Kementerian Pertahanan Malaysia

Kementerian Pertahanan Malaysia

Share

Laman Facebook Rasmi Kementerian Pertahanan Malaysia

15/05/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 ππ‘πŽπ–πˆπ‘π€ π‘π„π€πƒπ˜-π“πŽ-π–πŽπ‘πŠ (𝐑𝐓𝐖) 𝐆𝐑𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 πˆππˆπ’πˆπ€π“πˆπ… ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π π˜π€π˜π€π’π€π 𝐋𝐓𝐀𝐓 πŸπŸŽπŸπŸ”

"PROWIRA Ready-to-Work (RTW)
Graduan merupakan inisiatif Kementerian Pertahanan Malaysia dalam memperkasa kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia melalui pendidikan anak-anak."

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Pertahanan




Photos from Kementerian Pertahanan Malaysia's post 15/05/2026

MELAKA, 15 Mei 2026 – Program Work-Based Learning (WBL) Kementerian Pertahanan merupakan inisiatif strategik dalam memperkasa pendidikan dan pembangunan modal insan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi pembelajaran berasaskan pengalaman serta latihan di tempat kerja tanpa menjejaskan tugas hakiki perkhidmatan.

Program ini mengiktiraf pengalaman dan kompetensi anggota ATM sebagai kelayakan akademik bagi meningkatkan kebolehpasaran serta persediaan kerjaya kedua selepas tamat perkhidmatan. Dalam usaha ini, Majlis Peluncuran Program WBL Kementerian Pertahanan telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin di Dewan Serbaguna, Kem Terendak, sebentar tadi.

Turut berlangsung pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) antara ATM bersama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan City University Malaysia sebagai simbol pengukuhan kerjasama strategik dalam pelaksanaan program berkenaan. Menteri Pertahanan turut menyampaikan Surat Perakuan Tamat Pengajian kepada 36 peserta Kohort 1/2025 serta Surat Tawaran Pengajian kepada 24 peserta baharu Kohort 2/2026.

Sehingga kini, seramai 461 anggota ATM telah menerima manfaat daripada Program WBL melibatkan penyertaan di UiTM dan UPNM, manakala bagi tahun 2026 program ini akan diperluaskan dengan sasaran penyertaan seramai 1,520 anggota ATM melibatkan 12 institusi pengajian tinggi.

Turut hadir, Panglima Tentera Laut mewakili Panglima Angkatan Tentera, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain; Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Dato’ Seri Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri; pegawai kanan ATM dan awam Kementerian Pertahanan serta wakil institusi pengajian tinggi yang terlibat.





RM9.9 juta diperuntukkan jayakan program WBL untuk anggota ATM 15/05/2026

Kementerian Pertahanan komited meningkatkan tahap akademik anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khususnya mereka yang hanya memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi pertambahan peruntukan Program Work-Based Learning (WBL).

Sumber : Buletin TV3




RM9.9 juta diperuntukkan jayakan program WBL untuk anggota ATM MELAKA: Kementerian Pertahanan komited meningkatkan tahap akademik anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khususnya mereka yang hanya memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi pertambahan peruntukan Program Work-Based Learning...

Photos from Khaled Nordin's post 15/05/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π–πŽπ‘πŠ 𝐁𝐀𝐒𝐄𝐃 π‹π„π€π‘ππˆππ† (𝐖𝐁𝐋): πŒπ€π’π”πŠ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 π’ππŒ, πŠπ„π‹π”π€π‘ 𝐀𝐃𝐀 πƒπˆππ‹πŽπŒπ€

Meluncurkan Program Work Based Learning (WBL) Kementerian Pertahanan di Kem Terendak, Melaka.

Program ini diperkenalkan bagi membantu peralihan anggota ATM ke alam pekerjaan awam, terutama bagi anggota yang menamatkan perkhidmatan sekitar usia 40 hingga 41 tahun dan kebanyakannya hanya memiliki kelayakan SPM.

Hakikatnya, anggota ATM mempunyai pelbagai kemahiran, kepakaran dan pengalaman hasil lebih 20 tahun berkhidmat. Namun, semua itu sering tidak diterjemahkan kepada peluang pekerjaan yang baik kerana tiada pengiktirafan formal.

Melalui WBL, pengalaman dan kemahiran anggota ATM akan diiktiraf secara formal melalui pengurniaan diploma oleh universiti awam dan swasta tanpa perlu menghadiri kelas, menduduki peperiksaan atau meninggalkan tugas hakiki.

Program ini melibatkan pelbagai kepakaran ATM seperti logistik, mekanik, kulinari, pentadbiran, semboyan, jurulatih jasmani, pancaragam dan sebagainya.

Untuk tahun 2026, hampir RM10 juta disediakan bagi membolehkan 1,520 anggota ATM mengikuti program ini dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Seramai 461 peserta kohort pertama p**a telah berjaya menamatkan program ini dan bakal menerima diploma daripada UiTM dan UPNM.

Majlis turut disusuli pertukaran MoA antara ATM bersama UPNM, UiTM dan City University Malaysia, selain penyampaian Surat Perakuan Tamat Pengajian kepada 36 peserta Kohort 1/2025 serta Surat Tawaran Pengajian kepada 24 peserta baharu Kohort 2/2026.

Semoga program ini menjadi titik perubahan dalam memperkasa masa depan warga ATM serta memastikan kehidupan yang lebih baik selepas tamat perkhidmatan tanpa hanya bergantung kepada pencen semata-mata.



15/05/2026

Pembangunan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) terus menjadi antara inisiatif utama dalam memperkasa kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia dengan menyediakan kemudahan perumahan yang lebih selesa, kondusif dan berkualiti.

Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam menjaga kebajikan anggota serta keluarga demi meningkatkan kualiti kehidupan warga pertahanan. πŸ‡²πŸ‡Ύ





Beri pengalaman dunia pekerjaan | Harian Metro 15/05/2026

Beri pengalaman dunia pekerjaan | Harian Metro Kuala Lumpur: Program PROWIRA Ready-to-Work (RTW) Graduan yang dilaksanakan Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT) membantu memberi pengalaman dalam dunia pekerjaan sebenar sekali gus memperkasakan kebolehpasaran graduan dalam kalanga...

15/05/2026

Terbaik PROWIRA RTW Graduan, perkukuh kebolehpasaran graduan anak anggota ATM πŸ‘

Story lanjut πŸ‘‡

15/05/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 ππ‘πŽπ–πˆπ‘π€ π‘π„π€πƒπ˜-π“πŽ-π–πŽπ‘πŠ (𝐑𝐓𝐖) 𝐆𝐑𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 πˆππˆπ’πˆπ€π“πˆπ… ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π π˜π€π˜π€π’π€π 𝐋𝐓𝐀𝐓 πŸπŸŽπŸπŸ”

"Kita berharap penempatan graduan di syarikat-syarikat terpilih bukan sahaja mampu memberi pengalaman pekerjaan sebenar, malah membentuk keyakinan, kemahiran dan nilai profesional dalam diri mereka. Pendedahan ini penting bagi memastikan anak-anak warga ATM memiliki keupayaan serta soft skills yang diperlukan untuk berjaya dan berdaya saing dalam alam pekerjaan."

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Pertahanan




15/05/2026

[[LIVE]] Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2026

Jumaat | 15 Mei 2026

'Yang sahih di RTM'

14/05/2026

πŸŽ₯ Saksikan sorotan Majlis Peluncuran Program Ekonomi MADANI Angkatan Tentera Malaysia yang berlangsung di Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD), Kluang, Johor pada 12 Mei 2026.

Menjadi langkah signifikan dalam memperkasa ekonomi warga ATM, sekali gus membuka lebih banyak peluang ke arah masa depan yang lebih sejahtera dan mampan.




Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA (MINISTRY OF DEFENCE MALAYSIA), WISMA PERTAHANAN, Jalan PADANG TEMBAK
Kuala Lumpur
50634

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00