Parlimen Malaysia

Parlimen Malaysia

Share

Laman Facebook Rasmi Parlimen Malaysia www.parlimen.gov.my VISI

Parlimen Malaysia sebagai institusi perundangan unggul bertaraf dunia.

Sebagai sebuah institusi legislatif yang terulung, Parlimen Malaysia berwawasan untuk terus menjadi peneraju dan penanda aras kepada institusi-institusi legislatif tempatan dan Antarabangsa. MISI

Memastikan tadbir urus yang profesional, inovatif dan strategik untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti. Komited untuk sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan cekap kepada stakeholders, memberikan p

Photos from Parlimen Malaysia's post 06/05/2026

[Hari Pertama] Liputan bergambar Bengkel Nukleus Parlimen Malaysia (Siri II) anjuran Seksyen Pengurusan Sumber Manusia telah diadakan pada 6 hingga 8 Mei 2026 bertempat di Kuala Lumpur.

Turut hadir ialah YBhg. Datoโ€™ Dr. Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
6 Mei 2026

๐Ÿ“ธ Foto oleh: Daniel

Photos from Parlimen Malaysia's post 06/05/2026

Kunjungan hormat kepada YB Senator Dato Awang Bemee bin Awang Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Negara oleh TYT Dr. Sรกndor Sipos, Duta Besar Hungary ke Malaysia di pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara, Blok Utama, Parlimen Malaysia.

Hadir bersama YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan YBrs. Tuan Haji Muhd Sujairi Abdullah, Setiausaha Dewan Negara.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
6 Mei 2026

๐Ÿ“ธ Foto oleh: Adnan

Photos from Parlimen Malaysia's post 06/05/2026

YB Tuan Wong Chen, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan (JKP) Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa merangkap Ahli Parlimen Subang telah mempengerusikan Mesyuarat JKP Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa Bil. 5 Tahun 2026 di Bilik Jawatankuasa 2, Blok Utama, Parlimen Malaysia.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
6 Mei 2026

๐Ÿ“ธ Foto oleh: Daniel

Photos from Parlimen Malaysia's post 06/05/2026

YB Senator Dato Awang Bemee bin Awang Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Negara, telah menyampaikan ucapan dalam Luncheon Talk sempena ASEAN Leadership & Partnership Forum 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa kekuatan ASEAN bukan hanya terletak pada hubungan diplomatik atau peringkat kepimpinan semata-mata, sebaliknya bergantung kepada negara-negara anggotanya memperkukuh perpaduan antara satu sama lain berlandaskan aspirasi rakyat.

Mengulas cabaran semasa, beliau turut menekankan bahawa dalam mendepani landskap global yang semakin tidak menentu merangkumi ketidaktentuan ekonomi, isu keselamatan tenaga serta jaminan bekalan makanan. ASEAN dituntut untuk terus kekal bersatu, berwibawa dan relevan di persada antarabangsa.

Forum ini menjadi platform strategik yang signifikan dalam memperkukuh dialog serantau, khususnya dalam aspek daya tahan ekonomi, transformasi digital, peralihan tenaga, serta usaha memperkasa integrasi ASEAN secara menyeluruh.

Parlimen Malaysia
6 Mei 2026

๐Ÿ“ธ Foto oleh: Julie

Photos from Parlimen Malaysia's post 04/05/2026

โ€ŽุŒ โ€Žู„ูŽุจูŽู‘ูŠู’ูƒูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ู„ูŽุจูŽู‘ูŠู’ูƒูŽุŒ ู„ูŽุจูŽู‘ูŠู’ูƒูŽ ู„ุงูŽ ุดูŽุฑููŠู’ูƒ ู„ูŽูƒูŽ ู„ูŽุจูŽู‘ูŠู’ูƒูŽ
โ€Žุฅูู†ูŽู‘ ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏูŽ ูˆูŽุงู„ู†ูู‘ุนู’ู…ูŽุฉูŽ ู„ูŽูƒูŽ ูˆูŽุงู„ู’ู…ูู„ู’ูƒูŽ ู„ุงูŽ ุดูŽุฑููŠู’ูƒูŽ ู„ูŽูƒูŽ

YBhg. Datoโ€™ Dr. Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia bersama-sama warga Parlimen hadir dalam Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Parlimen Malaysia (KESPA) bagi meraikan Bakal Duyufurrahman 1447H / 2026M di Surau Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran, Kompleks Parlimen Malaysia.

Alhamdulillah seramai 2 warga Parlimen Malaysia yang akan menunaikan ibadah haji iaitu

1. Encik Nor Affandi bin Mohamed Rashid, Setiausaha Bahagian (Keselamatan).

2. Puan Monarita binti Mohd Hassan (Bahagian Pengurusan Dewan Negara).

Majlis pada hari ini telah dibimbing oleh Encik Muhammad Akmal bin Md Yusoff, Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat.

Seluruh warga Parlimen Malaysia mendoakan agar dikurniakan kesihatan terbaik sepanjang melaksanakan ibadah Haji, segala urusan dipermudahkan dan berjalan lancar serta memperoleh haji yang mabrur.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia

๐Ÿ“ธ Foto: Hazirah

Photos from Parlimen Malaysia's post 30/04/2026

Sempena Hari Pekerja, setinggi-tinggi penghargaan dizahirkan kepada seluruh warga kerja atas sumbangan berterusan dalam menyokong kelancaran Parlimen Malaysia sebagai institusi legislatif negara.

Peranan yang digalas dengan penuh integriti dan profesionalisme dalam mengurus, menyelaras serta melaksanakan urusan rasmi telah memastikan perjalanan persidangan serta urusan pentadbiran berlangsung dengan teratur, telus dan berkesan.

Ianya juga mencerminkan komitmen tinggi terhadap prinsip akauntabiliti serta tadbir urus yang baik.

Semoga dengan semangat kerja berpasukan dan kecemerlangan ini terus diperkukuh demi menjamin keutuhan sistem penyampaian serta memperkasa institusi demokrasi negara.

โ€œPekerja MADANI Kesuma Bangsaโ€

Ikhlas daripada

YB Senator Dato Awang Bemee bin Awang Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Negara

YB Tan Sri Datoโ€™ Dr. Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat

YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara.

YB Datoโ€™ Dr. Ramli bin Datoโ€™ Mohd Nor, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat

YB Puan Alice Lau Kiong Yieng, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat

YBhg. Datoโ€™ Dr. Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia

Warga Parlimen Malaysia

Photos from Parlimen Malaysia's post 30/04/2026

[Hari Ketiga] Liputan bergambar Lawatan Kerja Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat Dewan Rakyat Parlimen Kelima Belas ke OSCC Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan PUSPEN Karangan, Kulim, Kedah.

Delegasi diketuai oleh YB Puan Hajah Rodziah binti Ismail, Naib Pengerusi JKP Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Ampang.

Lawatan kerja telah diadakan pada 29 April 2026.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia

๐Ÿ“ธ Foto oleh: Helmi

Photos from Parlimen Malaysia's post 29/04/2026

Kunjungan hormat kepada YB Tan Sri Datoโ€™ Dr. Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat oleh H.E. Juraj Blanar, Minister of Foreign and European Affairs of the Slovak Republic di pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Blok Utama, Parlimen Malaysia.

Turut hadir YB Tuan William Leong Jee Keen, Ahli Parlimen Selayang.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
29 April 2026

๐Ÿ“ธ Foto oleh: Arjunna Putra

Photos from Parlimen Malaysia's post 29/04/2026

[Hari Kedua] Liputan bergambar Lawatan Kerja Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat Dewan Rakyat Parlimen Kelima Belas ke Pejabat Kemajuan Orang Asli Daerah (PKOAD) dan Pos Sungai Rual, Jeli, Kelantan.

Delegasi diketuai oleh YB Puan Hajah Rodziah binti Ismail, Naib Pengerusi JKP Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Ampang.

Lawatan kerja telah diadakan pada 28 April 2026.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia

๐Ÿ“ธ Foto oleh: Helmi

29/04/2026

[SOROTAN VIDEO PARLIMEN BELIA
MALAYSIA (PBMy) DI KARNIVAL MEGA JPJ MADANI 2026, PULAU PINANG]

Riuh & Gempak!

PBMy telah turun padang bagi memeriahkan Karnival Mega JPJ Madani 2026 di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan baru-baru ini!

Kami sangat teruja melihat semangat luar biasa belia dari seluruh negara terutama dari Utara yang bukan sahaja hadir untuk berhibur, malah berani tampil menyuarakan aspirasi dan idea bernas demi masa depan negara.

Ini adalah platform anda, tempat di mana suara belia bukan sekadar didengari, tetapi diperkasakan melalui proses demokrasi yang inklusif.

Apa yang menarik di booth PBMy?
โ€ข Penerangan Eksklusif: Mengenali peranan PBMy dengan lebih dekat.

โ€ข Pendaftaran Ahli: Peluang menjadi sebahagian daripada penggerak suara belia.

โ€ข Interaksi Santai: Sembang santai mengenai isu-isu semasa belia.

Terima kasih Pulau Pinang atas sambutan yang cukup hangat!

Adakah anda bersedia untuk menjadi pemimpin masa depan? Klik pautan ini https://parlimenbelia.com/login dan sertai kami sekarang!

Kredit Video: Elfin

Photos from Parlimen Malaysia's post 29/04/2026

Kunjungan hormat kepada YB Tan Sri Datoโ€™ Dr. Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat oleh YBhg. Mejar Jeneral Datuk Marzuki bin Hj Mokhtar, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) di pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Blok Utama, Parlimen Malaysia.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah YBhg. Datoโ€™ Dr. Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
28 April 2026

๐Ÿ“ธ Foto oleh: Arjunna Putra

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jalan Parlimen
Kuala Lumpur
50680

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30