Yayasan Wilayah Persekutuan

Yayasan Wilayah Persekutuan

Share

Yayasan Wilayah Persekutuan merupakan badan yang memberi perkhidmatan & bantuan.

03/06/2026

πŸ“šβœ¨ Tempat belajar yang selesa untuk anak-anak PPR Sungai Bonus.

Di PREPKOM, pelajar boleh mengulang kaji pelajaran pada waktu petang dan malam dengan kemudahan seperti:
πŸ’» Komputer
🌐 Internet
πŸ“š Bahan rujukan
❄️ Aircond
πŸ–¨οΈ Mesin fotostat
πŸ₯€πŸž Minuman kotak & roti

Semoga usaha kecil ini menjadi langkah besar ke arah kecemerlangan pendidikan. ❀️

31/05/2026

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Sembah Takzim Daripada Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Ketua Pegawai Eksekutif,kakitangan Yayasan Wilayah Persekutuan serta anak-anak syarikat

27/05/2026

Salam Aidiladha 1447H

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, keikhlasan dan kebahagiaan buat kita semua.
Hayatilah erti pengorbanan dan semangat kebersamaan dalam memperkukuhkan ukhuwah serta nilai kemanusiaan.

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga Yayasan Wilayah Persekutuan, SPWP dan seluruh umat Islam.

Photos from Yayasan Wilayah Persekutuan's post 15/05/2026

Selamat Hari Guru 2026 – Guru Bitara Nadi Negara

Hari ini kita memberikan penghormatan tertinggi buat insan-insan hebat yang tidak pernah jemu menyemai bakti dan mendidik anak bangsa. Terima kasih atas segala pengorbanan dalam membentuk generasi masa depan Malaysia Madani.

Ikhlas daripada YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Wilayah Persekutuan) dan Dr. Abdul Basir Bin V. Kunhimohamed (Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan), serta seluruh warga kerja YWP.

Semoga jasa dan bakti para guru diberkati dan terus menjadi inspirasi buat kita semua.

Photos from Yayasan Wilayah Persekutuan's post 15/05/2026

Selamat Menyambut Hari Belia Negara 2026!

Hari ini kita meraikan tenaga, kreativiti, dan potensi luar biasa anak muda Malaysia yang menjadi tulang belakang kemajuan negara.

Ikhlas daripada YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Wilayah Persekutuan) dan Dr. Abdul Basir Bin V. Kunhimohamed (Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan), serta seluruh warga kerja YWP.

Mari kita terus memperkasa belia demi masa depan Malaysia Madani yang lebih gemilang! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Photos from Yayasan Wilayah Persekutuan's post 10/05/2026

SETEGUH KASIH IBU 🌸

Ibu adalah nadi sesebuah keluarga, tunjang kekuatan yang tidak pernah goyah, dan sumber kasih sayang yang tiada tepinya. Di sebalik kejayaan setiap insan, pasti ada doa dan pengorbanan seorang ibu yang sentiasa mengiringi.

Bersempena dengan sambutan Hari Ibu tahun ini, Yayasan Wilayah Persekutuan ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita hebat yang bergelar ibu, khususnya di Wilayah Persekutuan dan seluruh Malaysia.

Tema β€œSeteguh KASIH Ibu” mengingatkan kita bahawa kasih sayang seorang ibu adalah sekolah pertama bagi pembentukan nilai, sahsiah, dan modal insan yang berkualiti demi masa depan negara.

Tulus ikhlas daripada:
YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) merangkap Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan.

&

Dr. Abdul Basir Bin V. Kunhimohamed
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan.

Serta seluruh warga kerja Yayasan Wilayah Persekutuan.

Semoga jasa dan kasih sayang setiap ibu sentiasa diberkati, dihargai, dan dibalas dengan kebaikan yang berpanjangan. Kasih ibu, syurga di bawah telapak kakimu. ❀️

Photos from Yayasan Wilayah Persekutuan's post 07/05/2026

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH (ALPA) YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN (YWP) BIL. 3/2026

KUALA LUMPUR, 7 April 2026 – Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) Bil. 3/2026 telah diadakan di Wisma Yayasan Wilayah Persekutuan, Aras 2 bagi membincangkan pelbagai agenda penting berkaitan hala tuju strategik organisasi, pemantapan tadbir urus serta pelaksanaan program kebajikan dan pembangunan komuniti di Wilayah Persekutuan.

Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan selaku Pengerusi bersama Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang hadir iaitu:
-YM Raja Noorma binti Raja Othman
-YB Ir. Ts. Zahir bin Hassan
-YBhg. Datuk Muhammad Azmi Bin Mohd Zain
-YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya
-YBhg. Dato’ Hamidah binti Naziadin
-YM Tengku Datuk Zuhri Bin Tengku Abdul Aziz
-YBrs. Tuan Mohamad Raimi bin Ab Rahim
-YBrs. Tuan Muhammad Khairil bin Khalid
-YBrs. Puan Rohaila binti Mohamed Basir

Dalam mesyuarat tersebut, YM Raja Noorma binti Raja Othman turut dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan yang baharu.

Mesyuarat turut memberi penekanan kepada perancangan strategik YWP bagi tahun 2026, khususnya dalam memperkukuh aspek pengurusan organisasi yang lebih efisien melalui tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab.

Semua ALPA YWP yang hadir menyatakan komitmen dan kesediaan untuk menyumbang kepakaran dalam memperkukuh peranan YWP ke arah meningkatkan kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, selaras usaha menoktahkan kemiskinan bandar.

01/05/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026!
β€œPekerja Madani Kesuma Bangsa.”

Tema ini mengangkat martabat para pekerja sebagai tunjang utama kemajuan negara.

Terima kasih atas segala dedikasi, keringat, dan usaha gigih anda dalam membangunkan Malaysia yang lebih gemilang.

Ikhlas daripada:
YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) merangkap Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan.

Dr. Abdul Basir bin V. Kunhimohamed
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


No 134, Wisma YWP, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu
Kuala Lumpur
50300