Jabatan Landskap Negara

Call Directions Website Contact the organization

Jabatan Landskap Negara Jabatan Landskap Negara telah ditubuhkan secara rasminya pada 01 Januari 1996.

Hubungi Kami : Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara,Tingkat 10, Blok F10, Kompleks Bangunan Kerajaan Parcel F, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Penubuhan Jabatan Landskap Negara adalah hasil daripada satu evolusi penyediaan perkhidmatan landskap di negara ini yang bermula dengan tertubuhnya Unit Landskap di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1981. Jemaah menteri yang bermesyuarat pada 24 Mei 1995 telah memutuskan "supaya diwujudkan sebuah Jabatan yang diketuai oleh seorang pegawai kanan, khusus bertanggungjawab ke atas usaha-usaha untuk melandskapkan seluruh negara. Kementerian Kewangan diminta memberi peruntukan yang mencukupi untuk tujuan ini."Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 November 1995 telah meluluskan penubuhan Jabatan Landskap Negara dan diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Berdasarkan kepada kelulusan peruntukan dan program Jabatan Landskap Negara oleh Unit Perancangan Ekonomi, antara lain Jabatan ini perlu memainkan peranan sebagai agensi kawal selia dan memberi khidmat nasihat yang perlu disokong oleh peraturan dan undang-undang bagi memastikan usaha yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan dan swasta mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada.

PROGRAM PENANAMAN POKOK ASIA PACIFIC BUSINESS SOLUTION (APBS) DAN JABATAN LANDSKAP NEGARAPada 7 Oktober 2026, Jabatan La...
08/10/2026

PROGRAM PENANAMAN POKOK ASIA PACIFIC BUSINESS SOLUTION (APBS) DAN JABATAN LANDSKAP NEGARA

Pada 7 Oktober 2026, Jabatan Landskap Negara (JLN) telah berkolaborasi bersama Asia Pacific Business Services (APBS) dalam menjayakan Program Penanaman Pokok menerusi kaedah Miyawaki di Taman Persekutuan Bukit Kiara. Perasmian program telah disempurnakan oleh Mr. Bruno Calo Fernandez (Ketua GFS Asia Pasifik) Bersama dengan YBrs. Dr. Mazifah binti Simis (Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan JLN).

Sebanyak 1,500 pokok tempatan (indigenous) telah disumbangkan dengan hampir 900 pokok telah ditanam secara padat untuk membentuk hutan kecil yang rimbun. Langkah ini bukan sahaja menyokong inisiatif AZ Forest (sasaran 100 juta pokok menjelang 2030), malah menjadi bukti komitmen tempatan dalam mendepani isu perubahan iklim global.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan JLN dalam menggalakkan kerjasama strategik dan Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility - CSR) yang selari dengan dasar kerajaan bagi memperkasakan Perkongsian Awam-Swasta (Public-Private Partnership - PPP). Melalui integrasi prinsip ESG (Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus) serta komitmen terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya SDG 13 (Tindakan Iklim) dan SDG 15 (Kehidupan di Darat), sinergi awam-swasta ini diharap berupaya memulihara biodiversiti Taman Persekutuan Bukit Kiara serta memperkukuh ruang hijau bandar.

Setinggi-tinggi penghargaan buat APBS, sukarelawan, Friends of Bukit Kiara (FOBK), Persatuan Penduduk Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) dan 1 Utama Shopping Centre atas sumbangan soil conditioner dan sokongan padu yang diberikan. Kerana setiap pokok yang kita tanam hari ini adalah warisan paling berharga, naungan teduh dan udara bersih buat generasi akan datang. Ayuh bersama-sama kita pupuk bumi yang lebih hijau dan lestari!

KPKT
Friends of Bukit Kiara
Taman Tun Dr. Ismail Residents' Association (TTDI RA)
1 Utama Shopping Centre





PROGRAM PEMBUDAYAAN LANDSKAP 2026 DI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SERI PAGI, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.Pada 01 Oktober 2026 ...
06/10/2026

PROGRAM PEMBUDAYAAN LANDSKAP 2026 DI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SERI PAGI, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

Pada 01 Oktober 2026 (Khamis), Jabatan Landskap Negara (JLN) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menganjurkan Program Pembudayaan Landskap 2026 di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi, Seremban, Negeri Sembilan.

Program ini telah disempurnakan oleh YBrs. LAr. Tuan Ahmad Syaharuddin bin Kamaruddin, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), JLN. Turut hadir, YBrs. Tuan Amir Fikri bin Ithnin, Guru Besar SK Taman Seri Pagi; LAr. Tuan Haji Nasiruddin bin Ab. Rahman, Pengarah Jabatan Taman dan Landskap, MBS; serta Encik Mohamad Adnan bin Ismail, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Seremban.

Seramai 150 orang murid SK Taman Seri Pagi telah menyertai program ini melalui pelbagai aktiviti pembudayaan landskap, antaranya sesi taklimat berkaitan kaedah penanaman dan penjagaan landskap serta aktiviti penanaman pokok.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga SK Taman Seri Pagi atas semangat, komitmen dan kerjasama yang padu dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini dapat memupuk kesedaran terhadap kepentingan menjaga kehijauan alam sekitar.

KPKT
Majlis Bandaraya Seremban





🌿📖 MANUAL LANDSKAP HIASAN DALAMAN – JABATAN LANDSKAP NEGARAManual “Landskap Hiasan Dalaman” terbitan Jabatan Landskap Ne...
06/10/2026

🌿📖 MANUAL LANDSKAP HIASAN DALAMAN – JABATAN LANDSKAP NEGARA

Manual “Landskap Hiasan Dalaman” terbitan Jabatan Landskap Negara (JLN) kini boleh diakses secara dalam talian melalui laman web rasmi JLN.

Manual ini merupakan sumber rujukan yang komprehensif dan praktikal untuk mereka yang ingin mencipta landskap hiasan dalaman yang indah dan menarik. Ia merangkumi pelbagai strategi dan teknik yang dapat membantu para pencinta seni tanaman hiasan dalaman menyusun atur dan mereka bentuk elemen-elemen tanaman secara teratur, seiring dengan prinsip-prinsip reka bentuk yang terbaik dan praktikal. 🪴✨

Semoga buku ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada semua peminat landskap untuk memperkaya pemahaman mengenai seni tersebut, di samping mendapatkan bimbingan praktikal dalam aspek rekabentuk dan penjagaan.

JLN juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penerbitan buku ini. Semoga ia dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya! 💚

📲 Dapatkan info yang menarik bagi mencipta suasana landskap hiasan dalaman anda di laman web rasmi Jabatan Landskap Negara:
https://www.jln.gov.my/index.php/pages/view/43

KPKT





LAWATAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI HORTIKULTUR LANDSKAP KE TAMAN PERSEKUTUAN BUKIT KIARA 🌳🎓Pada 1 Oktober 2026 (...
02/10/2026

LAWATAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI HORTIKULTUR LANDSKAP KE TAMAN PERSEKUTUAN BUKIT KIARA 🌳🎓

Pada 1 Oktober 2026 (Khamis), Taman Persekutuan Bukit Kiara, Kuala Lumpur telah menerima kunjungan seramai 28 orang pelajar bersama Encik Wan Fadhilah bin Wan Hitam, pensyarah pengiring daripada Program Diploma Teknologi Hortikultur Landskap (DHL), Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri, Semester 4 bagi Kursus DYL40472 Professional Practice & Ethics.

Lawatan akademik ini diadakan bagi memenuhi keperluan kursus serta memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai amalan profesional dan etika dalam bidang landskap hortikultur melalui pengalaman secara langsung di lapangan.

Antara pengisian lawatan termasuk:
🌱 Taklimat berkaitan pengurusan dan amalan profesional dalam bidang landskap oleh Puan Intan Syafinaz binti Lazim, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dasar dan Pengurusan Korporat, Jabatan Landskap Negara.
🌿 Pengenalan tumbuhan serta perkongsian mengenai kepentingan taman dan teknik pembinaan landskap oleh Encik Harshah bin Haris bersama warga Jabatan Landskap Negara.
🪴 Sesi kuiz dan interaksi bersama para pelajar bagi mengukuhkan pengetahuan serta pengalaman yang diperoleh sepanjang lawatan.

Program yang berakhir pada jam 1.00 tengah hari turut disusuli dengan sesi penutupan ringkas oleh Puan Fauzana binti Abdullah, Pengarah, Bahagian Taman Persekutuan, Jabatan Landskap Negara.

Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman di Taman Persekutuan Bukit Kiara dapat memberi nilai tambah kepada para pelajar dalam memahami realiti amalan profesional serta kepentingan pengurusan landskap secara menyeluruh. 🌳

KPKT
POLITEKNIK NILAI




BANGKU TAMAN BUKAN SEKADAR TEMPAT DUDUK | LOKASI, SAIZ & REKA BENTUK TURUT PENTING 🌳🪑Bangku taman bukan sekadar disediak...
02/10/2026

BANGKU TAMAN BUKAN SEKADAR TEMPAT DUDUK | LOKASI, SAIZ & REKA BENTUK TURUT PENTING 🌳🪑

Bangku taman bukan sekadar disediakan untuk tempat berehat. Lokasi, ukuran, bahan, persekitaran dan reka bentuk bangku perlu dipertimbangkan supaya kemudahan ini selesa, selamat dan mudah digunakan oleh semua.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian:

🔹 Lokasi bangku – Diletakkan berhampiran laluan pejalan kaki dan pada jarak yang sesuai antara satu bangku dengan bangku yang lain.
🔹 Saiz & ukuran – Lebar, ketinggian dan kecondongan tempat duduk perlu mengambil kira keselesaan pengguna.
🔹 Bahan & persekitaran – Pemilihan bahan yang tahan lasak, lokasi yang sesuai serta lantai yang luas membantu memastikan bangku lebih selamat dan mudah diakses.
🔹 Reka bentuk – Bangku boleh direka dengan pelbagai bentuk dan ciri seperti penyandar, tempat letak tangan, bucu yang tidak tajam serta tempat duduk yang sesuai dengan keperluan pengguna.

Perancangan yang baik menjadikan bangku taman bukan sahaja tempat untuk duduk, tetapi sebahagian daripada kemudahan landskap yang menyokong keselesaan dan pengalaman pengguna. 🌿

KPKT





01/10/2026
🌿 LALUAN TAMAN BUKAN SEKADAR JALAN | MEMBENTUK PENGALAMAN DAN PERGERAKAN PENGGUNAPernahkah anda tertanya-tanya mengapa l...
01/10/2026

🌿 LALUAN TAMAN BUKAN SEKADAR JALAN | MEMBENTUK PENGALAMAN DAN PERGERAKAN PENGGUNA

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa laluan pejalan kaki dalam taman tidak semestinya dibina secara lurus? 🚶‍♀️🌳

Dalam reka bentuk landskap, laluan bukan sekadar penghubung antara satu ruang dengan ruang yang lain, tetapi turut memainkan peranan dalam membentuk pengalaman visual, arah pergerakan dan cara pengguna menikmati sesuatu taman.

Antara perkara yang dipertimbangkan dalam reka bentuk laluan:
🌱 Membentuk “visual journey” – perubahan arah boleh mewujudkan kejutan visual dan menarik perhatian pengguna.
🌱 Mengikut bentuk & karakter tapak – reka bentuk laluan disesuaikan dengan topografi, elemen sedia ada dan keadaan tapak.
🌱 Membentuk pergerakan pengguna – susunan laluan membantu mengarah pengguna untuk masuk, bergerak, melihat, meneroka dan berhenti di ruang tertentu.

Jadi, setiap selekoh dan perubahan arah pada laluan sebenarnya boleh dirancang untuk menjadikan perjalanan pengguna dalam taman lebih menarik, selesa dan bermakna. 🌳✨

Laluan yang baik bukan sekadar membawa kita ke destinasi, tetapi turut mencipta pengalaman sepanjang perjalanan.

KPKT





SESI PENILAIAN LAPANGAN SPINE JABATAN LANDSKAP NEGARA (JLN)Pada 23 September 2026 (Rabu), satu Sesi Penilaian Lapangan S...
30/09/2026

SESI PENILAIAN LAPANGAN SPINE JABATAN LANDSKAP NEGARA (JLN)

Pada 23 September 2026 (Rabu), satu Sesi Penilaian Lapangan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) telah dilaksanakan dengan jayanya.

Mesyuarat Pembukaan sesi penilaian ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JLN, YBrs. Tuan Mansor bin Mohamad bersama kehadiran barisan ahli penilai SPINE dari Institut Integriti Malaysia (IIM) iaitu Encik Nabil Eiman bin Azman, Encik Muhammad Rasyid bin Mohammad Rohim dan Puan Fara Hasda binti Suhaimi.

Penilaian ini bertujuan untuk mengukur, memantau, dan memastikan pematuhan serta keberkesanan pelaksanaan tadbir urus berasaskan integriti dan akauntabiliti di peringkat Jabatan.

JLN kekal komited sepenuhnya dalam memperkasakan pelaksanaan SPINE demi memantapkan budaya integriti, ketelusan, dan tata kelola terbaik dalam setiap penyampaian perkhidmatan. 🤝💚

KPKT
Institut Integriti Malaysia (IIM)





SALAM TAKZIAHInnalillahi wa inna ilaihi raji’un.Seluruh warga Jabatan Landskap Negara (JLN) menzahirkan rasa dukacita da...
28/09/2026

SALAM TAKZIAH
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

Seluruh warga Jabatan Landskap Negara (JLN) menzahirkan rasa dukacita dan merakamkan salam takziah kepada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohamad Ali.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan keampunan Allah SWT, ditempatkan dalam kalangan para solihin serta dikurniakan husnul khatimah.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Al-Fatihah.
12 Julai 1926 – 28 September 2026

JLN PERKUKUH PENGURUSAN ARBORIKULTUR DAN KESELAMATAN AWAM DI INTAC 2026Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara (JLN), Tua...
28/09/2026

JLN PERKUKUH PENGURUSAN ARBORIKULTUR DAN KESELAMATAN AWAM DI INTAC 2026

Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara (JLN), Tuan Haji Mansor bin Mohamad, telah menghadiri International Tree & Arboriculture Conference (INTAC) 2026 yang berlangsung pada 22 hingga 23 September 2026 bertempat di The Light Hotel, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Dalam program tersebut, beliau turut menyampaikan pembentangan bertajuk “Institutionalizing Arboriculture, Strengthening Regulatory Frameworks for Public Safety and Urban Greening”, yang mengetengahkan kepentingan memperkukuh amalan arborikultur secara berinstitusi serta kerangka peraturan bagi memastikan keselamatan awam dan kelestarian kawasan hijau bandar.

Turut hadir ialah YBrs. Dr. Mazifah binti Simis, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), sebagai moderator, serta Encik Saifuddin bin Ali, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pemuliharaan, yang turut menyampaikan pembentangan dalam persidangan tersebut.

Penglibatan JLN dalam persidangan ini mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam memperkasa pengurusan pokok dan landskap bandar melalui pendekatan yang lebih sistematik, profesional dan berteraskan keselamatan awam.

🌳 Arborikultur diperkasa, keselamatan awam diutamakan, kehijauan bandar dilestarikan.

KPKT





Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:30

Telephone

+60380910500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Landskap Negara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Landskap Negara:

Shortcuts

Share