Balai Polis Salak Selatan, Kuala Lumpur

Balai Polis Salak Selatan, Kuala Lumpur

Share

Balai Polis Salak Selatan merupakan sebuah balai polis yang berada dibawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras Kuala Lumpur.

Photos from Balai Polis Salak Selatan, Kuala Lumpur's post 17/03/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π€π†πˆπ‡π€π 𝐉𝐔𝐀𝐃𝐀𝐇 π’πˆππ†π†π€π‡ 𝐒𝐀𝐇𝐔𝐑 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ

Salak Selatan - 17 Mac 2026 @ sekitar jam 1.45 pagi hingga 2.10 pagi, telah berlangsung Program Agihan Juadah Singgah Sahur anjuran Jabatan Perdana Menteri bertempat di Balai Polis Salak Selatan.

Program ini telah disempurnakan oleh En. Mohamad Mahathir bin Mohamed Younos (PMO Jabatan Perdana Menteri) dengan penyerahan juadah sahur kepada Insp Anaz Fazreen bin Badrul Hisham, Ketua Polis Balai Salak Selatan serta anggota bertugas.

Inisiatif ini bertujuan menyantuni serta menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan yang sentiasa komited menjalankan tugas tanpa mengira masa demi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara. Selain itu, program ini turut memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara PDRM dan agensi kerajaan.

Pihak Polis Daerah Cheras merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Perdana Menteri atas keprihatinan dan sokongan berterusan terhadap warga PDRM.




Photos from Polis Daerah Cheras's post 16/03/2026
30/03/2025

𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑴𝑬𝑡𝒀𝑨𝑴𝑩𝑼𝑻 𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑹𝑨𝒀𝑨 𝑨𝑰𝑫𝑰𝑳𝑭𝑰𝑻𝑹𝑰 𝑴𝑨𝑨𝑭 𝒁𝑨𝑯𝑰𝑹 𝑫𝑨𝑡 𝑩𝑨𝑻𝑰𝑡

Dengan ingatan tulus ikhlas dari YDH Insp Anaz Fazreen bin Badrul Hisham, Ketua Polis Balai Salak Selatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Warga Balai Polis Salak Selatan dan semua umat yang beragama Islam.

Tidak lupa juga, marilah kita sama-sama memastikan keselamatan diri serta harta benda dalam keadaan yang selamat, agar kita dapat beraya dalam suasana harmoni dan selesa.

Di samping itu, jangan lupa untuk berkongsi kebahagiaan bersama insan-insan yang kurang bernasib baik, agar mereka dapat sama-sama merasakan kemeriahan di hari lebaran.

"Kepada yang pulang kekampung berhati-hati memandu ketika pulang ke kampung halaman masing-masing dan patuhilah keselamatan dijalanraya."




28/03/2025

"Nak balik kampung?Rumah selamat, hati pun tenang!"πŸš—πŸš•
Jangan lupa guna Aplikasi VSP dari PDRM!
Hanya 5 langkah mudah:

βœ…Daftar akaun VSP
πŸ‘†πŸΌKlik "Balik Kampung"
πŸ“Isi butiran perjalanan
βœ‰οΈ Tekan "Hantar"
πŸš“ PDRM akan buat rondaan di rumah dan kawasan rumah anda!
Jom balik kampung dengan aman & selamat !
Bersama kita mencegah jenayah 🚫🫡🏻





Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Balai Polis Salak Selatan
Kuala Lumpur
57100