08/10/2025
Ulamak Pelapis PAS
Ulamak Pelapis PAS (Pusat) Lajnah Perkaderan Ulamak Pelapis (LPUP),
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)
08/10/2025
07/10/2025
Khas buat muslimin muslimat yang ingin sama-sama upgrade diri dengan menambah ilmu pengetahuan tentang Islam secara mendalam.
Hari minggu tak pasti ke mana? Apakata ANDA buat nilai tambah untuk hidup ANDA dengan mendalami ilmu Islam?
Hujung minggu bersama kelas atas talian yang ditawarkan KUIZM pada Oktober ini!
kursus pensijilan Asas Pengajian Islam (KPAPI) akan bermula pada 18 Oktober ini!
🎓 Subjek pengajian:
✅ Fiqh Kontemporari
✅ Siasah Syar’iyyah
✅ Psikologi Dakwah
✅ Pengantar Ilmu Tasawuf
🖥️ 𝐊𝐞𝐢𝐬𝐭𝐢𝐦𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧:
✔ Kelas hujung minggu – Sabtu sahaja
✔ 1 subjek = 8 kali kelas (1 jam 30 minit setiap sesi)
✔ Rakaman kelas disediakan untuk rujukan semula
✔ Latihan penilaian objektif & komprehensif
🌐 Info & Pendaftaran:
📍t.me/infokuizm
📍https://kpapi.wasap.my
📍https://bit.ly/kpapi
01/10/2025
Kenyataan Media
Dewan Ulamak PAS Pusat
SERUAN DOA KESELAMATAN GLOBAL SUMUD FLOTILLA MEMASUKI WILAYAH GAZA
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyeru agar seluruh rakyat Malaysia terus menerus mendoakan kesejahteraan delegasi kemanusiaan terbesar dunia untuk Palestin, Global Sumud Flotilla agar selamat dalam pelayaran memasuki wilayah perairan Gaza.
Perkembangan terkini menunjukkan mereka telah pun melepasi zon kuning dan kini telah menghampiri zon merah. Seterusnya pelayaran Global Sumud Flotilla ini akan memasuki sempadan perairan di Gaza.
Pengorbanan serta ketabahan hati para pejuang Global Sumud Flotilla termasuklah dalam kalangan wira-wira negara yang tetap bertahan sehingga ke tahap ini merupakan sesuatu yang sangat dibanggakan. Hanya doa yang tidak putus-putus dikirimkan kepada mereka agar misi kemanusiaan ini berjaya sampai sehingga ke akhirnya.
DUPP mendoakan keselamatan pejuang Global Sumud Flotilla. Bahkan juga doa agar seluruh rakyat Palestin kekal bertahan dan berjuang menentang kezaliman rejim Zionis dalam keadaan dunia hari ini semakin sedar konflik selama tujuh dekad yang melanda Palestin. Semoga tekad menyempurnakan misi kemanusiaan ini direalisasikan dengan izin Allah, insya-Allah.
Sekian.
YB DATO' USTAZ HAJI AHMAD BIN YAHAYA
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena.
1 Oktober 2025 Miladi bersamaan 9 Rabiulakhir 1447 Hijri
08/06/2025
Kenyataan Media
Kedai Serbaneka 7-Eleven Wajar Jadi Contoh Kawal Penjualan Arak
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menggesa Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak 2024-2025, Tan Sri Dato' Seri Mohd Annuar bin Zaini yang telah dilantik sebagai Pengerusi 7-Eleven Malaysia melaksanakan tindakan yang tegas bagi mengawal penjualan arak daripada rangkaian kedai serbanekanya.
DUPP menganggap pelantikan itu harus dijadikan pemangkin kepada langkah mengawal penjualan arak dan rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven di seluruh negara boleh menjadi contoh ke arah yang sama.
Kebelakangan ini, kes-kes melibatkan kemalangan yang berpunca daripada pemanduan di bawah pengaruh alkohol terus berleluasa. Ironinya, cadangan kawalan terhadap penjualan minuman keras ini selalunya dipandang sepi dan tiada tindakan tegas diambil meskipun ratusan nyawa telah terkorban disebabkan pengaruh minuman beralkohol tersebut.
Tambahan lagi, lokasi kedai-kedai 7-Eleven yang kebanyakannya berada dalam kawasan bermajoriti umat Islam menjadikan langkah menghentikan terus penjualan arak hakikatnya adalah wajar dan tiada kompromi. Oleh itu, pengawalan penjualan minuman beralkohol sepatutnya ditumpukan di kawasan lain.
Justeru, DUPP mengharapkan agar beliau dapat mengambil langkah dengan cermat dan tegas bagi memastikan pengawalan penjualan arak daripada rangkaian kedai 7-Eleven dapat dilaksanakan. Ini adalah demi kesejahteraan rakyat daripada terus menjadi mangsa bahana arak pada hari ini dan akan datang.
Ingatlah amaran keras Rasulullah SAW kepada sepuluh golongan yang berkaitan dengan arak dalam sabda Baginda;
“Pemerah (anggur untuk arak), orang yang minta diperahkan, peminumnya, pembawanya, orang yang meminta membawa kepadanya, orang yang menuangkan arak, penjualnya, orang yang makan hasil jualannya, orang yang membelinya dan orang yang meminta dibelikan untuknya.”
YB DATO' USTAZ HAJI AHMAD BIN YAHAYA
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena.
8 Jun 2025 Miladi bersamaan 11 Zulhijjah 1446 Hijri
09/05/2025
TAUJIHAT PERDANA BERSAMA PRESIDEN PAS
Bersama kita ikuti Taujihat Perdana dalam sesi akhir Multaqa Ulama Membumi Daulat - DAULAT dengan mengangkat tema ”Tanah Lambang Kedaulatan” yang akan disampaikan oleh:
YB TAN SRI DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
pada 17 Mei 2025, bermula jam 8.30 pagi - 5.00 petang bertempat di Dewan KUIZM, Gombak.
Daftar segera:
https://forms.gle/bFAzM7krkzWk37by8
05/04/2025
AL-FATIHAH BUAT AL-MARHUM
NAMA : USTAZ HAJI AWANG NASIRUDDIN BIN ABU BAKAR
PANGGILAN : USTAZ AWANG JIDIN
TARIKH LAHIR : 1943
TEMPAT LAHIR : KG. SEBERANG TAKIR, KUALA NERUS, KUALA TERENGGANU
KELULUSAN : UNIVERSITI DEUBOND (INDIA), UNIVERSITI AL AZHAR (MESIR)
JAWATAN DALAM PARTI.
1. AJK DEWAN ULAMA’ PAS PUSAT 1995 - 1999
2. TIM. PESURUHJAYA PAS TERENGGANU 1981 - 1982
3. KETUA DEWAN ULAMA’ PAS TERENGGANU 1987 - 2001
4. AJK BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI 1968 - 2001
5. YANG DIPERTUA PAS KAWASAN KUALA NERUS 1971 - 2001
BERTANDING DALAM PILIHANRAYA
CALON PAS : 1971 (PRK Batu Rakit) ,1974,1978, 1982, 1986 DAN 1990
JAWATAN DALAM KERAJAAN
1. AHLI MESYUARAT KERAJAAN NEGERI TERENGGANU (EXCO) 1974 - 1978
2. ADUN KAWASAN JERAM (1974-1978)
3. TIMBALAN M***I KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
4. PENOLONG PENGARAH AKADEMIK PEMBINAAN INSAN (API)
JASA / KHIDMAT MASYARAKAT
1. TENAGA PENGAJAR MASJID/SURAU
2. PENGASAS SEKOLAH RENDAH DARUL TAQWA BATU 6
3. PENGASAS MASJID TAQWA BATU 6
4. AHLI LEMBAGA PENGARAH SEKOLAH RENDAH ISLAM (DAR-DAR)
5. PEMIDATO YANG LANTANG DENGAN GELARAN “ TUKUL BESI”
ANUGERAH YANG DIPEROLEHI
1. PINGAT JASA KEBAKTIAN (PJK)
2. TOKOH PAS TERENGGANU 2001 (SEMPENA JUBLI EMAS PAS PUSAT)
3. TOKOH PAS TERENGGANU 2006 (SEMPENA JUBLI EMAS PAS TERENGGANU)
PERISTIWA HEBAT DALAM PERJUANGAN
1. PENCERAMAH HEBAT AKHIR 70-AN HINGGA AWAL 80 –AN SEHINGGA DIGELAR US AWANG TUKUL BESI.
2. DAPAT MEMBANGKITKAN SEMANGAT JUHAD / PENGORBANAN DI DALAM CERAMAH YANG DISAMPAIKAN SEHINGGA ADA YANG TERUJA DENGAN CERAMAHNYA
3. CERAMAH DAN PENGAJIANNYA DI ‘TAPE’KAN TETAPI TIDAK DIBUKUKAN
DISEDIAKAN OLEH
DEWAN ULAMAK PAS PUSAT
KERJASAMA
DEWAN ULAMA PAS NEGERI TERENGGANU
02/05/2009
26/01/2025
Resolusi Ijtimak Ulamak Rabbani Peringkat Kebangsaan 1.0 yang diadakan pada 25 Rejab 1446 Hijri bersamaan 25 Januari 2025 Miladi bertempat di Markaz Dewan Ulamak (MADU), Machang, Kelantan Darul Naim.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
318-A, Jalan Raja Laut
Kuala Lumpur
50350

06/09/2025