Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Share

JPJ WPKL Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah ditubuhkan pada tahun 1937, di bawah Enakmen Lalulintas 1937.

Undang-undang tentera British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pentadbirannya pada ketika itu dikenali sebagai Lembaga Pengangkutan Jalan yang berfungsi mengawal dan melesenkan perusahaan awam. Dengan wujudnya pentadbiran Tanah Melayu pada April 1946, kuasa lembaga tersebut telah diambil alih oleh Pejabat Pendaftar dan Pemeriksaan Kereta-kereta Motor yang merangkumi seluruh Tanah Melayu. Sebelum

15/05/2026

BERWASPADA DI JALAN RAYA
Keselamatan bermula dengan sikap pemandu yang sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling.

Ingatlah kesedaran kecil mampu mencegah kemalangan besar.








Photos from Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM's post 15/05/2026
15/05/2026

Kurangkan laju di kawasan sekolah demi keselamatan anak-anak kita.

Setiap hari, ramai murid melintas jalan untuk menuntut ilmu dan mereka bergantung kepada sikap prihatin pemandu untuk tiba dengan selamat. Patuhi had laju 30 km/j, sentiasa peka dengan persekitaran, dan berhenti apabila pejalan kaki melintas.

Sedikit kesabaran di jalan raya mampu mengelakkan kemalangan serta melindungi nyawa yang tidak ternilai. Ingat, destinasi boleh ditunggu, tetapi keselamatan anak-anak adalah keutamaan.







14/05/2026

Sebelum memulakan perjalanan jauh, pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan baik untuk mengelakkan risiko kerosakan atau kemalangan.

Langkah mudah ini boleh mengelakkan masalah di jalan raya dan memastikan perjalanan anda lebih selamat serta lancar. Pandu cermat sampai selamat.








Photos from Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur's post 14/05/2026

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR KE MARKAS BRIGED KESEBELAS INFANTRI MALAYSIA

Kuala Lumpur, 13 Mei 2026 (Rabu) - YBrs. Tuan Hamidi bin Adam, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL) hadir melakukan kunjungan hormat ke atas YBhg. Brigedier Jeneral Dato' Pahlawan Safwan @ Asri bin Ismail, Panglima Markas Briged Kesebelas Infantri Malaysia.

Kunjungan hormat ini diadakan adalah bagi tujuan untuk bertukar pandangan dan memperkukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua agensi. Perbincangan tertumpu kepada kolaborasi pelaksanaan Kursus Pengendalian dan Pemanduan Kompeten Kenderaan Jabatan JPJ WPKL yang akan diadakan di Markas Briged Kesebelas Infantri Malaysia.

Turut hadir YBrs. Tuan Mohd Azlan Shah bin Othman, Timbalan Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ WPKL, YBrs. Tuan Jasman bin Jamaluddin, Ketua Unit Pentadbiran Penguatkuasa, YBrs. Tuan Kamarul Anuar bin Mazly, Ketua Seksyen Dakwa dan pegawai - pegawai kanan dari Markas Briged Kesebelas Infantri Malaysia dan JPJ WPKL.








14/05/2026

Patuhi had laju setiap kali memandu bagi memastikan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

Had laju ditetapkan mengikut jenis jalan dan kenderaan kenderaan ringan di lebuh raya dua lorong maksimum 110 km/j, manakala kenderaan berat antara 80–90 km/j.

Di jalan persekutuan atau negeri, had laju ialah 90 km/j untuk kenderaan ringan dan 70–80 km/j bagi kenderaan berat. Di kawasan bandar, had laju 60 km/j, dan di kawasan sekolah hanya 30 km/j.

Ingat, kelajuan bukan ukuran kehebatan ia boleh meragut nyawa.








Photos from Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia's post 13/05/2026
13/05/2026

Menumpukan perhatian sepenuhnya ketika memandu amat penting bagi mengelakkan kemalangan. Aktiviti seperti makan dalam kereta atau bersolek ketika memandu boleh mengurangkan tumpuan dan melambatkan tindak balas pemandu terhadap situasi di jalan raya.

JPJ menasihatkan agar pemandu sentiasa fokus dan mengelakkan sebarang gangguan semasa memandu. Ingat, satu detik hilang fokus boleh membawa padah. Utamakan keselamatan.








13/05/2026

Kelajuan yang berlebihan adalah antara punca utama kemalangan maut di jalan raya. Statistik menunjukkan bahawa semakin tinggi kelajuan, semakin besar impak perlanggaran dan semakin tinggi risiko kehilangan nyawa.

Pemandu yang memecut bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain. Kelajuan mengurangkan masa tindak balas, menyukarkan kawalan kenderaan, dan meningkatkan kemungkinan kecederaan parah.

Ingatlah, kelajuan membunuh. Utamakan keselamatan dengan mematuhi had laju yang ditetapkan dan amalkan pemanduan berhemah. Nyawa lebih berharga daripada sampai cepat ke destinasi.









Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Lot 14264 Jalan Genting Kelang, Setapak
Kuala Lumpur
53300

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 16:30