11/05/2026
80 Tahun bukan sekadar angka.
Ia adalah perjalanan perjuangan, pengorbanan dan kesetiaan demi agama, bangsa & tanah air.
Dari sejarah yang dibina oleh generasi terdahulu, kini menjadi tanggungjawab kita untuk meneruskan legasi perjuangan demi masa depan rakyat dan negara.
UMNO telah melalui jatuh bangun, diuji dengan pelbagai cabaran, namun tetap berdiri bersama rakyat.
“Memperingati Sejarah, Menghargai Perjuangan, Menggapai Masa Depan.”
Selamat Ulang Tahun UMNO ke-80.
Semoga terus kuat, bersatu dan menjadi payung perjuangan orang Melayu serta kestabilan negara.
Bersatu - Bersetia - Berkhidmat
20/03/2026
✨ Salam Aidilfitri ✨
Daripada kami, Pemuda UMNO Bukit Bintang, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh warga Bukit Bintang khususnya dan rakyat Malaysia amnya.
Di hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita eratkan ukhwah, saling memaafi, dan memperkukuh semangat perpaduan tanpa mengira latar belakang.
Semoga Aidilfitri kali ini membawa sinar kebahagiaan, kesejahteraan, dan kekuatan untuk kita terus berkhidmat kepada masyarakat.
💛 Ikhlas daripada
Pemuda UMNO Bukit Bintang
07/03/2026
Salam Nuzul Al-Quran
Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam.
Peristiwa agung ini mengingatkan kita bahawa Al-Quran adalah panduan hidup yang menyatukan ummah, memperkukuh akhlak dan membimbing kita ke arah kebenaran.
Marilah kita jadikan Ramadan ini sebagai ruang untuk lebih mendekatkan diri kepada Al-Quran — membaca, memahami dan menghayati ajarannya dalam kehidupan seharian.
Semoga semangat ukhwah, saling menghormati dan memaafi terus subur dalam masyarakat kita.
Nuzul Al-Quran 1447HIkhlas daripada Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang.
18/02/2026
SALAM RAMADHAN 1447H
Daripada Pemuda UMNO Bukit Bintang
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Pemuda UMNO Bukit Bintang mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam khususnya warga Bukit Bintang.
Ramadan adalah bulan tarbiah — bulan memperkukuh iman, memperbanyakkan amal dan menyemai kasih sayang sesama insan. Dalam kesibukan kota seperti Bukit Bintang yang menjadi nadi pelancongan dan ekonomi di Kuala Lumpur, marilah kita jadikan Ramadan ini sebagai ruang untuk memperlahankan langkah, mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mempererat ukhuwah sesama kita.
Bulan yang mulia ini juga mengajar kita erti ukhwah yang erat, saling memahami, saling menghormati serta berlapang dada untuk saling memaafi. Perbezaan pendapat bukan alasan untuk berpecah, sebaliknya menjadi kekuatan untuk kita membina masyarakat yang lebih matang, harmoni dan bersatu hati.
Semoga Ramadan kali ini:
✨ Menguatkan perpaduan ummah
✨ Menyuburkan semangat kebersamaan
✨ Mengajar kita untuk saling memaafi dan menghormati
✨ Mendidik jiwa agar terus berkhidmat kepada rakyat
Semoga segala amal ibadah kita diterima dan Ramadan ini membawa keberkatan buat kita semua.
Ramadan Kareem.
Ikhlas daripada,
Pemuda UMNO Bukit Bintang
16/02/2026
Salam sejahtera dan Gong Xi Fa Cai kepada seluruh masyarakat Tionghua di Malaysia.
Sempena sambutan Tahun Baru Cina ini, Pemuda Umno Bahagian Bukit Bintang ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan selamat menyambut perayaan kepada semua yang meraikannya bersama keluarga dan insan tersayang.
Tahun Baru Cina bukan sekadar perayaan budaya, tetapi simbol perpaduan, harapan dan permulaan baharu. Dalam semangat inilah Malaysia dibina — atas asas saling menghormati, berkongsi rezeki dan hidup dalam keharmonian walaupun berbeza latar belakang.
Kekuatan negara terletak pada kepelbagaian kita. Setiap kaum menyumbang kepada kemajuan ekonomi, kestabilan politik dan kemakmuran bersama. Prinsip kesederhanaan, tolak ansur dan kerjasama yang kita amalkan selama ini perlu terus diperkukuhkan demi masa depan generasi akan datang.
Semoga tahun baharu ini membawa kemakmuran, kesihatan yang baik, kejayaan dalam perniagaan serta kebahagiaan yang berpanjangan buat semua.
Gong Xi Fa Cai.
Xin Nian Kuai Le.
Semoga Malaysia terus aman, stabil dan makmur untuk kita semua.
16/02/2026
Alhamdulillah telah diadakan mesyuarat ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bhgn Bukit Bintang Bil-1 untuk tahun 2026. Perbincangan dan sesi soal jawap berkenaan isu semasa serta plan2 program untuk gerak kerja pemuda.
16/01/2026
Alhamdulillah, Pergerakan Pemuda Umno Bukit Bintang menghadiri Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno utk tahun 2025 dan ini antara intipati dan rumusannya :
Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2025 menjadi medan penegasan hala tuju perjuangan Pemuda sebagai benteng hadapan parti. Perhimpunan ini menzahirkan tekad jelas bahawa Pemuda UMNO tidak akan tunduk kepada tekanan, tidak goyah dengan persepsi, dan tidak berkompromi dalam soal prinsip.
Antara intipati utama yang ditekankan ialah keperluan Pemuda UMNO kembali agresif, berani dan relevan dalam mendepani cabaran politik semasa. Pemuda mesti menjadi suara rakyat, khususnya anak muda Melayu dan Bumiputera, dengan membawa isu kos sara hidup, peluang pekerjaan, pendidikan, perumahan dan masa depan generasi muda.
Perhimpunan turut menegaskan kepentingan memperkukuh parti dari bawah, memperkasa cawangan, serta melahirkan lebih ramai pelapis kepimpinan muda yang berwibawa, berintegriti dan berani turun ke medan. Disiplin parti, kesetiaan kepada perjuangan UMNO serta kesatuan dalaman menjadi asas utama untuk menghadapi Pilihan Raya akan datang.
Selain itu, Pemuda UMNO menegaskan pendirian untuk terus mempertahankan agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu, Perlembagaan Persekutuan serta hak dan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera, selari dengan semangat UMNO sebagai parti keramat bangsa.
Perhimpunan ini menjadi isyarat jelas bahawa Pemuda UMNO bersedia bangkit, memperbetulkan kelemahan, melawan fitnah, dan kembali memimpin arus perubahan demi agama, bangsa dan tanah air.
Pemuda Bertindak. UMNO Bangkit. Malaysia Stabil. 💪🇲🇾
09/01/2026
Umno Sebuah Perjuangan.
Perjuangan Itu Pahit
Perjuangan itu memang pahit,
Tapi hasilnya manis, insyaAllah.
Kita terus maju, takkan mundur,
Dengan semangat setiakawan, kita capai kejayaan!
Kita hadapi tantangan, kita lawan kesulitan,
Dengan keberanian dan kesabaran, kita menang.
Perjuangan itu pahit, tapi kita takkan menyerah,
Kita kekal setia, dalam perjuangan ini, sampai akhir!
We stand together, kita berdiri bersama,
Kita jaga satu sama lain, kita bina masa depan.
Perjuangan itu pahit, tapi kita takkan mundur,
Kita maju terus, menuju kejayaan!
Kita adalah api yang tak pernah padam,
Kita adalah semangat yang tak pernah luntur.
Kita akan terus maju, kita akan terus berjuang,
Demi kebenaran, demi keadilan, demi masa depan.
Kita takkan menyerah, kita takkan mundur,
Kita akan terus berdiri, kita akan terus menang!
We stand together, forever and always,
Kita jaga negara, kita bina masa depan. 💪🇲🇾
04/01/2026
Selamat Hari Lahir kepada YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO.
Dalam saat UMNO diuji hebat, YAB Dato’ Seri tampil memimpin dengan keberanian dan keteguhan prinsip, mempertahankan parti ketika ramai memilih jalan mudah.
Kepimpinan YAB Dato’ Seri bukan sahaja memastikan UMNO terus berdiri, malah membuka ruang pembaharuan, kestabilan dan hala tuju baharu untuk masa depan perjuangan.
Pemuda UMNO Bukit Bintang menghargai jasa dan pengorbanan YAB Dato’ Seri dalam memastikan parti ini kekal relevan, berakar pada rakyat dan berani melangkah ke hadapan.
Semoga YAB Dato’ Seri terus dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk memimpin UMNO menuju kebangkitan yang lebih ampuh demi agama, bangsa dan tanah air.
07/12/2025
*Futsal Santai Pemuda* ⚽️
Terima kasih diucapkan kepada Ketua Bahagian, Datuk Tengku Azman kerana sudi meluangkan masa bersama pemuda dan melakukan gimik kick off untuk sesi futsal santai pemuda.
Penghargaan juga kepada Setiausaha Bahagian, Fikri Syafiq, Ketua Pemuda, Setiausaha Pemuda, barisan AJK serta semua ahli cawangan yang hadir memeriahkan program.