02/10/2026
TURPA KSU KKR | TURUN PADANG, SELESAIKAN ISU, PERCEPATKAN DELIVERY NAIKTARAF LEBUHRAYA SDE
JOHOR BAHRU, 2 Oktober 2026 – YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KSU KKR), hari ini melaksanakan Lawatan Turun Padang (TURPA) ke Projek Menaiktaraf Lebuh Raya Senai–Desaru (SDE), Johor, melibatkan jajaran dari Jambatan Sungai Johor (KM49.30) hingga Sungai Semenchu (KM58.70).
Lawatan turut melibatkan kunjungan ke Pejabat Operasi Lebuhraya SDE bagi mendapatkan gambaran menyeluruh berhubung operasi, penyelarasan pelaksanaan serta isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan lebuh raya.
Pendekatan turun padang ini membolehkan kemajuan sebenar projek dinilai secara menyeluruh termasuk kemajuan kerja di tapak, isu kritikal, kekangan pelaksanaan serta keberkesanan pelan pemulihan (recovery plan) yang sedang dilaksanakan.
Setiap isu yang dikenal pasti perlu disusuli tindakan yang jelas, dengan pemilik tindakan, tempoh penyelesaian dan pemantauan susulan yang ditetapkan. Selaras dengan budaya Follow Up & Follow Through KKR, isu tidak boleh sekadar dibincangkan, sebaliknya perlu diselesaikan secara tuntas dan berkesan.
Pelaksanaan projek juga perlu mengambil kira kesan kelewatan (cost of delay) serta impaknya kepada rakyat. Kelewatan boleh memberi implikasi terhadap kos, jadual pelaksanaan, kelancaran perjalanan, aktiviti ekonomi dan produktiviti masyarakat.
Justeru, setiap tindakan perlu berteraskan sense of urgency, ownership dan accountability bagi memastikan penyampaian projek dipercepatkan tanpa berkompromi terhadap aspek keselamatan, kualiti dan pematuhan spesifikasi.
KKR akan terus memperkukuh Delivery Culture melalui pemantauan lapangan, tindakan susulan yang berkesan serta akauntabiliti bersama bagi memastikan setiap projek dapat disampaikan mengikut sasaran dan memberi manfaat yang optimum kepada rakyat.
We Build More Than Infrastructure.