Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Share

Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia The University declared the establishment of the Faculty on 1 September 1992.

The idea to establish a Faculty of Health Sciences (FSK) was mooted in 1982 by the Faculty of Medicine and Faculty of Life Sciences UKM, and was brought up on the 75th Committee for Academic Planning and Development (JPPA) meeting held on 16 July 1991. This was in conjunction to the application of the Faculty of Medicine to introduce a new programme, Bachelor of Biomedical Science with Honours. Th

13/05/2026

SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH

Pengurusan dan seluruh kakitangan Fakulti Sains Kesihatan (FSK), UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Prof. Dato' Dr. Abdul Halim Abdul Gafor atas khidmat bakti dan kepimpinan cemerlang beliau sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Akademik & Antarabangsa), Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga 12 Mei 2026.

Terima kasih atas segala sumbangan Prof. Dato’ dalam memartabatkan akademik & nama UKM di persada antarabangsa!

12/05/2026

UCAPAN TAHNIAH: PELANTIKAN SEMULA SEBAGAI RESIDENT EXPERT SEAMEO SEN BAGI SESI 2026/2027

Tahniah diucapkan kepada Puan Nur Rafidah Mohamed, Pegawai Pemulihan Perubatan, Pusat Kajian Rehabilitasi dan Keperluan Khas .ukm atas pelantikan semula sebagai Resident Expert SEAMEO SEN bagi Sesi 2026/2027 mulai 27 April 2026 hingga 27 April 2027.

12/05/2026

UCAPAN TAHNIAH: PENERIMA DANA PENGKOMERSIALAN (PEMBANGUNAN PROTOTAIP) BIL. 1/2026

Tahniah diucapkan kepada Dr. Noor Hafifi Noorhisham, Program Fisioterapi/ Pusat .ukm yang telah menerima kelulusan Dana Pengkomersialan (Pembangunan Prototaip) Bil. 1/2026 daripada Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKMβ„’) bagi projek PARAFiTGo Health System dengan peruntukan sebanyak RM20,000.00 bagi tempoh 12 bulan bermula 1 Mei 2026 hingga 30 April 2027.

Syabas!!

10/05/2026

ROENTGEN RUN 2026 : MILES OF HOPE

πŸŒŸπŸƒβ€β™‚οΈ REGISTRATION IS NOW OPEN! πŸƒβ€β™€οΈπŸŒŸ

Missed the early bird promo? Don’t worry β€” registration for Roentgen Run 2026 is still open to the public until 24 May 2026 ✨

Join us for a meaningful 7 KM Fun Run as we come together to promote a healthy lifestyle while raising awareness and support for cancer patients and survivors.
πŸ“… Event Date: 7th June 2026
πŸ•‘ Time: 6.00 AM – 12.00 PM
πŸ“ Venue: Dataran DBKL, Kuala Lumpur
πŸ’› Run with a reason 20% of every registration fee will be donated to Majlis Kanser Nasional to support cancer-related initiatives.

πŸ”— Registration Link: https://getbiib.com/events/1624

🎟 Special reminder for UKM / MAKNA members: Please remember to enter RR2026UKMMAKNAONLY RM5 off discount code before payment to enjoy your exclusive member discount.

For any inquiries, feel free to contact: πŸ“ž Sarah : https://wa.link/p23bfy πŸ“ž Huixin : https://wa.link/uwv455

✨ Register now and make every step count.



Miles of Hope EXCO REGISTRATION ROENTGEN RUN 2026: MILES OF HOPE

08/05/2026

Making sense of communication data from patients can be complex. If you’ve ever found it challenging to systematically analyze these interactions, this workshop is designed for you.

Join us for an intensive session on Discourse Analysis led by Prof. Anthony Pak-Hin Kong. The goal is to provide both professionals and students with clear, analytical framework for interpretation of data from patients with communication disorders to achieve higher clinical precision. Rather than relying on intuition, you'll learn techniques to break down discourse and translate it into more effective research and therapy outcomes.

Workshop Details:
πŸ—“οΈ Date: 22nd June 2026
πŸ•— Time: 8:30 AM – 12:30 PM
πŸ“Location: Ruang Aktiv Farmasi Blok D, UKM

Registration Fee:
πŸ’Ό Professionals: RM 180
πŸŽ“ Students: RM 70

Scan the QR code on the flyer or click the link below to secure your spot

πŸ”— https://forms.gle/i94itz4UgmawoNaZ6

07/05/2026

PENCARIAN PEMAIN PILIHAN ALUMNI UKM βš½πŸπŸ€

Rindu sorakan penyokong dan semangat berpasukan di padang? Ayuh kembali menyarung jersi! Bersempena dengan Program Alumni Balik Kampus 2026, Pusat Perhubungan Alumni UKM membuka peluang untuk anda kembali beraksi dalam Sukan Alumni Antara Kolej 2026.

Alumni boleh mendaftar sama ada untuk menyertai pasukan Alumni Pilihan atau kembali berentap membawa nama Kolej Kediaman masing-masing. Inilah masanya untuk membuktikan kehebatan anda masih berbisa!

Kami mencari pemain untuk tiga (3) acara sukan:
⚽ Bola Sepak
🏐 Bola Tampar
πŸ€ Bola Jaring

Butiran Kejohanan:
πŸ—“οΈ Tarikh: 21 Jun 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 9.00 Pagi
πŸ“ Lokasi: Kompleks Sukan & Padang Bola UKM

Jom daftar segera melalui pautan pendaftaran di bawah:
πŸ”— https://forms.gle/kB4as67sFUoWsLZv7

🚨 Tarikh Akhir Pendaftaran: 11 Jun 2026





07/05/2026

KONSERT GALA ALUMNI MELODI SEPANJANG ZAMAN 2026

Pusat Perhubungan Alumni UKM dengan bangganya membawakan sebuah malam yang bakal menyatukan kita kembali dengan irama yang takkan ditelan zaman. Nantikan persembahan hebat daripada barisan vokal lagenda, ikon rock, dan bintang pop sensasi tanah air yang bakal menggegarkan pentas!

Jualan tiket akan dibuka tidak lama lagi, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti setiap platform media sosial rasmi Pusat Perhubungan Alumni UKM untuk pengumuman seterusnya. Jangan sampai terlepas! 🀫🎟️

πŸ“ Lokasi: DECTAR, UKM
πŸ“… Tarikh: 20 Jun 2026
πŸ•— Masa: 8.00 Malam

Jumpa anda di sana! Teruskan setia bersama kami untuk kejutan yang seterusnya.





07/05/2026

BACAAN YASIN & FORUM PERDANA ALUMNI 2026 πŸ•‹πŸ’‘

Bersempena dengan Program Alumni Balik Kampus 2026, Pusat Perhubungan Alumni UKM menjemput seluruh alumni dan warga UKM ke majlis Bacaan Yasin & Forum Perdana Alumni 2026. Ayuh eratkan ukhuwah dan timba ilmu menerusi kupasan tema "Profesionalisme Muslim: Menyumbang dengan Integriti dan Ihsan" bersama barisan panelis hebat dalam kalangan alumni kebanggaan kita.

πŸ—“οΈ Tarikh: 18 Jun 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 6.30 Petang
πŸ“ Lokasi: Masjid UKM

Moderator:
🎀 Tuan Haji Nazri Kahar
(Alumni FPI 1995)

Barisan Panelis Jemputan:
✨ Prof. Dato' Dr. Hj. Mohd Farid Ravi Abdullah
(Alumni FPI 2005)

✨ Dato' Mohd Zaidi Ramli
(Alumni FPI 1995, FSSK 2012)

✨ Datuk Mohd Nizam Haji Yahya
(Alumni FPI 1995)

Mari bersama-sama kita mulakan pertemuan ini dengan titipan doa dan pengisian jiwa. Jumpa anda di Masjid UKM!





07/05/2026

ALUMNI BALIK KAMPUS 2026 πŸŽ“

Pusat Perhubungan Alumni UKM dengan penuh takzim menjemput seluruh alumni dan warga UKM untuk kembali memeriahkan dalam satu pertemuan mega yang bakal menyatukan semula ribuan alumni dari pelbagai generasi!

Program berskala besar ini merupakan platform terbaik untuk kita memperkukuh komunikasi dan memperkasa penglibatan alumni dalam menyumbang kembali kepada universiti, sambil mengimbau memori indah sepanjang bergelar mahasiswa.

πŸ—“οΈ Tarikh: 18 - 22 Jun 2026
πŸ“ Lokasi: Universiti Kebangsaan Malaysia

Pengisian Utama Program:
✨ Bacaan Yasin & Forum Perdana Alumni
🎢 Konsert Gala Alumni: Melodi Sepanjang Zaman
πŸƒβ€β™‚οΈ Senamrobik & Sukan Alumni
🏫 Hari Terbuka Antara Kolej
β˜• Hi-Tea Alumni

Jangan lepaskan peluang ini untuk merasai semula kemeriahan di bumi UKM. Jumpa anda di Program Alumni Balik Kampus 2026!





07/05/2026

HI-TEA ALUMNI 2026: DI SINI BERMULA SEBUAH MEMORI β˜•βœ¨

Rindu suasana kampus dan gelak tawa bersama rakan sekuliah? Jom kembalikan nostalgia terindah zaman mahasiswa di program Hi-Tea Alumni 2026 bersempena dengan Program Alumni Balik Kampus! Pusat Perhubungan Alumni UKM amat teruja menjemput seluruh alumni pulang ke alma mater untuk beramah mesra sambil menikmati juadah minum petang yang enak serta tampil menawan dalam busana tradisional bagi mencipta memori baharu yang pastinya bermakna

Berikut adalah butiran majlis:

πŸ—“οΈ Tarikh: 21 Jun 2026
⏰ Masa: 3.00 Petang
πŸ“ Lokasi: Dewan Sutera KIZ, UKM
πŸ‘˜ Tema Pakaian: Smart Casual
πŸ’΅ Yuran Pendaftaran: RM45 sahaja

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bertanya khabar dan menyambung semula ukhuwah yang telah lama terjalin.

Sila imbas kod QR pada poster atau klik pautan di bawah untuk mendaftar sekarang:
πŸ”— https://forms.gle/pNHXwT7DADLwaf6v6





04/05/2026

UCAPAN TAHNIAH: PELANTIKAN SEBAGAI PANEL PENILAI (REVIEWER) DOKUMEN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PERKHIDMATAN MAKMAL PERUBATAN

Warga fakulti merakamkan ucapan tahniah kepada Prof. Madya Dr. Zariyantey Abd. Hamid, Pensyarah Program Program Sains Bioperubatan UKM /Pusat atas pelantikan sebagai Panel Penilai Dokumen Prosedur Operasi Standard (SOP) Perkhidmatan Makmal Perubatan bagi Pegawai Sains dan Juruteknologi Makmal Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jalan Raja Muda Abd Aziz
Kuala Lumpur
50300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00