KP JHEV ATM

KP JHEV ATM

Share

LAMAN RASMI KETUA PENGARAH JABATAN HAL EHWAL VETERAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KETUA PENGARAH JABATAN HAL EHWAL VETERAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Photos from JHEV ATM's post 13/05/2026

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐‰๐‡๐„๐• ๐€๐“๐Œ ๐Š๐„ ๐€๐“๐€๐’ ๐ƒ๐€๐“๐”๐Š ๐๐€๐๐ƒ๐€๐‘ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐’๐€๐Œ๐€ ๐’๐“๐‘๐€๐“๐„๐†๐ˆ๐Š ๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐’๐Ž๐Š๐Ž๐๐†๐€๐ ๐“๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐˜ ๐–๐€๐‘๐‘๐ˆ๐Ž๐‘๐’ ๐‘๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘, ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri TPr Fadlun Mak Ujud di Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, di sini.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon Marjuki, dan bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara JHEV ATM dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), khususnya dalam memperkasa agenda kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta memperluas jaringan kerjasama komuniti dan kesejahteraan rakyat sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Dalam sesi berkenaan, kedua-dua pihak turut membincangkan penganjuran program ๐Œ๐˜ ๐–๐€๐‘๐‘๐ˆ๐Ž๐‘๐’ ๐‘๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”, iaitu larian amal sejauh tujuh kilometer (7KM Fun Run) yang bertujuan menghargai jasa serta pengorbanan veteran ATM dan anggota keselamatan negara.

Program tersebut dijadualkan berlangsung pada ๐Ÿ• ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐€๐ก๐š๐), ๐ฃ๐š๐ฆ ๐Ÿ•.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐š๐ ๐ข ๐๐ข ๐ƒ๐š๐ญ๐š๐ซ๐š๐ง ๐ƒ๐๐Š๐‹, ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐‹๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ, dengan membawa tema #๐‹๐š๐ซ๐ข๐š๐ง๐ƒ๐ž๐ฆ๐ข๐๐š๐ก๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ง.

Penganjuran program ini bukan sahaja memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, malah menjadi platform penghargaan kepada para veteran ATM dan wira negara yang telah berkorban demi mempertahankan kedaulatan serta keamanan negara.
Orang ramai dijemput menyertai program berkenaan melalui kategori individu dan keluarga. Yuran penyertaan ditetapkan sebanyak RM40 bagi individu berumur 13 tahun ke atas, manakala RM120 bagi kategori keluarga melibatkan dua orang dewasa dan dua kanak-kanak.
Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman sesawang rasmi ๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ฃ๐ก๐ž๐ฏ.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ,dengan tarikh tutup penyertaan pada ๐Ÿ๐Ÿ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ).

JHEV ATM berharap penganjuran MY WARRIORS RUN 2026 akan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat serta menjadi medium terbaik dalam menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan penghargaan terhadap jasa para veteran negara.

Program ini juga selaras dengan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh kebajikan veteran ATM melalui pendekatan inklusif, responsif dan berteraskan kesejahteraan rakyat.














Photos from JHEV ATM's post 12/05/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐ƒ๐”๐‹๐ˆ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐ƒ๐ˆ ๐“๐€๐๐†๐†๐€ ๐๐€๐“๐”, ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€

๐“๐€๐๐†๐†๐€ ๐๐€๐“๐”, ๐Ÿ๐Ÿ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Program Peduli Veteran MADANI (PVM) di sekitar kawasan Tangga Batu telah berlangsung pada hari ini oleh YB Adly Zahari selaku Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia.

Program ini merupakan inisiatif berterusan kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) dalam menyantuni Veteran ATM, Balu serta Ahli Keluarga Veteran ATM yang memerlukan bantuan kebajikan dan sokongan berterusan.

Sepanjang program berlangsung, lawatan kebajikan telah diadakan melibatkan 15 penerima yang terdiri daripada Veteran ATM, Balu Veteran ATM serta keluarga yang mempunyai anak Orang Kurang Upaya (OKU), Pesakit Strok, Pesakit Terlantar dan mereka yang menghadapi masalah kesihatan kronik.

Antara bantuan yang telah disampaikan termasuk Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Baik Pulih Rumah, Bantuan Peralatan Pesakit seperti Kerusi Roda, Katil Pesakit, Tongkat Empat Kaki, serta Bantuan Lampin Pakai Buang mengikut keperluan penerima.

Encik Zainal bin Othman menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) RM 300.00 selain Bantuan Lampin Pakai Buang Saiz M untuk anak OKU. Beliau turut menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) berserta sijil.

Encik Zubir bin Ab Karim yang mengalami Strok menerima sijil dan Pingat Jasa Malaysia (PJM) selain Bantuan Kerusi Roda serta Lampin Pakai Buang Saiz L.

Encik Mohd Zubir bin Hj Md Som menerima Bantuan Lampin Pakai Buang Saiz XL untuk isterinya yang mengalami Strok sebelah kiri dan Penyakit Buah Pinggang Tahap Lima selain Bantuan Baik Pulih Rumah berjumlah RM 16,470.00.

Encik Latiff bin Abd Rahman yang terlantar akibat masalah Saraf Kaki turut menerima Kad Veteran ATM, Bantuan Kerusi Roda serta Bantuan Katil Pesakit jenis 3 engkol (3 crank).

Allahyarham Dahalal bin Alwi yang menghidap Penyakit Buah Pinggang, Kencing Manis dan Darah Tinggi. Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada 11 Mei 2026 jam 2220H. YB Adly Zahari turut menyampaikan Wang Pendahuluan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) sebanyak RM 3,000.00 kepada waris.

Encik Mohd Hassim bin Abdul Rahman yang merupakan Veteran ATM OKU dan terlantar akibat masalah Saraf Kaki, Kencing Manis serta Penyakit Jantung turut menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) RM 500.00, Kerusi Roda, Lampin Pakai Buang Saiz L serta memiliki Kad OKU (Fizikal).

Encik Mamat bin Zainal yang mengalami Sakit Jantung turut menerima Bantuan Bara Hidup (BSH) RM 300.00 serta Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) berserta Sijil.

Encik Ali bin Othman yang mengalami Strok separuh badan, Kolestrol Tinggi serta masalah Penglihatan selain mempunyai anak OKU juga. Veteran menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) RM 500.00. Turut disampaikan ialah Kad Veteran ATM, Katil Pesakit, Kerusi Roda, Lampin Pakai Buang Saiz XL untuk Veteran dan isteri, Lampin Saiz XXL untuk Anak OKU serta Bantuan Kerusi Pelbagai Fungsi _โ€œMulti Functional Lifting Transfer Commode Wheel Chairโ€_.

Encik Mohd Radzir bin Abdul Rahman yang mempunyai anak OKU dan merupakan penerima Pencen Hilang Upaya RM 479.00, Lampin Pakai Buang Saiz XXL, Bantuan Katil Pesakit serta Kerusi Roda untuk anak OKU.

Balu kepada Allahyarham Muhamat Zin bin Mihat menerima Pencen Terbitan sebanyak RM 1,390.62 selain sesi penyerahan Kad Veteran ATM, penganugerahan Pingat Jasa Malaysia dan sijil PJM kepada balu serta bantuan tongkat jenis empat kaki.

Balu kepada Allahyarham Jaamat bin Bahari menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) RM 300.00. Balu Veteran ATM turut menerima Kad Veteran ATM, Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan Sijil serta Bantuan Baik Pulih Rumah berjumlah RM 16,580.00.

Balu kepada Allahyarham Sutan bin Rejab menerima Kad Veteran ATM, Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan Sijil serta Bantuan Sara Hidup (BSH).

Balu kepada Allahyarham Amran bin Keling menerima Pencen Terbitan RM 1,757.67 dan Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 selain Bantuan Susu Formula daripada JHEV ATM, Lampin Pakai Buang Saiz XL untuk anak OKU serta Katil Khas Kanak-kanak _(Pediatric Bed)_ untuk anak OKU.

Encik Zainal bin Jaafar yang menghidap penyakit Kencing Manis, Darah Tinggi dan Masalah Lutut (Pembedahan ACL). Veteran menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan Sijil.

Encik Mohd Shukor bin Md Naim p**a mempunyai isteri yang terlantar akibat Strok sejak tahun 2021 selepas terjatuh di bilik air. Beliau menerima Bantuan Lampin pakai buang saiz M.

Dalam lawatan ini, YB Adly Zahari menegaskan bahawa kebajikan Veteran ATM dan ahli keluarga mereka akan terus diberi perhatian oleh Kementerian Pertahanan Malaysia melalui pelbagai inisiatif kebajikan dan sokongan yang menyeluruh.

Beliau turut menghargai jasa serta pengorbanan Veteran ATM yang telah berkhidmat mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara serta menyeru semua pihak agar terus bersama-sama membantu golongan Veteran ATM yang memerlukan perhatian.

Program Peduli Veteran MADANI ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan MADANI dalam memastikan kebajikan Veteran ATM, Balu dan Ahli Keluarga terus terbela serta mendapat perhatian sewajarnya.

Turut hadir adalah Ketua Komunikasi Strategik MINDEF - Encik Lokman bin A Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Dasar JHEV ATM - Mej Muhaizam bin Mustapa Delmi, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat Melaka Tengah - Puan Nooraisyah binti Mohd Isa dan staf, Yang Dipertua Persatuan Veteran ATM Negeri Melaka - Datuk Seri Haji Mohamad Fazil bin Haji Shafie, Pengarah JHEV ATM Cawangan Melaka dan Negeri Sembilan - Mej Muhammad Zarifi bin Haji Tumin serta Ahli Persatuan-persatuan Veteran ATM Negeri Melaka.

11/05/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga Kor Kesihatan Diraja sempena Hari Ulang Tahun Ke-59.

Sepanjang 59 tahun penubuhannya, Kor Kesihatan Diraja telah memainkan peranan yang amat penting dalam memberikan perkhidmatan kesihatan dan sokongan perubatan kepada Angkatan Tentera Malaysia, sama ada ketika aman mahupun dalam operasi dan misi kemanusiaan. Kecekapan, pengorbanan dan komitmen warga kor ini menjadi lambang profesionalisme serta kesiapsiagaan ATM.

Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan seluruh warga Kor Kesihatan Diraja, termasuk para veteran yang telah berbakti demi kesejahteraan anggota dan kedaulatan negara.

Semoga Kor Kesihatan Diraja terus cemerlang, berwibawa dan kekal unggul dalam mendepani cabaran semasa demi memastikan perkhidmatan kesihatan ATM sentiasa berada pada tahap terbaik.

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐”๐ฅ๐š๐ง๐  ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Š๐ž-๐Ÿ“๐Ÿ— ๐Š๐จ๐ซ ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ซ๐š๐ฃ๐š

Ikhlas daripada;
Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki
Ketua Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Veteran
Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) & Seluruh Warga Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM










Photos from JHEV ATM's post 10/05/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐‡๐ˆ-๐“๐„๐€ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐€๐“๐Œ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐ˆ๐๐” ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐ˆ๐Š๐€๐ ๐๐„๐๐”๐‡ ๐๐„๐๐†๐‡๐€๐‘๐†๐€๐€๐

๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€, ๐Ÿ๐ŸŽ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) Cawangan Melaka dan Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Majlis Hi-Tea Veteran ATM Wanita sempena sambutan Hari Ibu melibatkan Veteran ATM Wanita dari Negeri Melaka dan pelbagai pengisian program yang memberi manfaat kepada veteran serta keluarga mereka. Program dimulakan pada sesi awal bertempat di MYDIN Mall MITC, Melaka dengan sesi pendaftaran, diikuti sesi penyerahan baucar pembelian kepada Veteran ATM Wanita Negeri Melaka sempena sambutan Hari Ibu. Seramai 40 orang Veteran ATM Wanita daripada pelbagai pelbagai Persatuan Veteran ATM Negeri Melaka telah terlibat dalam program tersebut, dengan setiap peserta menerima baucar pembelian bernilai RM200 seorang.

Seterusnya peserta telah mengikuti sesi taklimat yang disampaikan oleh JHEV ATM Cawangan Melaka dan Negeri Sembilan. Kemudian, Veteran ATM Wanita telah bergerak ke lokasi pemilihan pakaian dan barangan keperluan menggunakan baucar yang diberikan. Setelah selesai, semua Peserta menaiki bas menuju ke Dataran Gangsa, Durian Tunggal, Melaka bagi Majlis Hi Tea.

Majlis penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari. Dalam majlis tersebut, Sumbangan Komputer Riba MADANI daripada Yayasan Veteran ATM dan Syarikat Etiqa Berhad telah disampaikan kepada anak-anak asnaf Veteran ATM melibatkan 16 orang penerima, iaitu 8 orang penerima dari Negeri Melaka dan 8 orang penerima dari Negeri Sembilan. Seterusnya, turut disampaikan Bantuan Zakat kepada balu veteran berumur 80 tahun ke atas melibatkan 15 orang penerima dari Negeri Melaka dan Negeri Sembilan sebagai usaha berterusan dalam menjaga kebajikan veteran serta waris mereka. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama tetamu kehormat, penerima sumbangan, para veteran serta semua pihak yang terlibat.

Penganjuran Program Majlis Hi-Tea Veteran ATM Wanita ini membuktikan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan melalui JHEV ATM dalam memastikan kebajikan veteran, balu serta keluarga Veteran ATM sentiasa diberi perhatian, di samping menghargai jasa dan pengorbanan mereka kepada negara.

Turut hadir ialah YBhg Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), YBhg Encik Khairoel Faiezy bin Hasnan, Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa General Takaful Berhad, YBhg Lt Kol (B) Azwadi Jamian, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Mejar Muhammad Zarifi bin Haji Tumin, Pengarah JHEV ATM Cawangan Melaka dan Negeri Sembilan serta wakil dari pelbagai Persatuan Veteran ATM Negeri Melaka.

Photos from JHEV ATM's post 04/05/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐€๐“๐Œ (๐๐•๐Œ ๐€๐“๐Œ) ๐๐ˆ๐๐“๐”๐‹๐” ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐€๐†๐„๐๐ƒ๐€ ๐Š๐„๐๐€๐‰๐ˆ๐Š๐€๐ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐’๐€๐‘๐€๐–๐€๐Š

๐๐ˆ๐๐“๐”๐‹๐”, ๐Ÿ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Program Veteran Madani Angkatan Tentera Malaysia (PVM ATM) diteruskan dengan pelaksanaan sesi ziarah kebajikan veteran di sekitar daerah Bintulu, Sarawak sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan dalam memperkukuh agenda kebajikan dan kesejahteraan komuniti veteran Angkatan Tentera Malaysia di seluruh negara. Program ini telah dirasmikan oleh YB Adly Zahari selaras dengan komitmen Kementerian Pertahanan dalam memastikan kebajikan veteran terus diberi perhatian secara menyeluruh.

Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) ini memberi fokus kepada pelaksanaan lawatan kebajikan secara terus ke kediaman veteran bagi meninjau keadaan semasa, mengenal pasti keperluan serta menyampaikan bantuan dan sokongan kepada veteran serta waris yang memerlukan.

Pada hari ketiga program, pasukan pelaksana telah mengadakan lawatan ke sembilan buah kediaman veteran dan balu veteran di sekitar Bintulu dengan program dimulakan seawal jam 8.30 pagi, manakala sesi lawatan bermula pada jam 8.30 pagi. Jadual lawatan rasmi bagi 2 Mei menunjukkan sembilan lokasi ziarah yang meliputi kawasan Sungai Bintulu dan Tanjung Kidurong.

Antara veteran yang disantuni termasuk Ranggau Anak Medin, keluarga mendiang Pengarah Anak Nyawai, keluarga mendiang Telanjan Anak Muari, keluarga mendiang Bala Anak Gundol, Pandang Anak Garit, Albert Jeli Bin Ubad, keluarga Allahyarham Ahmad Bin Md Noor, Siton @ Stephen Stone Anak Singki serta Nyawai Anak Menggin.

Dalam sesi ziarah tersebut, beberapa penerima turut menerima pengiktirafan dan sumbangan. Balu kepada mendiang Pengarah Anak Nyawai telah menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) berserta sijil penghargaan. Balu kepada mendiang Telanjan Anak Muari turut menerima pingat dan sijil PJM. Bagi rumah veteran keempat, mendiang Bala Anak Gundol yang merupakan seorang veteran orang kurang upaya (OKU), waris beliau telah menerima sijil PJM serta Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) bernilai RM3,000 daripada Yayasan Veteran ATM bagi kategori veteran tidak berpencen. Manakala bagi rumah veteran ketujuh, balu kepada Allahyarham Ahmad bin Md Noor turut menerima pingat dan sijil PJM.

Melalui pendekatan turun padang ini, pelbagai aspek kebajikan melibatkan kesihatan, bantuan sara hidup, keperluan perubatan, kebajikan balu veteran serta keperluan keluarga veteran dapat dikenal pasti secara lebih dekat bagi memastikan setiap golongan sasar menerima perhatian dan intervensi sewajarnya.

Program seperti ini membuktikan keprihatinan kerajaan MADANI terhadap jasa dan pengorbanan warga veteran ATM yang telah berkhidmat mempertahankan kedaulatan negara, di samping memperkukuh hubungan strategik antara kerajaan, veteran dan komuniti setempat.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon Haji Marjuki; Panglima 31 Briged Infantri Malaysia (31 Briged), Brigedier Jeneral Azman bin Md Zain; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Lt Kol (B) Azwadi Jamian; serta wakil Persatuan Veteran ATM Cawangan Negeri Sarawak, Pegawai Tadbir N9, Annie Harriet Anak Rejie dan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S5, Jennylyn Henry dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu.

Photos from JHEV ATM's post 02/05/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐€๐“๐Œ (๐๐•๐Œ ๐€๐“๐Œ) ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Š๐„๐๐€๐‰๐ˆ๐Š๐€๐ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐€๐’๐€๐

๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐€๐’๐€๐, ๐Ÿ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - Program Veteran Madani Angkatan Tentera Malaysia (PVM ATM) yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari diteruskan pada hari kedua pelaksanaannya dengan pengisian utama lawatan kebajikan ke kediaman veteran ATM di sekitar Sungai Asap, Sarawak.

Program ini turut disertai oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki bersama delegasi dalam usaha memperkukuh agenda kebajikan veteran ATM. Program yang bermula seawal jam 9.30 pagi itu menyaksikan delegasi bergerak dari penginapan menuju ke beberapa lokasi penempatan veteran bagi meninjau keadaan semasa serta menyantuni golongan tersebut secara lebih dekat.

Sepanjang program berlangsung, sebanyak tujuh buah kediaman veteran telah diziarahi melibatkan pelbagai latar belakang perkhidmatan termasuk anggota berpencen dan tidak berpencen. Antara veteran yang disantuni ialah Mathew Lawai, Stanley Usek, Tuba Bujuang, dan Uwen Bisau.

Selain itu, program turut merangkumi lawatan ke kediaman Razali Bin Anting, Simon Ebit serta Apin Aing yang masing-masing menerima kunjungan bagi tujuan penilaian kebajikan serta penyampaian sumbangan.

Pelaksanaan program ini memberi fokus kepada aspek kebajikan dan kesejahteraan veteran termasuk mengenal pasti keperluan semasa seperti kesihatan, sumber pendapatan serta sokongan bantuan yang bersesuaian. Sebahagian daripada veteran yang dilawati turut mempunyai isu kesihatan seperti darah tinggi, kolesterol dan penyakit kronik yang memerlukan perhatian berterusan.

Pelaksanaan PVM ATM ini jelas mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memastikan kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia sentiasa terpelihara serta tidak terpinggir, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Turut hadir , Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon Haji Marjuki; Panglima Briged Kesembilan Infantri Malaysia, Brig Jen Dato Jafri bin Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Lt Kol (B) Azwadi Jamian; wakil serta wakil Persatuan Veteran ATM cawangan negeri sarawak

Photos from JHEV ATM's post 02/05/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐€๐“๐Œ (๐๐•๐Œ ๐€๐“๐Œ) ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐ˆ๐๐“๐”๐‹๐”, ๐’๐€๐‘๐€๐–๐€๐Š โ€“ ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐‹๐€๐†๐€

๐๐„๐‹๐€๐†๐€, ๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐Š๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฌ) - Program Veteran Madani ATM (PVM ATM) telah dilaksanakan dengan pengisian lawatan kebajikan ke daerah Belaga, Sarawak sebagai sebahagian daripada usaha berterusan dalam menjaga kebajikan serta kesejahteraan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Program ini telah disantuni oleh YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, yang turut bersama dalam menjayakan pengisian program serta menyantuni para veteran ATM di sekitar daerah Belaga.

Turut mengiringi program ialah Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM), YBhg. Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki bersama pegawai-pegawai kanan jabatan.

Program dimulakan dengan pergerakan dari Bintulu menuju ke Belaga sejauh kira-kira 209 kilometer. Setibanya di Belaga, rombongan telah singgah di Masjid Daerah Belaga bagi menunaikan solat sebelum meneruskan perjalanan ke lokasi makan tengah hari.

Seterusnya, sesi makan tengah hari telah diadakan di Kafetaria Mesra Murni yang turut diselitkan dengan program sembang santai bersama veteran ATM. Dalam sesi ini, penyampaian sumbangan telah disampaikan kepada lima orang veteran iaitu:,Rintit Lek, Mat Nasir Bin Mamat, Stanley Sunyi Lating, Dennis Lajung dan Abang Safrino Bin Abang Masri

Program diteruskan dengan lawatan kebajikan ke kediaman beberapa orang veteran di kawasan Long Daah, Belaga. Antara veteran yang diziarahi termasuk: David Aba, Impi Jibun dan Amin Luhat

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau keadaan semasa veteran serta menyampaikan sumbangan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan mereka sepanjang perkhidmatan dalam ATM.

Program pada hari tersebut diakhiri dengan pergerakan menuju ke Sungai Asap sebelum aktiviti seterusnya diteruskan pada hari berikutnya.

Pelaksanaan Program Veteran Madani ATM ini jelas membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kebajikan veteran ATM sentiasa terbela serta diberi perhatian sewajarnya.

Turut hadir , Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon Haji Marjuki; Panglima Briged Kesembilan Infantri Malaysia, Brig Jen Dato Jafri bin Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Lt Kol (B) Azwadi Jamian; wakil serta wakil Persatuan Veteran ATM cawangan negeri sarawak

30/04/2026

๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š ๐Š๐จ๐ฆ๐ข๐ญ๐ฆ๐ž๐ง, ๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ง๐š ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š.

Hari Pekerja adalah hari untuk kita menghargai setiap usaha dan pengorbanan, yang menjadi asas kepada kekuatan serta kemajuan negara.

Sebagai tanda penghargaan ini, komitmen berterusan diterjemahkan melalui peranan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM dalam memastikan kebajikan Veteran ATM sentiasa terpelihara sebagai tanda terima kasih atas jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan.

Responsif | Prihatin | Komited

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ, ๐Š๐ž๐ฌ๐ฎ๐ฆ๐š ๐๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š

Ikhlas daripada;
Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki
Ketua Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Veteran
Angkatan Tentera Malaysia & Seluruh Warga JHEV ATM













30/04/2026
Photos from JHEV ATM's post 28/04/2026

๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐‰๐‡๐„๐• ๐€๐“๐Œ ๐‚๐€๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘ & ๐–๐ˆ๐‹๐€๐˜๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐’๐„๐Š๐”๐“๐”๐€๐ โ€“ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐Œ๐๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐Š๐Ž๐Œ๐๐”๐“๐„๐‘ ๐‘๐ˆ๐๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐€๐’๐๐€๐… ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐€๐“๐Œ

๐Ÿ๐Ÿ– ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐‹๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ - Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) Cawangan Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Yayasan Veteran ATM telah melaksanakan Program Pemberian Komputer Riba Madani kepada keluarga asnaf veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Program ini melibatkan seramai 16 orang penerima yang telah dikenal pasti untuk menerima sumbangan komputer riba sebagai usaha memperkasa akses kepada kemudahan pembelajaran digital. Inisiatif ini diharapkan dapat membantu memenuhi keperluan pendidikan semasa, di samping meringankan beban kewangan keluarga veteran serta menggalakkan penggunaan teknologi secara berkesan dalam kalangan pelajar.

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mej Jen Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki. Program ini telah berlangsung dengan lancar dan teratur, mencerminkan komitmen tinggi semua pihak yang terlibat dalam menjayakan inisiatif kebajikan ini.

Pelaksanaan program ini membuktikan keprihatinan berterusan pihak JHEV ATM dan Yayasan Veteran ATM dalam memelihara kebajikan komuniti veteran serta keluarga mereka. Diharapkan sumbangan yang diberikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para penerima dalam menyokong pembelajaran serta meningkatkan pencapaian akademik mereka.

28/04/2026

๐Œ๐˜ ๐–๐€๐‘๐‘๐ˆ๐Ž๐‘๐’ ๐‘๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐‹๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ก ๐ค๐ž๐œ๐ข๐ฅ, ๐ฆ๐š๐ค๐ง๐š ๐›๐ž๐ฌ๐š๐ซ. ๐ˆ๐ง๐ข๐ฌ๐ข๐š๐ญ๐ข๐Ÿ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐š๐ฃ๐š๐ค ๐ซ๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š-๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ก๐š๐ซ๐ ๐š๐ข ๐ฃ๐š๐ฌ๐š ๐๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐จ๐ซ๐›๐š๐ง๐š๐ง ๐•๐ž๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ง ๐€๐“๐Œ.

Saksikan perkongsian eksklusif dalam Malaysia Hari Ini (MHI) bersama YBhg. Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Kementerian Pertahanan Malaysia yang akan mengupas tentang penganjuran My Warriors Run 2026 serta peranan masyarakat dalam menyokong kebajikan wira negara.

๐Ÿ“บ Jangan lepaskan peluang untuk bersama kami secara langsung!

๐Ÿ—“๏ธ ๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก: ๐‘๐€๐๐”, ๐Ÿ๐Ÿ— ๐€๐๐‘๐ˆ๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
โฐ ๐Œ๐š๐ฌ๐š: ๐Ÿ๐ŸŽ.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐๐š๐ ๐ข โ€“ ๐Ÿ๐Ÿ.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐๐š๐ ๐ข
๐Ÿ“บ ๐’๐š๐ฅ๐ฎ๐ซ๐š๐ง: ๐“๐•๐Ÿ‘ (Malaysia Hari Ini-MHI)
๐Ÿ“ก ๐“๐จ๐ง๐ญ๐จ๐ง ๐ฌ๐ž๐œ๐š๐ซ๐š ๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ฌ๐ฎ๐ง๐  ๐๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š-๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ค๐ข๐ญ๐š ๐ฆ๐ž๐ง๐ฒ๐จ๐ค๐จ๐ง๐  ๐ฎ๐ฌ๐š๐ก๐š ๐ค๐ž๐›๐š๐ฃ๐ข๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ฆ๐ข ๐ฉ๐š๐ก๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ง ๐ง๐ž๐ ๐š๐ซ๐š.

Tarikh Larian: 7 Jun 2026 (Ahad)
โฐ Masa: 7.00 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Dataran DBKL, Kuala Lumpur
๐Ÿƒ Jarak: 7KM Fun Run
๐Ÿ“Œ Tema:

๐Ÿ“ PENDAFTARAN KINI DIBUKA!
โณ Tarikh tutup pendaftaran: 22 Mei 2026 (Jumaat)

๐Ÿ’ฐYuran Penyertaan:
โœ”๏ธ๐Š๐š๐ญ๐ž๐ ๐จ๐ซ๐ข ๐Ÿ (๐ˆ๐ง๐๐ข๐ฏ๐ข๐๐ฎ): ๐‘๐Œ๐Ÿ’๐ŸŽ (๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐ค๐ž ๐š๐ญ๐š๐ฌ)
โœ”๏ธ๐Š๐š๐ญ๐ž๐ ๐จ๐ซ๐ข ๐Ÿ (๐Š๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š): ๐‘๐Œ๐Ÿ๐Ÿ๐ŸŽ (๐Ÿ ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ฌ๐š + ๐Ÿ ๐Š๐š๐ง๐š๐ค-๐ค๐š๐ง๐š๐ค)
โœ”๏ธ๐๐ž๐ซ๐œ๐ฎ๐ฆ๐š ๐›๐š๐ ๐ข ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐š๐ง ๐š๐ก๐ฅ๐ข ๐ค๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š ๐ญ๐š๐ฆ๐›๐š๐ก๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ค๐š๐ง๐š๐ค-๐ค๐š๐ง๐š๐ค ๐›๐š๐ฐ๐š๐ก ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ซ ๐Ÿ• ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง. ๐๐š๐ฆ๐ฎ๐ง, ๐ค๐ข๐ญ ๐ฅ๐š๐ซ๐ข๐š๐ง ๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐๐ข๐ฌ๐ž๐๐ข๐š๐ค๐š๐ง.

๐ŸŽ Setiap peserta akan menerima:
โœ” Runner T-Shirt
โœ” Bib Number
โœ” Finisher Medal
โœ” Goodies Bag

๐ŸŽ‰ CABUTAN BERTUAH MENANTI ANDA!
Hadiah menarik termasuk EV Bike, Smart TV 55โ€, Tablet & Telefon Pintar.

Daftar My Warriors Run 2026
๐Ÿ”— https://checkpointspot.asia/event/my-warrior-run26

Muat turun tips larian melalui pautan ini:
๐Ÿ”— https://tinyurl.com/5n7rm8et

Sokong Kempen Tabung Pahlawan
๐Ÿ”— https://www.facebook.com/share/1BYm7eyaYZ/?mibextid=wwXIfr







โ€™DP



Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


TINGKAT 20 JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM, MENARA TH PERDANA
Kuala Lumpur
50250