01/04/2026
Alhamdulillah..31 Mac 2026, kami warga SMK Keramat Wangsa sangat bersyukur dengan pencapaian SPM 2025 yang sangat membanggakan.
Jutaan terima kasih kepada Pengarah JPWPKL atas bimbingan dan strategi intervensi berfokus yang sangat efisyen. Berpandu kepada data MyFokus dan 5 Strategi yang diilhamkan oleh Tuan Pengarah, SMK Keramat Wangsa telah berjaya mengecilkan GPS daripada 5.02 (2024) kepada 4.45 (2025) dengan peningkatan kualiti sebanyak 0.57 sekaligus mencipta rekod Peningkatan Prestasi GPS Lonjakan Saujana ke-5 tertinggi peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Alhamdulillah.
Kesyukuran terus dirafa'kan kerana 100% anak² calon SPM 2025 SMK Keramat Wangsa Layak Mendapat Sijil.
12/17 mata pelajaran mendapat pencapaian 100% lulus dan 13/17 mata pelajaran berjaya mengecilkan GPMP berbanding SPM 2024.
Kegembiraan kami berganda apabila menerima kunjungan keramat daripada Tuan Haji Mohd Bahauddin Bokhari bin Manaf (Pegawai PPD Keramat) dan Puan Nazli Sarah binti Ab Halim (Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Perancangan). Titipan penghargaan dan ayat-ayat motivasi telah membakar semangat kami warga pendidik SMK Keramat Wangsa untuk terus berusaha. Kejayaan ini juga adalah hasil bimbingan dan sokongan berterusan daripada barisan SIC+ Daerah Keramat. Terima kasih Keramat Smart. Kami akan sentiasa sematkan semangat dalam jiwa kami demi kecemerlangan dan kemenjadian murid di masa hadapan.
Tidak lupa juga, berkat usaha anak-anak didik dan berkat doa ibu ayah yang tak pernah putus mengharapkan sesuatu yang terbaik buat anak-anak.
Hakikatnya Pencapaian SPM 2025 merupakan kejayaan yang sangat bermakna kerana ianya merupakan pencapaian yang TERBAIK sepanjang penubuhan SMK Keramat Wangsa sejak 2017.
Terima kasih Ya Allah atas nikmatMu. Semoga kami terus istiqamah, tawadhuk dan sentiasa bertawakal dalam setiap urusan dan jihad kami menyebarkan ilmu yang bermanfaat.
31/03/2026
Perkara : Keputusan SPM 2025
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera
Alhamdulillah
Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan SPM 2025 telah diperolehi.
Tahniah & syabas kepada semua guru, calon-calon SPM 2025 SMKKW dan ibu bapa penjaga atas pencapaian cemerlang SPM 2025.
GPS : 4.45
Meningkat kualiti : 0.57
Layak Mendapat Sijil : 100%
Semoga kecemerlangan ini membakar semangat dan motivasi semua guru dan murid SMKKW dalam melakar kecemerlangan di masa akan datang.
08/01/2026
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Makluman untuk ibu bapa penjaga murid baru Tingkatan 1 Perdana & PPKI 2026.
Setiap murid diminta membawa alat tulis.
Buku teks akan diagihkan pada hari orientasi.
Ibu bapa & murid diminta hadir sebelum jam 8.00 pagi.
Sekian, terima kasih.
05/01/2026
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
Selamat Datang Murid² Tingkatan 1 & PPKI 2026 ke SMK Keramat Wangsa.
Dilampirkan pemakluman Hari Orientasi tingkatan 1 & PPKI, pembelian buku dan barang keperluan sekolah di koperasi sekolah bagi sesi persekolahan 2026 & senarai keperluan murid tingkatan 1 Perdana & PPKI.
Sekian, terima kasih.
05/01/2026
Assalamualaikum & Salam sejahtera,
Kepada ibu bapa / penjaga murid tingkatan 1 & PPKI 2026.
Dilampirkan bersama senarai nama murid tingkatan 1 mengikut kelas.
Tambahan makluman:
Bagi pembelian barang di koperasi semasa hari orientasi tingkatan 1, pembayaran boleh dibuat dlm bentuk tunai @ QR code.
22/11/2025
Selamat datang anak-anak tingkatan 1 tahun 2026
Pendaftaran tingkatan 1 dan murid PPKI tahun 2026
Tarikh: 24 - 27 November 2025
Sesi 1:
Masa: 8.30 pagi hingga 2.00 petang
Lokasi: Hadapan bilik SPBT SMKKW (aras bawah
Blok A)
Sesi 2:
Masa: 3.00 petang hingga 4.00 petang
Lokasi: Pejabat sekolah (aras 1 Blok A)
Sila bawa bersama dokumen yang diperlukan
11/09/2025
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
PER: Makluman Kejayaan MBPK SMK Keramat Wangsa
Saya kongsikan pencapaian dan kejayaan murid MBPK di Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas (KOPK) MSSM tahun 2025.
Terima kasih atas doa daripada semua pihak.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada murid-murid lain dan semogq MBPK KeWSes terus cemerlang di walau di mana mereka berada.
Sekian, Terima Kasih.