Jabatan Landskap Negara

Jabatan Landskap Negara

Share

Jabatan Landskap Negara telah ditubuhkan secara rasminya pada 01 Januari 1996.

Hubungi Kami : Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara,Tingkat 10, Blok F10, Kompleks Bangunan Kerajaan Parcel F, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Penubuhan Jabatan Landskap Negara adalah hasil daripada satu evolusi penyediaan perkhidmatan landskap di negara ini yang bermula dengan tertubuhnya Unit Landskap di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1981. Jemaah menteri yan

Photos from Jabatan Landskap Negara's post 13/05/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PENARAFAN ANUGERAH ROSA-SINENSIS – PENARAFAN TAMAN AWAM 2026

Pada 12 Mei 2026 (Selasa), Mesyuarat Jawatankuasa Penarafan Anugerah Rosa-sinensis – Penarafan Taman Awam 2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Jabatan Landskap Negara bagi mempertimbangkan dan meluluskan pengiktirafan penarafan kepada taman-taman awam yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal Anugerah Rosa-sinensis – Penarafan Taman Awam 2026 dalam mesyuarat yang diadakan pada 27 April 2026 (Isnin)

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Mansor bin Mohamad, Ketua Pengarah JLN, dan turut dihadiri oleh YBrs. En. Ahmad Syaharuddin bin Kamaruddin, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JLN, bersama ahli jawatankuasa yang terdiri daripada wakil Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kerajaan Tempatan, Bahagian Kemampanan Bandar KPKT, Bahagian Kesejahteraan Komuniti KPKT, Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPM, Fakulti Alam Bina UiTM Kampus Puncak Alam, Kulliyyah of Architecture & Environmental Design (KAED) UIAM, Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Playground Safety Association of Malaysia (PSAM), Persatuan Arborist Malaysia (PArM) serta auditor JLN yang terlibat.

Sekalung penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan mesyuarat ini. Semoga pengiktirafan yang diberikan dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan taman awam yang lebih berkualiti, mampan dan selamat demi kesejahteraan masyarakat.







13/05/2026

🌿 AYUH SERTAI & SOKONG ANUGERAH LANGKAWI – KELESTARIAN ALAM SEKITAR (ALKAS) 2025/2026 🌿

Pencalonan ALKAS 2025/2026 kini dibuka sehingga 31 Mei 2026.
Jom sertai dan hargai usaha individu serta organisasi yang menyumbang ke arah kelestarian alam sekitar πŸŒβ™»οΈ

Borang & syarat pencalonan:
https://drive.google.com/drive/folders/1bifk9b3UbeoSmNpytRGu6F4r2tPKimlh?usp=drive_link





HEBAHAN PENCALONAN ANUGERAH LANGKAWI - KELESTARIAN ALAM SEKITAR 2025/2026

Pencalonan Anugerah Langkawi - Kelestarian Alam Sekitar (ALKAS) sesi 2025/2026 telah dibuka bermula 1 Januari 2026 hingga 31 Mei 2026. Semua individu dan organisasi yang berminat untuk menyertai ALKAS adalah dijemput untuk mengakses borang, kriteria dan syarat percalonan melaui pautan berikut:
https://drive.google.com/drive/folders/1bifk9b3UbeoSmNpytRGu6F4r2tPKimlh?usp=drive_link.

ALKAS adalah satu anugerah bagi memperingati Deklarasi Langkawi yang telah ditandatangani oleh Ketua-Ketua Negara Komanwel pada tahun 1989 di Langkawi, Malaysia, sebagai komitmen untuk melindungi alam sekitar dan menangani isu seperti pencemaran dan perubahan iklim. Anugerah ini yang pada mulanya dikenali sebagai Anugerah Langkawi telah diperkenalkan pada tahun 1991 bagi menunjukkan komitmen rakyat amnya dan negara khususnya dalam mencapai matlamat pembangunan mapan sepertimana termaktub di dalam Deklarasi Langkawi.

ALKAS adalah penghargaan dan pengiktirafan tertinggi kerajaan melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) kepada individu dan organisasi di Malaysia yang telah memberikan sumbangan besar dan signifikan ke arah kelestarian alam sekitar.



11/05/2026

SEKALUNG PENGHARGAAN 🌿

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Encik Ahmad Nasron bin Yusoff atas segala jasa, sumbangan serta khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan tugas sebagai Penolong Juruukur Bahan di Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, Jabatan Landskap Negara.

Jabatan turut merakamkan ucapan selamat maju jaya atas penempatan beliau ke Bahagian Pelaksanaan dan Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Segala dedikasi, komitmen dan usaha yang telah diberikan amat dihargai serta akan terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga Jabatan.

Semoga terus cemerlang dan sukses dalam meneruskan perkhidmatan serta amanah di tempat baharu.

🌱 Jasa dikenang, budi disanjung.





08/05/2026

🌿 LAMAN SEMPIT BUKAN PENGHALANG | PENGGUNAAN RUANG YANG TERHAD DAPAT DIMANFAATKAN UNTUK AKTIVITI PENANAMAN

Ruang kediaman yang terhad seperti pangsapuri masih boleh dijadikan kawasan hijau melalui pendekatan landskap yang sesuai 🌱

Balkoni rumah boleh diubah menjadi taman kecil yang bukan sahaja menghijaukan persekitaran, malah mewujudkan suasana lebih selesa dan teratur.

Antara pendekatan yang boleh digunakan:
🌱 Taman balkoni sebagai ruang tanaman
🌱 β€˜Vertical garden’ untuk maksimumkan ruang
🌱 Penanaman dalam pasu atau bekas secara fleksibel

Penggunaan ruang secara kreatif membantu meningkatkan kualiti persekitaran hidup di kawasan bandar.

Ruang kecil, potensi besar 🌿




Photos from Jabatan Landskap Negara's post 04/05/2026

TRANSFORMASI TAMAN REKREASI MADANI | TAMAN REKRIASI MADANI, TAMAN TIARA, TANGKAK, JOHOR 🌿

Daripada taman yang usang dan kurang selamat, kini tampil lebih moden, selesa dan inklusif 🌿

Naik taraf melibatkan:
* Peralatan permainan baharu dengan lantai keselamatan EPDM
* Landskap dan kawasan hijau lebih tersusun
* Papan tanda moden & kemas
* Laluan refleksologi dipertingkat dengan ciri keselamatan

Impak kepada komuniti:
βœ… Lebih selamat untuk semua
βœ… Ruang riadah lebih selesa
βœ… Galakkan gaya hidup sihat & interaksi komuniti

🌱 Dari biasa kepada luar biasa β€” Komitmen kami demi kesejahteraan bersama.





04/05/2026

🌿 SISA DAPUR KE BAJA ORGANIK | SISA ORGANIK DIOLAH MENJADI NUTRIEN TANAMAN

Kompos ialah bahan organik yang terhasil daripada pereputan sisa makanan dan sisa tumbuhan, serta digunakan sebagai bahan dalam media tanaman 🌱

Menghasilkan kompos daripada sisa dapur merupakan amalan hijau yang membantu mengurangkan sisa domestik, di samping memberi manfaat kepada tanaman.

Bahan yang sesuai digunakan termasuk:
🌱 Lebihan sayur dan kulit buah
🌱 Daun kering dan rumput dari kawasan rumah

Manfaat kompos:
🌱 Membekalkan nutrien kepada tanaman
🌱 Memperbaiki struktur media tanaman
🌱 Mengurangkan pembuangan sisa organik
🌱 Menyokong amalan kehidupan mampan

Dengan langkah mudah, sisa dapur boleh ditukar menjadi kompos berkualiti yang menyuburkan tanaman 🌿




30/04/2026

SELAMAT HARI PEKERJA 2026 πŸ’ΌπŸŒΏ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga pekerja di Malaysia, khususnya buat warga kerja Jabatan Landskap Negara (JLN) dan para penggiat landskap.

Segala keringat, dedikasi, dan komitmen anda adalah nadi utama dalam memacu pembangunan landskap negara yang mampan, hijau, dan berdaya huni. Terus cemerlang dan berdedikasi dalam menabur bakti demi negara!

β€œPekerja MADANI Kesuma Bangsa”

Ikhlas daripada:
Ketua Pengarah dan Seluruh Warga Kerja
Jabatan Landskap Negara






29/04/2026

π‘π€ππ‚π€πŠπŠπ€π πŒπ€πƒπ€ππˆ @ πŠππŠπ“ : π“π€πŒπ€π π‘π„πŠπ‘π„π€π’πˆ πŒπ€πƒπ€ππˆ πŠπŽπŒππ‹π„πŠπ’ π’π”πŠπ€π 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍, ππ„ππ†πŠπ€π‹π€π 𝐇𝐔𝐋𝐔, ππ„π‘π€πŠ

Taman Rekreasi MADANI di Kompleks Sukan Padang Bandaran, Pengkalan Hulu, Perak telah dibangunkan melalui inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan jumlah kelulusan kos sebanyak RM279,000.00. Projek ini melibatkan keluasan kawasan kira-kira 2.85 ekar dan telah dilaksanakan dalam tempoh bermula 7 Mei 2025 hingga 13 September 2025.

Pembangunan ini memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti persekitaran kehidupan komuniti setempat dengan penyediaan kemudahan rekreasi yang selesa, selamat dan inklusif untuk semua lapisan masyarakat.

Antara komponen utama yang dibangunkan termasuk pembinaan archway sebagai pintu masuk ikonik, laluan pejalan kaki yang lebih tersusun, serta taman permainan kanak-kanak bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif. Turut disediakan ialah kemudahan sokongan seperti papan tanda (wording signage), ramp bagi kemudahan akses sejagat, tong sampah, sistem pencahayaan, planter box, railing keselamatan serta bangku taman untuk keselesaan pengunjung.

Selain itu, elemen landskap turut diberi penekanan melalui penanaman pokok teduhan, pokok renek dan rumput bagi mewujudkan suasana hijau yang lebih nyaman dan kondusif.

Pelaksanaan projek ini selaras dengan aspirasi Rancakkan MADANI @ KPKT dalam mempertingkatkan kemudahan awam yang berkualiti, sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan rakyat serta memperkukuh pembangunan komuniti setempat.

28/04/2026

SEKALUNG PENGHARGAAN 🌿

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Puan Nur Shazwana binti Ishak atas segala jasa, sumbangan dan khidmat bakti sepanjang menjalankan tugas sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Bahagian Teknologi Maklumat di Jabatan Landskap Negara.

Segala dedikasi dan komitmen yang telah dicurahkan amat dihargai dan akan terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga Jabatan.

Selamat maju jaya dan semoga terus cemerlang pada masa hadapan.

🌱 Jasa dikenang, budi disanjung.





24/04/2026

🌿 KUASAI β€˜JEMARI HIJAU’ ANDA | GABUNGAN ELEMEN LANDSKAP MEMBENTUK PERSEKITARAN YANG HARMONI

Modul Jemari Hijau memberi panduan asas dalam aktiviti landskap dan penanaman di kawasan kediaman 🌱

Landskap yang baik menggabungkan:
🌱 Landskap lembut – elemen tumbuhan seperti pokok, renek dan penutup bumi yang meningkatkan kehijauan
πŸͺ‘ Landskap kejur – elemen binaan seperti laluan, bangku dan struktur yang menyokong susun atur ruang

Gabungan kedua-dua elemen ini membantu mewujudkan persekitaran yang lebih teratur, seimbang dan berkualiti.

Mulakan langkah kecil untuk ruang yang lebih hijau dan harmoni 🌿




24/04/2026

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS

Seluruh warga Jabatan Landskap Negara mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Encik Muhammad Wafiq Syukri bin Mohamad Rizal yang memulakan tugas sebagai Personel MYStep di Bahagian Teknologi Maklumat bermula pada 13 April 2026

Semoga kehadiran ini dapat menyumbang idea, tenaga dan komitmen dalam memperkukuh pembangunan landskap negara.🌿




Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:30