ke mari (di udara), satu golongan p**a berbentuk ular dan anjing, manakala golongan yang ketiga ada yang tinggal setempat dan ada yang berpindah-randah.” (HR: Al-Hakim)
CERAH-CERAHKAN :
Ada ulama telah membahagikan jin ini kepada beberapa bahagian berdasarkan kepada bidang kementerian dan portfolio masing-masing :
1. Jin adalah suatu nama kepada satu-satu makhluk secara umum.
2. ‘Ifrit (عِفْرِيـتٌ ) adalah golongan jin tetapi mempunyai daya menipu, kekuatan yang luar biasa yang dianugerah kepadanya oleh Allah.
3. Syaitan adalah ketua segala anasir yang membuat kebinasaan, kafir, fasik, sombong, enggan sujud kepada Adam a.s dan dia dikutuk dan dilaknat.
4. Al-Marid ( المَارِد) sejenis jin juga dan lebih degil dan jahat. Disebut di dalam al-Quran sebanyak tiga kali. Maksudnya antaranya : "Dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan syaitan yang derhaka" (QS. al-Nisa’ : 117)
5. Al-Awamir ( العَوَامِرِ) kerana ia lama tinggal di dalam rumah manusia. Mereka tinggal di rumah-rumah keluarga baik dan juga keluarga jahat. Diriwayatkan satu sabda Rasulullah SAW daripada Abi Said al-Khudri :
إِنَّ بِالمَدِينَةِ نَفَرًا مِنَ الجِنَّ قَدْ أَسْلَمُوا فَمَنْ رَأَى شَيْئًا مِنْ جُنْدِهِ العَوَامِرِ فَلْيُؤَذِّنْ ثَلَاثًا فَإِن بَدَا لَهُ بَعْدُ فَلْيَقْتُلْهُ فَإِنَّهُ شَيْطَانٌ
"Sesungguhnya di Madinah ada golongan jin yang telah menganut agama Islam. Barang siapa yang melihat sesuatu daripada golongan Awamir (jin yang tinggal di rumah) maka hendaklah mengarahkan ia keluar (sebanyak tiga kali). Jika jin itu enggan keluar bolehlah dibunuh selepas itu kerana ia adalah syaitan.
Oleh itu perlu kita ingat supaya tidak tergesa-tergesa membunuhnya kerana ia juga makhluk Allah, sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
"Jangan kamu membunuh jin melainkan setiap yang jahat yang s**a melakukan kejahatan. Sesungguhnya ia menggugurkan kandungan anak (dalam perut) dan menghilangkan penglihatan oleh itu bunuhlah mereka." HR: Imam Bukhari)
6. Al-Arwah ( الأَرْوَاح) ialah sejenis jin yang s**a mengganggu kanak-kanak. Mengenai nama al-Arwah ini, Ukasyah Abdul Mannan al-Taiyibi di dalam bukunya “ شياطين الإنس والجن “ tidak bersetuju dengan nama ini. Katanya setelah dikaji perkataan al-Arwah atau mufradnya (singular) roh di dalam al-Quran tidak terdapat makna jin atau syaitan tetapi merangkumi erti atau makna yang lain, iaitu panggilan untuk orang yang telah meninggal dunia.
SIMPUL-SIMPUL :
Ada satu lagi jenis jin, yang dipanggil "Lembaga Hitam" kerjanya lebih hebat dari Toyol dan tinggal di Lembaga...... Ust. Kay nak sebut pun dah takut his.. his...
Wallahu a'lam - "Ya Allah lindungilah harta kami Ya Allah daripada gangguan lembaga ini." Ukay's.
BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK) ADALAH KOMPILASI 100 TAJUK CCUK YG. AWAL TERBITAN KARANGKRAF DAN BUKU HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) ADALAH SAMBUNGANNYA DENGAN PEMBAHARUAN YG. LEBIH MANTAP TERBITAN TELAGA BIRU. DAPATKANNYA DI PASARAN !
[12-5 3:01 PM] Jalius bin Khalid: Sekali Serban Dililit. Siri 11
Bagaimana Kita Berjuang: Hudud atau Pakatan ?
Oleh : Nasrudin bin Hassan
www.perjuanganku.com
1. Pakata
n Rakyat bergoncang hebat dek kerana isu Perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Hudud). DAP semakin lantang dan berani mempertikaikannya malah lebih nekad apabila mereka secara terbuka menentangnya di tengah - tengah laman kota Darul Naim.
2. Mereka begitu galak bagaikan mendapat peluang yang ditunggu - tunggu sekian lama. Lebih menarik apabila ada pihak yang sengaja mengundang dan memberi pentas terbuka kepada mereka, satu tindakan yang saya yakin tidak berani dilakukan sewaktu hayat hidup Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Rahimahullah.
3. Secara zahirnya di hadapan kita terdapat dua pihak.
a) Pihak yang terus berjuang kearah perlaksanaan EKJS khasnya di bumi Kelantan justeru ia adalah Syariat yang mesti diperjuang dan ditegakkan. Firman Allah swt :
وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.
Al Maidah : 49
[ Namun, dalam masa yang sama mengharapkan Pakatan Rakyat dapat mendokong cita - cita suci itu sebagai undang - undang alternatif kepada kegagalan undang - undang hari ini dalam menangani peningkatan jenayah dan mungkar. Kalaupun ada dari kalangan parti kompenan Pakatan Rakyat tidak bersetuju dengan perlaksanaan EKJS, sekurang - kurangnya mereka tidak menentang secara terbuka dan berpada dengan persefahaman yang telah dicapai iaitu "agree to disagree - setuju untuk tidak bersetuju" ]
b) Pihak yang kedua p**a mengutamakan Pakatan Rakyat sebagai satu gabungan parti yang dilihat mampu menjatuhkan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang. Mereka tidak mahu perlaksanaan EKJS ini menjadi penghalang kepada cita - cita itu. Pastikan menang terlebih dahulu, nescaya Islam boleh dilaksanakan kemudian.
4. Pilihan saya ialah meneruskan perjuangan Islam, menentang kezaliman, membela golongan tertindas, menabur bakti kebajikan, berdakwah tanpa rasa penat serta bosan dan mendaulatkan syariat Allah swt di bumi tercinta ini. Ia adalah perjuangan warisan daripada Baginda Rasul saw. Ia tidak akan dihentikan hanya semata - mata kerana mahu berkuasa, tetapi sebaliknya gigih berjuang mencari kuasa untuk melaksanakan warisan Rasul saw. Inilah juga manifestasi dari salah satu bait lagu PAS yang selalu kita nyanyikan :
"Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat daulah islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan"
5. Saya mengharapkan pilihan saya juga adalah pilihan anda semua. Kita mahu Pakatan Rakyat yang utuh dan menghormati prinsip perjuangan kita, justeru apa yang kita perjuangkan ini adalah wahyu Tuhan yang Maha Mencipta. Tiada kompromi dan toleransi untuk menolaknya. Ia adalah muktamad dari Tuhan Yang Maha Adil lagi Maha Perkasa. Kita boleh kompromi dan toleransi ke arah melaksanakannya bukan menentang dan menolaknya. Maka berfikirlah 1001 jalan untuk menjayakan hasrat perlaksanaan EKJS tersebut, BUKAN mencari 1001 dalih untuk tidak melaksanakannya.
Sekian.
12/05/2015
11/05/2015
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
Tazkirah Pagi Isnin
23 Rajab 1436h
11 May 2015m
Sesungguhnya Allah swt mewajibkan taat kepada ke dua ibu bapa dan sentiasa mendoakannya.
Seperti firman Allah dalam surah Al -Isra' ayat 23 sampai 25........
📒📒📒🌹🌹🌹👇👇👇📌📌📌📌💚💚💚
Surah Al-Isra, ayat 23:
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
Surah Al-Isra, ayat 24:
وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
Surah Al-Isra, ayat 25:
رَّبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا فِي نُفُوسِكُمْ إِن تَكُونُوا صَالِحِينَ فَإِنَّهُ كَانَ لِلْأَوَّابِينَ غَفُورًا
Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.
Berbakti pada Orang Tua - Eramuslim - http://m.eramuslim.com/peradaban/tafsir-zhilal/dodol-orang-tua.htm
📢📢📢🔊🔊🔊
Disiarkan oleh Tanbihul Ghaafilin Lujnah Penerangan &Multimedia Pas Kawasan Bandar Tun Razak.KL
Semoga dapat sama sama kita ambil iktibar.
📒📒📒👆👆👆🌹🌹🌹📌📌📌💚💚💚🌻🌻
SELAMAT HARI IBU......💚💚💚
08/05/2015
07/05/2015
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
Tazkirah Pagi Jumaat
20 Rajab 1436h
08 May 2015m
Sesungguhnya Allah swt memerintahkan orang orang yang beriman supaya melaksanakan hukum hukum yang diturunkan oleh Allah swt.
Seperti firman Allah dalam surah Al -Maidah ayat 49 dan 50....
Surah Al-Maeda, ayat 49:
وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.
Surah Al-Maeda, ayat 50:
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ
Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.
Al-Maidah 49 & 50 : Bencana Jahiliyah | Kelana Cinta Al-Farouq - http://ummunuman.blogspot.com/2012/11/tafsir-al-maidah-49-50.html?m=1
Disiarkan oleh Tanbihul Ghaafilin Lujnah Penerangan &Multimedia Pas Kawasan Bandar Tun Razak KL......
Semoga dapat sama sama kita ambil pelajaran........
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (Bil.456) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Khamis, 18 Rejab 1436H. GELANDANGNYA GELANDANGAN
Tepi kolam tumbuh Pokok Ara,
Pokoknya tinggi bak lelaki perkasa,
Orang Islam adalah bersaudara,
Cubit peha kanan peha kiri terasa.
Menjadi pengemis, orang gelandangan dan anak jalanan, tentu bukan impian setiap orang ataupun anak-anak. Akan tetapi ini adalah sebahagian dari dampak konflik yang berkepanjangan dari musibah gejala sosial yang ada di negara kita.
CERAH-CERAHKAN :
Tentunya, pembiaran masalah sosial seperti ini bererti seakan bersepakat untuk menghancurkan generasi, masa depan agama, bangsa dan negara. Maka Islam sebagai agama rahmatallil `alamin menawarkan konsep solusi yang jitu.
Contohnya, paling tidak ada tiga hal yang menjadi faktor sehingga anak menjadi pengemis, anak jalanan atau gelandangan, antaranya ialah :
1) Akibat perlakuan kekerasan, bukan hanya tindakan kekerasan eksternal (konflik, lingkungan, sendiket yang memeras ugut anak-anak, pemerdagangan manusia dan sebagainya), kekerasan internal (broken family, suasana keluarga yang sering bermasalah.
2) Masalah kemiskinan dan masalah sosio ekonomi juga sangat besar sumbangannya untuk menjadikan seseorang sebagai pengemis dan gelandangan.
3) Suasana persekitaran yang tidak kondusif dan sikap yang negatif (pergaulan, malas, putus asa, tak peduli masa depan dan seumpamanya) juga berpeluang menjadikan seseorang atau anak menjadi pengemis dan gelandangan.
Islam mengingatkan kita untuk harus amanah dalam mengelola harta kekayaan. Oleh kerana itu Islam selalu mensinergikan harta dengan konsep derma atau menginfakkan harta kepada orang yang memerlukannya. Konsep zakat contohnya merupakan solusi alternatif yang sangat efektif dalam mengatasi problem kemiskinan ini. Akan tetapi kita belum serius menangani masalah ini sehingga tuntas sebenarnya. Zakat bukan hanya menjaddi ibadah Mahdhah akan tetapi juga Ghairu Mahdhah (ibadah sosial kemasyarakatan).
Di negara kita ini, Ust. Kay melihat pihak Lembaga Zakat Negeri-negeri cukup agresif untuk memungut zakat, wakaf dan sebagainya. Kaunter pungutan punyalah bercambah namun kenapa tidak segalak itu dalam delivery (penyampaiannya) Berapa banyak kaunter-kaunter penyampaian sumbangan yang di buka? Itu belum lagi dengan karenah birokrasi dan longgokan borang yang perlu diisi. Pegawai yang memproses p**a punyalah kedekut seperti duit bapa sendiri. Mudahkanlah, kesian mereka...
Beberapa tawaran solusi yang lain berkaitan masalah ini yang mungkin boleh dilaksanakan ialah :
1. Pemberdayaan Ekonomi.
Memberi modal berniaga secukupnya adalah antara tatacara memberdayakan golongan ini. Sehingga meereka mampu berdikari dan harga diri mereka akan bangkit kembali untuk meraih masa depan yang lebih cerah.
2. Memberi Ilmu dan Kemahiran.
Ini boleh dilakukan oleh pemerintah dengan melatih kecekapan hidup (livelihood) atau kemahiran hidup melalui pendidikan formal mahupun tidak formal. Keerana adalah lebih baik memberi kail kepada mereka di bandingkan memberi ikan yang sekali makan sahaja sudah habis.
3. Menjadikan Anak Angkat atau Keluarga Angkat Oleh Orang Kaya.
Tentu sangat tepat jika orang kaya menjadikan anak-anak pengemis atau orang gelandangan ini untuk dijadikan sebagai anak atau keluarga angkat mereka. Ambil semangat persaudaraan yang cukup hebat golongan Muhajirin oleh orang Ansar yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW di Madinah.
SIMPUL-SIMPULKAN :
Pendekatan saling ta`awun (bantu-membantu) satu sama lain perlu ada. Disinilah peranan konsep zakat, infaq, wakaf dan sedekah sebagai mana yang dideskripsikan oleh Al-Quran Al-Karim.
Wallahu a'lam - Membantu mereka sebenarnya membantu diri kita sendiri di akhirat sana nanti. (Ukay's 0192319872)
07/05/2015
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
Tazkirah Pagi Khamis
19 Rajab 1436h
07 May 2015m
Sesungguhnya Allah swt memerintahkan orang orang yang beriman supaya menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Seperti firman Allah dalam surah Al -Imran ayat 104 sampai 107........
Surah Aal-e-Imran, ayat 104:
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
Surah Aal-e-Imran, ayat 105:
وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ تَفَرَّقُوا وَاخْتَلَفُوا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ وَأُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.
Surah Aal-e-Imran, ayat 106:
يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ فَأَمَّا الَّذِينَ اسْوَدَّتْ وُجُوهُهُمْ أَكَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ تَكْفُرُونَ
(Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): "Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu".
Surah Aal-e-Imran, ayat 107:
وَأَمَّا الَّذِينَ ابْيَضَّتْ وُجُوهُهُمْ فَفِي رَحْمَةِ اللَّهِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Adapun orang-orang yang telah putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam limpah rahmat Allah (Syurga), mereka kekal di dalamnya.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم : Tafsir Quran Surah Ali-Imran, ayat 104-107, MTDM 27.12.2013 - http://keranakasihnabi.blogspot.com/2014/01/tafsir-
quran-surah-ali-imran-ayat-104.html?m=1
Disiarkan oleh Tanbihul Ghaafilin Lujnah Penerangan &Multimedia Pas Kawasan Bandar Tun Razak KL.......
Semoga dapat sama sama kita ambil pengajaran........
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Desa Tun Razak
Kuala Lumpur
