30/09/2024
Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Seputeh bagi tahun 2024.
Sila tekan diatas pautan berikut untuk mendaftar: https://forms.gle/QSE9CUM43XFccEF69
PKR Ranting Bukit OUG adalah laman Facebook rasmi Parti Keadilan Rakyat Bukit OUG, Cabang Seputeh. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
30/09/2024
Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Seputeh bagi tahun 2024.
Sila tekan diatas pautan berikut untuk mendaftar: https://forms.gle/QSE9CUM43XFccEF69
06/08/2020
Kepada semua warga Seputih, sila ambil perhatian dengan notis berikut dari pihak Air Selangor yang mengatakan bahawa ada ganguan bekalan air di mana ada juga kawasan Seputih terlibat. Jadi, tolong simpan air untuk kegunaan harian masing-masing.
31/07/2020
Kami dari PKR Ranting Bukit OUG mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan seperjuangan dan rakyat Malaysia. Dengan itu tanpa terlupa, kami juga mengambil kesempatan ini untuk ucapkan Selamat Hari Lahir kepada saudara En. Mahendran selaku Pemangku Ketua Cabang Seputih.
13/07/2020
Semoga sesi sidang Parlimen berjalan lancar.
Harapan Rakyat dan Mandat Rakyat harus di bentangkan.
Selamat Berjaya Pakatan Harapan.
Masuk sebagai pembangkang, keluar sebagai kerajaan.
12/07/2020
Beribu-ribu Tahniah YB Fuziah Salleh, Ketua Wanita Keadilan yang baru. Semoga wanita Keadilan terus mara dan kekal mempertahankan prinsip perjuangan.
Setulis ikhlas dari:
Parti KeAdilan Rakyat Ranting Bukit OUG
29/06/2020
KENYATAAN MEDIA
28 Jun 2020
KUKUHKAN KERJASAMA PAKATAN HARAPAN, BERSIAP SEDIA SEBARANG KEMUNGKINAN PRU15 DIPERCEPAT
Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN telah mengadakan mesyuarat bulanan hari ini dan telah membincangkan beberapa perkara termasuk pendirian parti dalam isu calon Perdana Menteri, mandat rakyat dan persediaan bagi Pilihanraya Umum ke-15.
Walaupun KEADILAN telah menyatakan pendirian dalam isu calon Perdana Menteri sebelum ini, KEADILAN sedia untuk berbincang namun sebarang keputusan di peringkat Pakatan Harapan perlu diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan. Sebarang cadangan baharu tidak harus dijadikan mainan politik peribadi mana-mana tokoh.
KEADILAN juga kekal dengan pendirian bahawa mandat rakyat mesti dipulangkan ke tempatnya pada kadar segera, dan dalam bentuk yang telah diberi oleh rakyat kepada Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum ke-14 termasuk dalam isu peralihan kuasa dari Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
MPP berpendirian bahawa kerjasama di antara parti-parti Pakatan Harapan mesti diperkukuh. Pada masa yang sama, kami mengingatkan agar semua pihak sentiasa berwaspada dan jangan terperangkap dengan sebarang usaha atau langkah yang direncana untuk melagakan parti-parti di dalam Pakatan Harapan, seperti mana yang pernah dilakukan terhadap KEADILAN sebelum ini.
KEADILAN dan Pakatan Harapan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berlakunya Pilihanraya Umum ke-15 lebih awal dari 2023.
YB DS Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung KEADILAN
08/06/2020
Merafak Sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.
Patik bagi pihak Pakatan Harapan dan KEADILAN mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Kebawah Duli Tuanku dan Raja Permaisuri Agong serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
Semoga baginda kekal qarar memerintah dengan adil dan saksama serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara, seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara Malaysia yang tercinta.
Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan.
Dirgahayu Tuanku.
ANWAR IBRAHIM
24/05/2020
Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaafkan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Tulus Ikhlas daripada,
Mahendran.S
Ketua Ranting Bukit OUG
Pemangku Ketua Cabang Seputeh
16/05/2020
Selamat Hari Guru.
Jasamu dikenang, Budimu dijulang. Kasihmu tak terbilang.
Semoga semua ilmu yang cikgu berikan menjadi pahala yang mengalir tanpa henti.
30/04/2020
Selamat Hari Pekerja diucapkan kepada semua pekerja di Malaysia.
Syabas kepada pasukan 'frontliner' yang masih terus bekerja dan berkhidmat untuk negara bagi menghadapi pandemik Covid-19.