Pemuda Batu

Pemuda Batu

Share

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Photos from Pemuda Batu's post 18/03/2026

Pemuda & Puteri UMNO Bahagian Batu Menyantuni Warga Sentul dalam Program Kongsi Rezeki

18 Mac 2026 (Rabu) | LRT Sentul

Bersempena Program Kongsi Rezeki pada petang ini, Pemuda & Puteri UMNO Bahagian Batu telah menyampaikan pek bubur lambuk di Hentian Stesen LRT Sentul kepada Warga Penduduk kawasan Sentul. penyampaian ini telah disempurnakan oleh YBrs En. Mohd Zulfadli bin Amiruddin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu bersama YBrs. Cik Farah Athirah binti Kamarozaman selaku Ketua Puteri UMNO Bahagian Batu.

Pemuda & Puteri sentiasa memberi khidmat bakti kepada komuniti setempat khususnya pada Bulan Ramadan ini agar segala amal jariah yang dilakukan mendapat keredaan Allah S.W.T.

Photos from Pemuda Batu's post 18/03/2026

Program Kongsi Rezeki Bubur Lambuk Pemuda & Puteri UMNO Bahagian Batu 2026

18 Mac 2026 (Rabu) | Pejabat UMNO Bahagian Batu

Sedang kita meneruskan ibadah puasa Ke 28 hari ini.. Pemuda & Puteri UMNO Bahagian Batu telah melaksanakan Program Kongsi Rezeki dengan mengagihkan bubur Lambuk kepada Ahli Pemuda UMNO Cawangan serta masyarakat sekitar. Program ini telah sempurnakan oleh YBhg Datuk Haji Gulam Muszaffar bin Haji Gulam Mustakim Ketua UMNO Bahagian Batu, turut hadir bersama YBrs En Azniee bin Abdullah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu , YBrs. Tuan Abu Bakar ithnin Naib Ketua UMNO Bahagian Batu, YBrs En. Mohd Zulfadli bin Amiruddin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu bersama YBrs. Cik Farah Athirah binti Kamarozaman selaku Ketua Puteri UMNO Bahagian Batu .

Majlis diserikan dengan penyampaian kepada Warga Penduduk Parlimen Batu serta kawasan kejiranan sekitar. Semoga program bermanfaat ini dapat diteruskan di masa akan datang.

TikTok · Angah ✅ 07/03/2026

Misi Sahur Pemuda X Puteri UMNO Bahagian Batu 2026

TikTok · Angah ✅ 25 likes, 2 comments. “MISI SAHUR | Pemuda X Puteri UMNO Bahagian Batu, WP Kuala Lumpur menyantuni anggota keselamatan dan pertahanan yang berkhidmat dari malam ke pagi ✌🏽”

Photos from Pemuda Batu's post 07/03/2026

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pemuda x Puteri UMNO Bahagian Batu Menyantuni Petugas Barisan Hadapan Sempena Program Misi Sahur 2026

7 Mac 2026 (Sabtu) | Sekitar Parlimen Batu

Bersempena menyambut bulan ramadan yang penuh barakah dan berkat ini. Pemuda & Puteri UMNO Bahagian Batu telah melaksanakan Program Misi Sahur dengan menyampaikan 100 Pek Makanan Sahur kepada Petugas Barisan Hadapan (Polis , Bomba, Tentera & Petugas Masjid).

Pelaksanaan Misi Sahur ini telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Haji Gulam Muszaffar bin Haji Gulam Mustakim Ketua UMNO Bahagian Batu dengan menyampaikan simbolik 100 pek sahur kepada YBrs En. Mohd Zulfadli bin Amiruddin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu bersama YBrs. Cik Farah Athirah binti Kamarozaman selaku Ketua Puteri UMNO Bahagian Batu . Majlis turut dihadiri Tuan Azniee bin Abdullah selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu bersama barisan kepimpinan UMNO Bahagian Batu.

Seramai 40 peserta konvoi Misi Sahur dikalangan pemuda & Puteri di Bahagian Batu telah hadir bagi menjayakan Misi Sahur ini. Konvoi misi ini telah menuju ke lokasi seperti berikut :

1. Pondok Polis Sri Murni
2. Balai Bomba Dan Penyelamat Jinjang
3. Balai Polis Jinjang
4. Pondok Polis Batu
5. Balai Polis Sentul
6. Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul
7. Balai Bomba Dan Penyelamat Sentul
8. Kem Batu Kentomen
9. Masjid sekitar Parlimen Batu

Kami Pemuda & Puteri UMNO Bahagian Batu merakamkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan UMNO Bahagian Batu atas sokongan sepanjang pelaksanaan program Misi Sahur 2026 ini berlangsung.

Kepada semua para peserta konvoi misi, anda semua merupakan ahli UMNO yang mempunyai semangat dan jiwa dalam melaksanakan aktiviti khidmat bakti kepada masyarakat di Parlimen Batu. Semoga amalan ini mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T Insya-Allah..

Diharapkan inisiatif dan usaha program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan ukhwah Pemuda & Puteri khususnya di Bahagian Batu kekal utuh selamanya.





Photos from Pemuda Batu's post 05/03/2026

Sesi Persiapan pek makanan Misi Sahur Pemuda x Puteri UMNO Bahagian Batu. Jom kita sertai misi ini ..

05/03/2026

Program Misi Sahur Pemuda x Puteri UMNO Bahagian Batu 2026

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam kepada Pemuda & Puteri UMNO Cawangan di Bahagian Batu.

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pemuda & Puteri UMNO Bahagian Batu akan melaksanakan Program Misi Sahur dengan menyampaikan Pek Makanan Sahur kepada Petugas Barisan Hadapan (Polis , Bomba, Tentera & Petugas Masjid).. Pelaksanaan Misi Sahur ini adalah secara konvoi bermotor dikalangan Pemuda & Puteri UMNO untuk menyampaikan pek makanan sahur tersebut mengikut destinasi yang ditetapkan..

Oleh demikian, kami berbesar hati ingin menjemput semua Ketua Pemuda UMNO Cawangan & Ketua Puteri UMNO Cawangan di Bahagian Batu untuk bersama-sama menyertai Program Misi Sahur seperti butiran berikut :

Persiapan Pek Makanan sempena Misi Sahur

Tarikh : 6 Mac 2026 (Jumaat)

Masa : 10.30 Malam

Tempat : Pejabat UMNO Bahagian Batu

Pelaksanaan Misi Sahur Pemuda x Puteri UMNO Bahagian Batu

Tarikh : 7 Mac 2026 (Sabtu)

Masa Flag Off Misi : 12.00 am

Tempat : Sekitar Parlimen Batu (Balai / Pejabat Petugas Barisan Hadapan)

Photos from Pemuda Batu's post 03/03/2026

Iftar Bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia

3 Mac 2026 (Selasa) | Bandar Tun Rezak

Pemuda UMNO Bahagian Batu pada hari ini hadir ke Program Iftar bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia Di Bandar Tun Razak Kuala Lumpur.

Sepanjang majlis berlangsung, ia memberi ruang kepada barisan kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Batu mengenali pelbagai Bahagian Pemuda di Negeri & Bahagian untuk mengeratkan ukhwah diantara satu sama lain..

Photos from Pemuda Batu's post 14/02/2026

Flag off Retreat Pemuda UMNO Cawangan Kampung Batu

14 Februari 2026 (Sabtu) | Legenda Malaya

Menyantuni Pemuda UMNO Cawangan Kampung Batu Hadi Karim yang akan ke program retreat di Melaka. Turut Hadir bagi pelepasan program disempurnakan oleh YBrs En Mohd Zulfadli Bin Amiruddin selaku Ketua Pemuda UMNO Cawangan Batu..

Kami mendoakan keselamatan mereka pergi dan balik serta kelancaran program dipermudahkan.

Inshaallah ✌🏽

Photos from Pemuda Batu's post 14/02/2026

Kejohanan Pickleball Anjuran Pemuda UMNO Cawangan Taman Koperasi Polis 2

14 Februari 2026 (Sabtu) | KSL Sports Centre Kuala Lumpur

Pemuda UMNO Bahagian Batu merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Pemuda UMNO Cawangan Taman Koperasi Polis Fasa 2 Saudara Azlan Osman di atas penganjuran kejohanan pickle ball santai di SLK Sports Center.

Majlis Penutup Kejohanan disempurnakan oleh YBrs Mohd Zulfadli bin Amiruddin Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu bersama Barisan AJK Pemuda UMNO Bahagian Batu. Program Sukan santai ini dilaksanakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim Pemuda UMNO Cawangan dengan penglibatan aktiviti fizikal Dan bermanfaat .

09/02/2026

PROGRAM GOTONG-ROYONG TANAH PERKUBURAN ANJURAN PEMUDA & PUTERI UMNO BAHAGIAN BATU

Assalamualaikum w.b.t.,
Dimaklumkan bahawa satu aktiviti Gotong-Royong Pembersihan Tanah Perkuburan Kg. Bangkong/Batu 5 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 15 Februari 2026
Hari: Ahad
Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari

Sehubungan itu, semua yang berkelapangan adalah dijemput dan dialu-alukan untuk hadir bagi bersama-sama menjayakan program ini.

Insya-Allah, sarapan pagi akan disediakan.

Kerjasama dan kehadiran semua amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

02/02/2026

Sokong 100% ..Kita tolak habis - habisan

2 Feb 2026

SELAGI UMNO ADA DALAM KERAJAAN, AGENDA INI KAMI AKAN TOLAK!!

Agenda Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan satu tindakan politik yang berisiko merugikan rakyat.

Dari sudut pengurusan awam, pelaksanaan pilihan raya PBT akan menuntut peruntukan dana yang besar. Dana yang seharusnya dimanfaatkan untuk memperkukuh perkhidmatan asas seperti kebersihan bandar, pengangkutan awam, penyelenggaraan infrastruktur dan kesejahteraan komuniti setempat.

Mengalihkan sumber awam kepada proses politik tambahan bukanlah satu keutamaan yang rasional dalam keadaan ekonomi dan fiskal semasa.

Lebih membimbangkan, kuasa terhadap pembangunan bandar dan pengurusan hasil cukai akan terdedah kepada salah guna kuasa serta konflik kepentingan.

Bandaraya seperti Kuala Lumpur telah membangun dengan pesat dan terancang, seiring dengan bandar-bandar utama dunia tanpa memerlukan pilihan raya PBT.

Model pentadbiran sedia ada telah terbukti mampu memastikan kestabilan, kesinambungan dasar dan kecekapan pelaksanaan.

Oleh itu, tiada keperluan untuk mewujudkan satu lagi lapisan kuasa politik yang bukan sahaja berisiko menimbulkan pertindihan bidang kuasa, malah berpotensi mencetuskan ketidaktentuan dalam sistem pentadbiran sedia ada.

Lebih serius, agenda ini berpotensi membuktikan bahawa kaum Melayu akan terpinggir dan diketepikan, khususnya di kawasan bandar.

Struktur demografi dan realiti politik semasa menunjukkan bahawa pilihan raya PBT boleh membuka ruang kepada dominasi satu pihak, sekali gus menafikan prinsip keadilan sosial dan keseimbangan antara kaum.

Kebimbangan ini bukan bersifat spekulatif, sebaliknya berpaksikan analisis realistik terhadap landskap politik semasa.

Jika dibiarkan, ia berisiko menghakis peranan masyarakat Melayu dalam menentukan hala tuju pembangunan bandar serta pengagihan sumber secara adil dan inklusif.

Hari ini, kerajaan yang mentadbir bukan milik mana-mana parti tunggal.

Ia adalah sebuah kerajaan campuran, dan Barisan Nasional (BN) merupakan sebahagian daripadanya. Selagi BN berada dalam kerajaan, agenda Pilihan Raya PBT ini tidak akan dibenarkan untuk dilaksanakan.

DAP perlu menerima hakikat ini dan melupakan hasrat tersebut buat masa ini.

Namun sekiranya suatu hari nanti, nauzubillah; mereka mentadbir negara tanpa BN, maka ketika itulah mereka boleh melaksanakan model pentadbiran samarata yang telah lama mereka perjuangkan.

Namun bukan hari ini, dan bukan di bawah kerajaan campuran yang menjunjung kestabilan, keseimbangan dan kepentingan semua kaum.

Sejak awal, BN kekal konsisten menolak sebarang bentuk penjajahan politik strategik yang berpotensi mengancam keharmonian masyarakat dan kestabilan negara, termasuk usaha memperkenalkan agenda politik melalui pintu pentadbiran tempatan.

DATUK MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO
Ketua UMNO Bahagian Seputeh

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


12A
Kuala Lumpur
68100