01/06/2026
𝘿𝙄𝙍𝙂𝘼𝙃𝘼𝙔𝙐 𝙏𝙐𝘼𝙉𝙆𝙐
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447 hijrah.
Sembah takzim daripada
Pengurusan Tertinggi
dan Warga Kerja Kraftangan Malaysia
01/06/2026
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲
Selamat Menyambut Hari Gawai kepada semua yang menyambut perayaan ini. Semoga musim menuai ini diraikan dengan penuh kesyukuran, kegembiraan dan adat tradisi yang terus dipelihara.
Semoga perayaan Gawai ini membawa keberkatan, hasil yang melimpah serta memperkukuh warisan budaya untuk generasi akan datang.
31/05/2026
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐖𝐄𝐒𝐀𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔
Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Buddha. Semoga sambutan ini diraikan dengan kemeriahan serta penuh makna.
Marilah kita terus memupuk sikap saling menghormati dan hidup dalam suasana aman serta harmoni demi kesejahteraan bersama. Selamat Hari Wesak. 🌼
29/05/2026
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐊𝐀𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2026 kepada masyarakat Kadazan, Dusun, Rungus dan Murut di Sabah yang meraikan perayaan penuh bermakna ini.
Semoga perayaan ini terus menyemai nilai perpaduan, keharmonian dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Raikan Kaamatan dengan penuh kegembiraan dan kesederhanaan serta hargai keunikan budaya dan tradisi sebagai kekuatan dalam membina negara yang lebih sejahtera.
Ikhlas dari
Pengurusan Tertinggi
dan warga kerja Kraftangan Malaysia.
26/05/2026
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗔𝗗𝗛𝗔
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Semoga sambutan yang penuh bermakna ini mengingatkan kita tentang erti pengorbanan dan keikhlasan. Raikan Aidiladha dengan penuh kesederhanaan dan eratkan silaturahim demi kesejahteraan bersama.
Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan Warga Kerja Kraftangan Malaysia
22/05/2026
Ikuti wawancara radio pagi ni di Langkawi FM bersama Cik Farina binti Darus, Pengarah Kompleks Kraf Langkawi.
21/05/2026
TAHNIAH DAN SYABAS!
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dalam Majlis Penghargaan Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya 2026.
Seramai 48 orang anggota kerja Kraftangan Malaysia telah menerima anugerah pada hari ini termasuk 6 orang pesara yang turut diraikan.
Semoga penghargaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang, berinovasi dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat serta negara.