Di Hong Kong -- 10 ribu penduduk akan menyertai bantahan hari ini, bagi menuntut pilihan raya demokrasi sepenuhnya diadakan di wilayah itu. Tunjuk perasaan diadakan ketika bandaraya berkenaan bergelut dengan isu pemilihan pemimpin akan datang dibawah perubahan politik yang ditunggu-tunggu. Menurut penganjur, lebih 50-ribu dijangka mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan tahunan sempena Tahun Baharu -- kurang sebulan selepas rundingan awam bagi menentukan sistem pilihan raya akan datang, dibuka.
Berita Radio RTM
Page ini tidak aktif telah dganti dengan https://www.facebook.com/pages/Berita-RTM/415121165218337 . Sila maklumbalas di http://aduan.hol.es
China mempertimbang untuk menyusun semula tujuh zon ketenteraannya kepada lima. Ia susulan peningkatan ketegangan antara Beijing dan Tokyo berhubung kawasan yang dipertikaikan di Laut China Timur. Akhbar harian Jepun, Yomiuri Shimbun yang memetik pegawai tertinggi tentera sebagai berkata, setiap zon tentera, akan menjalankan operasi bersepadu antara tentera darat, laut dan udara serta unit peluru berpandu strategik. Di bawah penstrukturan ketenteraan yang dicadangkan, China berhasrat untuk mengukuhkan kemampuan serangannya bagi menjamin keselamatan udara dan air di Laut China Selatan dan Laut China Timur.
Johor memerlukan tambahan hampir 16-ribu bilik penginapan bagi menampung peningkatan pelancong dalam tempoh tiga tahun akan datang. Exco kerajaan negeri berkaitan, Datuk Tee Siew Kiong berkata, berdasarkan keadaan semasa, Johor dianggar memerlukan 11-ribu 550 bilik hotel bertaraf tiga hingga lima bintang dan 4-ribu 350 bilik hotel bajet menjelang 2017. Ketika ini negeri itu hanya memiliki 14-ribu 450 bilik hotel bertaraf satu hingga lima bintang.
Kerajaan Kelantan tidak menghalang kegiatan kebudayaan yang terdapat di negeri itu selagi tidak bertentangan dengan agama Islam. Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kegiatan kebudayaan seperti makyung dan wayang kulit boleh diteruskan sebagai produk pelancongan jika persembahan itu mempunyai unsur mendidik rakyat dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Selain itu, dalam usaha menarik pelancong ke negeri tersebut sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, beliau mahu semua pihak memberi perhatian terhadap aspek kebersihan.
Kerajaan negeri Melaka komited melaksanakan pendekatan Urban Environmental Accords (UEA) untuk memastikan hasrat negeri itu menjadi negeri bandar raya teknologi hijau pada 2020, tercapai. Exco kerajaan negeri terbabit, Datuk Md Yunos Husin berkata, UEA meliputi tujuh sektor utama iaitu tenaga, air, pengurangan sisa, reka bentuk bandar, bandar hijau, pengangkutan dan alam sekitar. Ia merupakan satu siri pendekatan yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi membolehkan bandar raya di seluruh dunia menjadi hijau. Menurut beliau, beberapa inisiatif sedang dilaksanakan untuk mencapai hasrat itu, termasuk Melaka World Solar Valley dan Bandaraya Hijau Hang Tuah Jaya, yang menjadi perintis kepada pembangunan bandar hijau dan lestari.
Polis akan mengumpul bukti dan keterangan saksi berhubung perhimpunan haram yang mengganggu sambutan ambang tahun baharu 2014 di Dataran Merdeka, malam semalam. Sehubungan itu Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rashid menyeru semua pihak yang terlibat untuk tampil ke hadapan membuat laporan polis. Menurutnya, tindakan akan diambil mengikut lunas perundangan berdasarkan bukti dan keterangan yang sedang dikumpul untuk disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.
Angin kencang dan laut bergelora yang kini melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur dijangka berterusan sehingga Jumaat ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, keadaan angin dengan kelajuan 60-kilometer sejam dan ombak melebihi 5.5-meter itu boleh menyebabkan kenaikan paras air laut. Ia berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pelantar minyak.
Kenyataan itu juga menyebut keadaan angin kencang dan laut bergelora kategori kedua yang melanda perairan Sabah meliputi kawasan pedalaman, pantai barat dan Kudat serta Labuan dan Sarawak dijangka berterusan sehingga Jumaat ini. Keadaan angin kencang, bertiup antara 50 dan 60-kilometer sejam serta ombak setinggi 4.5-meter. Keadaan itu juga berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan.
Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menubuhkan pusat penyelidikan selewat-lewatnya hujung bulan ini. Ia turut berfungsi sebagai pusat rujukan berkaitan hal ehwal Sabah termasuk aspek keselamatan. Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Mohd Harun Abdullah berkata, pusat tersebut akan menjadi platform bagi membantu kerajaan menangani isu-isu keselamatan khususnya di perairan Sabah. Selain itu UMS turut memperhalusi bentuk kerjasama dengan Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM). Ia bagi menjalankan kajian tentang isu keselamatan di perairan Sabah termasuk ESSCOM.
Bidang kuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), terutama berkaitan keselamatan di Zon Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSZONE), perlu diperjelaskan secara terperinci. Menurut Aktivis sosial Sabah, Datuk Patrick Sindu, menerusi persepsi rakyat, ESSCOM mempunyai kuasa 'perintah atau arahan' yang luas, terutama di kawasan ESSZONE. Namun berdasarkan laporan media, ESSCOM hanya dikatakan mempunyai kuasa menyelaras operasi pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan, termasuk Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan rakyat di ESSZONE. Sehubungan itu beliau mencadangkan agar Jabatan Peguam Negara mengkaji kemungkinan memberi kuasa tambahan yang sesuai kepada Ketua Pengarah ESSCOM, Datuk Mohammad Mentek bagi meningkatkan keberkesanan kawalan dan pemantauan keselamatan di ESSZONE.
Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia PPPBSM meminta kerajaan menambah subsidi diesel kepada pengusaha bas sekolah, bagi mengelak kenaikan tambang. Pengusaha pengangkutan itu kini membayar 1 ringgit 68 sen untuk seliter diesel. Ketika ini PPPBSM mempunyai 10 ribu pengusaha, dengan 12 ribu bas sekolah di seluruh negara.
Walaupun Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kadar tambang bas KEKAL sehingga Mac ini, Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) memohon pertimbangan ibu bapa untuk memberi sedikit tambahan kepada kadar sedia ada. Presidennya, Encik Amali Munif Rahmat berkata, ia bagi meringankan beban pengusaha terlibat dalam menghadapi peningkatan kos operasi, selepas rasionalisasi subsidi bahan api pada September lalu. Ketika ini, semua pengusaha bas sekolah tertakluk kepada kadar yang ditetapkan sejak 2009, iaitu 27-Ringgit 43 sen untuk kilometer pertama di kawasan bandar dan ditambah 2-Ringgit 5 sen untuk setiap kilometer seterusnya. Manakala tambang bas sekolah di luar bandar adalah 20-Ringgit 61-sen untuk satu kilometer pertama dan tambahan sebanyak 2-Ringgit 5 sen bagi kilometer seterusnya.
Sesi Persekolahan 2014 bermula hari ini. Ia melibatkan negeri yang cuti hujung minggunya pada Jumaat dan Sabtu seperti Kelantan, Kedah dan Terengganu. Bagaimanapun tahun ini, Johor turut memulakan sesi persekolahan lebih awal. Ia berikutan perubahan cuti hujung minggunya kepada Jumaat dan Sabtu seperti diumumkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada November lepas. Menurut Pengarah Pelajaran Johor, Encik Mohd. Nor A.Ghani, seramai 56-ribu 265 orang murid Tahun Satu mendaftar di 903 buah sekolah rendah serta 49-ribu 168 pelajar Tingkatan Satu. Manakala 8-ribu 316 pelajar Tingkatan Peralihan mendaftar di 271 buah sekolah menengah di seluruh negeri itu.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Seksyen Berita Radio, Tingkat 1, Wisma Radio Angkasapuri
Kuala Lumpur
50614
