Pemuda UMNO Bukit Bintang

Directions Website Contact the organization

Pemuda UMNO Bukit Bintang Pemuda Cara Kita, Gerak Bersama
Sesi 2023-2026

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali. Pemergian seorang tokoh wanita y...
28/09/2026

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali. Pemergian seorang tokoh wanita yang begitu dekat di hati rakyat meninggalkan rasa kehilangan yang amat mendalam. Keperibadian, kelembutan, keteguhan serta khidmat beliau kepada masyarakat akan terus dikenang sebagai sebahagian daripada sejarah negara.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala kekhilafannya dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang solehah. Al-Fatihah

TOWNHALL PEMUDA & PUTERI UMNO BUKIT BINTANGAlhamdulillah, telah selesai Townhall Pemuda & Puteri UMNO Bukit Bintang yang...
26/09/2026

TOWNHALL PEMUDA & PUTERI UMNO BUKIT BINTANG

Alhamdulillah, telah selesai Townhall Pemuda & Puteri UMNO Bukit Bintang yang berlangsung pada 25 September 2026 bertempat di Pejabat UMNO Bahagian Bukit Bintang.

Townhall ini menjadi ruang untuk kita bersama-sama menggarap idea, berkongsi pandangan dan membincangkan usaha memperkasa anak muda, khususnya generasi muda di kawasan bandar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan panelis, Datuk Tengku Azman bin Tengku Zainol Abidin, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Aliff Firdaus bin Datuk Abdul Hadi, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datin Nooryana Najwa binti Dato’ Sri Mohd Najib, Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia serta Saudara Khairul Rizam bin Dato’ Abu Samah, Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan.

Terima kasih juga kepada semua yang hadir secara fizikal, serta seluruh warga maya yang mengikuti Townhall ini melalui Facebook Live dan TikTok Live.

Semoga perkongsian dan idea yang dicetuskan dapat diterjemahkan kepada tindakan dan usaha yang memberi manfaat kepada anak muda, khususnya di kawasan bandar.

Anak Muda Bandar, Suara Kita, Masa Depan Kita.

JANGAN LUPA TEMU JANJI KITA! TOWNHALL PEMUDA & PUTERI UMNO BUKIT BINTANGJangan lupa temu janji kita pada waktu yang beri...
24/09/2026

JANGAN LUPA TEMU JANJI KITA! TOWNHALL PEMUDA & PUTERI UMNO BUKIT BINTANG

Jangan lupa temu janji kita pada waktu yang berikut:

📅 Jumaat, 25 September 2026
⏰ 9.00 malam
📍 Pejabat UMNO Bahagian Bukit Bintang

Ayuh bersama anak muda, Pemuda dan Puteri untuk berkongsi pandangan, bertukar idea serta membincangkan isu dan masa depan anak muda bandar.

Jumpa anda di sana!

BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

ASSALAMUALAIKUM & SALAM HORMATDengan segala hormatnya, semua anak muda serta warga Pemuda dan Puteri UMNO Wilayah Persek...
22/09/2026

ASSALAMUALAIKUM & SALAM HORMAT

Dengan segala hormatnya, semua anak muda serta warga Pemuda dan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan dijemput hadir ke:

🇲🇾 TOWNHALL PEMUDA & PUTERI UMNO BUKIT BINTANG

Topik: “ANAK MUDA BANDAR”

Satu sesi perkongsian dan perbincangan bersama barisan kepimpinan mengenai isu, cabaran serta potensi anak muda di kawasan bandar.

📅 Tarikh: 25 September 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 9.00 malam – 11.00 malam
📍 Tempat: Pejabat UMNO Bahagian Bukit Bintang
Tingkat 2, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur

👥 PANELIS

🔴 Datuk Tengku Azman bin Tengku Zainol Abidin
Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang

🔴 Datuk Aliff Firdaus bin Datuk Abdul Hadi
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

🔴 Datin Nooryana Najwa binti Dato’ Sri Mohd Najib
Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

Kepada semua anak muda di Wilayah Persekutuan, ayuh hadir dan bersama-sama memeriahkan Townhall ini. Ruang untuk anak muda bersuara, berkongsi pandangan dan membincangkan masa depan generasi bandar.

JUMPA ANDA DI TOWNHALL!

BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

Selamat Manyambut Hari Kemerdekaan Yg ke 69.Alhamdulillah Pemuda Umno Bahagian Bukit Bintang telah mengadakan Ride Santa...
31/08/2026

Selamat Manyambut Hari Kemerdekaan Yg ke 69.

Alhamdulillah Pemuda Umno Bahagian Bukit Bintang telah mengadakan Ride Santai Ambang Merdeka sekitar Parlimen Bukit Bintang.

Turut Bersama Dalam Program ini adalah Ketua Bahagian Umno Bukit Bintang Datuk Tengku Azman yg sudi untuk Flag off Ride santai ini Bersama Naib Ketua Bahagian dan Setiausaha Bahagian dan turut sama dengan Pemuda Bahagian berkonvoi sekitar Parlimen Bukit Bintang.

Alhamdulillah.. Tahniah kepada semua Calon dan jentera Barisan Nasional di atas kemenangan BN di Negeri Sembilan. Dan. Y...
01/08/2026

Alhamdulillah.. Tahniah kepada semua Calon dan jentera Barisan Nasional di atas kemenangan BN di Negeri Sembilan. Dan. Yang paling penting semua pengundi Negeri Sembilan yg mengundi BN.

Semoga kemenangan di Negeri Sembilan ini menjadi pembakar semangat kepada Bn untuk ke PRN Melaka InshaAllah..

Alhamdulillah.. Tahniah kepada semua Calon dan jentera Barisan Nasional di atas kemenangan BN di johor. Dan tak dilupaka...
11/07/2026

Alhamdulillah.. Tahniah kepada semua Calon dan jentera Barisan Nasional di atas kemenangan BN di johor. Dan tak dilupakan semua Pengundi Bangsa Johor yg mengundi BN.

Semoga kemenangan di Johor ini menjadi pembakar semangat kepada Bn untuk ke PRN Negeri Sembilan InshaAllah..

80 Tahun bukan sekadar angka.Ia adalah perjalanan perjuangan, pengorbanan dan kesetiaan demi agama, bangsa & tanah air.D...
11/05/2026

80 Tahun bukan sekadar angka.
Ia adalah perjalanan perjuangan, pengorbanan dan kesetiaan demi agama, bangsa & tanah air.

Dari sejarah yang dibina oleh generasi terdahulu, kini menjadi tanggungjawab kita untuk meneruskan legasi perjuangan demi masa depan rakyat dan negara.

UMNO telah melalui jatuh bangun, diuji dengan pelbagai cabaran, namun tetap berdiri bersama rakyat.

“Memperingati Sejarah, Menghargai Perjuangan, Menggapai Masa Depan.”

Selamat Ulang Tahun UMNO ke-80.
Semoga terus kuat, bersatu dan menjadi payung perjuangan orang Melayu serta kestabilan negara.

Bersatu - Bersetia - Berkhidmat

✨ Salam Aidilfitri ✨Daripada kami, Pemuda UMNO Bukit Bintang, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf ...
20/03/2026

✨ Salam Aidilfitri ✨

Daripada kami, Pemuda UMNO Bukit Bintang, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh warga Bukit Bintang khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Di hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita eratkan ukhwah, saling memaafi, dan memperkukuh semangat perpaduan tanpa mengira latar belakang.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa sinar kebahagiaan, kesejahteraan, dan kekuatan untuk kita terus berkhidmat kepada masyarakat.

💛 Ikhlas daripada
Pemuda UMNO Bukit Bintang

Salam Nuzul Al-QuranPemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam.Perist...
07/03/2026

Salam Nuzul Al-Quran

Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam.

Peristiwa agung ini mengingatkan kita bahawa Al-Quran adalah panduan hidup yang menyatukan ummah, memperkukuh akhlak dan membimbing kita ke arah kebenaran.

Marilah kita jadikan Ramadan ini sebagai ruang untuk lebih mendekatkan diri kepada Al-Quran — membaca, memahami dan menghayati ajarannya dalam kehidupan seharian.

Semoga semangat ukhwah, saling menghormati dan memaafi terus subur dalam masyarakat kita.

Nuzul Al-Quran 1447HIkhlas daripada Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang.

Address

D/A Tingkat 2, Bangunan UMNO Lama, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit
Kuala Lumpur
50100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda UMNO Bukit Bintang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pemuda UMNO Bukit Bintang:

Shortcuts

Share