25/09/2026
๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐ ๐๐๐ฉ๐ญ๐๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐๐๐ - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), Mejar Jeneral Datoโ Haji Semaon Marjuki hari ini menyantuni lima Veteran ATM menerusi Program Ziarah Kasih sempena Kempen Tabung Pahlawan (KTP) di sekitar Kampung Permatang Pasir dan Kampung Tebok Mat Rashid di sini.
Beliau berkata program berkenaan mencerminkan komitmen berterusan JHEV ATM dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan Veteran ATM sentiasa diberi perhatian serta diperkasa.
"Setiap veteran mempunyai kisah pengorbanan yang tersendiri. Menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan mereka tidak dipinggirkan dan terus menerima perhatian sewajarnya. JHEV ATM akan terus komited melaksanakan program turun padang seperti ini bagi mendekati dan membantu veteran yang memerlukan. Pada masa yang sama, Kempen Tabung Pahlawan menjadi wadah penting untuk menggerakkan sokongan masyarakat dalam menghargai jasa para perajurit serta membantu meningkatkan kesejahteraan Veteran ATM dan keluarga mereka," katanya.
Lima veteran yang disantuni ialah Yusoff Omar, Shuib Mohd Zin, Ahmad Abdullah, Jaafar Ramli dan Ali Wanan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa serta pengorbanan mereka sepanjang berkhidmat mempertahankan negara.
Dalam program itu, turut diadakan penyerahan Kad Veteran ATM, sumbangan wang tunai dan bakul makanan kepada penerima yang terlibat.
Selain sesi ziarah, Semaon turut mengadakan lawatan tapak bagi Program Kampung dan Sekolah Angkat MADANI yang melibatkan Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir, Masjid Al-Irfan, Tadika KEMAS dan Perpustakaan Desa kampung berkenaan.
Lawatan tersebut bertujuan meninjau keperluan serta cadangan projek penambahbaikan kemudahan komuniti setempat, termasuk kerja membaik pulih dan menaik taraf Masjid Al-Irfan, Perpustakaan Desa dan Tadika KEMAS, pemasangan pembentung di Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir serta pelaksanaan aktiviti gotong-royong dan program kemasyarakatan.
Keseluruhan projek yang dicadangkan di bawah program berkenaan dijangka memberi manfaat kepada komuniti setempat termasuk Veteran ATM.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Lt Kol Azwadi Jamian (Bersara); Pengarah JHEV ATM Cawangan Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, Mejar Mohd Izmer Ghazali TUDM serta wakil persatuan Veteran ATM negeri Kedah.
*JHEV ATM โ Prihatin, Komited, Responsif*
*1 Rakyat 1 Ringgit, Demi Pahlawanku*
๐ https://www.facebook.com/share/p/1BWSLFsU4K/