14/05/2026
14 Mei 2026 : Telah berlangsung Mesyuarat Pemantauan Pengurusan dan Pemantauan Projek (Sektor Bangunan) Bil. 3/2026 di Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat JKR Malaysia.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) dengan kehadiran Pengarah Kanan/Pengarah cawangan di bawah Sektor Bangunan serta pegawai-pegawai kanan bahagian. Turut hadir Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, YBrs. Ir. Norzani binti Mahmood.
12/05/2026
11 Mei 2026 : Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Pelantikan Pegawai Penguasa bagi projek Pembinaan Blok Baru (MCH) Dan Naiktaraf Blok Lama OPD Klinik Kesihatan Hiliran Kuala Terengganu telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa, TKPKR (Sektor Bangunan). Turut hadir Pengarah CKK, YBrs. Ir. Norzani binti Mahmood selaku Pengurus Program.
05/05/2026
5 Mei 2026 : Telah berlangsung Majlis Penyerahan Klinik Kesihatan Jenis 3 dengan Kuarters Soi, Kuantan oleh pihak JKR kepada pihak KKM yang diwakili oleh YBhg. Datin Paduka Roslinah binti Md Jani, SUB Kanan Bahagian Pembangunan KKM. Tahniah kepada pasukan projek yang terlibat.
04/05/2026
4 Mei 2026 : Pembentangan Projek Pembinaan Klinik Kesihatan 2 Manjalara oleh Pengarah CKK, YBrs. Ir. Norzani binti Mahmood kepada YB Menteri Kesihatan, Dato Seri Dr. Dzulkefly & YB Menteri Wilayah, Hannah Yeoh semasa lawatan kerja ke tapak projek.
30/04/2026
Selamat Hari Pekerja 2026.
Jasa anda amat besar nilainya. Teruskan berbakti dengan penuh semangat, integriti dan dedikasi demi negara tercinta.
"Pekerja MADANI, KESUMA Bangsa"
Ikhlas Daripada,
Ir. Norzani binti Mahmood
Pengarah
Cawangan Kerja Kesihatan
IPJKR Malaysia
30/04/2026
Selamat Ulang Tahun Kelahiran diucapkan kepada YBhg. Datuk Seri Dr. Hj. Ahmad bin Hj. Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya. Semoga YBhg. Datuk Seri sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan yang berterusan serta dipermudahkan segala urusan dalam memimpin dan mencurahkan bakti kepada agama, bangsa dan negara.
Semoga kepimpinan dan dedikasi YBhg. Datuk Seri terus menjadi inspirasi dalam memacu kecemerlangan sektor kerja raya serta pembangunan negara yang mampan.
Ikhlas daripada
Ketua Pengarah Kerja Raya dan seluruh warga JKR Malaysia.