AWAN Nasional

Directions Website Contact the organization

AWAN Nasional Laman Rasmi Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN), Parti Amanah Negara

Amanah • Progresif • Peduli

𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐒𝐈𝐂 𝐑𝐀𝐒𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐈𝐓 𝐋𝐀𝐍𝐄 𝐅𝐎𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀 𝟏YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu, Ahli Parlimen Sepang tel...
01/10/2026

𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐒𝐈𝐂 𝐑𝐀𝐒𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐈𝐓 𝐋𝐀𝐍𝐄 𝐅𝐎𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀 𝟏

YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu, Ahli Parlimen Sepang telah menaja kemudahan pengangkutan bas bagi warga Kampung Semarang, Dengkil untuk menghadiri Pit Lane Walk Formula 1 Malaysia – Bahrain Grand Prix in Malaysia di Sepang International Circuit (SIC).

Penyertaan ini adalah atas jemputan SIC kepada warga Kampung Semarang yang turut dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI Sepang International Circuit.

Menerusi sesi Pit Lane Walk, para peserta berpeluang meninjau dengan lebih dekat kawasan pit, melihat persiapan pasukan dan jentera perlumbaan serta merasai sendiri suasana di sebalik penganjuran acara sukan permotoran bertaraf antarabangsa di Litar Antarabangsa Sepang.

Pengalaman ini turut memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai persiapan dan skala penganjuran acara antarabangsa, sekali gus mendekatkan warga setempat dengan aktiviti yang berlangsung di daerah Sepang sendiri.

YB Datuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sepang International Circuit (SIC) atas jemputan dan peluang yang diberikan kepada warga Kampung Semarang, di samping komitmen SIC dalam mendekati serta memberi manfaat kepada komuniti setempat menerusi inisiatif Kampung Angkat MADANI.

Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh dan membuka lebih banyak ruang serta peluang bermakna buat komuniti di Sepang.

[admin]


𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇Seluruh warga AWAN Nasional merakamkan setinggi-tinggi rasa dukacita dan salam takziah yang mendalam buat Y...
28/09/2026

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇

Seluruh warga AWAN Nasional merakamkan setinggi-tinggi rasa dukacita dan salam takziah yang mendalam buat YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga di atas pemergian cinta hati dan tokoh wanita kebanggaan negara, Tun Dr. Hasmah Mohd Ali.

Jasa, bakti, dan dedikasi beliau dalam dunia kesihatan awam serta pemerkasaan wanita akan sentiasa terpahat sebagai warisan berharga buat negara.

Moga Allah SWT memberi ketabahan dan kekuatan buat Tun Mahathir dalam menghadapi saat perpisahan ini. Moga Allah SWT merahmati roh Allahyarhamah, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang soleh dan beriman.

Selamat berehat, Tun Dr. Hasmah Mohd Ali.

𝑨𝒍-𝑭𝒂𝒕𝒊𝒉𝒂𝒉

Ikhlas dari Saf Kepimpinan JKP AWAN Nasional 💐

FORMULA 1 RETURN TO MALAYSIA WILL DRIVE BUSINESS IN SEPANG“F1 is not just about car racing but also a platform to streng...
28/09/2026

FORMULA 1 RETURN TO MALAYSIA WILL DRIVE BUSINESS IN SEPANG

“F1 is not just about car racing but also a platform to strengthen Malaysia’s international image, attract high-value tourism, create economic opportunities, promote technology and engineering, and inspire the younger generation,”said Datuk Aiman Athirah Sabu, Member of Parliament for Sepang

🔗 Read the full report by The Straits Times:
https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/formula-1-return-to-malaysia-will-drive-business-in-sepang?ref=latest-headlines

Formula 1's return to Sepang will boost tourism, local businesses, and infrastructure, attracting over 110,000 visitors for the Bahrain Grand Prix in October. Read more at straitstimes.com.

Harap pembangunan Sepang tidak terhenti dalam minit mesyuarat – YB Datuk Hjh Aiman Athirah Sabu Masalah pembangunan dan ...
28/09/2026

Harap pembangunan Sepang tidak terhenti dalam minit mesyuarat – YB Datuk Hjh Aiman Athirah Sabu

Masalah pembangunan dan keperluan rakyat di Sepang tidak seharusnya berakhir sekadar sebagai catatan dalam minit mesyuarat, sebaliknya memerlukan tindakan susulan yang jelas serta penyelarasan antara agensi, kata Ahli Parlimen Sepang, Datuk Aiman Athirah Sabu.

Beliau berkata perkara itu menjadi antara penekanan dalam perbincangannya bersama Pegawai Daerah Sepang, Khairi Azali Ibrahim pada 14 September lalu, yang menyentuh pelbagai isu pembangunan serta keperluan rakyat di daerah berkenaan.

Antara perkara dibincangkan termasuk isu jalan dan projek yang mengalami kelewatan, kewujudan tapak pembuangan sampah haram, keperluan sekolah baharu, banjir, pusat pemindahan khas, perumahan serta kebajikan rakyat.

🔗Baca Laporan penuh Harapan Daily:
https://harapandaily.com/2026/09/24/harap-pembangunan-sepang-tidak-terhenti-dalam-minit-mesyuarat-aiman-athirah/

Masalah pembangunan dan keperluan rakyat di Sepang tidak seharusnya berakhir sekadar sebagai catatan dalam minit mesyuarat, sebaliknya memerlukan tindakan susulan yang jelas serta penyelarasan antara agensi, kata Ahli Parlimen Sepang, Datuk Aiman Athirah Sabu. Beliau berkata perkara itu menjadi anta...

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇يَٰٓأَيَّتُهَا ٱلنَّفْسُ ٱلْمُطْمَئِنَّةُ ۝ ٱرْجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ۝ فَٱدْخُلِى فِ...
24/09/2026

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇

يَٰٓأَيَّتُهَا ٱلنَّفْسُ ٱلْمُطْمَئِنَّةُ ۝ ٱرْجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ۝ فَٱدْخُلِى فِى عِبَٰدِى ۝ وَٱدْخُلِى جَنَّتِى

"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku." (Surah Al-Fajr: 27–30)

Angkatan Wanita Amanah Negara ingin menyampaikan ucapan takziah yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian ke rahmatullah Allahyarham Tuan Haji Idrus bin Ibrahim, abang kandung kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Semoga segala amalan, kebaikan, dan jasa yang telah dicurahkan oleh Allahyarham sepanjang hayatnya menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya.

Kami mendoakan Allahyarham dalam lindungan rahmat dan keampunan-Nya, dilapangkan serta diterangi alam kuburnya, dan menempatkan Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Kepada YAB Dato’ Seri Perdana Menteri dan seluruh keluarga yang ditinggalkan, semoga diberikan kekuatan, ketabahan, dan kesabaran dalam menghadapi dugaan ini.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.
Al-Fatihah. 🤲🏻

Dengan Kasih dan Doa,
𝐀𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥

24/09/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu!

Moga Allah SWT mengurniakan YB Datuk kesihatan yang baik, usia yang penuh keberkatan, dipermudahkan segala urusan serta diberikan kekuatan untuk terus memikul amanah dan berkhidmat kepada masyarakat.

Terus melangkah dalam rahmat dan lindungan-Nya, menjadi asbab kebaikan buat ramai.

Selamat hari lahir Datuk!

[admin]

Address

Wisma Amanah Negara, No. 73-1, Jalan Seri Utara OFF Jalan Ipoh
Kuala Lumpur
68100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AWAN Nasional posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AWAN Nasional:

Shortcuts

Share