SMK SERI KERAMAT

Directions Website

SMK SERI KERAMAT ❤️DiSiniBermulaKejayaanKita
BEA7614

19/10/2026

🌟 TAHNIAH & SYABAS! KEBANGGAAN SEMAT! 🌟

Setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH diucapkan kepada MUHAMMAD NAJWAN BIN SYAABAN (Kelas Arif) kerana telah terpilih sebagai Wakil Negeri Selangor dalam Program Inspirasi Kepimpinan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan Tahun 2026. 🇲🇾

✨ Program yang julung-julung kali diadakan ini merupakan anjuran Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM).

Program ini menghimpunkan wakil murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) bersama guru pengiring dari 16 negeri dan Wilayah Persekutuan di seluruh Malaysia sekali gus menjadi platform memperkasa potensi kepimpinan, meningkatkan keyakinan diri serta membina kemahiran komunikasi dan jati diri dalam kalangan MBPK.

📅 Tarikh: 12 – 14 Oktober 2026
📍 Tempat: Pusat Kenegaraan Tanjung Rhu, Sepang, Selangor

Semoga penyertaan ini menjadi pemangkin kepada MBPK untuk terus menyerlahkan bakat serta mengembangkan potensi diri ke arah lebih baik.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.MAJLIS APRESIASI MURID TINGKATAN 5 SMK SERI KERAMAT16 OKTOBER 2026 (JUMAAT)AUDITORIU...
17/10/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

MAJLIS APRESIASI MURID TINGKATAN 5 SMK SERI KERAMAT

16 OKTOBER 2026 (JUMAAT)
AUDITORIUM MPAJ, PANDAN INDAH AMPANG

boleh tekan link untuk gambar sepanjang majlis
https://drive.google.com/drive/folders/1avQ0im5-A13tvCKmefWYRDWZ1G8g78zP?usp=drive_link

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG, barisan pentadbir, barisan GKMP, AJK pelaksana, ibu bapa/penjaga serta murid-murid Tingkatan 5 SMK Seri Keramat atas segala kerjasama, sokongan dan komitmen yang diberikan.

Alhamdulillah, Majlis Apresiasi Murid Tingkatan 5 Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar seperti yang dirancang hasil kerjasama dan sokongan semua pihak.

Pihak sekolah amat menghargai setiap sumbangan tenaga, masa dan usaha yang telah dicurahkan demi memastikan kejayaan majlis ini.

Saya juga ingin memohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan sepanjang majlis berlangsung. Segala kelemahan akan dijadikan panduan untuk penambahbaikan pada masa akan datang.

Semoga segala usaha dan kerjasama yang diberikan mendapat ganjaran yang baik serta mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah, ibu bapa dan murid-murid.

Semat di Hati, Di Sini Bermula Kejayaan Kita.

🌟🏆 **SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH** 🏆🌟✨ **MAJLIS ANUGERAH PERMANA CITRA SMK SERI KERAMAT 2026** ✨...
10/10/2026

🌟🏆 **SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH** 🏆🌟

✨ **MAJLIS ANUGERAH PERMANA CITRA SMK SERI KERAMAT 2026** ✨

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana **Majlis Anugerah Permana Citra SMK Seri Keramat 2026** telah berjaya dilaksanakan pada **6 Oktober 2026 (Selasa)** bertempat di **Dewan Gemilang Lestari**. 💐

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh **barisan pentadbir, YDP PIBG SMK Seri Keramat, Dato’ Zainol Abidin Mohamad, guru-guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), staf sekolah serta para murid** atas segala komitmen, kerjasama, sokongan dan sumbangan dalam menjayakan majlis yang penuh bermakna ini. ❤️🤝🏻

Sesungguhnya, setiap usaha, pengorbanan dan sumbangan yang diberikan amat bermakna dalam memastikan kelancaran majlis serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga sekolah. Setiap peranan yang dimainkan, sama ada secara langsung mahupun di sebalik tabir, menjadi sebahagian daripada kejayaan yang diraikan bersama. 🌹✨

Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat, keberkatan, kesihatan yang baik, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada seluruh warga SMK Seri Keramat. Semoga setiap urusan dipermudahkan, setiap usaha membuahkan kejayaan, setiap rezeki diluaskan dan setiap langkah sentiasa berada dalam lindungan serta reda-Nya.

Semoga ukhuwah yang terjalin terus kukuh, hati sentiasa disatukan dalam kebaikan dan segala usaha yang dilakukan menjadi asbab kepada kejayaan serta kecemerlangan bersama. Mudah-mudahan kita semua sentiasa diberikan kekuatan, ketabahan dan keikhlasan dalam melaksanakan amanah serta terus menabur bakti demi masa depan yang lebih gemilang.

Semoga segala jasa, pengorbanan dan kebaikan yang dicurahkan mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SWT, serta dikurniakan keberkatan dalam kehidupan, ketenangan hati dan kebahagiaan yang berpanjangan.

**Amin Ya Rabbal ‘Alamin.** 🤲🏻💖

Terima kasih atas segala-galanya. Semoga seluruh warga SMK Seri Keramat terus bersatu hati, saling menyokong dan melangkah bersama demi merealisasikan kecemerlangan yang berterusan. 🌷🏆

💚 **SEMAT di Hati, Di Sini Bermula Kejayaan Kita!** 💚





SYABAH DAN TAHNIAH !!Tahniah diucapkan kepada pasukan tarian SEMAT yg mengungguli Karnival Warisan Selangor dan memenang...
10/10/2026

SYABAH DAN TAHNIAH !!

Tahniah diucapkan kepada pasukan tarian SEMAT yg mengungguli Karnival Warisan Selangor dan memenangi pelbagai anugerah 💗💗

5 org murid SEMAT telah terpilih untuk sertai persembahan Konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin pd 17 Okt 2026 (Sabtu) nanti. Konsert tersebut dibawah kerjasama JPNS.

Senarai nama murid SEMAT yg terlibat :
1. Aiza Azeera Binti Abdul Rahman (4 Ali)
2. Muhammad Hanif Hakimi Bin Muhammad Hanifah (2 umar)
3. Muhammad Zaki Hakimi bin Mustawi (1 umar)
4. Nur Aliss Batrisya Binti Nur Faiz (4 Abu Bakar)
5. Aqilah Hanis Binti Hanifah ( 3 Hamzah )

10/10/2026

🏆 TAHNIAH DAN SYABAS! 🏆

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada MUHAMAD KHAIRUL NUR IMAN MUHAMAD KHALID atas kejayaan meraih 🥇 ANUGERAH PERSAHABATAN AGOONOREE dalam Program 2nd Perkhemahan Agoonoree Peringkat Daerah Gombak.

👏 Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan serta membuktikan bahawa semangat persahabatan, kerjasama, keyakinan diri dan kesungguhan mampu membawa seseorang murid ke tahap yang lebih cemerlang.

💙 Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan, mengembangkan potensi diri serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga SMK Seri Keramat.

Teruskan melangkah, teruskan mencipta kejayaan! ✨

SEMAT DI HATI ❤️ DI SINI BERMULA KEJAYAAN KITA







01/10/2026

🏊‍♀️ TAHNIAH, NUR ORKED ZAHRA! 🏆

Warga SMK Seri Keramat merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Nur Orked Zahra binti Muhammad Zaim atas pencapaian membanggakan dalam Kejohanan Para Renang SUKMA 2026. ✨

Orked berjaya membawa pulang 3 pingat menerusi acara:
🥈 100M Backstroke
🥉 50M Freestyle
🥉 200M Individual Medley

Lebih membanggakan, Orked turut berjaya mencatatkan beberapa Personal Best (PB) sepanjang kejohanan. 🤍

Setiap kayuhan, setiap detik dan setiap cabaran yang ditempuhi menjadi bukti bahawa usaha, disiplin dan semangat tidak pernah mengkhianati hasil.

Teruskan melangkah dan berenang lebih jauh, Orked! Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada lebih banyak pencapaian gemilang pada masa akan datang. 🌟

Tahniah, Orked! Kami bangga denganmu! 💙

01/10/2026

👑✨ TAHNIAH & SYABAS, NUR ORKED ZAHRA! ✨🏊‍♀️
Satu lagi detik membanggakan buat warga SMK Seri Keramat!

Nur Orked Zahra binti Muhammad Zaim (Kelas Azam) telah berpeluang hadir menghadap DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, dalam sesi meraikan atlet-atlet Para Renang SUKMA 2026 yang telah mengharumkan nama Negeri Selangor. 🏅

Orked merupakan antara atlet yang menyumbang pingat kepada kontinjen Selangor menerusi pencapaian cemerlang dalam acara renang. Kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan keluarga, malah turut membanggakan seluruh warga SMK Seri Keramat. 🌟

Semoga pencapaian Orked menjadi inspirasi kepada seluruh Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) untuk terus yakin pada kebolehan diri, berani mencuba dan mengembangkan bakat serta potensi masing-masing.

SEMAT dihati ❤️ Di sini bermula kejayaan kita

01/10/2026

Lawatan Sambil Belajar ke Pulau Pinang anjuran PPKI SMK Seri Keramat (25 sept - 27 sept 2026)

Warga SMK Seri Keramat dengan sukacita mengalu-alukan kehadiran Puan Azura Binti Abdul Rahman sebagai Pengetua baharu.Se...
15/09/2026

Warga SMK Seri Keramat dengan sukacita mengalu-alukan kehadiran Puan Azura Binti Abdul Rahman sebagai Pengetua baharu.
Semoga kepimpinan puan membawa semangat baharu, kecemerlangan dan kejayaan kepada seluruh warga sekolah.
Selamat datang dan selamat menjalankan amanah.

📚✨ PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI SPM – KEM ILMU 2026✨📚Alhamdulillah, Program Peningkatan Prestasi SPM – Kem Ilmu 2026 tel...
24/08/2026

📚✨ PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI SPM – KEM ILMU 2026✨📚

Alhamdulillah, Program Peningkatan Prestasi SPM – Kem Ilmu 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 22 – 23 Ogos 2026 bertempat di Hotel Brisdale KL.

Program ini dianjurkan bagi memberikan pendedahan, pengukuhan akademik dan motivasi kepada calon SPM dalam usaha meningkatkan prestasi serta mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan SPM.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai slot akademik dan aktiviti yang dirancang bagi meningkatkan fokus, keyakinan serta semangat untuk mencapai kecemerlangan.

👏 Tahniah dan syabas kepada semua calon SPM 2026 atas komitmen dan kesungguhan yang diberikan sepanjang program.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan motivasi yang diperoleh menjadi bekalan untuk terus berusaha, fokus dan melakar kejayaan dalam SPM 2026. 🎓💪

❤️ SEMAT di hati, di sini bermula kejayaan kita!






Address

Jalan AU 4, LEMBAH KERAMAT, KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur
54200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK SERI KERAMAT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share