The Malaysia Competition Commission

Call Directions Website Contact the organization

The Malaysia Competition Commission The Malaysia Competition Commission is established under the Competition Commission Act 2010 to enforce the Competition Act 2010.

Its main role is to protect the competitive process for the benefit of businesses, consumers and the economy. Commission's Main Functions

The Competition Commission Act 2010 empowers the Malaysia Competition Commission (MyCC) to carry out functions such as implement and enforce the provisions of the Competition Act 2010, issue guidelines in relation to the implementation and enforcement of the competition laws, act as advocate for competition matters; carry out general studies in relation to issues connected with competition in the Malaysian economy or particular sectors of the Malaysian economy; inform and educate the public regarding the ways in which competition may benefit consumers in, and the economy of, Malaysia.

MyCC PERKUKUH KEUPAYAAN PENGUATKUASAAN MELALUI PERKONGSIAN KEPAKARAN ANTARABANGSASuruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ...
21/10/2026

MyCC PERKUKUH KEUPAYAAN PENGUATKUASAAN MELALUI PERKONGSIAN KEPAKARAN ANTARABANGSA

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah menganjurkan Sesi Latihan Dalaman Bersama Pakar (Internal Training Session with Experts on the Amendments) pada 20 Oktober 2026 bertempat di PARKROYAL COLLECTION, Kuala Lumpur.

Sesi ini telah menampilkan barisan pakar antarabangsa iaitu Hakim Shariff dari Mahkamah Persekutuan Australia, Encik Ruben Maximiano, Pakar Kanan Persaingan, Dr. Derek Ritzmann, Pakar Ekonomi di Economics Partners dan Profesor Adjung di Fakulti Undang-Undang, Universiti Hong Kong, serta Encik Jihong Son, Pengarah Program Persaingan OECD KPC.

Perbincangan telah memfokuskan kepada peranan keterangan keadaan (circumstantial evidence) *what does the bm version of EVIDENCE ACT call it?* dalam kes undang-undang persaingan serta kepentingan bukti ekonomi dalam prosiding mahkamah, khususnya dalam menilai, menyokong dan mempertahankan keputusan penguatkuasaan.

Penganjuran sesi ini telah memberikan pendedahan bermakna kepada warga MyCC melalui perkongsian pengalaman dan amalan terbaik antarabangsa, sekali gus memperkukuh pengetahuan serta keupayaan penguatkuasaan undang-undang persaingan di Malaysia.

♟️ Langkah Baharu dalam Landskap Undang-Undang Persaingan Malaysia! ⚖️Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah berja...
21/10/2026

♟️ Langkah Baharu dalam Landskap Undang-Undang Persaingan Malaysia! ⚖️

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah berjaya menganjurkan MyCC Competition Law Amendment Forum 2026: The New Rules of Play in Competition Law.

📅 20 Oktober 2026
🕘 9:45 pagi – 12:45 tengah hari
📍 PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur

Forum ini telah menghimpunkan ahli akademik, pengamal undang-undang dan wakil industri bagi membincangkan pindaan kepada Akta Persaingan 2010 (Akta 712) dan Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 (Akta 713) serta implikasinya terhadap landskap persaingan negara.

📌 Session 1: Reading the Rulebook – What’s Changing Under the Amendments

Pegawai MyCC, Encik Ismail Faruqi, Pengarah dan Cik Zainab Hanis, Ketua Penolong Pengarah daripada Bahagian Reformasi Perundangan dan Antarabangsa telah berkongsi intipati pindaan serta perkembangan penting dalam memperkukuh kerangka undang-undang persaingan negara.

Forum diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Idrus Harun, Pengerusi MyCC yang menekankan kepentingan pindaan tersebut dalam memperkukuh landskap persaingan negara.

📌 Session 2: Playing by the New Rules

Perbincangan panel yang dikendalikan oleh Encik Jason Teoh Choon Hui bersama YBhg. Datuk William Ng, Encik Anand Raj, Encik Ruben Maximiano dan Prof. Dr. Derek Ritzmann mengetengahkan perspektif pelbagai bidang mengenai implikasi pindaan terhadap perniagaan dan pematuhan undang-undang persaingan.

MyCC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli-ahli panel dan para peserta atas sumbangan serta penyertaan dalam menjayakan forum ini. ✨

21/10/2026
21/10/2026
🤝 MyCC DAN KKR PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MENERUSI SURAT PERSEFAHAMAN📅 19 Oktober 2026, Isnin📍 Menara SSM@Sentral, Kua...
21/10/2026

🤝 MyCC DAN KKR PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MENERUSI SURAT PERSEFAHAMAN

📅 19 Oktober 2026, Isnin
📍 Menara SSM@Sentral, Kuala Lumpur

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi pemeteraian Surat Persefahaman (LoU) ke-13 MyCC.

LoU tersebut ditandatangani oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Idrus bin Harun, Pengerusi MyCC dan YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha KKR.

Majlis ini turut disaksikan oleh YBhg. Datuk Haji Iskandar Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif MyCC dan YBhg. Dato’ Ar. IDr. Azman bin Md. Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), JKR Malaysia.

Kerjasama ini menjadi langkah penting dalam memperkukuh integriti perolehan awam serta meningkatkan kesedaran terhadap amalan persaingan sihat, khususnya dalam membanteras kartel tipuan bida.

MyCC di Kementerian Kerja Raya | Amalan Tipuan Bida dan Kaedah Pengesanan Awal ⚖️✨Encik Mohd Hasbullah, Pengarah Bahagia...
21/10/2026

MyCC di Kementerian Kerja Raya | Amalan Tipuan Bida dan Kaedah Pengesanan Awal ⚖️✨

Encik Mohd Hasbullah, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Dasar MyCC, telah menyampaikan sesi bertajuk “Amalan Tipuan Bida dan Kaedah Pengesanan Awal Semasa Proses Penilaian Perolehan”, anjuran Kementerian Kerja Raya (KKR).

Sesi tersebut telah mengetengahkan amalan tipuan bida serta kaedah pengesanan awal semasa proses penilaian perolehan, di samping memberikan pemahaman mengenai tanda-tanda yang perlu diberi perhatian bagi membantu memperkukuh proses perolehan yang adil, berintegriti dan kompetitif. 🤝✨

📅 15 Oktober 2026
🕚 11.00 pagi – 1.00 tengah hari
📍 Scapes Hotel, Genting Highlands, Pahang

Terima kasih kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) atas peluang untuk MyCC terus berkongsi ilmu dan meningkatkan kesedaran mengenai tipuan bida serta kepentingan persaingan yang sihat dalam proses perolehan. 🙌✨

KENYATAAN MEDIA – 20 OKTOBER 2026MyCC ANJURKAN FORUM PINDAAN UNDANG-UNDANG PERSAINGAN sila layari laman sesawang kami ww...
20/10/2026

KENYATAAN MEDIA – 20 OKTOBER 2026

MyCC ANJURKAN FORUM PINDAAN UNDANG-UNDANG PERSAINGAN

sila layari laman sesawang kami www.m






�
�

⏳1 HARI LAGI! Tinggal 1 hari sahaja lagi menuju Malaysia Competition Law Amendment Forum 2026!Berita Baik! Pendaftaran D...
19/10/2026

⏳1 HARI LAGI!

Tinggal 1 hari sahaja lagi menuju Malaysia Competition Law Amendment Forum 2026!

Berita Baik! Pendaftaran Dilanjutkan Sehingga Hari Ini, 19 Oktober 2026! 📢

Jangan lepaskan peluang untuk memahami pindaan terhadap Akta Persaingan 2010 dan Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 dan bagaimana perubahan ini memberi kesan kepada perusahaan serta aspek pematuhan.

📅 20 Oktober 2026 (Selasa)
🕙 9.45 pagi – 12.45 tengah hari
📍 PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur

Forum ini akan menampilkan:

Sesi 1: Law Amendment Briefing
Kupasan mengenai pindaan utama kepada Akta Persaingan 2010 [Akta 712] dan Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 [Akta 713], termasuk perubahan serta implikasinya terhadap penguatkuasaan persaingan di Malaysia.

Sesi 2: Panel Session – Playing by the New Rules
Perbincangan mengenai kesan pindaan undang-undang terhadap perniagaan, aspek pematuhan serta bagaimana perusahaan menyesuaikan diri dengan landskap kawal selia yang baharu.

👥 Pendaftaran Berkumpulan:
RM80 seorang — 2 hingga 5 peserta
RM70 seorang — 6 peserta dan ke atas

💰 Yuran Pendaftaran: RM100 seorang
🎓 CPD Points: 2.5 | CGIM Points: 2
📌 Pendaftaran dilanjutkan sehingga 19 Oktober 2026

📩Jangan lepaskan peluang terakhir ini. Imbas kod QR dan daftar sekarang untuk mendapatkan tempat anda!

Address

Level 15, Menara SSM @Sentral, 7 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral
Kuala Lumpur
50623

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60322732277

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Malaysia Competition Commission posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to The Malaysia Competition Commission:

Share