09/05/2026
Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga Allahyarhamah Hajah Norazian binti Ab Razak, Pegawa SISC+ PPD Sentul atas pemergian menghadap illahi pada 9 Mei 2026. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah swt.
Facebook Rasmi Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
09/05/2026
Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga Allahyarhamah Hajah Norazian binti Ab Razak, Pegawa SISC+ PPD Sentul atas pemergian menghadap illahi pada 9 Mei 2026. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah swt.
09/05/2026
KUNJUNGAN HORMAT NICOL DAVID ORGANISATION (NDO)
JPWPKL telah menerima kunjungan hormat daripada Nicol David Organisation yang diketuai oleh YBhg. Datuk Nicol David pada 29 april 2026.
Sesi perbincangan menjurus kepada hasil dapatan daripada program +Play yang telah dianjurkan oleh NDO di beberapa buah sekolah di Kuala Lumpur. Program tersebut dilihat memberi impak positif dalam usaha memperkasakan pembangunan murid melalui aktiviti sukan dan kesejahteraan.
Selain itu, perbincangan turut menyentuh perancangan untuk memperluaskan pelaksanaan program +Play ke lebih banyak sekolah di Kuala Lumpur agar lebih ramai murid dapat menerima manfaat daripada program berkenaan.
'Tahun Ini, Tahun Kita'
-2035
09/05/2026
KEJOHANAN SKUASY MAJLIS SUKAN SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (MSSWPKL) 2026
Kejohanan Skuasy MSSWPKL 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 5 hingga 8 Mei 2026 bertempat di Pusat Skuasy Jalan Duta melibatkan penyertaan seramai 152 orang murid daripada 16 buah sekolah menengah, 25 buah sekolah rendah serta 9 buah sekolah swasta sekitar Kuala Lumpur.
Majlis Perasmian Penutupan kejohanan telah disempurnakan oleh Encik Aziz bin Hashim, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid, JPWPKL.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua jawatankuasa pengelola, atlet, jurulatih, pengurus pasukan, pegawai kejohanan serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini. Semoga kejohanan ini terus menjadi platform terbaik dalam mencungkil bakat dan melahirkan atlet skuasy cemerlang untuk masa hadapan.
'Tahun Ini, Tahun Kita'
-2035
09/05/2026
6 - 8 Mei 2026
Kem Kerohanian Pemantapan Akidah Sekolah Menengah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di White Camp Resort, Pulau Pinang. Program ini anjuran bersama Sektor Pendidikan Islam JPWPKL dan Bahagian Pembangunan Asnaf MAIWP dikelolakan SMK Bukit Bandaraya melibatkan 160 orang murid Tingkatan 2 dan 20 orang Jurulatih Kem Adab dan Nilai WP Kuala Lumpur. Program ini dirasmikan oleh En. Mohd Radzaleih bin Matusin, Timbalan Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan Asnaf MAIWP dan turut dihadiri oleh Tuan Hj Yaakob bin Zakaria, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam JPWPKL.
Program ini adalah selaras dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 yang menekankan pembangunan insan holistik, kesejahteraan emosi, pengukuhan sahsiah serta pembinaan jati diri murid berasaskan nilai agama dan moral. Melalui pengukuhan spiritual dan sahsiah, murid dapat dibentuk menjadi generasi yang bukan sahaja cemerlang akademik tetapi juga mempunyai akhlak mulia serta mampu menyumbang kepada masyarat dan negara. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Bicara Ilmi Akidah, Qiamullail, Solat Berjemaah, Latihan Dalam Kumpulan, Munajat Hamba, Eksplorasi Ibadah, Riadah Mahabbah dan Save Your Iman.
-2035
08/05/2026
BENGKEL PEMERKASAAN PENGURUSAN 3K DAN KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI KEPADA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SEKOLAH MENENGAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TAHUN 2026
Tarikh : 6 - 8 Mei 2026 (Rabu - Khamis)
Masa : 7.30 pagi - 10.00 malam
Tempat : Institut Pengurusan Peladang, Langkawi
Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Pengurusan 3K dan Kursus Kenegaraan Malaysia Madani kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) Sekolah Menengah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2026.
Majlis penutup bengkel telah dihadiri oleh YBrs. Tuan Faizal Iqram bin Ibeni Yanin, Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Wilayah Persekutuan dan diiringi oleh Encik Muslim bin Mustapa, Ketua Penolong Pengarah, Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, JPWPKL.
Program ini diadakan bertujuan untuk memperkasakan PK HEM Sekolah Menengah di Kuala Lumpur serta memberikan input semasa tentang kenegaraan dan Malaysia Madani kepada mereka.
Seramai 70 orang PK HEM Sekolah Menengah menyertai bengkel yang diadakan yang memberi fokus kepada slot kenegaraan serta perkongsian mengenai bidang tugas PK HEM di sekolah.
Program ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pemerkasaan PK HEM Sekolah Menengah dalam menjalankan tugas di sekolah serta memberikan motivasi untuk terus mendidik anak bangsa mengikut landasan yang betul.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada Akademi Kenegaraan Malaysia Wilayah Persekutuan untuk jalinan strategik dan kerjasama menjayakan bengkel kali ini.
Tahun Ini, Tahun Kita!
-2035
08/05/2026
Program Sambutan Hari Ulang Tahun Kor Kadet Polis Ke 56 Peringkat Kontinjen Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh YDH. CP Dato' Fadil bin Haji Marsus, Ketua Polis Kuala Lumpur bertempat di Dataran Perkasa, IPK Kuala Lumpur pada 8 Mei 2026.
Majlis ini turut dihadiri oleh Pn. Hajah Izaryani binti Ishak, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD bagi mewakili Pengarah JPWPKL dan wakil Pengarah JPWP Putrajaya. Perhimpunan ini telah dihadiri oleh seramai 300 anggota kadet dari WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya membuktikan bahawa komitmen, kesepakatan dan usahasama antara Jabatan Pendidikan Negeri dan PDRM sentiasa seiring dengan slogan "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada"
Tahun Ini, Tahun Kita.
-2035
08/05/2026
Nama Program : Pertandingan Inovasi Terengganu International Science Fair 2026
Tarikh : 18 April 2026
Tempat : Universiti Malaysia Terengganu
Pencapaian: Antarabangsa
Pencapaian: Anugerah Emas (Gold Award)
Penganjur : Malaysia Young Scientists Organisation
Kumpulan FloraFire
Mohamed Darwisy Eshan bin Mohamed Izani
Rayyan Mikhael bin Mohamed Salim
Elyas Eizzuhayr bin Mohd Feiruz
Kumpulan Windara
Muhamad Afiq Zarif bin Nadzrudin
Mohamad Faris Afig bin Mohamad Faizal
Muhammad Izzulashredza bin Zulkeflee
Kumpulan H2GO
Mohammad Ariff Rifqi
Muhammad Irfan Naufal bin Abdul Hakim
Qaish Nifael bin Mohd Taufiq
Ammar Darwish bin Rasdi Muhammad Qhalif Rayyan bin Hasrul
Kumpulan Equal-Step
Muhammad Yusuf bin Mohd Hafiz
Muhammad Danish Daniel bin Abdullah
Muhammad Irsyad bin Mohd Imran
Muhammad Amir Rasyiddin bin Mohd Fauzi
Guru Penasihat:
Mohamed Amir Ali Bin Che Othman
Zulkifli Bin Ahmad
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada SM Sains Alam Shah (ASiS) atas kejayaan luar biasa merangkul Anugerah Emas bagi semua penyertaan di Terengganu International Science Fair 2026.
Syabas kepada 16 orang murid dan guru pengiring yang hebat.Kejayaan ini membuktikan penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Pengetahuan Kompetitif murid di peringkat global.
Penghargaan juga buat pihak pentadbir, PIBG, dan ibu bapa atas sokongan yang menjadi pemacu kecemerlangan ini.
Semoga kejayaan ini terus melonjakkan kualiti pendidikan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
‘Tahun Ini, Tahun Kita’
-2035
08/05/2026
Program Pelaksanaan Program Pembangunan Berterusan untuk Pendidik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan satu inisiatif hasil kerjasama strategik antara Kementerian Pendidikan (KPM) dan TYMBA Education Group bersama ACCA. Program ini diselaraskan di peringkat negeri oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai penghubung antara pihak berkepentingan dan institusi pendidikan.
Pelaksanaan program ini selari dengan RPM Teras Strategik 5, iaitu mempergiat sinergi antara institusi pendidikan KPM dengan pihak berkepentingan bagi memperkasa pembangunan profesional pendidik, khususnya dalam bidang perakaunan.
Kos penyertaan bagi seorang guru adalah sebanyak RM4,999, yang ditanggung secara bersama oleh ACCA sebanyak RM1,499 dan TYMBA Education Group sebanyak RM3,500, menjadikan program ini lebih aksesibel kepada guru yang terpilih.
Bagi pelaksanaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kuota hanya diberi sebanyak 40 orang guru Prinsip Perakaunan sahaja. Walau bagimanapun seramai 65 orang guru telah menunjukkan minat dan mendaftar untuk mengikuti program tersebut. Ini menunjukkan keperluan dan minat yang tinggi terhadap program pembangunan profesional berterusan dalam kalangan pendidik.
-2035
08/05/2026
JPWPKL merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Cikgu Lenna Monicca dari SMK Segambut atas kejayaan menamatkan Fulbright Teacher Exchanges Program di Amerika Syarikat. Dari Florida ke Washington D.C., beliau telah membawa nama Malaysia melalui perkongsian kepakaran Matematik dan inovasi STEM.
Kejayaan ini adalah manifestasi utama Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035, di mana kemenjadian guru yang berkualiti menjadi pemangkin utama kepada kemenjadian murid.
Melalui pendedahan global dan amalan pedagogi inovatif yang dibawa pulang, Cikgu Lenna kini bersedia memacu transformasi bilik darjah demi melahirkan murid yang kompetitif dan Future Ready. Apabila guru terus berkembang, murid akan mencapai potensi optimum mereka.
Syabas Cikgu Lenna! Teruslah menjadi inspirasi dalam memartabatkan kualiti pendidikan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Tahun ini, tahun kita!!
-2035
08/05/2026
PROGRAM EKSPLORASI SAINS DAN TEKNOLOGI BAGI MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS (MBPK) WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
📢 Anjuran : Sektor Pendidikan Khas JPWPKL bersama Pusat Sains Negara
📅 Tarikh : 12 & 13 Mei 2026 (Selasa & Rabu)
🕚 Masa : 11.00 pagi – 4.30 petang
📍 Tempat : Pusat Sains Negara
Objektif Program :
Program ini bertujuan memberikan pengalaman pembelajaran bermakna kepada MBPK dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pendekatan aktiviti yang menyeronokkan serta pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid.
Bersama-sama kita memperkasa potensi MBPK melalui pembelajaran yang menyeronokkan, bermakna dan berimpak tinggi.
Sekian, terima kasih.
‘Tahun Ini, Tahun Kita’
-2035
08/05/2026
16 April 2026
Bengkel Guru Pembimbing Bicara Berirama Program Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) Tahun 2026 telah di adakan di Dewan Bishop Ferguson Hall, SMK St. Mary.
Encik Burhanuddin bin Alias selaku Pegawai Teknikal Negeri selaku penceramah berkongsi jenis skrip dan gaya persembahan terbaik mengikut syarat yang telah ditetapkan dalam kertas konsep Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Kebangsaan Tahun 2026. Dalam bengkel ini juga penceramah menekankan konsep persembahan yang menepati syarat bicara berirama bagi pertandingan anjuran Kementerian Pendidikan (KPM) dan juga bagi persembahan luar oleh pihak agensi.
Diharapkan selepas bengkel ini, guru pembimbing dapat mengaplikasikan ilmu yang telah diberikan untuk mewujudkan dan membentuk pasukan yang mantap bagi pertandingan di peringkat negeri yang akan berlangsung pada bulan Ogos nanti.
'Tahun Ini, Tahun Kita'
-2035
| Monday | 07:30 - 17:00 |
| Tuesday | 07:30 - 17:00 |
| Wednesday | 07:30 - 17:30 |
| Thursday | 08:00 - 17:30 |
| Friday | 07:30 - 17:30 |