14/05/2026
Mesyuarat Pengurusan Middle Manager dan Juruterapi Pergigian dari WPKL&P telah berlangsung pada 13.5.2026 dan 14.5.2026 dengan jayanya.
Sepanjang mesyuarat ini, para Juruterapi Pergigian turut berpeluang mengikuti ceramah pengenalan kepada penyelidikan kualitatif yang telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) WPKL&P. Perkongsian yang sangat membuka minda ini memberi pendedahan dan inspirasi baharu kepada semua yang hadir.
Selain itu, sesi dialog bersama TPKN(G) turut diadakan sebagai satu platform yang memberi peluang kepada kumpulan sokongan untuk berjumpa, berbincang dan menyampaikan pandangan secara terus kepada pihak atasan bersama Pegawai Pergigian Daerah dan Pegawai Pergigian YM (secara dalam talian) dalam suasana yang lebih terbuka dan konstruktif.
Semoga segala ilmu, pandangan dan perkongsian yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan serta memperkukuh semangat kerja berpasukan. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
14/05/2026
๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐: ๐๐๐ง๐ฉ๐ ๐๐จ๐ค๐จ๐ค ๐๐๐ง๐ฉ๐ ๐๐๐ฉ๐ , ๐๐๐ง๐ฒ๐ฎ๐ฆ ๐๐ข๐ก๐๐ญ ๐๐ข๐ญ๐ ๐๐๐๐๐ญ !
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Zon Titiwangsa atas penganjuran Program Jelajah KOTAK (Kesihatan Oral Tanpa Amalan Merokok) yang berlangsung dengan cukup meriah di SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur!
Program kesedaran ini bertujuan mendidik generasi muda tentang kepentingan menjaga kesihatan mulut serta menjauhi amalan merokok dan v**e demi masa depan yang lebih cerah.
โจ Sorotan Program:
๐ฏ Permainan School Attack
Sesi santai yang penuh pengisian bersama para pelajar.
๐ญ Pesta Pantun Antara Sekolah
Mencungkil bakat dan kreativiti murid dalam menyampaikan mesej kesihatan antara pelajar SMK Aminuddin Baki dan SMK Taman Maluri.
๐ฃ๏ธ Ucapan Khas
Perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat daripada Dr. Mustaffa bin Jaapar, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian).
๐ Perasmian
Disempurnakan dengan penuh gimik yang menarik dan penuh tarikan oleh Puan Norlela binti A Wahid, Pengetua SMK Aminuddin Baki.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, terutamanya Bahagian Kesihatan Pergigian JKWPKL & P serta warga SMK Aminuddin Baki dalam menjayakan misi โTanpa Rokok Tanpa V**e, Senyum Sihat Kita Hebat!โ.
Mari kita bersama-sama mengekalkan gaya hidup sihat untuk senyuman yang lebih menawan! ๐โจ
12/05/2026
๐๐๐ง๐ฉ๐ ๐๐จ๐ค๐จ๐ค, ๐๐๐ง๐ฉ๐ ๐๐๐ฉ๐, ๐๐๐ง๐ฒ๐ฎ๐ฆ ๐๐ข๐ก๐๐ญ ๐๐ข๐ญ๐ ๐๐๐๐๐ญ!
Saksikan secara langung di FB Live Bahagian Kesihatan Pergigian Kuala Lumpur & Putrajaya Jelajah KOTAK ( Kesihatan Oral Tanpa Amalan Merokok) yang akan berlangsung di SMK AMINUDDIN BAKI,KL pada 13 Mei 2026 bagi Pesta Pantun dan Perasmian Jelajah Kotak Peringkat JKWPKL&P.
11/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Talian telefon klinik kami sedang mengalami gangguan teknikal buat sementara waktu. Untuk sebarang pertanyaan atau urusan berkaitan rawatan, sila hubungi kami melalui nombor sementara dan emel yang tertera pada poster di bawah.
Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama anda
10/05/2026
โจ KECEMERLANGAN DALAM KESEDERHANAAN โจ
Kecil pada saiz, namun gergasi pada kualiti perkhidmatan! ๐ฆท๐
Pagi tadi, 10 Mei 2026, jam 11:00 pagi, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) telah meluangkan masa menyantuni warga kerja di Klinik Pergigian (KP) UTC Mini Sentul. Lawatan ini bukan sekadar lawatan yang mengejut, malah beliau ingin melihat sendiri salah sebuah klinik yang menjadi penanda aras kecemerlangan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
๐ฅ Mengenai Klinik Pergigian UTC Mini Sentul
Terletak strategik di pusat komuniti Sentul, klinik ini merupakan bukti bahawa ruang yang kompak bukanlah penghalang kepada penyampaian perkhidmatan kesihatan yang mampan. Dilengkapi dengan:
* Ruang Pendaftaran yang mesra pelanggan.
* Ruang Menunggu yang selesa.
* 2 Buah Kerusi Pergigian yang sentiasa sibuk berbakti.
* Bilik stor.
Klinik ini beroperasi mengikut waktu standard UTC bagi memudahkan akses masyarakat setempat bagi memastikan warga Sentul mendapat rawatan pergigian terbaik tanpa perlu pergi jauh juga pada hari hujung minggu Sabtu dan Ahad.
๐ Rekod Prestasi Luar Biasa (2025-2026)
Mengapa KP UTC Mini Sentul dianggap sebagai Klinik Contoh?
1. Juara Kempen Kesihatan: Mencapai rekod tertinggi 99.7% dalam Kempen Jangan Lebih 30 Minit (Masa menunggu Piagam Pelanggan di mana pesakit dipanggil untuk perkhidmatan dalam tempoh 30 minit). Kecergasan warga kerja adalah kunci kepada kecergasan minda!
2. Sifar Aduan (Jan โ Dis 2025): Prestasi cemerlang sepanjang tahun 2025 sebagai klinik yang mendapat kepuasan pelanggan penuh tanpa sebarang aduan.
3. Budaya Korporat KKM: Syabas buat Pegawai Pergigian Yang Menjaga dan seluruh anggota yang benar-benar menghayati nilai Budaya Korporat KKM ~ Penyayang, Bekerja Berpasukan, dan Profesionalisme dalam memberikan perkhidmatan harian, walaupun berdepan dengan ramai pesakit di hujung minggu..
Beberapa isu dan cabaran turut dibincangkan demi menambah baik kualiti perkhidmatan pada masa hadapan. Bahagian Kesihatan Pergigian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas dedikasi warga pergigian yang tidak pernah jemu memberi yang terbaik buat rakyat.
"Kecemerlangan bukan tentang betapa besarnya bangunan dan ramainya anggota kerja kita, tetapi tentang betapa besarnya jiwa kita semasa melayani pesakit."
Teruskan kecemerlangan, warga pergigian JKWPKL&P! Anda adalah wira di sebalik senyuman setiap warga Kuala Lumpur dan Putrajaya. ๐ฒ๐พ๐ชฅ
07/05/2026
โจ INSPIRASI: KOMITMEN PADU, PERKHIDMATAN CEMERLANG! โจ
Kecemerlangan bukan satu destinasi, tetapi satu perjalanan berterusan. Hari ini, kami ingin berkongsi khabar gembira dan suntikan semangat hasil daripada lawatan kerja ke Klinik Pergigian Cheras (KPC) dan Pejabat Kesihatan Pergigian Zon Cheras!
Lawatan ini telah diketuai oleh Dr. Mustaffa Bin Jaapar, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) WPKL & P bersama pasukan yang terdiri daripada En. Muzamil Bin Mustakim (Ketua Juruteknologi Pergigian), Ammar Safwan bin Mohd Ariff (Penolong Akauntan), En Azeem Shah bin Azham Shah (Pembantu Tadbir Kewangan)
Turut mengiringi adalah Ammar Taqiyyuddin Mohd Yusof(Pegawai Pergigian Daerah), Dr. Desriani Jakirman(Pegawai Pergigian Yang Menjaga Klinik Pergigian, En. Mohd Ridzwan Bin Mohd Shah, En. Sheikh Mohd Noor Azman Bin Khidzir, dan Pn Azmar binti Dolah.
SOROTAN KEJAYAAN:
TRANSFORMASI KAUNTER DUTA ORGANISASI
Antara kejayaan paling membanggakan adalah lonjakan drastik dalam kepuasan pelanggan! 148 Maklum Balas Positif & Pujian telah diterima dalam tempoh singkat (Jan-April 2026)!
โ
Hasil daripada anjakan paradikma menerusi penempatan anggota terlatih dan berpengalaman yang mempunyai kemahiran interpersonal cemerlang, penyayang dan bekerja secara berpasukan secara tetap di kaunter barisan hadapan.
๐ฆท INOVASI PERKHIDMATAN PENJAGAAN KESIHATAN UNTUK RAKYAT
KP Cheras terus komited dalam memendekkan tempoh menunggu pesakit mendapatkan rawatan termasuklah dalam penghasilan dentur kini meningkat lebih tinggi dari dahulu pada tahap 90% dentur diberikan kepada pesakit dalam tempoh 8 minggu dari Januari hingga Mac 2026. Komitmen berterusan termasuklah:
๐ Pemantauan sumber serta penyampaian perkhidmatan yang lebih mampan dan berimpak tinggi, pengunaan Teknologi Dentur 3D Digital (3DDT) yang lebih pantas dan tepat di masa hadapan! menerusi ๐ค kerjasama strategik antara zon dan klinik untuk memastikan Petunjuk Prestasi Utama di Wilayah ini iaitu "95% Dentur diberikan kepada pesakit dalam 8 Minggu" tercapai.
Syabas diucapkan kepada seluruh warga KPC dan PKP Zon Cheras atas dedikasi serta integriti yang tinggi dalam memartabatkan kesihatan pergigian masyarakat. Terus melangkah gagah demi senyuman rakyat Malaysia! ๐ฒ๐พ๐ฆท
Ke arah Liputan Perlindungan Kesihatan Mulut di W.P. Kuala Lumpur & Putrajaya menjelang 2030!
04/05/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah menganjurkan Kursus Pengukuhan dan Penyelarasan Caj Rawatan & Pengurusan Hasil Serta Terimaan pada 4 Mei 2026 bertempat di Institut Endokrin, Hospital Putrajaya. Kursus ini menyesarkan Pegawai Pergigian YM, serta petugas kaunter bagi memantapkan pengurusan hasil di klinik dan fasiliti masing-masing. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Muhammad Afiq Farhan bin Mahfut, Penolong Setiausaha Bahagian Kewangan kementerian Kesihatan Malaysia atas kesudian meluangkan masa sebagai penceramah untuk bersama-sama menjayakan kursus kita pada hari ini.
Kursus ini telah dirasmikan oleh YBrs. Dr Mustaffa bin Jaapar, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kursus ini bukan sekadar platform untuk menimba ilmu, tetapi juga sebagai ruang untuk menyemak semula amalan sedia ada, berkongsi pengalaman serta memperkukuh integriti dan akauntabiliti dalam melaksanakan tanggungjawab.
Pengurusan caj dan hasil yang cekap, telus dan berlandaskan garis panduan yang ditetapkan adalah penting bagi memastikan kepercayaan masyarakat terhadap perkhidmatan kesihatan pergigian sentiasa terpelihara. Diharapkan agar semua peserta dapat memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang kursus ini, serta memanfaatkan segala ilmu dan input yang diperoleh untuk diaplikasikan di tempat masing-masing.