14/05/2026
KUNJUNG HORMAT PWC MALAYSIA KE MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)
PwC Malaysia telah mengadakan kunjung hormat ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang diketuai oleh YBrs. Puan Nurul Aโin Abdul Latin, Pengerusi PwC Malaysia
Delegasi PwC telah disambut mesra oleh YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP dan YBrs. Encik Ahmad Talmizi bin Yahya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi MAIWP serta pihak pengurusan MAIWP.
Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah bagi membincangkan berkaitan potensi kerjasama strategik dalam membantu pelajar asnaf melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Selain itu, pertemuan ini juga membuka ruang kepada usaha bersama dalam memperkasa pendidikan golongan memerlukan melalui sokongan biasiswa, pembangunan bakat serta peluang peningkatan kemahiran bagi memastikan akses pendidikan yang lebih inklusif dan mampan.
Semoga jalinan kerjasama ini dapat memberi manfaat besar kepada para pelajar asnaf dan menjadi pemangkin kepada masa depan yang lebih cemerlang.
14/05/2026
Sentuhan Kasih Zakat MAIWP: Menghulur Bantuan, Menyantuni Kehidupan
Alhamdulillah, Program Sentuhan Kasih Zakat MAIWP telah selesai dilaksanakan di dua lokasi iaitu Surau Al-Hijriah, PPR Sri Aman dan Surau Jumaat Al-Hikmah, PPR Taman Beringin.
Seramai 300 penerima disantuni melalui kerjasama antara Yayasan Food Bank Malaysia dan MAIWP dalam usaha menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Bagi sebahagian penerima, bantuan ini bukan sekadar barangan keperluan. Ia adalah tanda ingatan, kasih sayang dan keprihatinan bahawa mereka tidak keseorangan dalam menempuh cabaran kehidupan. Di sebalik setiap agihan, terselit harapan agar beban yang dipikul dapat diringankan walau seketika.
Pusat Agihan Zakat MAIWP Cawangan Batu bersama pasukan seranta yang turut membantu menyelaras tugas dan menjayakan perjalanan program.
Program ini turut mendapat sokongan 60 orang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dibahagikan kepada dua sesi pagi dan petang. Di bawah pimpinan Prof. Madya Dr. Nurul Ain Mohd Hasan, para pelajar turut menyumbang tenaga, masa dan keikhlasan dalam mengagihkan bantuan serta pakaian kepada para penerima.
Kehadiran Mega Klinik Zahran turut menyerikan program dengan menyediakan saringan kesihatan percuma kepada para penerima, sekali gus menambah nilai kepada usaha kebajikan yang dilaksanakan.
Semoga setiap langkah kecil ini menjadi asbab kebaikan, menghadirkan senyuman dan memberi kekuatan baharu kepada mereka yang memerlukan. Inilah makna sebenar zakat โ menyantuni, meringankan dan menghidupkan harapan.
14/05/2026
MAIWP AGIH RM447 JUTA DANA ZAKAT SETAKAT SEMALAM
https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2556538
MAIWP Agih RM447 Juta Dana Zakat Setakat Semalam
MAIWP, IKB, konvokesyen, TVET, zakat, Zulkifli Has
14/05/2026
PROGRAM KEM JATI DIRI DAN KEPIMPINAN PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH WP KUALA LUMPUR
KUALA LUMPUR, 13 Mei 2026 โ Seramai 119 pelajar asnaf sekolah menengah dari seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menyertai Kem Jati Diri dan Kepimpinan Peringkat Sekolah Menengah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2026 yang berlangsung selama tiga hari dua malam di Survival Village, Kem Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Program anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) ini bertujuan membentuk sahsiah, disiplin serta semangat kepimpinan dalam kalangan pelajar asnaf.
Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti mencabar seperti team building, latihan fizikal, night walk, rempuh halangan, abseiling, water confident, menyediakan masakan hutan serta pengisian motivasi yang mampu meningkatkan ketahanan mental dan fizikal peserta.
Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Pengurus Kanan Bahagian Agihan Zakat MAIWP, YBrs. Encik Ahmad Saifuddin bin Hj. Md Tahir yang turut menzahirkan penghargaan kepada pihak 1 RAMD dan JPWPKL atas komitmen dan kerjasama erat dalam menjayakan program berkenaan.
Beliau berharap segala pengalaman dan nilai positif yang diperoleh sepanjang kem dapat dimanfaatkan oleh peserta untuk menjadi pelajar yang berdisiplin, berakhlak serta mempunyai semangat juang tinggi demi kejayaan dunia dan akhirat.
13/05/2026
Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada Profesor Dr. Azizi bin Ayob, Profesor KHAIR merangkap Pengarah Korporat Governans dan Jaminan Kualiti UniMAIWP atas penganugerahan Pingat Emas Anugerah Wira Inovatif (Paten) menerusi produk Bioprotein Powder sempena Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2026 (AHIN) oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Pengiktirafan ini membuktikan komitmen berterusan dalam memperkasa inovasi, penyelidikan serta pembangunan ilmu yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga UniMAIWP dan MAIWP untuk terus cemerlang dalam bidang kepakaran masing-masing serta memperkukuh budaya inovasi demi kemajuan ummah.
13/05/2026
๐๐จ๐ง๐ฏ๐จ๐ค๐๐ฌ๐ฒ๐๐ง ๐๐ง๐ฌ๐ญ๐ข๐ญ๐ฎ๐ญ ๐๐๐ฆ๐๐ก๐ข๐ซ๐๐ง ๐๐๐ข๐ญ๐ฎ๐ฅ๐ฆ๐๐ฅ ๐๐๐๐๐ ๐๐-๐๐: ๐๐ข๐ฆ๐๐จ๐ฅ ๐๐๐ฃ๐๐ฒ๐๐๐ง ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐ซ๐ญ๐๐๐๐ญ๐ค๐๐ง ๐๐๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ก๐ข๐ซ๐๐ง ๐๐ฌ๐ง๐๐
Alhamdulillah, seramai 88 graduan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) MAIWP telah diraikan dengan penuh gembira dalam Majlis Konvokesyen IKB MAIWP Ke-32 bagi sesi 2024/2025 hari ini.
Majlis disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan yang turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua graduan atas kejayaan menamatkan pengajian dalam pelbagai bidang kemahiran.
Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP, YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Setiausaha merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, barisan Ahli MAIWP, pengurusan tertinggi, pegawai-pegawai MAIWP serta anak syarikat milik MAIWP.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasa bidang TVET sebagai antara pemacu utama pembangunan negara. TVET kini dilihat semakin penting dalam melahirkan tenaga kerja mahir, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri semasa.
Beliau turut menekankan bahawa pendidikan TVET juga perlu bersifat inklusif, termasuk memberi peluang kepada golongan asnaf melalui institusi seperti IKB MAIWP. Pada masa sama, graduan disaran untuk terus menambah ilmu, meningkatkan kemahiran dan berani menceburi bidang keusahawanan.
Majlis ini turut mencerminkan usaha berterusan MAIWP dalam memperkasa pendidikan kemahiran serta melahirkan graduan yang bukan sahaja berkemahiran, tetapi juga berakhlak mulia dan bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan.
13/05/2026
Jalinan Strategik MAIWP - MERCY Malaysia Demi Manfaat Ummah
MAIWP menerima kunjungan hormat daripada delegasi MERCY Malaysia yang diketuai oleh Yang Berusaha Encik Hakim Hamzah, Acting Deputy Executive Director MERCY Malaysia.
Kunjungan ini disambut baik oleh Yang Berbahagia Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP bersama delegasi MAIWP bagi membincangkan kerangka pengurusan Dana Sosial Islam merangkumi zakat, infaq dan waqaf.
Pertemuan ini diharap membuka ruang kerjasama strategik dalam memperkukuh usaha kebajikan dan kemanusiaan demi manfaat ummah.
13/05/2026
Memperkukuh Misi Kemanusiaan Demi Ummah
MAIWP menerima kunjungan hormat daripada delegasi Islamic Relief Malaysia yang diketuai oleh Yang Berbahagia Datuk Nur Iskandar A Samad, Ahli Pemegang Amanah Islamic Relief Malaysia.
Kunjungan ini disambut baik oleh Yang Berbahagia Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP bersama delegasi MAIWP bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam pelaksanaan projek kebajikan dan kemanusiaan.
Pertemuan ini diharap dapat memperkukuh usaha membantu golongan yang memerlukan serta mengeratkan ukhuwah Islamiah demi perpaduan ummah.
13/05/2026
SAKSIKAN SIARAN LANGSUNG MAJLIS KONVOKESYEN KE-32 TAHUN 2026 - INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL MAIWP
https://www.youtube.com/live/NBN9srbwMhA?feature=shared
Institut Kemahiran Baitulmal - MAIWP
Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP Ke-32
Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.
13/05/2026
LAWATAN KEBAJIKAN SERANTA MAIWP & PAZA BUKIT BINTANG KE GENESIS LIFE CARE
Team Seranta MAIWP telah mengadakan lawatan kebajikan ke Genesis Life Care bagi menziarahi penerima bantuan MAIWP, Pakcik Yaakub Goh.
Pakcik Yaakub Goh yang kini berusia 78 tahun mengalami masalah dementia dan tidak lagi mampu menguruskan diri sendiri serta memerlukan penjagaan rapi secara berterusan. Beliau juga hidup sebatang kara tanpa waris yang menjaga.
Sebelum ini, beliau telah menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur sebelum dirujuk ke pusat jagaan yang lebih sesuai demi memastikan kebajikan dan penjagaan hariannya terus terpelihara.
Sebagai penerima bantuan sara hidup MAIWP dalam kategori asnaf, pihak MAIWP turut membantu urusan penempatan beliau melalui Skim Bantuan Rumah Perlindungan.
Semoga bantuan dan sokongan yang diberikan dapat memberi keselesaan serta penjagaan yang terbaik buat Pakcik Yaakub Goh.
12/05/2026
Memudahkan urusan juga satu amanah.
Alhamdulillah, selain turun ke lapangan, pihak kaunter juga tidak ketinggalan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada asnaf yang hadir. ๐ค
Semoga bantuan kecemasan serba sedikit yang disalurkan oleh pihak PAZA BTR dapat membantu memudahkan urusan asnaf dalam melengkapkan dokumen permohonan bantuan. Semoga segala urusan dipermudahkan dan dipermurahkan rezeki buat semua yang membantu.