DEPEJU - Dewan Pemuda Jomblo Universal

DEPEJU - Dewan Pemuda Jomblo Universal

Share

"Dunia yang kita diami ini indah sebenarnya tapi dicemari wanita dan alasan-alasan mereka."

23/02/2020

KENYATAAN MEDIA
(Untuk Siaran Segera)

Barisan kepimpinan DEPEJU baru sahaja selesai mesyuarat tertutup sebentar tadi. Pihak DEPEJU menerima jemputan ke tempat tertutup pada malam ini.

Sekian. Terima Kasih.

Admin
HS Kafe, UIAM
23 Februari 2020

07/02/2020

20:10 ASTRO AWATNI

Sah Pakatan Nasional terbentuk! UMNO setuju bergabung dengan DEPEJU.

20/06/2019

Assalammualaikum semua. Ahlan wa sahlan! Mulai hari ini, ana antara admin yang terbaru. Intro sikit kepada antum2 semua. Insha Allah, ana tidak sombong.

Nama ana Ahmad Wufi bin Gamis. Bujang. Kenapa ana jomblo? Sebab ana baru direjek oleh gadis ustazah BAR UIAM. Boleh refer status whatsapp ana. Sedih kan hidup ana?

Hobi ana adalah mengaji kitab yang bermanfaat untuk ummah. Antara kitab yang ana rujuk Kisah-Kisah Melawan dalam Al-Quran ditulis crush ana dulu, Aina Wafi Abd Kadir. Semoga bahagia ya ukhti. Hmmm 😔 Selain itu, ana juga mendalami ilmu2 dalam kitab Permata Yang Hilang yang merupakan karya agung Melayu-Islam.

Ana seperti biasa merupakan walaun tegar PAS tapi ana tetap menganut ideologi Jomblo demi kemaslahatan ummah dan mengejar rahmat Ilahi seperti Imam Nawawi dll.

Semoga kita istiqamah sehingga ke jinjang pelamin ;D

-Ahmad Wufi Bin Gamis (AWBG)-

05/06/2019

Perutusan Hari Raya Aidilfitri

Bersempena pagi raya ini, pihak DEPEJU mengucapkan Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. Selemah-lemah ahlul Jomblo adalah jomblo yang memaafkan kisah lampau cintanya. Marilah kita bersama-sama merayakan hari lebaran ini dengan penuh makna dan 'move on' dengan kisah cinta yang menghantui.

Bersempena hari raya ini juga, saya sudah tidak lagi menjadi jomblo kerana saya sudah menemui cinta sejati. Saya sedang mempertahankan cinta saya bersama yang tersayang. Ayuh kaum jomblo, cinta itu indah sebenarnya untuk dinikmati kerana itulah anugerah Ilahi kepada seluruh manusia di dunia ini.

Walaupun saya sudah tidak jomblo, saya akan tetap memegang jawatan ini sampai mati kerana kelak di alam barzakh juga keseorangan menjawab soalan Munkar dan Nakir. Doakan kita berjaya mencapai husnul khatimah kelak.

Abooya Wan Azmil
Ketua Umum (KetUm) DEPEJU
1 Syawal 1440H
5 Jun 2019

04/06/2019

Alhamdulillah, bolehlah kembali makan secara terbuka di siang hari.

21/05/2019

Teruskan kehidupan meraih keredaan Allah SWT. Jgn sesekali berhenti meminta keampunan kpd Allah SWT jika kita ada buat dosa. Allah sentiasa menyayangi & mengasihi kita dgn memberikan pengampunan seluas-luasnya.


05/05/2019

Assalamualaikum. Salam Ramadhan semua kepada followers DEPEJU.

Jangan lupa beli nasi bungkus kuah kari kepala ikan dengan plastik hitam. Naya nanti kita semua masuk van jenazah.

Abooya terlena selepas mentekedarah nasi ayam geprek dan gepuk sekali dengan tuannya.

01/04/2019

Tahniah, Abooya Wan Azmil kerana dijemput menjadi tetamu VIP dalam rancangan Sila Duduk Jangan Lari. Sekalung ucapan atas pencapaian beliau kerana berjaya memasuki rancangan televisyen walaupun dua-tiga frame.

17/12/2018

DEPEJU - Dewan Pemuda Jomblo Universal merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Al Marhum Muhammad Adib Mohd Kassim yang baru sahaja meninggal dunia pada jam 9.41 malam tadi.

Beliau merupakan anggota bomba yang terlibat dalam insiden di kuil baru-baru ini. Kita sama-sama mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan dikurniakan maghfirah oleh Allah SWT.

Semoga Al Marhum ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang soleh.

14/12/2018

Menyesal dulu tak sms ON CINTA ke 33328. Tak pepasal sekarang jadi admin page jomblo.

20/11/2018

PENDIRIAN RASMI DEPEJU BERKENAAN ICERD

Berbeza dengan front-front lain yang cuma muncul semasa PRK dan kemudiannya ghaib sehinggalah PRK depan, Dewan Pemuda Jomblo Universal (DEPEJU) sentiasa terkehadapan dalam mendepani bukan sahaja isu-isu dalam kampus malahan juga persoalan-persoalan nasional.

Diskriminasi memang berlaku dalam pelbagai bentuk seperti diskriminasi kaum serta diskriminasi gender. Namun ada satu lagi bentuk diskriminasi yang ramai selalu terlepas pandang yaitu diskriminasi cinta. DEPEJU beriktiqad dengan hakikat bahwa semua insan layak dan berhak untuk mencintai lagi dicintai. Melenyapkan diskriminasi cinta adalah tujuan utama DEPEJU ditubuhkan agar makhluk sehodoh Abuya Wan Azmil pun bisa bahgia. Seandainya isu diskriminasi cinta ini masih diabaikan, dikhawatiri Abuya bakal menyimpang menuju kecenderungan terhadap sesama jenis yang songsang dan mengundang bala Dewata Mulia Raya ke atas Taman Ilmu dan Budi ini.

Cinta adalah teras bagi segalanya, terlahir kita ke sini pun kerana cinta antara kedua ibu bapa kita. Menunggang bait puisi Muhyiddin Ibn Arabi yang tak harus dibaca dan difahami secara harfiah, "Kuanut agama cinta, jalan yang ditempuh onta-onta cinta. Cinta adalah agama dan jalanku." Justeru diskriminasi cinta ini haruslah terlebih dahulu diratifikasi sebagai hal yang mustahak sebelum hendak meratifikasi ICERD. Sekian, harap maklong.

JOMBLO MESTI SENTIASA JADI JOMBLO

Oslan Dup
Jurucakap Upahan DEPEJU
Pasir Salak
19 November Rain 2018

14/11/2018

Tak perlu menjadi SRC kalau setakat manifesto hanya menunggang nama 'Environmentalism'.

Tak perlu menjadi SRC kalau setakat baru nak salam dengan kami selepas setahun dua buat2 tak kenal dan tak tegur kami.

Tak perlu menjadi SRC kalau setakat sembang kata jangan main politik, padahal society kau adalah sampah dan ditunggang oleh puak politik luar.

Tak perlu menjadi SRC kalau sembang manis nak menang undi, cukuplah jadi badut kami.

Kor Risikan dan Pinang (KRISPI)
DEWAN PEMUDA JOMBLO UNIVERSAL
14 No Nut November 2018

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Tiang Seri Abuya Wan Azmil, Kafe HS, UIAM Gombak
Kuala Lumpur
53100