Wanita UMNO, Bahagian Wangsa Maju

Wanita UMNO, Bahagian Wangsa Maju

Share

Page ini wujud sebagai platform untuk menyampaikan maklumat mengenai program Wanita UMNO Wangsa Maju

Photos from Wanita UMNO, Bahagian Wangsa Maju's post 07/04/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Wangsa Maju pada 06 April 2026 telah berlangsung dengan lancar dan penuh semangat kerjasama.

Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang hadir serta memberikan komitmen dan pandangan demi memperkukuhkan gerak kerja Wanita UMNO Bahagian Wangsa Maju.

Semoga segala urusan dan perancangan yang dibincangkan dipermudahkan serta membawa manfaat kepada organisasi dan masyarakat.

Bersatu, berkhidmat dan terus teguh dalam perjuangan.


Photos from Wanita UMNO, Bahagian Wangsa Maju's post 14/12/2025

Alhamdulillah, telah selesai dengan jayanya Program Pemerkasaan Wanita MARA Wangsa Maju 2025 yang berlangsung pada 13 Disember 2025 (Sabtu) bertempat di Dewan Serbaguna Taman Melati, Kawasan 12 Kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Rosni binti Sohar, Ahli Majlis MARA.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini, khususnya:

🀍 MARA Wangsa Maju selaku penganjur
🀍 Pembangunan Wanita dan Keluarga Wilayah Persekutuan
🀍 Wanita Bahagian Wangsa Maju
🀍 Para penceramah, tetamu kehormat, jawatankuasa pelaksana, sukarelawan serta semua peserta yang hadir dengan penuh komitmen

Alhamdulillah, Program ini telah dihadiri hampir 400 pengunjung dan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti bermanfaat, antaranya:
✨ Zumba
✨Pameran Agensi Kerajaan
✨Booth Jualan usahawan IKS
✨ Taklimat Ekosistem Keusahawanan MARA
✨ Ceramah Keusahawanan: Transformasi Digital dan Pesona Wanita
✨ Pertandingan Gubahan
✨ Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
✨ Penyerahan Surat Tawaran Kemudahan MARA kepada 10 usahawan MARA
✨ Penyampaian sumbangan bakul makanan kepada 150 penerima asnaf dan warga emas
✨ Penyampaian 50 penerima sumbangan Yayasan Pelajaran Mara

Semoga program ini dapat memberi manfaat, menambah ilmu keusahawanan, serta membuka lebih banyak peluang kepada wanita untuk terus maju dan berdaya saing, selari dengan usaha memperkasakan komuniti usahawan wanita di Wangsa Maju.

Terima kasih atas sokongan semua.
Semoga berjumpa lagi di program akan datang 🌸

10/12/2025

✨ JEMPUTAN PROGRAM PEMERKASAAN WANITA MARA – WANGSA MAJU ✨

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pejabat MARA Daerah Wangsa Maju & Setiawangsa dengan berbesar hati menjemput seluruh usahawan wanita Wangsa Maju, serta penduduk sekitar kawasan Wangsa Maju, untuk menghadiri:

πŸ“… 13 Disember 2025 (Sabtu)
⏰ 11.00 pagi – 4.00 petang
πŸ“ Dewan Serbaguna Taman Melati, Kawasan 12, Kuala Lumpur

Program ini bertujuan memperkasa wanita melalui peningkatan pengetahuan, kemahiran dan peluang keusahawanan, serta menyediakan maklumat berkaitan ekosistem sokongan MARA.

Antara pengisian menarik:
βœ”οΈ Zumba
βœ”οΈ Taklimat Ekosistem Keusahawanan MARA
βœ”οΈ Ceramah Keusahawanan & Transformasi Digital
βœ”οΈ Penyampaian Bantuan & Sumbangan penerima yang telah di kenal pasti.
βœ”οΈ Jualan/Promosi Produk Usahawan
βœ”οΈ Sesi bergambar & jamuan minum petang

Kehadiran anda amat bermakna dalam menjayakan usaha memperkasa komuniti wanita dan merancakkan ekonomi setempat.

🎟️ Penyertaan adalah PERCUMA.

πŸ“² Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
πŸ“ž 03-4040 0237 (Pejabat MARA Daerah Wangsa Maju & Setiawangsa)

Mari bersama membina jaringan, menimba ilmu, dan membuka peluang baharu untuk masa depan ekonomi wanita yang lebih cemerlang.

Jumpa anda di sana! 🌸

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kompleks Yayasan Wangsa Perdana, Lot 27679 Jalan Ibu Kota
Kuala Lumpur
53100