Bahagian Pembangunan Modal Insan DOA

Bahagian Pembangunan Modal Insan DOA

Share

Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Pertanian Malaysia.

Photos from Bahagian Pembangunan Modal Insan DOA's post 25/04/2025

Wisma Tani, 25 April 2025 - Bahagian Pembangunan Modal Insan Jabatan Pertanian Malaysia telah menganjurkan Program The Speaker's Nook Sesi April Tahun 2025. Program ini berhasrat untuk memfokuskan kompetensi pengucapan awam dalam kalangan pegawai muda. Program ini melibatkan lima orang pegawai dalam satu sesi. Pegawai boleh menyampaikan apa-apa tajuk untuk dikongsikan dengan menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dalam masa 7 minit. Diharapkan dengan penganjuran program seperti ini membantu pegawai muda dalam aktiviti pengembangan pertanian.

Photos from Bahagian Pembangunan Modal Insan DOA's post 30/10/2024

PROGRAM KEPIMPINAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) INSTITUT PERTANIAN MALAYSTA (IPM) 2024

Tarikh: 25 - 27 Oktober 2024
Tempat: KEM RIMBA TAMU BATANG KALI

Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI) melalui Seksyen Latihan Teknikal dan Vokasional (SLTV) akan mengadakan Program Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar lnstitut Pertanian Malaysia. Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat tentang komunikasi berkesan dalam kepimpinan kepada peserta tentang peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan. Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan semangat untuk menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan berintegriti.

Photos from Bahagian Pembangunan Modal Insan DOA's post 23/10/2024

HARI INFORMASI PENDIDIKAN KERJAYA DI SMK CHERAS, KUALA LUMPUR

Tempat- Dewan Kris Mas, SMK Cheras, Kuala Lumpur
Tarikh-23 Oktober 2024

Terima Kasih atas jemputan dari pihak Unit Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras, Kuala Lumpur untuk membuka minat pelajar tentang Institut Pertanian Malaysia.

Jom Masuk Institut Pertanian Malaysia!

Photos from Bahagian Pembangunan Modal Insan DOA's post 15/08/2024

BENGKEL PEMADANAN KAMUS KOMPETENSI FUNGSIAN (KKF) JABATAN PERTANIAN TAHUN 2024

Tarikh : 13 Ogos 2024 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan Arowana, Jabatan Perikanan Malaysia, Aras 6 Blok 4G2, Wisma Tani, Putrajaya

Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada Bahagian dan Unit Jabatan Pertanian Malaysia telah terlibat dalam bengkel ini.

Tujuan bengkel ini diadakan untuk menetapkan Kompetensi Fungsian mengikut skim perkhidmatan di Bahagian/Negeri berdasarkan 311 Kompetensi Fungsian yang telah dimuktamadkan oleh JPA.




Photos from Bahagian Pembangunan Modal Insan DOA's post 09/08/2024

BENGKEL ANALISA KEPERLUAN LATIHAN JABATAN PERTANIAN 2025

Pada 6-8 Ogos 2024 telah berlangsung Bengkel Analisa Keperluan Latihan Jabatan Pertanian 2025 yang diadakan di Ilpp Serdang melibatkan seramai 12 Bahagian, 3 Unit dan 12 Jabatan Pertanian Negeri. Bengkel yang diadakan secara tahunan ini bertujuan untuk menganalisa keperluan latihan pegawai dan kakitangan di Jabatan Pertanian pada tahun 2025. Analisa ini melibatkan beberapa perkara yang terkandung dalam Rancangan Malaysia ke-12 merangkumi Food Safety, Industry Revolution (IR4.0), SDG, BoT, Seed Quality serta Metodologi Pengembangan. Tidak lupa juga latihan-latihan generik bagi pembangunan sahsiah dan modal insan pegawai dan kakitangan di Jabatan Pertanian. Diharapkan dengan pelaksanaan bengkel ini warga Jabatan Pertanian Jabatan Pertanian Malaysia dapat menambah kemahiran dan kompetensi ke arah kelestarian pertanian dan keterjaminan makanan negara.



Photos from Bahagian Pembangunan Modal Insan DOA's post 25/07/2024

BENGKEL PERMURNIAN CADANGAN PENGHURAIAN KERJA JABATAN PERTANIAN BAGI SKIM PERKHIDMATAN DI BAWAH KLASIKFIKASI G

Tarikh : 5 – 6 Jun 2024
Masa : 9.30 pagi – 4.30 petang
Tempat : Bilik Seminar, Aras G, Bangunan Prisma, Kementerian Ekonomi

Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada Bahagian dan Unit Jabatan Pertanian telah terlibat dalam bengkel ini.
Tujuan adalah untuk mengemaskini maklumat penghuraian kerja Jabatan Pertanian Bagi Skim Perkhidmatan di bawah Klasifikasi G. Selepas pengstrukturan semula Jabatan Pertanian yang telah di luluskan pada tahun 2018






Photos from Bahagian Pembangunan Modal Insan DOA's post 25/07/2024

TAKLIMAT PROGRAM PENGAJARAN TVET (TVET INSTRUCTION - TVET I) UNTUK PEGAWAI JABATAN PERTANIAN MALAYSIA TAHUN 2024

Tarikh : 21 Mac 2024 (Khamis)
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Tempat : Secara Atas Talian

Penceramah : Puan Fazlina binti Mohd Kassim dan Encik Adnan bin Ahamad Zamari
Unit Peningkatan Pengajaran Dan Penyeliaan,
Program Pembangunan Profesional Kemahiran (SPD)
Pusat Latihan Pengajar dan Lanjutan (CIAST), Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Seramai 95 orang telah terlibat didalam taklimat tersebut.
Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan kepada warga Jabatan Pertanian berkaitan program tersebut terutama kepada pegawai sedia ada yang telah mempunyai sijil SKM, DKM, VTO/E/M dan yang setara dengannya. Di samping, cara-cara permohonan pengiktirafan Program TVETI di bawah Jabatan Kemahiran Malaysia. Kementerian Sumber Manusia juga turut disampaikan dalam taklimat ini.






Photos from Bahagian Pembangunan Modal Insan DOA's post 25/07/2024

KURSUS PENYEDIAAN DOKUMENTASI BAGI PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JABATAN PERTANIAN TAHUN 2024

Tarikh : 27 – 28 Mei 2024
Masa : 9.00 pagi – 4.30 petang
Tempat : Perpustakaan KPKM, Aras 4, Blok Podium 4G1, Wisma Tani
Penceramah : Encik Muhamad Shairazi bin Supian
Bahagian Pengembangan dan Pemindahan Teknologi, RISDA

Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada 17 kumpulan KIK telah menyertai kursus ini.
Tujuan adalah untuk memberi bimbingan kepada pegawai-pegawai yang akan menyertai Pertandingan KIK pada tahun 2025 khususnya dalam penyediaan dokumentasi KIK.






Photos from Bahagian Pembangunan Modal Insan DOA's post 25/07/2024

BENGKEL PERMURNIAN DRAF PELAN STRATEGIK PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (PSPSM) JABATAN PERTANIAN TAHUN 2024 - 2030

Tarikh : 28 – 29 Februari 2024
Masa : 9.30 pagi – 4.30 petang
Tempat : Dewan Arowana, Aras 6, Jabatan Perikanan Malaysia

Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada Bahagian dan Unit Jabatan Pertanian telah terlibat dalam bengkel ini.
Tujuan adalah untuk menyediakan draf Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia Jabatan Pertanian Tahun 2024 - 2030.






28/06/2024

BERBAKI 2 HARI LAGI 🤩
TAWARAN MENGIKUTI PROGRAM SIJIL PERTANIAN🌾

Program Sijil Pertanian ditawarkan kepada individu yang meminati bidang pertanian bagi membantu transformasi sektor pertanian negara. Ini adalah selaras dengan Dasar AgroMakanan Negara (DAN) yang bertujuan untuk membangunkan sektor pertanian dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara.


Program ditawarkan di 6 Institusi iaitu:
🔹Institut Pertanian Serdang, Selangor
🔹Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang
🔹 Institut Pertanian T**i Gantong, Perak
🔹Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor
🔹Institut Pertanian Sarawak, Semongok
🔹 Institut Pertanian Sabah, Timbang Menggaris, Kota Belud.

Klik untuk memohon sekarang👇🏼
http://www.agris.doa.gov.my/agrismigrate/latihan/ipsm/carian_pelanggan.cfm?online=1

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
56000