06/05/2026
[Hari Pertama] Liputan bergambar Bengkel Nukleus Parlimen Malaysia (Siri II) anjuran Seksyen Pengurusan Sumber Manusia telah diadakan pada 6 hingga 8 Mei 2026 bertempat di Kuala Lumpur.
Turut hadir ialah YBhg. Datoโ Dr. Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.
Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
6 Mei 2026
๐ธ Foto oleh: Daniel
06/05/2026
Kunjungan hormat kepada YB Senator Dato Awang Bemee bin Awang Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Negara oleh TYT Dr. Sรกndor Sipos, Duta Besar Hungary ke Malaysia di pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara, Blok Utama, Parlimen Malaysia.
Hadir bersama YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan YBrs. Tuan Haji Muhd Sujairi Abdullah, Setiausaha Dewan Negara.
Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
6 Mei 2026
๐ธ Foto oleh: Adnan
06/05/2026
YB Tuan Wong Chen, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan (JKP) Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa merangkap Ahli Parlimen Subang telah mempengerusikan Mesyuarat JKP Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa Bil. 5 Tahun 2026 di Bilik Jawatankuasa 2, Blok Utama, Parlimen Malaysia.
Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
6 Mei 2026
๐ธ Foto oleh: Daniel
06/05/2026
YB Senator Dato Awang Bemee bin Awang Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Negara, telah menyampaikan ucapan dalam Luncheon Talk sempena ASEAN Leadership & Partnership Forum 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa kekuatan ASEAN bukan hanya terletak pada hubungan diplomatik atau peringkat kepimpinan semata-mata, sebaliknya bergantung kepada negara-negara anggotanya memperkukuh perpaduan antara satu sama lain berlandaskan aspirasi rakyat.
Mengulas cabaran semasa, beliau turut menekankan bahawa dalam mendepani landskap global yang semakin tidak menentu merangkumi ketidaktentuan ekonomi, isu keselamatan tenaga serta jaminan bekalan makanan. ASEAN dituntut untuk terus kekal bersatu, berwibawa dan relevan di persada antarabangsa.
Forum ini menjadi platform strategik yang signifikan dalam memperkukuh dialog serantau, khususnya dalam aspek daya tahan ekonomi, transformasi digital, peralihan tenaga, serta usaha memperkasa integrasi ASEAN secara menyeluruh.
Parlimen Malaysia
6 Mei 2026
๐ธ Foto oleh: Julie
04/05/2026
โุ โููุจูููููู ุงููููููู
ูู ููุจููููููุ ููุจูููููู ูุงู ุดูุฑูููู ูููู ููุจูููููู
โุฅูููู ุงููุญูู
ูุฏู ููุงููููุนูู
ูุฉู ูููู ููุงููู
ููููู ูุงู ุดูุฑููููู ูููู
YBhg. Datoโ Dr. Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia bersama-sama warga Parlimen hadir dalam Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Parlimen Malaysia (KESPA) bagi meraikan Bakal Duyufurrahman 1447H / 2026M di Surau Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran, Kompleks Parlimen Malaysia.
Alhamdulillah seramai 2 warga Parlimen Malaysia yang akan menunaikan ibadah haji iaitu
1. Encik Nor Affandi bin Mohamed Rashid, Setiausaha Bahagian (Keselamatan).
2. Puan Monarita binti Mohd Hassan (Bahagian Pengurusan Dewan Negara).
Majlis pada hari ini telah dibimbing oleh Encik Muhammad Akmal bin Md Yusoff, Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat.
Seluruh warga Parlimen Malaysia mendoakan agar dikurniakan kesihatan terbaik sepanjang melaksanakan ibadah Haji, segala urusan dipermudahkan dan berjalan lancar serta memperoleh haji yang mabrur.
Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
๐ธ Foto: Hazirah
30/04/2026
Sempena Hari Pekerja, setinggi-tinggi penghargaan dizahirkan kepada seluruh warga kerja atas sumbangan berterusan dalam menyokong kelancaran Parlimen Malaysia sebagai institusi legislatif negara.
Peranan yang digalas dengan penuh integriti dan profesionalisme dalam mengurus, menyelaras serta melaksanakan urusan rasmi telah memastikan perjalanan persidangan serta urusan pentadbiran berlangsung dengan teratur, telus dan berkesan.
Ianya juga mencerminkan komitmen tinggi terhadap prinsip akauntabiliti serta tadbir urus yang baik.
Semoga dengan semangat kerja berpasukan dan kecemerlangan ini terus diperkukuh demi menjamin keutuhan sistem penyampaian serta memperkasa institusi demokrasi negara.
โPekerja MADANI Kesuma Bangsaโ
Ikhlas daripada
YB Senator Dato Awang Bemee bin Awang Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Negara
YB Tan Sri Datoโ Dr. Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat
YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara.
YB Datoโ Dr. Ramli bin Datoโ Mohd Nor, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat
YB Puan Alice Lau Kiong Yieng, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat
YBhg. Datoโ Dr. Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia
Warga Parlimen Malaysia
30/04/2026
[Hari Ketiga] Liputan bergambar Lawatan Kerja Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat Dewan Rakyat Parlimen Kelima Belas ke OSCC Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan PUSPEN Karangan, Kulim, Kedah.
Delegasi diketuai oleh YB Puan Hajah Rodziah binti Ismail, Naib Pengerusi JKP Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Ampang.
Lawatan kerja telah diadakan pada 29 April 2026.
Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
๐ธ Foto oleh: Helmi
29/04/2026
Kunjungan hormat kepada YB Tan Sri Datoโ Dr. Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat oleh H.E. Juraj Blanar, Minister of Foreign and European Affairs of the Slovak Republic di pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Blok Utama, Parlimen Malaysia.
Turut hadir YB Tuan William Leong Jee Keen, Ahli Parlimen Selayang.
Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
29 April 2026
๐ธ Foto oleh: Arjunna Putra
29/04/2026
[Hari Kedua] Liputan bergambar Lawatan Kerja Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat Dewan Rakyat Parlimen Kelima Belas ke Pejabat Kemajuan Orang Asli Daerah (PKOAD) dan Pos Sungai Rual, Jeli, Kelantan.
Delegasi diketuai oleh YB Puan Hajah Rodziah binti Ismail, Naib Pengerusi JKP Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Ampang.
Lawatan kerja telah diadakan pada 28 April 2026.
Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
๐ธ Foto oleh: Helmi
29/04/2026
Kunjungan hormat kepada YB Tan Sri Datoโ Dr. Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat oleh YBhg. Mejar Jeneral Datuk Marzuki bin Hj Mokhtar, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) di pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Blok Utama, Parlimen Malaysia.
Turut hadir dalam pertemuan ini ialah YBhg. Datoโ Dr. Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.
Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
28 April 2026
๐ธ Foto oleh: Arjunna Putra