A simple glass of water shouldn't be a miracle.
But for thousands in Gaza, it is. Mahar team is working around the clock to bridge the gap and keep families hydrated amidst the crisis. Every liter delivered is a testament to your generosity.
Malaysian Humanitarian Aid and Relief - MAHAR
'Humanity Beyond Boundaries'
10/05/2026
OPS IHSAN MEMPERKUKUH EKOSISTEM BANTUAN KEMANUSIAAN MALAYSIA
Dalam landskap dunia yang semakin mencabar, gerak kerja kemanusiaan menuntut sinergi strategik, governan yang kukuh serta kepercayaan awam yang tinggi.
Menerusi Bengkel Pemukiman Agensi Agama bersama NGO Ops Ihsan yang berlangsung pada 5–7 Mei 2026 bersempena Program Temu Seru Komuniti MADANI Zon Utara, Ops Ihsan terus memainkan peranan penting sebagai platform penyatuan antara agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan NGO Islam dalam memperkasa agenda dakwah, kebajikan dan kemanusiaan negara.
Permukiman ini bukan sekadar memperkukuh jaringan kerjasama malah memberi fokus kepada pembinaan ekosistem NGO yang lebih berintegriti, profesional dan mampan berteraskan prinsip kredibiliti, akauntabiliti serta transparensi dalam setiap pengurusan dan penyaluran bantuan.
Ops Ihsan bukan hanya sebuah gerakan bantuan tetapi simbol kebersamaan ummah dalam membawa nilai ihsan merentasi sempadan bangsa, negara dan latar belakang.
10/05/2026
A mother is the heartbeat of the home and the soul of a community.
We witness daily the incredible courage of mothers across the globe. Today, we pause to celebrate their grace, their sacrifice, and their endless love.
Happy Mother’s Day to all the extraordinary women shaping the future.
07/05/2026
Alhamdulillah, Mahar berkesempatan untuk mengadakan lawatan ke kediaman keluarga salah seorang peserta PPSMS yang menetap di Seri Kembangan.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mengeratkan silaturahim serta melihat dengan lebih dekat perkembangan dan keadaan kebajikan keluarga peserta.
Terima kasih diucapkan kepada keluarga tuan rumah atas sambutan yang cukup mesra.
Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus diberkati dan membawa manfaat kepada semua pihak yang terlibat.
06/05/2026
MAHAR berbesar hati menerima kunjungan tetamu istimewa, Saudara Hassan Nasser, seorang ‘survivor’ yang kental mendepani ujian serangan di Gaza.
Mendengar sendiri perkongsian beliau bukan sekadar mendengar hikayat duka, tetapi menyaksikan bukti nyata ketabahan jiwa manusia. Keberadaan beliau di Malaysia telah disantuni dan dijaga rapi oleh sukarelawan kemanusiaan MAHAR, Saudara Yeo Joo Han, yang komited memastikan kelancaran urusan beliau sepanjang di sini.
Terima kasih Hassan kerana sudi berkongsi rasa. Kisah anda adalah peringatan buat kami di MAHAR untuk terus teguh dalam misi kemanusiaan ini.
04/05/2026
Sedikit rakaman lensa sekitar lawatan pasukan MAHAR ke rumah peserta PPSMS.
Hilang segala penat bila melihat senyuman penuh syukur daripada tuan rumah 🤍
30/04/2026
Kepada semua yang sedang bekerja keras demi keluarga dan tanah air, semoga setiap usaha anda diberkati.
Kerja bukan sekadar tugas, tapi ibadah dan khidmat untuk ummah.
29/04/2026
Semoga roh para mangsa dicucuri rahmat dan mereka yang tercedera diberikan kesembuhan segera. Ingatan dan doa kami sentiasa bersama.
Pendidikan tidak seharusnya terhenti. MAHAR baru-baru ini melengkapkan agihan bantuan buat 200 pelajar dan 11 guru di sebuah sekolah berhampiran Al-Rimal, Gaza.
Misi ini dilaksanakan dalam dua fasa, keperluan akademik: Set alat tulis lengkap dan keperluan lain seperti pakaian dan kasut sekolah baharu.
Walau sekolah dibina di atas bekas tapak pelupusan, semangat mereka tetap tinggi. Terima kasih rakyat Malaysia kerana memastikan amanah ini sampai ke lubuk hati mereka yang memerlukan.
23/04/2026
Aceh pernah kehilangan segalanya dalam sekelip mata, namun apa yang tidak mampu dihanyutkan ombak adalah semangat mereka.
Hingga hari ini, setiap langkah yang diambil adalah bukti ketabahan sebuah bangsa yang bangkit dari sisa debu dan air mata.
Bagi kita, ia mungkin sekadar catatan sejarah. Bagi mereka, ia adalah kehidupan yang perlu diteruskan dengan sejuta memori.
Kita tidak perlu menunggu bencana untuk peduli. Cukup dengan tidak melupakan, kita sudah memberi kekuatan.
Terus kuat, Aceh. Doa kami sentiasa bersama kalian.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
MAHAR Humanitarian Centre, 18, Jalan 45A/26, Sri Rampai
Kuala Lumpur
53300
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
