08/10/2026
ππππ πππππππππ, ππππππ πππππππππ
πππππππ ππππππππ πππππππ πππππ ππππππ πππππ πππππ
Bayangkanβ¦
Sedang berada di rumah, tiba-tiba telefon berdering.
Di hujung talian, seorang individu memperkenalkan dirinya sebagai pegawai sebuah kementerian. Dengan suara yang meyakinkan, mangsa diberitahu bahawa nombor telefonnya telah disalahgunakan untuk penyebaran maklumat palsu dan dirinya p**a dikatakan terlibat dalam kes pengubahan wang haram.
Mangsa mula panik.
Belum sempat berfikir dengan tenang, panggilan kemudiannya disambungkan kepada seorang individu yang memperkenalkan dirinya sebagai βInspektor Zakiβ. Kononnya untuk membantu mangsa membersihkan namanya daripada tuduhan tersebut, mangsa diarahkan supaya memastikan harta milik ibunya tidak mempunyai kaitan dengan kegiatan pengubahan wang haram.
Arahan itu kedengaran seperti arahan rasmi.
Mangsa percaya.
Pada 8 Ogos 2026, mangsa pergi ke sebuah kedai emas di Tanah Merah dan menjual emas milik ibunya.
Nilainya bukan sedikit.
RM74,700.00.
Namun, cerita itu tidak berhenti di situ.
Mangsa kemudiannya diarahkan membuat beberapa transaksi wang ke akaun yang diberikan oleh individu terbabit.
Sedikit demi sedikit.
RM5,000.
RM5,000 lagi.
RM8,700.
RM1,300.
Kemudian transaksi-transaksi lain menyusul.
Mangsa terus menurut kerana percaya dirinya sedang βmembantu siasatanβ dan wang tersebut kononnya diperlukan untuk tujuan pengesahan serta keselamatan aset.
Sehinggalah keseluruhan wang yang dipindahkan mencecah kira-kira RM86,000.00.
Akhirnya, mangsa tersedar.
Tiada pegawai polis sebenar yang meminta mangsa menjual emas untuk βmembersihkan namaβ.
Tiada siasatan rasmi yang memerlukan mangsa memindahkan wang ke akaun individu yang tidak dikenali.
Dan tiada pegawai penguat kuasa yang akan mengarahkan orang awam merahsiakan perkara sedemikian daripada keluarga.
Mangsa akhirnya membuat laporan polis.
Apa yang tinggal?
Wang telah hilang.
Emas ibu telah dijual.
Dan yang paling pentingβ¦
kepercayaan telah dimanip**asi oleh scammer.
πππ ππππ πππππ ππππ πππππππ?
Scammer tidak semestinya bermula dengan meminta wang.
Mereka bermula dengan ketakutan.
Mereka mungkin mendakwa anda terlibat dalam jenayah.
Mereka mungkin menggunakan nama polis, kementerian, mahkamah, bank atau agensi kerajaan.
Mereka mungkin memberikan nama, pangkat, nombor telefon dan cerita yang kedengaran sangat meyakinkan.
Kemudian mereka akan membuat anda panik supaya anda tidak sempat berfikir.
ππππππ πππππ πππππππ.
ππππππ ππππ ππππππ.
ππππππ πππππππππ ππππ.
ππππππ ππππ ππππ ππππππππ πππππ.
πππππ ππππππππ ππππππ.
Jika menerima panggilan mencurigakan, tamatkan panggilan dan buat semakan melalui saluran rasmi agensi berkenaan.
Jika anda telah membuat transaksi dan mengesyaki diri anda menjadi mangsa penipuan, bertindak segera dan hubungi NSRC di talian 997 serta buat laporan polis.
πππππππ πππππ πππππ πππππππ ππππ ππππ ππππππ πππππ.
ππππππ πππππ πππππ πππππππ ππππ πππππππ.
Jangan biarkan satu panggilan telefon mengubah kehidupan anda.
ππππππππ.
πππππ.
π
ππππ.
ππππ πππππππππ.
ππππππ ππππ ππππππ ππππππππππ.
ππππΌππΌπ ππππΏππΌπ ππΌπππΌππΌππΌπ
πππππ πΏπΌπππΌπ ππΌππΌπ ππππΌπ