26/05/2026
๐ ๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ญ๐ฐ๐ฐ๐ณ๐ ๐โจ
Aidiladha bukan sekadar tentang ibadah korban,
tetapi tentang keikhlasan memberi dan kesediaan membantu demi kesejahteraan ummah.
Semoga semangat pengorbanan ini mendidik hati kita untuk terus istiqamah berkongsi rezeki, menyantuni golongan memerlukan dan memperluaskan manfaat kebajikan kepada masyarakat.
Kerana setiap sumbangan yang diberi, walaupun kecil, mampu menjadi asbab kebahagiaan buat insan lain. โค๏ธ
โจ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H โจ
Semoga segala pengorbanan diterima Allah SWT.
Ikhlas daripada,
SKIMPAS
22/05/2026
๐๐ต๐น๐ถ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฝ๐ฒ๐ฑ๐๐น๐ถ, ๐ฎ๐ต๐น๐ถ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐๐ฒ๐ฑ๐ถ๐ฎ.
Sebagai ahli yang cakna terhadap kebajikan, kita bukan hanya memikirkan perjuangan hari ini, tetapi juga persediaan untuk keluarga jika berlaku sesuatu di luar jangka.
SkimPAS adalah salah satu ikhtiar kebajikan yang perlu dimanfaatkan oleh setiap ahli.
Semak status anda.
Ajak sahabat lain turut serta.
21/05/2026
๐ ๐๐๐๐ง๐๐ฅ ๐๐ก๐๐๐ค ๐๐ฆ๐ง๐๐ค๐๐ ๐๐ & ๐๐๐ฃ๐๐ง๐๐๐ก ๐๐๐ ๐ง๐ก๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐ ๐! ๐
Jom sertai Infaq Istiqamah Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat hari ini.
Dengan sumbangan minimum RM20 sahaja, anda berpeluang menerima Kad TnG SkimPAS secara PERCUMA.
โ
Minimum sumbangan RM20
โ
Kad TnG SkimPAS percuma !!!
โ
Sementara stok masih ada
Untuk pendaftaran, hubungi hotline Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat:
๐ฒ WhatsApp: wa.me/601135103451
Ayuh istiqamah berinfaq demi menyantuni kebajikan ummah.
Stok adalah terhad. Daftar sekarang sebelum kehabisan!
21/05/2026
Setiap harta yang diinfaqkan di jalan Allah tidak pernah sia-sia.
Mungkin nilainya kecil pada manusia, namun besar di sisi Allah.
Ada yang sedang menunggu bantuan.
Ada keluarga yang perlukan sokongan.
Ada insan yang diuji dengan kesempitan hidup.
Melalui SkimPAS, marilah kita bersama membina budaya kebajikan, keprihatinan dan kasih sayang dalam masyarakat.
Infaq Fi Sabilillah
โPerumpamaan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji.โ
(Surah Al-Baqarah : 261)
Semoga setiap sumbangan menjadi saham akhirat yang berpanjangan.
19/05/2026
๐ฆ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฆ ๐ ๐๐ก๐ฌ๐๐ก๐ง๐จ๐ก๐ ๐๐๐๐ & ๐๐๐๐จ๐๐ฅ๐๐
Pada 1 Mei 2026, telah berlangsung serahan mock cek manfaat SkimPAS kepada waris peserta, Allahyarhamah Fatimah binti Ngah.
Serahan telah disampaikan kepada suami arwah oleh YB Mohd Hj Mohd Hafiz bin Adam di Pejabat Khidmat Masyarakat Air Putih sebagai tanda kebersamaan dan keprihatinan terhadap kebajikan ahli serta keluarga yang ditinggalkan.
SkimPAS bukan sekadar satu skim kebajikan, tetapi lambang solidariti, kasih sayang dan semangat membantu sesama ahli demi menjaga kebajikan perjuangan.
Setiap caruman dan sumbangan yang diberikan merupakan satu bentuk infaq fi sabilillah, yang membantu meringankan beban ahli serta waris ketika ditimpa musibah.
Sabda Rasulullah ๏ทบ:
โAllah sentiasa menolong hamba-Nya selagi hamba itu menolong saudaranya.โ
โ Riwayat Sahih Muslim
Justeru, marilah seluruh ahli PAS yang masih belum mendaftar untuk bersama menyertai SkimPAS demi perlindungan kebajikan diri dan keluarga, di samping menjadi asbab bantuan kepada sahabat seperjuangan yang lain.
๐ Daftar sekarang:
https://skimpas.com/borang
Atau hubungi PSK anda melalui:
https://skimpas.com/perunding-skimpas-kawasan/
18/05/2026
TRAINING OF TRAINERS (TOT) SKIMPAS PUSAT
Pada 16 Mei 2026 (Sabtu), SKIMPAS Pusat telah melaksanakan Program Training of Trainers (TOT) bertempat di Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur.
Program ini diadakan bagi melahirkan pelatih-pelatih dari setiap zon dan negeri yang akan menjadi penggerak utama dalam aspek latihan serta pengembangan Perunding SKIMPAS (PSK) di kawasan masing-masing.
Sesi TOT ini telah dikendalikan oleh Hj. Abdul Razak Mohamed selaku Penasihat SKIMPAS merangkap Timbalan Pengerusi 2 Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat.
Semoga usaha ini menjadi langkah penting dalam memperkukuhkan jaringan latihan dan memperluaskan manfaat SKIMPAS ke seluruh negara.
16/05/2026
๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐ ๐๐จ๐ฅ๐จ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
โGuru Pemacu Generasi Berilmu dan Berakhlakโ
SKIMPAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas segala jasa, pengorbanan dan keikhlasan dalam mendidik anak bangsa.
Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, bahkan menjadi insan yang membentuk akhlak, menyemai nilai kasih sayang dan melahirkan generasi yang prihatin terhadap masyarakat sekeliling.
Di sebalik kejayaan seorang insan, pasti ada doa, kesabaran dan pengorbanan seorang guru yang tidak pernah mengenal lelah.
Semoga seluruh guru terus diberikan kekuatan, kesihatan dan keberkatan dalam menjalankan amanah yang mulia ini. Mudah-mudahan segala usaha mendidik menjadi saham akhirat yang berpanjangan di sisi Allah SWT.
Terima kasih cikguโฆ
Jasamu dikenang, baktimu disanjung.
โGuru Membina Ilmu, SKIMPAS Menjaga Kebajikan.โ
Ikhlas daripada,
SKIMPAS
12/05/2026
๐ข ๐๐จ๐ฅ๐ฆ๐จ๐ฆ ๐๐ฆ๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐จ๐ก๐๐๐ก๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฆ (๐๐๐ฃ๐ฆ) โ ๐ญ๐ข๐ก ๐ง๐๐ก๐๐๐
Ingin menjadi sebahagian daripada pasukan perunding SKIMPAS dan menyumbang khidmat kepada ahli?
Ayuh sertai Kursus Asas Perunding SKIMPAS (KAPS) bagi Zon Tengah yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
๐
Tarikh : 16 Mei 2026 (Sabtu)
๐ Masa : 2.30 Petang โ 6.30 Petang
๐ Tempat : Bilik Mesyuarat, Tingkat 2, Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut
๐ฅ Terbuka kepada semua ahli yang berminat untuk menyertai sebagai Perunding SKIMPAS.
๐ Pendaftaran:https://bit.ly/kaps16mei2026
๐ฐ Yuran Penyertaan: RM20
๐ฆ Bayaran boleh dibuat ke akaun berikut:
Bank Muamalat Malaysia Berhad
No. Akaun: 14060004923710
(Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat โ Skim Kifalah Ahli PAS)
๐ Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Zamadi Omar โ 011-3814 6987
โBersama memperkukuh kebajikan dan khidmat melalui SKIMPAS.โ
09/05/2026
Selamat Hari Ibu ๐ท
Setinggi-tinggi penghargaan dan kasih sayang buat seluruh insan bergelar ibu.
Wanita hebat yang menjadi sumber kekuatan keluarga, pendidik pertama anak-anak dan pencetus kasih dalam masyarakat.
Pengorbanan seorang ibu tidak mampu dibalas dengan harta dan kata-kata. Setiap penat lelah, doa dan kasih yang dicurahkan menjadi asbab lahirnya generasi yang kuat dan berakhlak.
Semoga seluruh ibu sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan serta rahmat Allah SWT di dunia dan akhirat.
โDan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan doakanlah: Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka telah mendidikku ketika kecil.โ
Surah Al-Israโ : 24
๐ธ Kasih Ibu Membawa ke Syurga ๐ธ
Ikhlas daripada,
SkimPAS
04/05/2026
4 Mei bukan sekadar satu tarikh dalam kalendar, tetapi merupakan simbol penghormatan dan pengiktirafan kepada seluruh anggota bomba yang sentiasa teguh berada di barisan hadapan dalam menghadapi saat-saat genting demi menyelamatkan nyawa, harta benda serta kesejahteraan masyarakat.
Di sebalik uniform kebanggaan ini, tersimpan semangat juang, keberanian dan keikhlasan yang tinggi, sanggup menggadaikan nyawa, meninggalkan keluarga serta meredah pelbagai risiko demi memastikan keselamatan rakyat sentiasa terpelihara.
Selamat Menyambut Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 kepada seluruh warga bomba di seluruh negara.
Teruskan berbakti dengan penuh integriti, profesionalisme dan semangat juang yang tinggi, selaras dengan aspirasi kita sebagai โBomba Tonggak Penyelamatan Negaraโ.