Akademi Keadilan

Akademi Keadilan

Share

Akademi ini merupakan akademi yang memberi latihan kepada anggota KEADILAN mengenai kepentingan Politik Berteraskan Nilai atau Value-based Politic (VBP).

11/05/2024

Hari ini 11 Mei 2024(waktu Qatar 11.30 pagi) bersamaan 11 Mei 2024 (Waktu Malaysia 4.30 ptg) saya akan berucap di persidangan The International Women’s Leadership Conference- in Support of the Women and Children of Palestine bertajuk “Mitigating the Impact of Conflict and Oppression: Addressing Issues Pertaining Specifically to Women and Children” bertempat di Mandarin Oriental, Doha, Qatar.

Saya juga akan melancarkan satu inisiatif solidariti bersama wanita Gaza yang di jenamakan sebagai “Women to Women & Women for Women” yang merupakan sumbangan untuk wanita dan anak gadis Gaza berbentuk beg pouch kebersihan wanita untuk kegunaan terutamanya sewaktu kedatangan haid.

Ianya akan di siarkan live melalui fb saya. Doaksn ye

Hari ini 11 Mei 2024(waktu Qatar 11.30 pagi) bersamaan 11 Mei 2024 (Waktu Malaysia 4.30 ptg) saya akan berucap di persidangan The International Women’s Leadership Conference- in Support of the Women and Children of Palestine bertajuk “Mitigating the Impact of Conflict and Oppression: Addressing Issues Pertaining Specifically to Women and Children” bertempat di Mandarin Oriental, Doha, Qatar.

Saya juga akan melancarkan satu inisiatif solidariti bersama wanita Gaza yang di jenamakan sebagai “Women to Women & Women for Women” yang merupakan sumbangan untuk wanita dan anak gadis Gaza berbentuk beg pouch kebersihan wanita untuk kegunaan terutamanya sewaktu kedatangan haid.

Ianya akan di siarkan live melalui fb saya. Doakan ye

23/07/2023

Saya amat terkesan tatkala Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan juga seorang sahabat yang setia Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub telah pergi dijemput Allah SWT hari ini.

Secara peribadi, ianya satu kehilangan besar buat diri saya dan keluarga, dan saudara Salahuddin teguh bersama dalam perjuangan yang panjang ini sehingga ke akhir hayat. Jasa dan budinya tentunya tidak termampu dibalas secara materi.

Beliau dikenali kerana punyai sikap keperibadian yang tinggi, sama ada kepada kawan mahupun lawan. Sosok yang kuat bekerja dan sangat taat pada amanah dan tanggungjawab.

Berehatlah, sahabatku.

Semoga Allah SWT memberi kesabaran yang tinggi buat keluargamu, mengampunkan segala dosamu dan semoga saudaraku Salahuddin diberikan tempat yang istimewa di sisi-Nya, Insya-Allah.

ANWAR IBRAHIM

06/04/2023

Kerajaan buat pertama kalinya bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM300 untuk lebih 200,000 orang anggota RELA, Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam, Polis dan Bomba.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini diharapkan dapat memenuhi keperluan sukarelawan beruniform menjelang Aidilfitri akan datang.

Dapatkan maklumat lanjut di https://budget.mof.gov.my/manfaat/

04/04/2023

MELAWAN LUPA

4.4.1999 akan sentiasa dikenang sebagai tarikh dimana Parti Keadilan Nasional (KeADILan) ditubuhkan dan kemudian,berikutan pergaubungan dengan Partai Rakyat Malaysia ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) seperti yang ada pada hari ini.

Timeline:-
Kronologi KEADILAN

2 September 1998
Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

3 September 1998
Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO serta jawatanjawatan
politiknya.

12 September 1998
Deklarasi Permatang Pauh. REFORMASI secara rasmi. Era pertama bermula.

20 September 1998
Perhimpunan terbesar di dalam sejarah Malaysia di Dataran Merdeka dan Masjid
Negara. Anwar Ibrahim kemudiannya ditahan di bawah ISA apabila pihak polis
menyerbu rumahnya di Bukit Damansara.

27 September 1998
GERAK ditubuhkan.

29 September 1998
Anwar Ibrahim muncul dengan mata lebam apabila dibawa ke Mahkamah buat kali
pertama sejak ditahan di bawah ISA.

Oktober 1998
Perhimpunan dan demonstrasi mingguan di sekitar jalan Tuanku Abdul Rahman

10 Disember 1998
ADIL ditubuhkan dengan diketuai oleh Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

4 April 1999
Parti Keadilan Nasional (PKN) dilancarkan. Singkatan KeADILan digunakan.

14 April 1999
Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun atas empat pertuduhan rasuah.
Istilah BLACK 14 muncul.

Sejarah Penubuhan Parti Keadilan Nasional

Kenyataan Wan Azizah mengenai penubuhan Parti Keadilan Nasional

Jawatankuasa Penaja ADIL
8 Jalan Setiamurni 1
50490 Kuala Lumpur

Pelancaran Parti Keadilan Nasional (KeADILan)

Dengan takzimnya dimaklumkan bahawa saya dan beberapa rakan seperjuangan dalam pergerakan
reformasi dan ADIL telah memutuskan untuk melancarkan sebuah parti yang bernama Parti Keadilan Nasional. Pelancaran ini akan berlangsung pada 4 April 1999, pukul 10.00 pagi, di Hotel Renaissance
(Grand Ballroom) Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Parti Keadilan Nasional atau (KeADILan) adalah sebuah pertubuhan politik yang didaftarkan pada tahun 1990. Nama asalnya adalah Ikatan Masyarakat Islam dan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa pada tahun 1999, parti ini dipinda namanya kepada Parti Keadilan Nasional (KeADILan), sesuai dengan aspirasi perjuangan semasa. Kini dengan angin perubahan yang semakin kuat melanda negara, parti ini mendapat nafas baru dengan penyertaan sebahagian besar pendokong dan pemimpin reformasi. Misi perjuangan adalah jelas: menegakkan keadilan dan kebenaran.

KeADILan adalah parti berbilang kaum dan agama yang terbuka keahliannya kepada semua warga Malaysia. Butir-butir lain tentang KeADILan akan diumumkan di majlis pelancarannya pada 4 April 1999.

Dr. Wan Azizah bte Wan Ismail
30 March 1999

Nota kaki

Parti Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (IKATAN) merupakan sebuah parti politik kecil yang ditubuhkan pada 28 Februari 1990 sebagai tanda protes terhadap Presiden PAS. Ia mempunyai ahli berdaftar seramai 9 orang. Pada asalnya, parti tesebut ditubuhkan menggunakan singkatan IMAM dengan berpusat di Kuala Lumpur.

Namun, ROS telah menolak nama tersebut dan singkatan IKATAN telah digunakan. Presiden IKATAN pada waktu itu hinggalah pada masa pengambilalihan itu adalah Abdul Wahab bin Yunus.
Satu perkara yang tidak diketahui adalah ide nama KEADILAN timbul selepas menunaikan solat sunat tarawih. 5 nama dikemukakan untuk dipilih oleh Anwar Ibrahim.
1. Parti Keadilan
2. Parti Keadilan Rakyat
3. Partu Keadilan Nasional
4. Parti Keadilan Negara
5. Parti Keadilan Kebangsaan

Akhirnya Anwar Ibrahim memilih Parti Keadilan Nasional. Beberapa pilihan logo juga telah dikemukakan. Antaranya logo menggunakan lambang Matahari. Tapi akhirnya Anwar memilih logo mata yang ada sekarang.

01/07/2021
Photos from Akademi Keadilan's post 06/09/2020

Hari ini, selesai latihan 5M Pengurusan Pilihanraya untuk Sabah. ARK team pun sudah selamat pulang ke Semenanjung.

Tahniah kepada semua peserta. Dedikasi dan semangat saudara-saudari meyakinkan kami bahawa Sabah pasti menang! 💪💪





Photos from Akademi Keadilan's post 06/09/2020

Day 3: 5M of Election Management for Sabah.

Today we are focusing on GOTV.

Photos from Akademi Keadilan's post 05/09/2020

Day 2: 5M Election Management for Sabah.

Morning sessions went smoothly. YB Rodziah Ismail used a huge 3x3 quadrant to explain the difference and the role of influencers vs supporters.

Photos from Akademi Keadilan's post 05/09/2020

Semalam bengkel 5M Pengurusan Pilihanraya untuk Sabah, telah bermula.

70 peserta akan bersama dengan ARK team untuk tiga hari di Palace Hotel, Kota Kinabalu.

Bengkel ini adalah sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihanraya Negeri Sabah 💪.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Kuala Lumpur